X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan ProdukKlik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Awards
    • Parents' Choice Awards 2023
  • Beriklan Dengan Kami

Kerajaan Perkenal Insentif Galak Kelahiran, Bantu Ibu Bapa Mahu Anak Ramai? Belajar 7 Tips Ni Dulu Kalau Mahu Tambah Anak!

4 min bacaan
Kerajaan Perkenal Insentif Galak Kelahiran, Bantu Ibu Bapa Mahu Anak Ramai? Belajar 7 Tips Ni Dulu Kalau Mahu Tambah Anak!

Satu saja anak awak dah jadi soalan biasakan?Tapi hakikatnya, ramai sibu bapa sebenarnya yang mahukan anak ramai, tetapi faktor kewangan menghalangnya.

“Satu saja anak awak? Sikitnya…tak nak tambah lagike? Tambahlah lagi, mesti meriah rumah…”

Anda pasti biasa dengarkan soalan klise beginikan? Terutama jika pergi kenduri kahwin atau keramaian yang melibatkan perjumpaan keluarga besar-besaran. 

Suka atau tidak, masyarakat kita terkenal dengan sikap selalu bertanya mengenai perancangan keluarga orang lain yang kadangkala ada yang menganggapnya busy body. Tapi hakikatnya, ramai sebenarnya yang mahukan anak ramai, tetapi faktor kewangan menghalangnya.

Satu saja anak awak? Nak tambah lagi tapi duit tak cukup…

Menurut laporan Bernama, faktor kewangan menjadi halangan utama kepada pasangan untuk memiliki saiz keluarga yang diinginkan.

Ketua Pengarah Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN), Abdul Shukur Abdullah, berkata walaupun secara purata ibu bapa di negara ini menginginkan empat anak namun hakikatnya kebanyakan mereka hanya mampu mempunyai antara dua dan tiga orang sahaja kerana kos untuk seorang anak yang tinggi.

Kajian Penduduk dan Keluarga Malaysia Kelima (KPKM-5) mendapati sebanyak 65 peratus daripada penduduk berkahwin menyatakan bahawa mereka ingin mempunyai lebih ramai anak sekiranya isu kewangan bukan suatu halangan.

Antara kos-kos yang yang dilihat membebankan ibu bapa adalah pembelian peralatan dan makanan bayi yang mahal seperti susu dan lampin pakai buang serta upah pengasuh serta yuran taska yang tinggi.

Jadi tidak hairanlah ramai pasangan yang terpaksa melupakan hasrat tambah anak kerana fikirkan faktor kewangan untuk membesarkan mereka itu amat tinggi.

Insentif galakkan kelahiran

satu saja anak awak

Menurut Abdul Shukur insentif dalam bentuk bantuan kewangan bagi menggalakkan kelahiran perlu diperkenalkan kerajaan dalam menangani isu itu.

LPPKN memberi cadangan kepada kerajaan agar insentif tambahan diberikan kepada ibu bapa seperti kemudahan taska, bonus untuk setiap kelahiran bayi serta membantu menampung kos harga susu yang secara langsung akan membantu ibu bapa mengurangkan kos sara hidup keluarga mereka.

Tanda keluarga anda mengalami masalah pengurusan kewangan

satu saja anak awak

Jom semak! Adakah keluarga kita mengalami tanda- tanda seperti berikut yang mana jika ada ia bermakna keluarga anak mengalami masalah pengurusan kewangan dan sepatutnya perlu diubah!

Jom ubah sebelum terlambat!

  1. Tidak tahu ke mana wang dibelanjakan
  2. Tidak pasti berapa banyak hutang
  3. Mengambil pinjaman baru untuk membayar hutang lama
  4. Menggunakan simpanan untuk keperluan harian
  5. Tidak dapat langsung menyimpan

7 tips bijak urus kewangan keluarga

#1. Wujudkan pelan simpanan, catat perbelanjaan setiap hari

Pastikan setiap kali menerima gaji, simpan sekurang- kurangnya 10% daripada gaji sebelum berbelanja. Anda juga perlu catat perbelanjaan anda setiap hari.

Ia bagi memudahan anda kesan ke mana perbelanjaan anda setiap hari, adakah ia perlu sebenarnya atau sebenanarnya anda yang mahu?

Bila ada catatan setiap hari, anda akan tahu ke mana sebenarnya wang anda dibelanjakan, Jangan risau kalau anda malas, ada aplikasi yang boleh di muat turun dalam telefon bimbit untuk anda keep track perbelanjaan anda setiap hari antaranya Money Lover dan Spending Tracker.

Jadi tiada lagi alasan malas menyimpan ya kerana anda yang mampu mengubahnya.  

#2. Analisis lebihan duit setiap bulan

Selepas keep track perbelanjaan harian, mesti boleh lihat sama ada, wujudnya lebih duit setiap bulan atau sebaliknya. Jika tiada lebihan, besar kemungkinan anda ada masalah kewangan atau hanya sekadar cukup makan saja. 

Jika ada lebihan ia sangat bagus dan tidak salah jika anda meningkatkan lebihan kewangan itu setiap bulan kerana ia boleh disimpan!

#3. Fokus menyimpan!

Stories Rakan Kongsi
Tepuk Ria Untuk Perut Lebih Lembut Dengan Gentle Sheep Toddler Milk!
Tepuk Ria Untuk Perut Lebih Lembut Dengan Gentle Sheep Toddler Milk!
5 Sebab Kenapa Para Ibu Bertukar Kepada Lampin Pakai Buang Offspring
5 Sebab Kenapa Para Ibu Bertukar Kepada Lampin Pakai Buang Offspring
Cara Membantu Anak Anda Mengimbangkan Antara Belajar dan Bermain
Cara Membantu Anak Anda Mengimbangkan Antara Belajar dan Bermain
Tips Penjagaan Kulit Bayi Baru Lahir Dengan Betul, Ibu Kali Pertama Wajib Tahu 5 Perkara Ini
Tips Penjagaan Kulit Bayi Baru Lahir Dengan Betul, Ibu Kali Pertama Wajib Tahu 5 Perkara Ini

satu saja anak awak

Cuba amalkan ini

Pendapatan – Simpanan = Perbelanjaan 

Simpan dulu! Simpan dulu! Simpan dulu! Dah simpan baru berbelanja. Ramai yang sering silap, belanja dulu puas-puas baru simpan. Ada lebih baru simpan. Sebab itu masih tak cukup.

#4. Tambah pendapatan! Kembangkan duit anda

Tidak salah untuk mencari pendapatan sampingan. Adakah anda pakar dalam bidang masakan, pembuatan kek atau menjahit? Gunakan kemahiran anda itu sebagai pendapatan sampingan.

Cuba seimbangkan hidup anda tetapi yang pasti kerja hakiki jangan terabai pula ya. 

Tapi jangan pula terlalu sibuk hingga abaikan keluarga dan hubungan dengan Tuhan. Pastikan kesemuanya seimbang supaya hati anda tak susah. 

Melaburlah di tempat yang sepatutnya, jangan pula pergi kepada tempat pelaburan yang tidak berautoriti. 

#5. Jauhi hutang jahat

Hutang jahat ini sebenarnya adalah hutang yang anda tak perlukan pun. Ia seperti hutang kad kredit, pinjaman peribadi atau pun anda membuat pelaburan membeli rumah tetapi salah strategi memilih rumah seperti mahu disewakan tetapi di kawasan yang sewanya terlalu murah!

#6. Bersedekah

Jika anda beragama Islam, sedekahlah. Kedengaran pelik bukan? Tahukah anda dengan menderma, Allah akan mencukupkan keperluan kita malahan rezeki yang diterima bertambah berkat apabila dikongsikan.

#7. Pastikan anda memiliki protection

Pastikan anda memiliki protection seperti hibah dan takaful yang boleh digunakan jika sesuatu terjadi pada anda atau isteri. Tidak salah bersedia awalkan?

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia

Sumber: Sinar Harian, pesonapengantin, myhealth

Baca juga:

7 Akaun Simpanan Junior Yang Bagus Untuk Anak, Sedikit-Sedikit, Lama-Lama Jadi Bukit!

 

 

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Lala Annuar

  • halaman rumah
  • /
  • Keibubapaan
  • /
  • Kerajaan Perkenal Insentif Galak Kelahiran, Bantu Ibu Bapa Mahu Anak Ramai? Belajar 7 Tips Ni Dulu Kalau Mahu Tambah Anak!
Kongsikan:
  • Masak Bubur Bayi & Nasi Ikut Cara 2 DALAM 1 Ini, Mudah & Jimat Masa Ibu Di Dapur!

    Masak Bubur Bayi & Nasi Ikut Cara 2 DALAM 1 Ini, Mudah & Jimat Masa Ibu Di Dapur!

  • 6 Resipi Bubur Ini Bantu Naikkan Berat Badan Baby Agar Lebih Gemuk, Jom Cuba Ibu!

    6 Resipi Bubur Ini Bantu Naikkan Berat Badan Baby Agar Lebih Gemuk, Jom Cuba Ibu!

  • Bengkung Antara Keperluan Penting Ketika Berpantang, 8 Bengkung Terbaik Ini Antara Yang Mesti Dicuba Untuk Kekal Langsing!

    Bengkung Antara Keperluan Penting Ketika Berpantang, 8 Bengkung Terbaik Ini Antara Yang Mesti Dicuba Untuk Kekal Langsing!

  • Selain Tambah Susu Badan, Ibu Juga Boleh Dapatkan Kulit Yang Cantik Dengan 16 Milk Booster Terbaik Di Malaysia Ini!

    Selain Tambah Susu Badan, Ibu Juga Boleh Dapatkan Kulit Yang Cantik Dengan 16 Milk Booster Terbaik Di Malaysia Ini!

  • Masak Bubur Bayi & Nasi Ikut Cara 2 DALAM 1 Ini, Mudah & Jimat Masa Ibu Di Dapur!

    Masak Bubur Bayi & Nasi Ikut Cara 2 DALAM 1 Ini, Mudah & Jimat Masa Ibu Di Dapur!

  • 6 Resipi Bubur Ini Bantu Naikkan Berat Badan Baby Agar Lebih Gemuk, Jom Cuba Ibu!

    6 Resipi Bubur Ini Bantu Naikkan Berat Badan Baby Agar Lebih Gemuk, Jom Cuba Ibu!

  • Bengkung Antara Keperluan Penting Ketika Berpantang, 8 Bengkung Terbaik Ini Antara Yang Mesti Dicuba Untuk Kekal Langsing!

    Bengkung Antara Keperluan Penting Ketika Berpantang, 8 Bengkung Terbaik Ini Antara Yang Mesti Dicuba Untuk Kekal Langsing!

  • Selain Tambah Susu Badan, Ibu Juga Boleh Dapatkan Kulit Yang Cantik Dengan 16 Milk Booster Terbaik Di Malaysia Ini!

    Selain Tambah Susu Badan, Ibu Juga Boleh Dapatkan Kulit Yang Cantik Dengan 16 Milk Booster Terbaik Di Malaysia Ini!

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
    • Anak angkat
    • Kehamilan
    • Sebelum & Proses Bersalin
    • Perkahwinan & Seks
  • Bayi
    • Nama bayi
    • Perkembangan & Anak
    • Tip keibubapaan
    • Penyusuan & Pemakanan
  • Kesihatan
    • Senaman
    • Alahan & Sindrom
    • Penyakit
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Rumah
    • Kewangan
    • Percutian
    • Pertandingan & promosi
  • Banyak Lagi
    • TAP Komuniti
    • Beriklan Dengan Kami
    • Hubungi Kami
    • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2023. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

theAsianparent heart icon
Kami ingin menghantar anda pemberitahuan untuk berita dan kemas kini terbaru mengenai penjagaan dan kesihatan bayi.