TAP top app download banner
theAsianparent
theAsianparent
EnglishMalay
Panduan Produk
  • Menjadi ibu bapa
  • Anak
  • Keibubapaan
  • Kesihatan
  • Penyusuan & Pemakanan
  • Pendidikan
  • Gaya Hidup
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beriklan Dengan Kami
  • Komuniti
Log Masuk
  • EnglishMalay
    • Artikel
  • Menjadi ibu bapaMenjadi ibu bapa
  • AnakAnak
  • KeibubapaanKeibubapaan
  • KesihatanKesihatan
  • Penyusuan & PemakananPenyusuan & Pemakanan
  • PendidikanPendidikan
  • Gaya HidupGaya Hidup
  • TAP CadanganTAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan#PendidikanKewangan
  • Beli-BelahBeli-Belah
  • VIPVIP
  • Siaran MediaSiaran Media
  • Beriklan Dengan KamiBeriklan Dengan Kami
  • KomunitiKomuniti
    • Komuniti
  • Poll
  • Gambar
  • Makanan
  • Resipi
  • Topik
  • Baca Artikel
    • Tracker
  • Tracker Kehamilan
  • Tracker Bayi
    • Ganjaran
  • GanjaranGanjaran
  • Pertandingan
  • VIP ParentsVIP Parents
    • Lagi
  • Maklum Balas

Polisi PrivasiGaris Panduan KomunitiPeta Laman Web

Muat turun app percuma kami

google play store
app store

4 Cara Bijak Untuk Menguruskan Duit Raya Anak Anda

3 min bacaan
4 Cara Bijak Untuk Menguruskan Duit Raya Anak Anda

Banyak duit raya yang anak-anak anda dapat tahun ini? Apa nak buat dengan semua duit raya ini? Haa.. jom kami ajar 4 cara bijak untuk menguruskan duit raya anak anda, agar mereka menerima manfaatnya kelak!

Banyak duit raya yang anak-anak anda terima? Ha… jangan anda guna pula duit itu! Hukum menggunakan duit raya anak adalah sama macam meminjam hutang, tahu? Hehe.

Lebih baik anda simpan semua duit raya anak itu untuk keperluan akan datang. Betul tak? Nanti, bolehlah mereka menggunakan duit ini untuk sambung belajar ke, melangsungkan perkahwinan ke.

Tapi nak simpan di mana?

Jangan risau ibu bapa semua! Hari ini kami di theAsianparent akan mengajar anda 4 cara bijak bagaimana anda boleh menguruskan duit raya anak-anak anda. 

4 Cara Bijak Untuk Menguruskan Duit Raya Anak Anda

Kredit gambar: Thekop Salad

Lepas ini, tak payah serabut lagi!

4 Cara Bijak Menguruskan Duit Raya Anak

Pertama sekali – anda perlu…

1 – Asingkan duit tersebut

Ha… pastikan anda telah asingkan setiap duit raya anak-anak anda siap-siap. Jangan tercampur pula! Biasanya, ibu bapa akan memastikan setiap anak mendapat jumlah duit raya yang sama.

2 – Simpan dalam bank/ tabung khas pelaburan

Selepas habis raya, cepat-cepat pergi simpan duit raya anak tersebut dalam bank atau tabung khas pelaburan agar anda tak “terguna”. Kalau terguna, anda kena bayar balik, okay.

Ada banyak tabung khas pelaburan yang bermanfaat untuk membuat penyimpanan. Antaranya adalah Tabung Haji. Tahun lepas, Tabung Haji telah mengagihkan dividen sebanyak 4.25%! 

4 Cara Bijak Untuk Menguruskan Duit Raya Anak Anda

Untuk membuka akaun Tabung Haji, anda hanya memerlukan RM2 saja. Jom simpan duit raya anak dalam tabung khas ini.

Apa yang anda perlukan: Sijil lahir anak dan sijil nikah anda.

3 – Akaun ASB Remaja

Siapa tak kenal dengan Amanah Saham Bumiputera (ASB)? Semua orang tahu kebaikan tabung simpanan ini. Sekarang, dividen yang diagihkan adalah sebanyak 6.75% bersama bonus sebanyak 0.50%!

Tunggu apa lagi? Permodalan Nasional Berhad (PNB) juga telah memperkenalkan skim amanah saham terbaru – iaitu untuk bayi berusia 6 bulan ke atas. Jadi, anda boleh senang-senang buka akaun ASB untuk anak anda dan simpan semua duit rayanya!

Apa yang anda perlukan: Borang pendaftaran unit Amanah, kad pengenalan/sijil lahir anak, dan kad pengenalan penjaga

4 – Akaun SSPN-i

Skim Simpanan Pendidikan Nasional atau SSPN-i adalah sebuah gabungan tabung pendidikan dengan takaful. Ia amat sesuai untuk dijadikan tabung pendidikan untuk anak-anak anda. 

Lagipun, sekarang jika ingin meminjam Pinjaman Pendidikan PTPTN, anda kena ada akaun SSPN-i. Lebih baik buka siap-siap kan? Satu lagi yang menyenangkan – akaun ini boleh dibuka menerusi online saja! Tak payah pergi beratur panjang-panjang di kaunter.

Pendeposit SSPN-i akan menerima manfaat kesihatan dan pengecualian cukai simpanan bersih sehingga RM6,000 setahun! Jadi, apa tunggu lagi?

Haa… macam mana? Sekarang anda sudah tahu bagaimana ingin menguruskan duit raya anak-anak itu kan? Janganlah segan untuk menyimpan. Dengan ekonomi sekarang, lebih baik anda sediakan payung sebelum hujan.

Jangan dek kerana tekanan ekonomi, anak-anak anda tak berpeluang untuk mengecapi impian mereka kelak. Simpan duit raya ini untuk kegunaan pada masa akan datang, okay?

Selamat mencuba semua ibu bapa!

Kredit gambar: iMoney.my

Sumber rujukan: Wikicara dan Majalah Labur

Baca juga: 

5 pengajaran praktikal untuk mengajar anak anda nilai duit

Stories Rakan Kongsi
Mulakan Simpanan Pendidikan & Masa Depan Anak Seawal Mungkin, Pilihlah Cara Terbaik Untuk Tabungan Konsisten
Mulakan Simpanan Pendidikan & Masa Depan Anak Seawal Mungkin, Pilihlah Cara Terbaik Untuk Tabungan Konsisten
Menangi RM25,000 Dana Pendidikan Kanak-Kanak Oleh Dutch Lady, Anak Anda Mungkin Bertuah!
Menangi RM25,000 Dana Pendidikan Kanak-Kanak Oleh Dutch Lady, Anak Anda Mungkin Bertuah!
5 Soalan yang Ibu Bapa Perlu Tahu Sebelum Memilih Bank untuk Membuat Simpanan
5 Soalan yang Ibu Bapa Perlu Tahu Sebelum Memilih Bank untuk Membuat Simpanan

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Ayu Idris

  • halaman rumah
  • /
  • Simpanan
  • /
  • 4 Cara Bijak Untuk Menguruskan Duit Raya Anak Anda
Kongsikan:
  • Akaun 3 KWSP, Cara Pengeluaran Atau Pemindahan Akaun Fleksibel

    Akaun 3 KWSP, Cara Pengeluaran Atau Pemindahan Akaun Fleksibel

  • Cara Mohon MyKasih 2024: Kadar Bantuan, Kelayakan Permohonan & Talian Pendaftaran

    Cara Mohon MyKasih 2024: Kadar Bantuan, Kelayakan Permohonan & Talian Pendaftaran

  • Skim Keselamatan Sosial Suri Rumah: Cara Daftar PERKESO Suri Rumah, Syarat & Manfaat

    Skim Keselamatan Sosial Suri Rumah: Cara Daftar PERKESO Suri Rumah, Syarat & Manfaat

  • Akaun 3 KWSP, Cara Pengeluaran Atau Pemindahan Akaun Fleksibel

    Akaun 3 KWSP, Cara Pengeluaran Atau Pemindahan Akaun Fleksibel

  • Cara Mohon MyKasih 2024: Kadar Bantuan, Kelayakan Permohonan & Talian Pendaftaran

    Cara Mohon MyKasih 2024: Kadar Bantuan, Kelayakan Permohonan & Talian Pendaftaran

  • Skim Keselamatan Sosial Suri Rumah: Cara Daftar PERKESO Suri Rumah, Syarat & Manfaat

    Skim Keselamatan Sosial Suri Rumah: Cara Daftar PERKESO Suri Rumah, Syarat & Manfaat

Feed

Feed

Dapatkan artikel yang bersesuaian tentang keibubapaan, gaya hidup, dan pendapat pakar, hanya di hujung jari anda!

Poll

Poll

Sertai poll yang menarik dan lihat apa ibu bapa lain fikir

Gambar

Gambar

Kongsi gambar insan tersayang anda secara selamat.

Topik

Topik

Sertai komuniti kami untuk lebih rapat dengan ibu atau ayah lain.

Tracker

Tracker

Pantau kehamilan anda, malah juga tumbesaran bayi dari hari ke hari!

theAsianparent

Muat turun app percuma kami

Google PlayApp Store

Ibu di Seluruh Dunia

Singapore flag
Singapore
Thailand flag
Thailand
Indonesia flag
Indonesia
Philippines flag
Philippines
Malaysia flag
Malaysia
Vietnam flag
Vietnam

Partner Brands

Rumah123VIP ParentsMama's ChoiceTAP Awards

© Copyright theAsianparent 2026 . All rights reserved

  • Tentang Kami
  • Polisi Privasi
  • Terma dan Syarat
  • Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham