X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan Produk
Klik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beriklan Dengan Kami

Susu Badan Pun Boleh Basi? Ini Ciri-Ciri Susu Basi Ibu Perlu Tahu!

3 min bacaan
Susu Badan Pun Boleh Basi? Ini Ciri-Ciri Susu Basi Ibu Perlu Tahu!

Berikut merupakan ciri-ciri susu basi yang boleh menyebabkan bayi mengalami sakit perut dan cirit birit yang teruk sekiranya terminum susu tersebut.

Dalam kita memberi bayi minum susu badan dengan mengepam susu, bagaimananakah cara untuk kenal ciri-ciri susu basi?

Yalah kan, kadang-kadang kita tak sedar susu yang diperah itu sudah lama atau disimpan terlalu lama dalam peti sejuk hingga menyebabkannya menjadi susu basi.

Biasanya, susu badan jadi basi apabila disimpan di tempat terbuka atau pintu peti sejuk yang disimpan susu badan terbuka terlalu lama.

Susu badan hanya boleh bertahan selama enam jam jika diletakkan pada suhu bilik. Manakala, yang disimpan dalam peti sejuk (bahagian bawah) hanya bertahan selama tiga hingga empat hari sahaja.

Ciri-ciri susu basi yang perlu anda tahu!

#1. Berbau tidak sedap

susu basi, susu badan basi, susu ibu basi, susu yang sudah basi, bekalan susu badan, bekalan susu ibu, bekalan susu basi, bekalan susu badan basi, bekalan susu ibu basi, bekalan susu perahan basi, bayi terminum susu basi, ciri ciri susu basi

Danielle Spradlin, konsultan laktasi mengatakan ciri-ciri susu basi adalah apabila ia mengeluarkan aroma yang tidak sedap dan baunya juga seperti tengik.

#2. Tidak larut bersama ketika goncang

Ketika disimpan dalam peti sejuk, komponen lemak dan tak lemak di dalam susu badan cenderung akan memisahkan diri.

Biasanya, untuk susu badan yang masih segar dan elok, kedua-dua komponen itu akan tetap larut bersama.

Namun, jika ada gumpalan susu yang tidak larut seperti bergumpal. Maksudnya susu itu sudah tak bagus untuk diminum bayi anda.

 #3. Disimpan dalam peti sejuk bawah lebih dari tiga hari

susu basi, susu badan basi, susu ibu basi, susu yang sudah basi, bekalan susu badan, bekalan susu ibu, bekalan susu basi, bekalan susu badan basi, bekalan susu ibu basi, bekalan susu perahan basi

Info daripada Baby Center mendedahkan, kesegaran susu badan jika disimpan dalam peti sejuk pada bahagian bawah, (bukan freezer) hanya bertahan selama tiga ke lima hari.

Ia bergantung pada suhu dan tempat simpanan susu tersebut.

Sebaiknya, tidak menyimpan susu perahan itu di pintu peti sejuk kerana suhunya berubah-ubah. Ekoran kerap buka dan tutup pintu.

#4. Tidak ditutup dengan rapat

Susu badan mudah basi bila terdedah dengan udara.

Sebab itulah, penting untuk simpan susu badan dengan kedap udara seperti plastic ziplock yang khusus untuk simpan susu yang sudah dipam supaya terhindar dari basi.

#5. Bau dan rasa masam

Jika anda merasa ragu-ragu, sama ada susu tersebut masih elok atau tidak, cuba rasainya sedikit. Jika rasa masam, buang saja dan jangan beri pada bayi anda.

Bahkan, jika sudah diberikan pada bayi dan kemudian si kecil itu menolaknya secara tiba-tiba. Ini juga boleh jadi susu itu sudah masam dan tak elok untuk terus diminum.

Keburukan dan bahaya beri bayi minum susu yang sudah basi

susu basi, susu badan basi, susu ibu basi, susu yang sudah basi, bekalan susu badan, bekalan susu ibu, bekalan susu basi, bekalan susu badan basi, bekalan susu ibu basi, bekalan susu perahan basi

Menurut Dr. Jati Satriyo, susu badan yang sudah basi boleh mengalami pertumbuhan bakteria, virus dan parasit yang boleh membuatkan bayi keracunan.

Bahkan, susu basi ini bukan hanya nutrisi saja rosak, tapi ia boleh membahayakan kesihatan bayi anda.

Gejala yang boleh dilihat seperti bayi mengalami muntah, cirit-birit, demam, merengek dan menangis.

Apa yang boleh dilakukan adalah sapu minyak yang sesuai supaya dapat melegakan kesakitan perut bayi itu.

Jika berlarutan, segeralah bawanya berjumpa doktor. Kemudian untuk masa hadapan, elak lakukan kesilapan yang sama kerana anak kecil yang sering cirit-birit amat membahayakan buat kesihatan mereka.

Justeru, ibu harus lebih alert. Buang saja susu itu, dan pam semula susu yang baru supaya kesihatan si manja anda tetap terjamin dan dalam keadaan baik saja. 

Semoga bermanfaat.

Stories Rakan Kongsi
Galakkan Anak-Anak ‘Sayang’ dan ‘Rindu’ Pada Bulan Ramadan, Ini Caranya
Galakkan Anak-Anak ‘Sayang’ dan ‘Rindu’ Pada Bulan Ramadan, Ini Caranya
Pilihan Utama Ibu-Ibu Di Australia, 5 Sebab Anak Anda Perlu Beralih Kepada Susu Organik Kanak-Kanak Dari Bellamy’s Organic EQUISPIRE
Pilihan Utama Ibu-Ibu Di Australia, 5 Sebab Anak Anda Perlu Beralih Kepada Susu Organik Kanak-Kanak Dari Bellamy’s Organic EQUISPIRE
Melangkaui Norma: Adakah Rangsangan Penyusuan Bayi Hanya Boleh Dilakukan Secara Semula Jadi?
Melangkaui Norma: Adakah Rangsangan Penyusuan Bayi Hanya Boleh Dilakukan Secara Semula Jadi?
Yogurt Lactel Kids Snek Sihat Untuk Anak Anda, Diperkaya Dengan Vitamin D & Tinggi Kalsium Bagi Menyokong Tumbesaran Tulang Si Kecil!
Yogurt Lactel Kids Snek Sihat Untuk Anak Anda, Diperkaya Dengan Vitamin D & Tinggi Kalsium Bagi Menyokong Tumbesaran Tulang Si Kecil!

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Sumber: Penulis asal Fitriyani. Artikel ini mendapat keizinan daripada theAsianparent Indonesia untuk diterjemahkan. 

Baca juga: Salah Menyimpan Susu Badan Boleh Jadi Berbahaya Untuk Bayi, Jauhi 9 Kesalahan Ini!

Baca juga: Luahan jujur seorang suami yang sokong isteri beri susu badan walaupun milk booster mahal

Baca juga: Milk Booster Terbaik & Semula Jadi, 7 Jenis Sayuran Ini BERKESAN Banyakkan Susu Badan!

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Nurul Halifah

  • halaman rumah
  • /
  • Laktasi
  • /
  • Susu Badan Pun Boleh Basi? Ini Ciri-Ciri Susu Basi Ibu Perlu Tahu!
Kongsikan:
  • Bayi Sembelit Sukar Membuang Air Besar, Ini Cara Mengatasi Bayi Tidak Berak Dengan Berkesan

    Bayi Sembelit Sukar Membuang Air Besar, Ini Cara Mengatasi Bayi Tidak Berak Dengan Berkesan

  • 20 Makanan Bayi 11 Bulan Agar Cepat Gemuk, Pilihan Tinggi Kalori, Vitamin & Lebih Berkhasiat!

    20 Makanan Bayi 11 Bulan Agar Cepat Gemuk, Pilihan Tinggi Kalori, Vitamin & Lebih Berkhasiat!

  • Bunga Lawang (Star Anise) Untuk Kesihatan, Tinggi Antioksidan & Boleh Atasi Masalah Insomnia

    Bunga Lawang (Star Anise) Untuk Kesihatan, Tinggi Antioksidan & Boleh Atasi Masalah Insomnia

  • Bayi Sembelit Sukar Membuang Air Besar, Ini Cara Mengatasi Bayi Tidak Berak Dengan Berkesan

    Bayi Sembelit Sukar Membuang Air Besar, Ini Cara Mengatasi Bayi Tidak Berak Dengan Berkesan

  • 20 Makanan Bayi 11 Bulan Agar Cepat Gemuk, Pilihan Tinggi Kalori, Vitamin & Lebih Berkhasiat!

    20 Makanan Bayi 11 Bulan Agar Cepat Gemuk, Pilihan Tinggi Kalori, Vitamin & Lebih Berkhasiat!

  • Bunga Lawang (Star Anise) Untuk Kesihatan, Tinggi Antioksidan & Boleh Atasi Masalah Insomnia

    Bunga Lawang (Star Anise) Untuk Kesihatan, Tinggi Antioksidan & Boleh Atasi Masalah Insomnia

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
  • Bayi
  • Kesihatan
  • Pendidikan
  • Gaya Hidup
  • TAP Komuniti
  • Beriklan Dengan Kami
  • Hubungi Kami
  • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2025. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham