X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan Produk
Klik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beriklan Dengan Kami

Air Ketuban Pecah, Perlukah Terus Ke Hospital?

4 min bacaan
Air Ketuban Pecah, Perlukah Terus Ke Hospital?

Tanda air ketuban pecah biasanya membuatkan anda rasa seperti adanya aliran air hangat yang banyak dari vagina

Salah satu perkara yang anda perlu tahu saat anda hamil adalah mengenai air ketuban atau istilah lain ‘amniotic fluid’ atau cecair amniotik. Penting untuk anda tahu apa fungsinya dan apa perlu anda lakukan sekiranya anda rasakan air ketuban pecah? 

Berdasarkan pengalaman saya sendiri ketika pertama kali mengandung, saya sendiri tidak tahu bila patut risau apabila air ketuban pecah. Malah pernah juga berasa keliru dengancecair amniotik yang keluar atau keluar keputihan atau air kencing. Maklumlah dan trimester ketiga, nak buang air kecil pun kadang-kadang tak boleh tahan, keluar begitu saja. 

Dan apabila berjumpa doktor, mereka akan pastikan betul-betul sekiranya betul atau tidak air ketuban yang keluar. Kerana sebaik air ketuban keluar ini bermakna ketuban anda sudah bocor, dan apabila bocor dan biarkan lama, akan menyebabkan jangkitan kepada bayi dan ibu sendiri. 

Jadi sangatlah penting untuk anda pastikan juga penting untuk anda tahu apa perlu anda lakukan apabila perkara ini terjadi. 

Bagaimana rasanya?

air ketuban

Anda perlu tahu yang kebanyakan masanya, cecair amniotik anda tak akan keluar hingga bukaan servik anda penuh dan anda dah bersedia untuk meneran.

Apa itu cecair amniotik?

Bayangkan anda duduk dalam bilik yang gelap dan selesa sambil dikelilingi kusyen berisi cecair. Ini adalah bayi anda dan kusyen tersebut adalah cecair amniotik.

Cecair amniotik kadang-kadang dikenali sebagai membran kerana ini diperbuat dari dua membran: amnion dan chorion.

“Air” sebenarnya adalah cecair amniotik – cecair jernih yang jadi tempat tinggal bayi anda. Ia melindungi bayi anda dari kecederaan dan mengekalkan suhu dalam rahim.

Cecair amniotik juga membantu paru-paru, sistem penghadaman dan musculoskeletal bayi untuk berkembang.

Apa yang berlaku jika air ketuban pecah?

air ketuban

Sebelum anda bersalin, air ketuban akan pecah dan ini bermakna bayi akan lahir tak lama lagi. Kadang-kadang ia akan pecah awal.

Tapi, ada juga kes cecair amniotik keluar namun lambat bersalin. Lebih lama masa diambil untuk bersalin selepas air ketuban pecah, lebih tinggi peluang untuk bayi atau anda mendapat jangkitan. Jika ini berlaku, doktor mungkin akan memilih untuk induce.

Agak sukar nak tahu kalau ia adalah cecair amniotik atau anda sebenarnya terkencing kerana masalah pundi kencing yang biasanya berlaku pada akhir kehamilan? Jadi, macam mana nak tahu jika air ketuban pecah?

Perkara pertama yang perlu anda lakukan adalah beritahu doktor anda jika anda rasa telah pecah air ketuban. Maklumat di bawah ini boleh membantu anda untuk ketahui jika air ketuban anda benar-benar pecah.

#1. Ingat COAT

Ada beberapa perkara yang perlu anda lihat, untuk memudahkan anda, ingat: COAT

Colour (warna) cecair: ia sepatutnya berwarna jernih. Air yang berwarna coklat kehijauan menandakan yang bayi telah buang air besar dalam rahim anda.

Odour (bau): tak terlalu berbau atau tak ada bau adalah normal. Tapi jika baunya kuat, ini mungkin tanda ada jangkitan.

Amount (jumlah): perhatikan sama ada air tersebut mengalir atau menitik.

Time (masa): selepas cecair amniotik keluar, risiko untuk mendapat jangkitan akan meningkat jika anda tak mula bersalin untuk jangka masa tertentu.

Cuba untuk ingat empat perkara ini dan beritahu doktor anda. Ini akan membantu doktor untuk menentukan apa yang mereka perlu lakukan.

air ketuban

#2. Tukar seluar dalam

Semasa dalam trimester ketiga, sebelum keluar rumah, anda perlu membawa seluar dalam lebih dan pad di dalam beg setiap masa. Ini penting sekiranya cecair amniotik keluar semasa anda di luar rumah.

Jika ini berlaku, anda perlu tukar seluar dalam secepat mungkin dan pulang ke rumah atau terus pergi ke hospital dengan segera.

Stories Rakan Kongsi
Alami Kehamilan Berisiko? Inilah Sebabnya Anda Perlukan Pakar Perubatan Fetal Maternal (Maternal Fetal Medicine).
Alami Kehamilan Berisiko? Inilah Sebabnya Anda Perlukan Pakar Perubatan Fetal Maternal (Maternal Fetal Medicine).
Healing After a C-section: Your Guide to a Speedy Recovery
Healing After a C-section: Your Guide to a Speedy Recovery
Tanda-Tanda Kencing Manis Ketika Hamil
Tanda-Tanda Kencing Manis Ketika Hamil
Baby Skin Care: Tips Memastikan Kulit Si Manja Lembut dan Selamat Dengan Produk Organik Terbaik
Baby Skin Care: Tips Memastikan Kulit Si Manja Lembut dan Selamat Dengan Produk Organik Terbaik

#3. Kering atau basah

Cara yang paling baik untuk ketahui jika air ketuban benar telah keluar atau hanya sekadar air kencing atau cecair dari faraj adalah dengan memakai pad kering dan baring selama 15 minit.

Jika ia benar-benar keluar, cecair amniotik akan berkumpul di dalam faraj dan akan mengalir semula apabila anda berdiri.

Bila anda perlu ke hospital?

Anda perlu ke hospital dengan segera selepas air ketuban pecah supaya doktor boleh memberikan antibiotik pada anda.

Air ketuban anda pecah sebelum 37 minggu. Ini dikenali sebagai preterm rupture of membranes (PROM). Komplikasi yang boleh berlaku termasuk jangkitan, gangguan uri (uri tertanggal sebelum bersalin), komplikasi pada bayi atau masalah tali pusat.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Air Ketuban Kurang? Ini Punca Risiko & Cara Merawat

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

ddc-calendar
Bersedia untuk ketibaan bayi anda dengan menambah tarikh bersalin anda.
ATAU
Kira tarikh bersalin anda
img
Penulis

Izzati Saadin

  • halaman rumah
  • /
  • Sebelum & Proses Bersalin
  • /
  • Air Ketuban Pecah, Perlukah Terus Ke Hospital?
Kongsikan:
  • Biji Teratai (Lotus Seeds) Untuk Ibu Hamil: Kandungan Nutrisi, Manfaat & Cara Pengambilan

    Biji Teratai (Lotus Seeds) Untuk Ibu Hamil: Kandungan Nutrisi, Manfaat & Cara Pengambilan

  • Keguguran Berulang/ Recurrent Miscarriage: Kenali Punca, Tanda & Cara Mengatasi

    Keguguran Berulang/ Recurrent Miscarriage: Kenali Punca, Tanda & Cara Mengatasi

  • 21 Tanda Bersalin Semakin Hampir, Ini Persediaan Penting Buat Ibu Bapa Agar Proses Kelahiran Lancar

    21 Tanda Bersalin Semakin Hampir, Ini Persediaan Penting Buat Ibu Bapa Agar Proses Kelahiran Lancar

  • Biji Teratai (Lotus Seeds) Untuk Ibu Hamil: Kandungan Nutrisi, Manfaat & Cara Pengambilan

    Biji Teratai (Lotus Seeds) Untuk Ibu Hamil: Kandungan Nutrisi, Manfaat & Cara Pengambilan

  • Keguguran Berulang/ Recurrent Miscarriage: Kenali Punca, Tanda & Cara Mengatasi

    Keguguran Berulang/ Recurrent Miscarriage: Kenali Punca, Tanda & Cara Mengatasi

  • 21 Tanda Bersalin Semakin Hampir, Ini Persediaan Penting Buat Ibu Bapa Agar Proses Kelahiran Lancar

    21 Tanda Bersalin Semakin Hampir, Ini Persediaan Penting Buat Ibu Bapa Agar Proses Kelahiran Lancar

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
  • Bayi
  • Kesihatan
  • Pendidikan
  • Gaya Hidup
  • TAP Komuniti
  • Beriklan Dengan Kami
  • Hubungi Kami
  • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2025. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham