Ramai ibu-ibu sekarang yang memilih untuk berpantang cara moden, yakni lebih memilih tentang apa yang praktikal diikut dan apa yang tidak praktikal untuk diamalkan zaman sekarang ditinggalkan saja. Namun ada satu benda yang boleh dikatakan penting untuk diikut iaitu makanan untuk ibu berpantang.
Makanan untuk ibu berpantang baik bersalin normal atau pun czer harus dititikberatkan oleh ibu-ibu ketika tempoh berpantang. Jika tidak badan akan berasa tak selesa, luka pun lambat sembut malah boleh efek bayi pula akibat penyusuan badan.
Senarai makanan untuk ibu berpantang bersalin normal & czer
Makanan dalam pantang bersalin normal ada pelbagai jenis. Ada yang kata boleh makan itu dan ada yang kata tidak boleh.
Ibu-ibu yang baru bersalin memang akan cepat keliru memikirkan tentang makanan dalam pantang bersalin normal atau czer.
Walau apapun, berhati-hatilah ketika memilih hidangan berpantang. Jika tidak, boleh memberi efek kepada luka dan dalaman badan.
Jadi apa makanan dalam pantang bersalin normal yang sihat dan apa pula makanan yang tidak boleh diambil? Okay, jom semak senarai kami ini.
#1. Jangan ambil makanan yang tajam dan berangin dalam tempoh berpantang
Dalam kepercayaan masyarakat Melayu, banyak buah-buahan yang dianggap ‘sejuk’ atau berbisa. Antaranya seperti buah nenas, limau dan buah lai.
Jika anda menyusu badan, pakar laktasi berpendapat buah-buahan sitrus boleh menyebabkan masalah penghadaman bagi sesetengah bayi.
Jika anda mendapati bayi kembung, muntah, atau tidak selesa selepas anda makan sesuatu makanan, eloklah anda mengelak pengambilannya.
#2. Ayam dan lembu boleh makan tak?
Makanan dalam pantang bersalin normal yang pertama sekali anda patut jadikan sebagai menu utama ialah ayam dan daging kerana ia membekalkan tenaga yang mencukupi untuk si ibu selepas melahirkan bayi secara normal.
Oleh itu, untuk dapatkan kembali tenaga yang hilang, ibu perlu mendapatkan khasiat dari daging ayam dan lembu dalam pemakanan seharian tatkala berpantang.
Meskipun begitu, hindari bahagian lemak seperti kulit ayam, kulit lembu, hati, jantung dan sebagainya yang harus dielakkan kala meniti hari berpantang.
#3. Ikan apa yang tak boleh dimakan?
Ikan antara makanan popular kala berpantang. Misalnya ikan haruan merupakan makanan dalam pantang bersalin normal yang mampu menyembuhkan luka bersalin dengan lebih cepat.
Manakala, ikan yu pula dikatakan mampu memperbanyakkan susu ibu. Walaupun begitu, makanan dalam pantang bersalin normal yang menyebabkan turun darah dan angin adalah seperti ikan duri, sembilang, kembung, cencaru dan lain-lain.
Jadi, lebih baik, para ibu berhati-hati kala menikmati hidangan berpantang.
Selain itu, elak dari makan makanan laut yang lain seperti kerang, udang dan ketam. Jangan mimpi nak makan seafood ini ketika berpantang ya! Akhirnya anda akan rasai kegatalan di tempat jahitan.
#4. Air apa boleh minum?
Saya dulu ketika berpantang suka mengamalkan minuman kopi panas yang mampu membekalkan tenaga dan meningkatkan metabolisme badan.
Selain itu, ibu selepas bersalin juga boleh mengamalkan minuman halia yang boleh membuang angin dalam badan. Meskipun begitu, elakkan minuman bergas, sejuk dan tajam sepanjang tempoh berpantang.
#5. Buah-buahan
Makanan dalam pantang bersalin normal yang seterusnya adalah buah-buahan yang kaya dengan pelbagai vitamin dan nutrisi.
Namun ketika berpantang, terdapat beberapa buah-buahan yang dilarang seperti nenas yang dikatakan tajam dan boleh mengakibatkan tumpah darah. Cempedak dan nangka juga antara makanan dalam pantang bersalin normal yang harus dielakkan kerana menyebabkan angin dan sakit sendi.
Pun begitu, antara buah yang dibolehkan seperti kurma, oren, anggur, epal dan strawberi.
#6. Sayur-sayuran pula bagaimana?
Selain itu, sayur-sayuran juga penting kala meniti hari berpantang. Antara sayur-sayuran yang digalakkan untuk dimakan seperti lobak putih, peria, sawi, bayam dan brokoli.
Ini antara makanan dalam pantang bersalin normal yang bagus untuk peredaran darah. Namun begitu, elakkan mengambil sayur-sayuran menjalar, sejuk serta berangin yang boleh menyebabkan sakit badan.
#7. Ulam-ulaman
Ulam-ulaman merupakan makanan dalam pantang bersalin normal yang paling disyorkan. Ia mengandungi fiber, zat galian dan pelbagai jenis vitamin yang bersifat anti oksidan.
#8. Makanan ringan (fast food)
Burger, nugget, sosej, bihun, mee, ubi, laksa dan berminyak merupakan makanan dalam pantang bersalin normal yang paling tidak boleh dimakan.
Selain tidak mempunyai khasiat yang baik untuk penyusuan, makanan ini juga menyebabkan kembung, angin dan badan menjadi tidak bermaya.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga:
https://my.theasianparent.compantang-selepas-bersalin
Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!