Berita gembira bagi bakal pengantin yang terpaksa tangguh buat kenduri kahwin susulan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sebelum ini kerana mereka sudah boleh menganjurkannya bermula 1 Julai ini.
Tahniah!Mungkin ada yang beranggapan tak kenduri pun tidak mengapa. Tapi mungkin ada yang berbeza pendapat dan mahukan hari bahagia dirai bersama keluarga dan rakan.
Apa pun, kerajaan sudah membenarkan penganjuran majlis sosial termasuk perkahwinan ketika tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) iaitu 1 Julai ini, tetapi perlu patuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan.
Buat kenduri kahwin: 250 boleh hadir, 3-5 jam saja
Walaupun sudah diberi kebenaran, pasti ada SOP yang perlu dipatuhi kerana negara masih dalam usaha mengekang penularan virus maut, Covid-19.
Jadi, anjur kenduri boleh, tapi mestilah patuh SOP ya bakal pengantin! Jangan pula ada kluster kenduri kahwin baharu selepas ini.
SOP majlis sosial
Bagi mengekang penularan wabak Covid-19 dalam majlis sosial, beberapa SOP telah ditetapkan kerajaan ia termasuk
- Penganjuran majlis sosial tersebut perlu dihadkan antara tiga hingga lima jam saja
- Kapasiti tetamu yang hadir adalah tidak melebihi 250 orang bergantung kepada saiz tempat majlis berkenaan diadakan (jika kawasan itu tidak boleh memuatkan 250 tetamu, ia perlu dihadkan antara 100 hingga 150 orang dalam kawasan majlis (mengikut saiz kawasan) )
- Penjarakan sosial sepanjang majlis berlangsung perlu diamalkan, termasuk memastikan kapasiti di dalam ruang majlis
- Majlis sosial merangkumi :
-
- Kenduri
- Majlis perkahwinan
- Ulang tahun perkahwinan
- Majlis keagamaan seperti tahlil, aqiqah, dan doa selamat,
- Reunion
- Sambutan hari jadi
Pasang niat jadi terbaik kalau nak rumah tangga kekal bahagia
Setiap pasangan yang berkahwin sudah pasti mahu rumah tangga kekal bahagia hingga ke akhir hayat. Tapi kemahuan saja tidak cukup tanpa usaha berterusan untuk mengekalkannya.
Setiap perkara yang dimahukan harus disertakan dengan usaha. Nak tips rumah tangga kekal bahagia? Jom hadam tips-tips ini.
#1. Pasang niat jadi suami atau isteri terbaik
Tanpa berniat dan berdoa anda tidak mungkin jadi suami, isteri atau pasangan yang cemerlang. Ramai pasangan mungkin terlepas pandang kepentingan langkah ini yang mana sebenarnya ia adalah permulaan kepada segala-galanya.
#2. Bersyukur kerana mempunyai pasangan hidup
Yakinlah bahawa isteri atau suami anda adalah pasangan terbaik yang Tuhan tentukan untuk anda. Ketentuan Tuhan adalah yang terbaik.
#3. Suami atau isteri mithali menjadi kebanggaan dalam keluarga.
Pastikan anda membentuk sifat positif dan istimewa. Cuba tanya diri apakah sifat atau amalan yang boleh dibanggakan oleh pasangan.
#4. Setiap hari pulang dengan senyum dan bersemangat
Apabila penuh senyuman suami, isteri dan anak-anak akan bahagia dan rahmat Tuhan akan turun. Senyumlah apabila sampai ke rumah.
#5. Pastikan anda ada masa untuk berbual dengan isteri atau suami setiap hari
Semua pasangan bahagia apabila dapat berbual dengan pasangan masing-masing. Berapa minit yang anda luangkan untuk berbual dengan pasangan setiap hari ?
#6. Telefon ataupun hantar SMS sekadar untuk menyatakan yang anda sayang ataupun rindu pada pasangan
Pasangan anda akan berasa seronok dan bahagia apabila mendapat panggilan ataupun mesej tersebut.
#7. Hiburkan hati pasangan dengan bercerita, buat lawak atau gurauan yang mesra
Setiap gurauan mengubat hati dan mengeratkan hubungan suami isteri.
#8. Pastikan anda bergurau senda dengan pasangan di dalam kenderaan semasa dalam perjalanan ke tempat kerja ataupun ke mana sahaja
Ramai pasangan membazir masa dengan membisu semasa di dalam kenderaan.
#9. Amalkan makan bersama setiap hari
Berbual mesra dan nasihat menasihati semasa makan. Amalan ini akan menarik hidayat Tuhan dan mengeratkan hubungan. Elakan berbual perkara yang melalaikan semasa makan.
#10. Ajak pasangan mandi bersama sekali sekala
Bergurau senda semasa mandi bersama adalah sunah yang dapat mengeratkan hubungan suami isteri.
#11. Saling bantu membantu melakukan kerja rumah
Ini adalah sunnah yang dapat meringankan beban isteri, mengeratkan kasih sayang dan membahagiakan pasangan anda.
#12. Amalkan mesyuarat keluarga sekerap yang mungkin
Amalan bermesyuarat menarik hidayat Tuhan,mengeratkan hubungan dan menyelesaikan banyak masalah.
#13. Pastikan penampilan anda anggun, kemas, bersih, wangi, sihat dan ceria
Ramai suami inginkan isteri yang mengancam, tetapi mengabaikan penampilan diri sendiri. Mana adil ? Masing-masing kan harus berusaha jadi yang terbaik.
Sumber: Astro Awani, Dr Fadzillah Kamsah
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia.
Baca juga:
7 Tip Rumah Tangga Bahagia – Jadikan Rumah Anda Syurga Dunia!
Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!