X
TAP top app download banner
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan Produk
Klik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beriklan Dengan Kami

Anak Menangis Kelaparan, Model Pakaian Renang Ini Tak Segan Menyusu Sambil Catwalk, Kagum Sungguh!

2 Aug, 2018
Anak Menangis Kelaparan, Model Pakaian Renang Ini Tak Segan Menyusu Sambil Catwalk, Kagum Sungguh!

Baru-baru ini tular di media sosial apabila seorang ibu menyusu anak sambil menggayakan pakaian renang di atas pentas peragaan.

Ibu menyusu kadang-kadang tak boleh jangka bila anak lapar nak susu, kan? Kadang-kadang sampai tak keruan dibuatnya menanti bilalah si kecil ini nak susu.

Itulah yang terjadi pada ibu kepada Aria yang berusia lima bulan ini- Mara, seorang model pakaian renang Sports Illustrated.

Pada hari Ahad lalu, ketika tiba giliran Mara untuk menggayakan pakaian renangnya di Sports Illustrated Swim Search Show di Miami, dia menghadapi isu yang selalu dihadapi mana-mana ibu menyusu: si kecil Aria lapar.

Pertunjukan fesyen ini mula lambat dari sepatutnya dan bila hampir tiba giliran Mara, Aria sudah menangis kelaparan dan dia tak kisah kalau ibunya perlu buat kerja kerana dia hanya mahukan susu ibunya!

Kita semua tahu bagaimana susahnya untuk memujuk anak yang lapar. Mara sedar tentang hal ini, tapi sebagai seorang ibu yang bekerja, dia masih perlu keluar dan melakukan kerjanya.

Jadi, Mara mengambil keputusan untuk menyusukan Aria semasa catwalk di atas pentas dan menjadi perbualan orang ramai di media sosial!

Ibu menyusu di atas pentas peragaan

ibu menyusu, susukan anak, ibu menyusukan anak, susukan anak di tempat awam, model susukan anak, susu ibu

Hasilnya? Mara terseyum cantik memakai bikini berwarna emas dan Aria memakai bikini kecil berwarna hijau dengan headphones nyah-bunyi sambil menyusu pada ibunya.

Tapi masih ada orang yang tersinggung dan marah dengan kejadian ini. Kenapa? Model ini sangat gembira dengan pertunjukan ini dan meluahkan rasa gembiranya di Instagram.

Tapi seperti yang dijangka, akan ada pengkritik yang meluahkan rasa tak puas hati mereka seperti:

“Tunggu bila anak besar dan tengok gambar ini! Saya harap dia takkan malu dan diejek kawan-kawan.” “Tak ada adab. Si bodoh yang sukakan perhatian. Jangan libatkan anak dengan idea sampah macam ni. Ia sangat tak profesional dan merepek. Ini bukan sebab payudara yang tak ditutup. Ini bukan tempat yang sesuai dan jangan nak gunakan alasan seperti anda “perlu” susukan anak. Ini semua tipu. Saya tahu macam mana menyusukan anak. Saya dah lama lakukannya. Anda berkelakuan seperti model yang terdesak dan menggunakan anak untuk dapatkan perhatian. Duduk di rumah kalau kisah sangat pasal anak. Memalukan.”

“Terdesak nak kan perhatian”

Nasib baik ramai juga yang menyokong tindakan Mara. Mereka bangga Mara mampu buat apa yang ibu menyusu perlu buat dan juga berani menunjukkan badan selepas bersalin dengan penuh yakin dan bangga.

Komen positif menghujani ruangan komen dan menenggelamkan suara-suara haters

Ada yang merasakan situasi ini membuatkan Aria tertekan dan ada yang percaya, keputusan Mara untuk menyusu Aria telah dirancang untuk mendapatkan perhatian.

Ini bukan sebabnya. Jika bayi ini tertekan, mereka mana kisah di mana mereka berada, mereka akan menangis untuk menunjukkan mereka tertekan. Adakah Aria menangis? Atau meronta minta dilepaskan dari payudara dan lengan?

Tak. Seperti yang dapat anda lihat, dia menyusu dengan tenang bersama headphones nyah-bunyi.

Untuk orang yang mengatakan ini sudah dirancang, Pengarah Sports Illustrated MJ Day menerangkan yang ia tak dirancang dari awal.

“Ia adalah tindakan spontan. Semasa saya bercakap dengan ke semua model di belakang pentas sebelum acara bermula, saya lihat anak Mara sedang tidur dan menyusu dengan tenang. “Saya suka idea membenarkan Mara terus menyusu anaknya dan menunjukkan kehebatan seorang wanita. Pada saya, saya juga menyusu dua anak dan saya rasa ia adalah perkara hebat yang badan wanita lakukan.”

Ibu menyusu di pentas peragaan adalah kemenangan untuk wanita

ibu menyusu, susukan anak, ibu menyusukan anak, susukan anak di tempat awam, model susukan anak, susu ibu

Di dalam dunia ini, wanita masih dipandang sebagai objek seksual.

Apabila Mara berjalan, dia dengan yakin memusnahkan beberapa pandangan sedih terhadap wanita yang wujud dalam masyarakat.

Yang pertama, Mara menormalkan penyusuan ibu.

Jika orang tak kisah melihat wanita seksi di majalah atau di televisyen, kenapa mereka rasa tak selesa melihat fungsi sebenar payudara? Mara juga menyusu di tempat awam, di mana ramai yang masih kurang senang dengan idea wanita menyusu di tempat awam.

Mara juga menunjukkan contoh wanita di seluruh dunia yang mula bekerja tak semestinya perlu berhenti menyusu. Majikan perlu mencontohi MJ.

Mara juga telah mengabaikan konsep palsu terhadap tubuh badan wanita. Tubuhnya tak seperti model-model lain yang ditunjukkan dan digilai ramai. Tapi, Mara menunjukkan badannya dengan bangga tanpa memikirkan tanggapan orang terhadapnya. 

Di theAsianparent, kami menyokong wanita ini dan pihak Sports Illustrated kerana membantu untuk mengetepikan stereotaip tentang wanita.

Di dalam dunia sekarang, wanita masih dipandang rendah, diejek kerana membuat sesuatu yang baik dan macam-macam lagi.

Oleh kerana ini, penting bagi wanita untuk menyokong tindakan Mara dan hentikan prejudis terhadap kaum wanita.

 

 

 

 

 

 

Stories Rakan Kongsi
Perlindungan Usus dan Perkembangan Holistik Kanak-kanak: Apa Kaitannya?
Perlindungan Usus dan Perkembangan Holistik Kanak-kanak: Apa Kaitannya?
Is Your Child Growing Optimally? Here’s What You Need to Know
Is Your Child Growing Optimally? Here’s What You Need to Know
Mencari Aktiviti Keluarga Yang Seronok? Apa Kata Gabungkan Kuasa Bermain & Penyelesaian Masalah Kreatif Dengan LEGO?
Mencari Aktiviti Keluarga Yang Seronok? Apa Kata Gabungkan Kuasa Bermain & Penyelesaian Masalah Kreatif Dengan LEGO?
#StayHome And Have Fun With The Friso® Gold x Lazada 11.11 Moo-Possible Campaign
#StayHome And Have Fun With The Friso® Gold x Lazada 11.11 Moo-Possible Campaign

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Sumber: Artikel asal ditulis oleh Nalika Unantenne; diterjemah dengan keizinan dari theAsianparent Singapore

Baca juga:

https://my.theasianparent.commenyusu-badan-10-tahun

 

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Nadia Ghafar

  • halaman rumah
  • /
  • Berita Tular
  • /
  • Anak Menangis Kelaparan, Model Pakaian Renang Ini Tak Segan Menyusu Sambil Catwalk, Kagum Sungguh!
Kongsikan:
  • Bibir Merah Menyala & Ada Strawberry Tongue, Bayi 8 Bulan Disahkan Penyakit Kawasaki Selepas Demam Panas Berhari-hari

    Bibir Merah Menyala & Ada Strawberry Tongue, Bayi 8 Bulan Disahkan Penyakit Kawasaki Selepas Demam Panas Berhari-hari

  • Budak Lelaki 11 Tahun Hamilkan Sepupu 15 Tahun, Dimanakah Silap Ibu Ayah Dalam Mendidik?

    Budak Lelaki 11 Tahun Hamilkan Sepupu 15 Tahun, Dimanakah Silap Ibu Ayah Dalam Mendidik?

  • Buat Konsep Duit Raya Bergerak, Suami Isteri Keliling Kampung Naik Motor Habiskan RM30 Ribu

    Buat Konsep Duit Raya Bergerak, Suami Isteri Keliling Kampung Naik Motor Habiskan RM30 Ribu

  • Bibir Merah Menyala & Ada Strawberry Tongue, Bayi 8 Bulan Disahkan Penyakit Kawasaki Selepas Demam Panas Berhari-hari

    Bibir Merah Menyala & Ada Strawberry Tongue, Bayi 8 Bulan Disahkan Penyakit Kawasaki Selepas Demam Panas Berhari-hari

  • Budak Lelaki 11 Tahun Hamilkan Sepupu 15 Tahun, Dimanakah Silap Ibu Ayah Dalam Mendidik?

    Budak Lelaki 11 Tahun Hamilkan Sepupu 15 Tahun, Dimanakah Silap Ibu Ayah Dalam Mendidik?

  • Buat Konsep Duit Raya Bergerak, Suami Isteri Keliling Kampung Naik Motor Habiskan RM30 Ribu

    Buat Konsep Duit Raya Bergerak, Suami Isteri Keliling Kampung Naik Motor Habiskan RM30 Ribu

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
  • Bayi
  • Kesihatan
  • Pendidikan
  • Gaya Hidup
  • TAP Komuniti
  • Beriklan Dengan Kami
  • Hubungi Kami
  • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2025. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham