X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan ProdukKlik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Awards
    • Parents' Choice Awards 2023
  • Beriklan Dengan Kami

Tanya Sis Min: Saya Ingin Tahu, Apakah Kelebihan Pil Perancang Noriday?

4 min bacaan
Tanya Sis Min: Saya Ingin Tahu, Apakah Kelebihan Pil Perancang Noriday?

Terdapat pelbagai jenis pil perancang. Kali ini kami kongsikan kelebihan pil perancang noriday kepada ibu di luar sana yang mahu tahu.

Ibu-ibu yang memilih untuk menggunakan pil perancang selepas hamil perlulah mendapatkan nasihat doktor terlebih dahulu sebelum mengambilnya. Terdapat pelbagai jenis pil perancang ia termasuklah Yasmin dan Noriday. Persoalan daripada ibu kali ini adalah mengenai apakah kelebihan pil perancang Noriday?

Menurut Dr Sri Viknarajan, Noriday adalah sejenis ubat kontraseptif hormon yang dikenali sebagai pil mini atau pil progestogen.

Ubat jenis ini mengandungi bahan aktif norethisterone, yang merupakan progestogen sintetik, mirip kepada progestogen semula jadi yang dihasilkan oleh badan.

Apakah kelebihan pil perancang Noriday?

Pil Perancang Noriday

Ia mengandungi bahan aktif norethisterone dan ia tergolong dalam sekumpulan ubat-ubatan yang dipanggil progestogen. Iaitu sejenis ubat kontraseptif hormon atau pil perancangan keluarga yang sinonim dengan nama lain seperti pil mini atau pil progestin.

Pil perancang jenis ini biasanya diberikan kepada wanita yang tidak sesuai mengambil pil kontraseptif jenis yang lain atau menggunakan alat intrauterin (IUD).

Pil perancang ini menyebabkan perubahan pada lendir dalam rahim dan lapisan rahim dan mempengaruhi sistem kawalan hormon tubuh. Semua ini menyumbang kepada pencegahan kehamilan (kontraseptif).

Keberkesanan pil “progestin sahaja” adalah lebih rendah berbanding pil pencegah kehamilan yang lain. Sekiranya diambil menurut arahan, 4 daripada 100 wanita akan hamil dalam tempoh satu tahun manakala hanya kurang dari 1 kehamilan bagi wanita menggunakan kontrasepsi oral yang mengandung estrogen dan progestogen.

Seperti kontraseptif jenis lain, pil perancang ini berfungsi untuk mencegah kehamilan. Ia tidak melindungi individu dari penyakit kelamin dan jangkitan seksual yang lain.

Apakah fungsi pil Noriday?

Pil perancang jenis ini, bertindak pada reseptor dalam badan dan memberi kesan seperti hormon semulajadi. Justeru, ia boleh digunakan sebagai salah satu usaha kontrasepsi secara oral. Selain itu pil ini juga sering digunakan dalam masalah seperti:

  • mencegah pendarahan yang tidak normal atau tidak dijangka dari rahim
  • gejala sindrom pra-haid yang berlaku sebelum haid termasuk kesakitan payudara, sakit kepala, migrain, air dan gangguan mood
  • haid yang menyakitkan atau pendarahan yang berlebihan
  • menjarakkan kitaran menstruasi
  • penyakit endometriosis

Kesan yang mungkin dialami jika ambil pil perancang

#1. Pendarahan

50% daripada pengguna pil perancang akan mengalami pendarahan vagina pada luar waktu jangkaan haid. Antara faktor penyebabnya adalah disebabkan reaksi tubuh yang cuba menyesuaikan diri dengan kadar hormon yang berbeza.

Ketika berlakunya pendarahan, pil perancang masih efektif asalkan ia diambil dengan cara yang betul dan tiada dos yang ditinggalkan. Walaupun pendarahan boleh berlaku secara on-off dalam masa 3 bulan setelah bermulanya pengambilan pil perancang, wanita yang mengalami pendarahan ringan selama 5 hari atau pendarahan teruk selama 3 hari disarankan untuk mendapatkan nasihat doktor tentang keserasian pil yang diambil.

Namun biasanya 90% daripada masalah ini akan selesai selepas pengambilan pek pil perancang yang ketiga.

#2. Mual, loya

Pil Perancang Noriday

Ada yang berasa loya setelah mengambil pil perancang yang pertama. Namun simptom selalunya akan berkurang selepas beberapa ketika. Mengambil pil perancang dengan bersama sedikit makanan atau ketika masuk tidur mungkin dapat membantu anda yang mengalami masalah ini.

Walaubagaimanapun, jika loya bertambah serius sehingga menyebabkan muntah-muntah yang teruk, sila dapatkan nasihat doktor sebelum meneruskan pengambilan pil perancang yang berikutnya.

#3. Payudara rasa bengkak

Pil Perancang Noriday

Bagi sesetengah wanita, pengambilan pil perancang boleh menyebabkan payudara terasa besar dan bengkak. Biasanya dalam masa beberapa minggu, kesan sampingan ini akan semakin menghilang.

Antara langkah yang boleh membantu mengurangkan kesakitan ini adalah dengan mengehadkan pengambilan kafein dan garam serta memakai bra yang sesuai untuk memberi lebih sokongan.

Jika kesakitan berlarutan dan terasa seperti ada ketulan, pastikan anda tidak teragak-agak untuk menjalani pemeriksaan lanjut.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia

Baca juga: 3 Cara Betul Untuk Makan Pil Perancang Menurut Pakar – Tiada Kesan Sampingan!

Baca juga: 4 Sebab Pentingnya Merancang Keluarga Zaman Moden Ini, Janji Suami Isteri Setuju

Baca juga: Merancang keluarga adalah hak anda, kenapa nak rasa bersalah pula?

Stories Rakan Kongsi
Parut Czer Buat Ramai Ibu Hilang Keyakinan, Ini Cara Mudah Untuk Mengatasinya
Parut Czer Buat Ramai Ibu Hilang Keyakinan, Ini Cara Mudah Untuk Mengatasinya
Pentingnya Ambil Susu Ibu Mengandung Sepanjang Tempoh Kehamilan, Baik Untuk Ibu & Janin
Pentingnya Ambil Susu Ibu Mengandung Sepanjang Tempoh Kehamilan, Baik Untuk Ibu & Janin
Why all pregnant mums need to know about gestational diabetes
Why all pregnant mums need to know about gestational diabetes
Mengapakah ibu-ibu mengandung dan menyusu memerlukan suplementasi DHA?
Mengapakah ibu-ibu mengandung dan menyusu memerlukan suplementasi DHA?

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

ddc-calendar
Bersedia untuk ketibaan bayi anda dengan menambah tarikh bersalin anda.
ATAU
Kira tarikh bersalin anda
img
Penulis

Tanya Sis Min

  • halaman rumah
  • /
  • Kehamilan
  • /
  • Tanya Sis Min: Saya Ingin Tahu, Apakah Kelebihan Pil Perancang Noriday?
Kongsikan:
  • Badan Akan Berubah Setiap Trimester Sepanjang Kehamilan, Ini Apa Ibu Boleh Jangkakan

    Badan Akan Berubah Setiap Trimester Sepanjang Kehamilan, Ini Apa Ibu Boleh Jangkakan

  • Nama Bayi Huruf V Lelaki & Perempuan, Unik & Makna Indah Untuk Si Kecil

    Nama Bayi Huruf V Lelaki & Perempuan, Unik & Makna Indah Untuk Si Kecil

  • Nak Ambil Ubat Tahan Sakit Ketika Hamil? Jaga-Jaga, Ini Yang Ibu Kena Tahu Dulu!

    Nak Ambil Ubat Tahan Sakit Ketika Hamil? Jaga-Jaga, Ini Yang Ibu Kena Tahu Dulu!

  • Badan Akan Berubah Setiap Trimester Sepanjang Kehamilan, Ini Apa Ibu Boleh Jangkakan

    Badan Akan Berubah Setiap Trimester Sepanjang Kehamilan, Ini Apa Ibu Boleh Jangkakan

  • Nama Bayi Huruf V Lelaki & Perempuan, Unik & Makna Indah Untuk Si Kecil

    Nama Bayi Huruf V Lelaki & Perempuan, Unik & Makna Indah Untuk Si Kecil

  • Nak Ambil Ubat Tahan Sakit Ketika Hamil? Jaga-Jaga, Ini Yang Ibu Kena Tahu Dulu!

    Nak Ambil Ubat Tahan Sakit Ketika Hamil? Jaga-Jaga, Ini Yang Ibu Kena Tahu Dulu!

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
    • Anak angkat
    • Kehamilan
    • Sebelum & Proses Bersalin
    • Perkahwinan & Seks
  • Bayi
    • Nama bayi
    • Perkembangan & Anak
    • Tip keibubapaan
    • Penyusuan & Pemakanan
  • Kesihatan
    • Senaman
    • Alahan & Sindrom
    • Penyakit
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Rumah
    • Kewangan
    • Percutian
    • Pertandingan & promosi
  • Banyak Lagi
    • TAP Komuniti
    • Beriklan Dengan Kami
    • Hubungi Kami
    • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2023. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

theAsianparent heart icon
Kami ingin menghantar anda pemberitahuan untuk berita dan kemas kini terbaru mengenai kehamilan.