Pembukaan akaun bank untuk anak sebenarnya tidak perlu tunggu sehingga anak tamat persekolahan atau menerima tawaran ke universiti. Tetapi anda boleh mulakannya sejak kecil terutama selepas dilahirkan dalam beberapa bulan!
Hal ini kerana, akaun bank untuk anak dapat menjadi pelaburan dan aset terbaik untuk mereka pada masa depan. Selain itu, ia juga dapat digunakan pada masa kecemasan, kegunaan untuk membeli rumah pertama, sambung belajar atau membuat majlis perkahwinan mereka nanti.
Berikut beberapa jenis pelaburan atau simpanan untuk anak-anak yang sangat berbaloi untuk masa depannya kelak:
Simpanan dan akaun bank untuk anak-anak di Malaysia
#1. Akaun Tabung Haji

Tabung Haji adalah satu bentuk simpanan yang menguntungkan. Malah nilai dividen dan bonus juga tinggi setiap tahun!
Untuk permulaan, ibu bapa boleh membuka Tabung Haji dengan bayaran RM 2 saja. Tapi kalau nak simpan secara terus lebih bagus! Antara dokumen yang diperlukan seperti:
- Sijil lahir anak
- MyKid kanak-kanak tersebut
- MyKad ibu bapa/penjaga
- Sijil nikah ibubapa/penjaga
Selepas membuka akaun kanak-kanak, anda juga boleh terus mendaftar haji untuk si kecil kerana menunggu giliran amatlah penting. Tabung Haji menjadi pilihan utama kerana terdapat subsidi yang diberikan serta khidmat pengurusan yang dipercayai.
Untuk mendaftar Haji, pendeposit perlu cukupkan wang simpanan sebanyak RM1300 dalam akaun Tabung Haji. Pada 2017, TH mengisytiharkan pembayaran hibah 4.50% dan bonus 1.75% kepada pendeposit.
Tahukah anda bahawa anda kini juga boleh buka akaun bank untuk anak secara online? Apa yang anda perlu lakukan ialah:
- Log masuk aplikasi Thijari.com.my
- Pilih ‘pembukaan akaun kanak-kanak’
- Isi maklumat lengkap dan hantar
- Apabila sudah siap, akan terima emel pengesahan
- Pergi ke cawangan yang dipilih dan bawa dokumen tersebut, bawa surat beranak anak dan salinan, MYKid anak dan salinan, IC pendaftar (ibu/bapa) dan salinan, deposit akaun pembukaan (Minima RM10).
- Daftar di kaunter. Tidak sampai 10 minit untuk mengesahkan dokumen. Boleh walk in.
#2. Akaun Remaja ASB
Amanah Saham Bumiputera (ASB) adalah antara simpanan terbaik untuk anak yang sangat popular. Ia juga pelaburan jangka panjang yang sangat sesuai dan berisiko rendah serta kadar keuntungan yang tinggi dengan nilai kompetitif pasaran.
Sejak tahun 2000, Permodalan Nasional Berhad, PNB telah memperkenalkan skim amanah saham bagi membolehkan pelaburan dibuat bagi bayi berumur enam bulan ke atas iaitu dalam Akaun Remaja.
Dokumen yang diperlukan untuk mendaftar:
- Borang pendaftaran Uni Amanah (ambil di pejabat ASB)
- Kad pengenalan dan siji lahir anak
- Kad pengenalan ibu bapa atau penjaga berdaftar
- Wang tunai yang ingin disimpan sebagai permulaan
Kadar dividen 2018 untuk pemegang unit telah dibayar sebanyak 6.50 seunit dan bonus 0.50 sen seunit.
#3. Akaun bank untuk anak SSPN-i

Ramai anak muda kini terbeban dek kerana hutang pendidikan walaupun belum dapat kerja. Oleh itu, jika kita mensasarkan supaya anak tidak terbeban dengan hutang PTPTN setelah tamat belajar kelak, maka akaun SSPN-i (Skim Simpanan Pendidikan Nasional) ini boleh dibuka seawal umur satu tahun.
Bagus sekali sebagai tabung pendidikan anak agar masa depan mereka lebih terjamin, malah ibu dan ayah juga tidak perlu terlalu rungsing untuk memikirkan perbelanjaan kelak!
Malah pihak PTPTN juga mewajibkan peminjam mempunyai akaun SSPN. PTPTN juga mengumumkan dividen sebanyak 4% untuk simpanan SSPN-i dan SSPN-i Plus bagi tahun 2019.
Dalam pada itu, ibu bapa juga disarankan untuk membuka Akaun Simpanan Junior di mana-mana bank pilihan anda.
Ciri-Ciri Akaun Simpanan Junior
- Berumur bawah 18 tahun
- Terdapat had untuk mengeluarkan tunai bagi menggalakkan lebih simpanan
- Jumlah yang diperlukan untuk membuka akaun serendah RM1
- Kebanyakan bank menawarkan ganjaran tambahan seperti insuran perlindungan, tabung percama dan lain-lain
#4. Akaun junior Hong Leong Bank
Kredit: Freepik
Hong Leong Bank juga antara bank terbaik untuk simpanan anak-anak. Ini antara kelebihan yang ditawarkan:
- Tempoh deposit sehingga 60 bulan
- Mendapat akaun simpanan, deposit tetap dan kad debit
- Kadar faedah dikira setiap hari dan dibayar bulanan
- Hanya perlu RM1 untuk membuka akaun
- Kadar faedah tahunan untuk RM 50,000 pertama adalah sebanyak 2.5% dan jika lebih RM 50,000 ke atas sebanyak 0.8%.
#5. Akaun simpanan Maybank Yippie
Ada sesetengah ibu dan ayah juga lebih selesa untuk buka akaun Maybank untuk anak kerana mesin wang bank ini ada di mana-mana sahaja! Ini pula antara kelebihan perbankan ini:
- RM 1 untuk membuka akaun (deposit minimum)
- Ganjaran tunai untuk keputusan cemerlang dalam PT3, SPM, STPM dan peringkat kolej serta universiti.
- Insuran perlindungan kemalangan peribadi percuma untuk ibu bapa dan anak berjumlah RM70,000.
- Akaun perlu dikekalkan sekurang-kurangnya enam bulan sehingga setahun bagi menikmati kadar faedah yang kompetitif.
- Kadar faedah untuk RM 50,000 pertama adalah 2.95% (kadar faedah nominal) dan 2.97% (kadar faedah efektif).
- Manakala jika lebih RM 50,000 ke atas 1.30% (kadar faedah nominal) dan 1.30% (kadar faedah efektif)
#6. Akaun simpanan untuk anak Wise Public Bank
Kredit: Freepik
- Sekurang-kurangnya RM1 untuk membuka akaun dan ada baki RM 20 untuk mengekalkan akaun.
- Kadar faedah menarik dikira setiap hari dan dikreditkan secara bulanan
- Bonus 5% sekiranya tiada pengeluaran tunai dilakukan.
- Kad ATM untuk simpanan 12 tahun dan ke atas.
Faedah yang diterima:
- RM 50,000 pertama : 2.95% (Kadar faedah efektif) 2.77% (kadar faedah nominal
- Lebih RM 50,000 : 0.56% (Kadar faedah efektif) 0.53% (kadar faedah nominal)
#7. Akaun Simpanan Junior RHB
- Pengeluaran wang dihadkan kepada sebulan sekali
- Kadar faedah dikira setiap hari dan dikreditkan pada pertengahan tahun
- Insuran perlindungan percuma dengan baki minima RM 500.
- Jika membuat simpanan lebih tinggi, nilai perlindungan insuran mencecah RM 50,000.
Faedah yang diterima:
- RM 1- RM 50,000 : 3.00%
- RM 50,000 – RM 100,000 : 3.00%
- RM 100,000 dan ke atas : 1.25%
Seronoknya bila dapat membina kewangan anak sejak mereka kecil sekaligus membantu anak menabung dan menyimpan duit kerana kita tidak tahu keadaan ekonomi di masa hadapan jadi sebaiknya lakukan pelaburan ini sedari awal.
Secara tidak langsung, anak-anak juga seronok bila tahu wang mereka banyak di dalam bank dan gunalah ia secara bermanfaat apabila tiba masa yang sesuai.
Jadi apa lagi yang anda tunggu! Buka akaun bank untuk anak sekarang agar mereka dapat belajar tentang kewangan mereka agar masa depan lebih cerah.
Semoga bermanfaat.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga: Terguna Duit Raya Anak, Ibu Ayah Kena Ganti Balik, Duit Anak Tak Boleh Guna Sewenangnya
Baca juga: Simpanan Pendidikan Penting Untuk Elakkan Berhutang. Jom Daftar Plan Simpanan Yang Terbaik Untuk Pendidikan Anak
Baca juga: Sengsara Bila Kematian Suami, Ini Yang Isteri Wajib TAHU Tentang KWSP Bila Suami Tiada
Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!