X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan ProdukKlik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Awards
    • Parents' Choice Awards 2023
  • Beriklan Dengan Kami

Berseri-Serinya Wajah Ibu Mengandung, Kan? Ini 3 Sebabnya - Patutlah!

6 min bacaan
Berseri-Serinya Wajah Ibu Mengandung, Kan? Ini 3 Sebabnya - Patutlah!

Sedarkah anda terdapat pelbagai cara menjadikan kulit glowing ketika hamil? Jom semak penjelasan ini agar anda dapat mengekalkannya sehingga bersalin!

Memiliki kulit glowing dan sihat perkara yang paling utama bagi setiap wanita dan lelaki. Bukan hanya sekadar enak dipandang, ia turut membantu kita untuk tampil dengan lebih yakin.

Pernahkah orang memuji anda semakin kelihatan semakin berseri semenjak anda sedang hamil? Adakah anda tertanya-tanya kepada diri sendiri adakah ia benar atau hanya sekadar pujian bagi mengambil hati anda?

Jika ini adalah soalan yang anda sering fikirkan, maka untuk mendapatkan jawapan tersebut teruskan membaca perkongsian ini sehingga habis.

Seri wajah ketika kehamilan adalah salah satu perubahan yang normal yang dihadapi oleh wanita ketika mengandung.

Walaupun ramai yang mengatakan bahawa ia adalah mitos, hakikatnya adalah tidak!

Ia adalah benar dan berlaku disebabkan oleh peningkatan atau perubahan hormon semasa kehamilan.

Sekiranya orang disekeliling anda berulang kali memberitahu bahawa wajah anda berseri, anggap sahaja diri anda sedang diberkati dan nikmatinya sebelum ia tamat.

Sementara itu, baca dan ketahui lebih lanjut mengenai mitos dan kebenaran mengenai cahaya wajah berseri sewaktu kehamilan.

Penyebab kulit glowing ketika hamil 

Secara umumnya, tiada sebab khusus yang menyebabkan kulit glowing dan cantik ketika mengandung. Walau bagaimanapun, mari kita lihat beberapa kemungkinan yang menjadi punca kepada ‘anugerah’ ini.

#1. Perubahan fisiologi

Kajian mendapati bahawa ia mungkin berlaku kerana perubahan fisiologi yang terjadi dalam tubuh wanita hamil.

Ia juga disebabkan oleh kemasukan hormon iaitu hormon-hormon inilah yang menyebabkan kelenjar menghasilkan lebih banyak minyak yang menjadikan kulit berkilau.

#2. Meningkatkan aliran darah

Satu lagi faktor penting yang menyumbang kepada wajah berseri sewaktu kehamilan ialah peningkatan aliran darah.

Semasa mengandung, jumlah darah wanita meningkat sebanyak 50%. Peningkatan aliran darah juga membantu menyokong rahim.

#3. Kelembapan yang optimum

Lapisan kulit mengekalkan kelembapan sewaktu anda mengandung.

Pengaliran air yang mencukupi dalam badan anda membantu melicinkan kedutan dan garis halus yang memberikan kesan ‘pinkish glow’.

Tabiat pengambilan asid lemak Omega-3 dalam diet seharian sangat penting untuk mendapatkan kulit yang sihat.

Antara makanan yang mengandungi Omega 3 adalah seperti telur, ikan, chia seeds, kekacang dan sayur-sayuran (bayam, brokoli).

Sekiranya anda kurang mengambil Omega-3, ia boleh menyebabkan kulit mengalami kekeringan dan lebih sensitif.

Tips penjagaan untuk mengekalkan seri wajah

kulit berseri

Kredit Foto: Global News

Jika sekarang anda merasakan kulit anda semakin ‘glowing’ dan berseri, pastinya anda mahukan ia kekal sehingga ke akhir hayat anda.

Berikut adalah beberapa petua untuk membantu anda kekal menawan sehingga melahirkan anak:

#Sekiranya anda mengandung dan ingin mendapatkan rawatan kerana wajah menjadi ‘break out’, pastikan anda mendengar nasihat doktor terlebih dahulu. Pakar kesihatan adalah orang yang terbaik untuk memberi nasihat kepada anda mengenai masalah kesihatan kulit ketika anda mengandung.

#Elakkan diri dari menggunakan sabun yang memiliki tahap pH yang tinggi. Ia boleh membuatkan kulit semakin terdedah kepada pencemaran alam sekitar.

# Jangan gunakan produk yang mengandungi Asid Salisilik bagi merawat wajah yang dinaiki jerawat akibat perubahan hormon ibu mengandung. Ia berpotensi mengakibatkan risiko tinggi terhadap kecacatan pada kelahiran.

Stories Rakan Kongsi
Parut Czer Buat Ramai Ibu Hilang Keyakinan, Ini Cara Mudah Untuk Mengatasinya
Parut Czer Buat Ramai Ibu Hilang Keyakinan, Ini Cara Mudah Untuk Mengatasinya
Pentingnya Ambil Susu Ibu Mengandung Sepanjang Tempoh Kehamilan, Baik Untuk Ibu & Janin
Pentingnya Ambil Susu Ibu Mengandung Sepanjang Tempoh Kehamilan, Baik Untuk Ibu & Janin
Why all pregnant mums need to know about gestational diabetes
Why all pregnant mums need to know about gestational diabetes
Mengapakah ibu-ibu mengandung dan menyusu memerlukan suplementasi DHA?
Mengapakah ibu-ibu mengandung dan menyusu memerlukan suplementasi DHA?

#Jika anda terdedah kepada ‘hyperpigmentation’, lebih baik untuk mengelakkan pengambilan soya. Jika anda suka mengambilnya, kurangkan kuantiti pengambilan anda ke jumlah yang lebih kecil.

#Jauhkan diri dari mengambil ubat jerawat seperti Retin-A, Retinol dan dos Vitamin A yang tinggi kecuali jika doktor anda menyarankan anda untuk mengambilnya.

#Luangkan lebih masa anda untuk memilih pakaian yang sesuai untuk ibu mengandung bagi memastikan penampilan anda begitu kemas meskipun berbadan dua.

# Ketika mengandung, anda sebenarnya memiliki kelebihan untuk dimanjakan seperti seorang permaisuri. Pastikan anda mendapat ruang untuk ‘me time’ di spa bagi meningkatkan lagi seri pada wajah anda.

#Senaman yoga juga boleh membantu mengekalkan kecantikan semasa anda hamil. Jadi, sertai kelas yoga wanita mengandung untuk memastikan wajah anda sihat.

#Ada beberapa latihan yang memberikan impak yang rendah. Walau bagaimanapun, berbincanglah dengan doktor mengenai jenis latihan yang anda lakukan dan jika terdapat senaman yang tidak mengesyorkan, anda hanya perlu melakukan senaman ringan dan rehat yang cukup.

Bagaimana menonjolkan seri wajah sepanjang kehamilan?

kulit berseri

Kredit Foto: Getty Image

Jadi, sekarang anda sudah tahu bahawa seri ibu mengandung bukan sekadar mitos sahaja. Ia adalah sebuah pengalaman indah yang sebenar dan anda perlu menikmati setiap detik ini.

Bukan setakat membuatkan ia membuatkan tubuh anda berasa lebih baik, anda tetapi ia juga membuatkan anda bahagia. Siapa yang tidak mahu bahagia kan?

Oleh itu, di sini kami menyenaraikan beberapa cara untuk anda kelihatan lebih berseri ketika mengandung. Antaranya:

#Mempamerkan kecantikan

Sekiranya anda mempunyai kaki yang cantik, tonjolkannya dengan memakai dress labuh mengikut ukuran saiz tubuh. Jika anda mempunyai lengan dan bahu yang cantik, anda disarankan memakai baju tanpa lengan.

Perlu diingatkan bahawa tidak mengenakan kasut tumit tinggi atau kasut yang tidak selesa biarpun anda berada pada peringkat awal kehamilan.

#Memanjakan diri

Fasa kehamilan juga merupakan fasa di mana anda boleh memanjakan diri.

Mungkin 6 bulan selepas bersalin, anda tidak akan berkesempatan untuk berbuat demikian kerana sibuk membesarkan bayi.

Oleh hal yang demikian, manjakan diri anda dengan merias kuku dan beberapa sesi urutan.

Kaitan yoga dengan kecantikan

seri ibu mengandung

Kredit Foto: BabyInfo

Walaupun terdapat banyak cara untuk membantu anda mengekalkan seri kehamilan, yoga pastinya antara senaman yang paling berkesan.

Selain merawat kesan kehamilan seperti mual dan sembelit, yoga meningkatkan aliran darah, meningkatkan pengoksigenan dan merangsang otot.

Gaya yoga yang betul membantu mempersiapkan diri anda untuk bersalin selain  membantu mengekalkan kecantikan wajah sepanjang masa.

Gaya yoga untuk wanita mengandung

Senaman yoga boleh menjadi agak sukar apabila ‘baby bump’ anda semakin membesar. Tetapi, jangan risau, yoga yang sesuai untuk ibu hamil membantu memberikan tenaga untuk badan anda ketika menghadapi waktu kelahiran.

Antara gaya yoga bagi yang bermanfaat kepada anda ialah:

# Meditasi

# Rama-rama yang lembut

# Cat Pose

# Latihan Leher

# Pernafasan Yogis

# Yoga Kerusi

# Sukhasana

# Shavasana

# Pose gunung

# Bhramari Pranayama

Kehamilan sebenarnya mengubah kehidupan ke arah kebaikan. Ia menjadikan anda lebih berseri, membuatkan rambut anda lebih berkilat dan menghilangkan kedutan wajah.

Bagi ramai wanita pada waktu ini anda terlihat paling menawan kerana kulit menerima peningkatan aliran darah. Sekarang anda sudah tahu rahsia kulit yang berseri semasa mengandung. Sentiasa tersenyum dan terus berseri!

Sumber: Momjunction

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Untuk dapatkan lebih banyak informasi dari theAsianparent Malaysia, boleh terus download Aplikasi Keibubapaan #1 Di Asia Tenggara kami.

Berseri-Serinya Wajah Ibu Mengandung, Kan? Ini 3 Sebabnya - Patutlah!

Baca juga:

https://my.theasianparent.com8-perkara-tentang-mengandung-yang-akan-anda-rindui

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

ddc-calendar
Bersedia untuk ketibaan bayi anda dengan menambah tarikh bersalin anda.
ATAU
Kira tarikh bersalin anda
img
Penulis

Siti Nur Zuraikha Yaacob

  • halaman rumah
  • /
  • Kehamilan
  • /
  • Berseri-Serinya Wajah Ibu Mengandung, Kan? Ini 3 Sebabnya - Patutlah!
Kongsikan:
  • 9 Sebab Emas Boleh Buat Wanita Tak Nampak Lebih Tua Dari Umur

    9 Sebab Emas Boleh Buat Wanita Tak Nampak Lebih Tua Dari Umur

  • Kulit Kusam dan Berjerawat? Ini Produk Skin Care Buat Ibu Hamil Yang Selamat Untuk Kandungan Anda!

    Kulit Kusam dan Berjerawat? Ini Produk Skin Care Buat Ibu Hamil Yang Selamat Untuk Kandungan Anda!

  • Kulit Si Manja Kering dan Sensitif? Cuba 7 Moisturizer Untuk Kulit Kering Terbaik Bayi

    Kulit Si Manja Kering dan Sensitif? Cuba 7 Moisturizer Untuk Kulit Kering Terbaik Bayi

  • Anak Kuat Menangis Walaupun Sudah Menyusu & Tukar Lampin? Dia Mungkin Hidap Colic!

    Anak Kuat Menangis Walaupun Sudah Menyusu & Tukar Lampin? Dia Mungkin Hidap Colic!

  • 9 Sebab Emas Boleh Buat Wanita Tak Nampak Lebih Tua Dari Umur

    9 Sebab Emas Boleh Buat Wanita Tak Nampak Lebih Tua Dari Umur

  • Kulit Kusam dan Berjerawat? Ini Produk Skin Care Buat Ibu Hamil Yang Selamat Untuk Kandungan Anda!

    Kulit Kusam dan Berjerawat? Ini Produk Skin Care Buat Ibu Hamil Yang Selamat Untuk Kandungan Anda!

  • Kulit Si Manja Kering dan Sensitif? Cuba 7 Moisturizer Untuk Kulit Kering Terbaik Bayi

    Kulit Si Manja Kering dan Sensitif? Cuba 7 Moisturizer Untuk Kulit Kering Terbaik Bayi

  • Anak Kuat Menangis Walaupun Sudah Menyusu & Tukar Lampin? Dia Mungkin Hidap Colic!

    Anak Kuat Menangis Walaupun Sudah Menyusu & Tukar Lampin? Dia Mungkin Hidap Colic!

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
    • Anak angkat
    • Kehamilan
    • Sebelum & Proses Bersalin
    • Perkahwinan & Seks
  • Bayi
    • Nama bayi
    • Perkembangan & Anak
    • Tip keibubapaan
    • Penyusuan & Pemakanan
  • Kesihatan
    • Senaman
    • Alahan & Sindrom
    • Penyakit
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Rumah
    • Kewangan
    • Percutian
    • Pertandingan & promosi
  • Banyak Lagi
    • TAP Komuniti
    • Beriklan Dengan Kami
    • Hubungi Kami
    • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2023. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

theAsianparent heart icon
Kami ingin menghantar anda pemberitahuan untuk berita dan kemas kini terbaru mengenai kehamilan.