TAP top app download banner
theAsianparent
theAsianparent
EnglishMalay
Panduan Produk
  • Menjadi ibu bapa
  • Anak
  • Keibubapaan
  • Kesihatan
  • Penyusuan & Pemakanan
  • Pendidikan
  • Gaya Hidup
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beriklan Dengan Kami
  • Komuniti
Log Masuk
  • EnglishMalay
    • Artikel
  • Menjadi ibu bapaMenjadi ibu bapa
  • AnakAnak
  • KeibubapaanKeibubapaan
  • KesihatanKesihatan
  • Penyusuan & PemakananPenyusuan & Pemakanan
  • PendidikanPendidikan
  • Gaya HidupGaya Hidup
  • TAP CadanganTAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan#PendidikanKewangan
  • Beli-BelahBeli-Belah
  • VIPVIP
  • Siaran MediaSiaran Media
  • Beriklan Dengan KamiBeriklan Dengan Kami
  • KomunitiKomuniti
    • Komuniti
  • Poll
  • Gambar
  • Makanan
  • Resipi
  • Topik
  • Baca Artikel
    • Tracker
  • Tracker Kehamilan
  • Tracker Bayi
    • Ganjaran
  • GanjaranGanjaran
  • Pertandingan
  • VIP ParentsVIP Parents
    • Lagi
  • Maklum Balas

Polisi PrivasiGaris Panduan KomunitiPeta Laman Web

Muat turun app percuma kami

google play store
app store

Siapa Kata Ibu Hamil Tak Boleh Bergaya? Ini Tips Fesyen Ibu Mengandung Tanpa Bajet Besar

3 min bacaan
Siapa Kata Ibu Hamil Tak Boleh Bergaya? Ini Tips Fesyen Ibu Mengandung Tanpa Bajet Besar

Hamil tidak menjadi halangan untuk tetap tampil cantik dan menarik.

Fesyen baju mengandung mampun menampilkan gaya yang lebih cantik semasa hamil. Ini kerana penampilan sentiasa menjadi kerisauan bagi para wanita terutama ibu hamil. Hamil tidak menjadi halangan untuk tetap tampil cantik dan menarik. Bahkan sama ada disedari atau tidak, seorang wanita selalunya akan kelihatan jauh lebih cantik ketika hamil.

Anda sebenarnya boleh tampil dengan penampilan yang menarik tanpa mengeluarkan wang yang banyak. Jika anda sedang hamil dan ingin kelihatan lebih bergaya dan trendy tanpa perlu belanja yang besar, cuba 5 tips berikut.

Tips pemilihan fesyen baju mengandung 

1.”Mix and Match”

Tidak bermakna apabila anda hamil, anda harus terus menukar seluruh almari pakaian anda. Terutamanya bagi yang pertama kali hamil, bentuk badan dan saiz badan tidak banyak berubah sehingga anda mula memasukan pertengahan trimester kedua. Jadi sementara itu, baju-baju lama anda masih lagi boleh digunakan.

Selalunya wanita hamil gemar menggunakan warna-warna yang lebih gelap atau tona tanah kerana menganggap ia sebagai warna ‘selamat’. Namun, sebenarnya anda akan kelihatan lebih cantik dan ceria jika menggunakan warna-warna yang cerah. Gabungkan dengan penggunaan ‘cardigan’ untuk tampil lebih bergaya.

fesyen baju mengandung

shutterstock.com

2. Guna untuk jangka masa panjang

Jika anda merasakan yang anda benar-benar perlu membeli pakaian baru, belilah yang boleh digunakan untuk jangka masa yang panjang. Sebenarnya tempoh hamil ialah tempoh yang singkat. Jadi jika anda membeli baju yang sememangnya hanya khas digunakan ketika hamil, setelah bersalin, anda tidak lagi akan menggunakan baju tersebut.

Pilihlah baju yang mempunyai potongan longgar seperti ‘A cut’ yang juga sesuai dipakai setelah bersalin nanti. Menggunakan baju menyusu (nursing blouse) ketika hamil juga adalah idea yang bijak kerana anda tetap boleh menggunakannya setelah bersalin.

3. Membeli sewaktu jualan gudang atau jualan murah

fesyen baju mengandung

Membeli-belah juga adalah terapi buat ibu hamil. Jadi tidak dinafikan jika anda mencari alasan untuk membeli baju baru. Belilah ketika promosi jualan gudang atau jualan murah. Banyak jenama terkenal sering membuat jualan gudang bagi menghabiskan stok.

Antara jenama popular yang sering membuat jualan gudang ialah ArRaudah moms, 9monthsmaternity dari artis terkenal Dynas Mokhtar dan mumsluv. Selain itu, terdapat juga laman sesawang yang membuat servis beli-belah atas talian dan sering menawarkan harga yang murah seperti zalora, lazada dan 11street.my .

4. Aksesori

Anda mungkin rasa anda kelihatan tidak menarik kerana bentuk fizikal anda yang berubah. Penggunaan aksesori tambahan boleh menambah keyakinan anda untuk bergaya ketika hamil. Contohnya, penggunaan jaket atau ‘cardigan’ labuh boleh memberi efek kelihatan lebih kurus.

Menggunakan aksesori seperti gelang atau rantai dengan warna yang kontras boleh menambah warna dalam gaya anda. Gayakan selendang dengan pelbagai gaya bagi menambah seri anda. Selain itu, penggunaan kasut juga memainkan peranan dalam bergaya.

fesyen ibu hamil

Aksesori (pinterest)

5. Cantik dalaman, cantik luaran

Wajah yang kusam juga boleh menyebabkan anda tampak kurang bergaya. Amalkan pemakanan yang sihat bagi memastikan anda bertenaga dan berseri. Makan ulam-ulaman, supliment serta pastikan diri anda cukup terhidrat.

Muka anda akan kelihatan lebih berseri dan segar. Senaman ringkas seperti yoga juga akan membantu badan anda lebih sihat dan bertenaga, menjadikan anda kelihatan lebih cantik.

Mudah bukan bergaya tanpa mengeluarkan belanja yang banyak. Semoga tips ini dapat membantu menggayakan tempoh kehamilan anda. Jimat berbelanja untuk bergaya jadi anda boleh membeli lebih untuk bayi yang bakal lahir nanti.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Khas untuk pembaca theAsianparent

Siapa Kata Ibu Hamil Tak Boleh Bergaya? Ini Tips Fesyen Ibu Mengandung Tanpa Bajet Besar

Berpeluang memenangi hadiah bernilai RM100 dari Breeze! Isi borang di bawah sahaja! 

Baca juga 

https://my.theasianparent.comgambar-perut-hamil

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Aqma

  • halaman rumah
  • /
  • Kecantikan
  • /
  • Siapa Kata Ibu Hamil Tak Boleh Bergaya? Ini Tips Fesyen Ibu Mengandung Tanpa Bajet Besar
Kongsikan:
  • Tips Makeup Tahan Lama Dan Tak Bercapuk, Cuba Cara Ini Barulah Flawless!

    Tips Makeup Tahan Lama Dan Tak Bercapuk, Cuba Cara Ini Barulah Flawless!

  • Pewarna Rambut Halal Terbaik! Ini Senarai Pewarna Rambut Yang Boleh Digunakan Tanpa Was-Was, Ibu Hamil Pun Boleh Cuba

    Pewarna Rambut Halal Terbaik! Ini Senarai Pewarna Rambut Yang Boleh Digunakan Tanpa Was-Was, Ibu Hamil Pun Boleh Cuba

  • Perapi Rambut Terbaik Untuk Ibu Atasi Masalah Rambut Gugur Selepas Bersalin

    Perapi Rambut Terbaik Untuk Ibu Atasi Masalah Rambut Gugur Selepas Bersalin

  • Tips Makeup Tahan Lama Dan Tak Bercapuk, Cuba Cara Ini Barulah Flawless!

    Tips Makeup Tahan Lama Dan Tak Bercapuk, Cuba Cara Ini Barulah Flawless!

  • Pewarna Rambut Halal Terbaik! Ini Senarai Pewarna Rambut Yang Boleh Digunakan Tanpa Was-Was, Ibu Hamil Pun Boleh Cuba

    Pewarna Rambut Halal Terbaik! Ini Senarai Pewarna Rambut Yang Boleh Digunakan Tanpa Was-Was, Ibu Hamil Pun Boleh Cuba

  • Perapi Rambut Terbaik Untuk Ibu Atasi Masalah Rambut Gugur Selepas Bersalin

    Perapi Rambut Terbaik Untuk Ibu Atasi Masalah Rambut Gugur Selepas Bersalin

Feed

Feed

Dapatkan artikel yang bersesuaian tentang keibubapaan, gaya hidup, dan pendapat pakar, hanya di hujung jari anda!

Poll

Poll

Sertai poll yang menarik dan lihat apa ibu bapa lain fikir

Gambar

Gambar

Kongsi gambar insan tersayang anda secara selamat.

Topik

Topik

Sertai komuniti kami untuk lebih rapat dengan ibu atau ayah lain.

Tracker

Tracker

Pantau kehamilan anda, malah juga tumbesaran bayi dari hari ke hari!

theAsianparent

Muat turun app percuma kami

Google PlayApp Store

Ibu di Seluruh Dunia

Singapore flag
Singapore
Thailand flag
Thailand
Indonesia flag
Indonesia
Philippines flag
Philippines
Malaysia flag
Malaysia
Vietnam flag
Vietnam

Partner Brands

Rumah123VIP ParentsMama's ChoiceTAP Awards

© Copyright theAsianparent 2026 . All rights reserved

  • Tentang Kami
  • Polisi Privasi
  • Terma dan Syarat
  • Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham