TAP top app download banner
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan Produk
Klik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beriklan Dengan Kami

Skim Keselamatan Sosial Suri Rumah: Cara Daftar PERKESO Suri Rumah, Syarat & Manfaat

3 min bacaan
Skim Keselamatan Sosial Suri Rumah: Cara Daftar PERKESO Suri Rumah, Syarat & Manfaat

Skim keselamatan sosial suri rumah diperkenal bagi menyediakan perlindungan keselamatan sosial kepada golongan suri rumah.

Skim Keselamatan Sosial Suri Rumah (SKSSR)  bertujuan untuk menyediakan perlindungan keselamatan sosial kepada golongan suri rumah daripada bencana domestik dan keilatan semasa menguruskan rumah tangga.

Isi Kandungan

  • Apakah Skim Keselamatan Sosial Suri Rumah (SKSSR PERKESO)?
  • Cara Daftar PERKESO Suri Rumah
  • Syarat Kelayakan Perkeso Suri Rumah
  • Pelaksanaan Skim Keselamatan Suri Rumah SKSSR PERKESO
  • Tarikh Pelaksanaan PERKESO Suri Rumah
  • Manfaat & Faedah Ditawarkan
  • Maklumat Lanjut

Apakah Skim Keselamatan Sosial Suri Rumah (SKSSR PERKESO)?

SKSSR yang berkuat kuasa pada 1 Disember 2022, diperkenalkan di bawah Akta Keselamatan Sosial Suri Rumah 2022.

Takrifan suri rumah adalah seorang perempuan sama ada berkahwin atau belum yang menguruskan rumah tangga secara sepenuh masa atau tidak; termasuk isteri, ibu, janda, balu atau ibu tunggal.

Cara Daftar PERKESO Suri Rumah

  1. Cara Daftar Perkeso Suri Rumah online: https://suri.perkeso.gov.my/
  2. Cara Daftar Perkeso Manual (Hadir Ke Mana-Mana Cawangan PERKESO):
  • Muat turun borang permohonan di pautan https://www.perkeso.gov.my/images/skssr/dokumen/BORANG_SR_1_-_PENDAFTARAN_SURI_RUMAH.pdf .
  • Isi borang permohonan dengan lengkap dan betul.
  • Hantar borang permohonan ke Pejabat PERKESO yang berhampiran.

Syarat Kelayakan Perkeso Suri Rumah

  • Warganegara Malaysia / pemastautin tetap
  • Suri rumah yang belum mencapai umur 55 tahun/belum mencapai umur 54 tahun pada tarikh pertama kali hendak mencarum SKSSR
  • Membayar caruman untuk tempoh 12 bulan yang dibayar terlebih dahulu

Pelaksanaan Skim Keselamatan Suri Rumah SKSSR PERKESO

Pelaksaan SKSSR melibatkan caruman RM120 bagi tempoh 12 bulan berturut-turut yang perlu dibayar terlebih dahulu. Caruman boleh dibuat oleh suami, suri rumah, keluarga atau mana-mana pihak ketiga bagi suri rumah tersebut.

Prinsip ‘once in, always in’ akan terpakai bagi suami yang memilih untuk membuat caruman bagi isterinya.

Tarikh Pelaksanaan PERKESO Suri Rumah

SKSSR berkuat kuasa pada 1 Disember 2022, diperkenalkan di bawah Akta Keselamatan Sosial Suri Rumah 2022. Inisiatif ini diteruskan lagi bagi tahun 2024 seperti mana dibentangkan dalam Belanjawan 2024.

Stories Rakan Kongsi
Mulakan Simpanan Pendidikan & Masa Depan Anak Seawal Mungkin, Pilihlah Cara Terbaik Untuk Tabungan Konsisten
Mulakan Simpanan Pendidikan & Masa Depan Anak Seawal Mungkin, Pilihlah Cara Terbaik Untuk Tabungan Konsisten
Ibu Ayah Pasti Dah Sediakan Semua Keperluan Anak? Jom Semak Checklist Ini, No.5 WAJIB Ada
Ibu Ayah Pasti Dah Sediakan Semua Keperluan Anak? Jom Semak Checklist Ini, No.5 WAJIB Ada
Menangi RM25,000 Dana Pendidikan Kanak-Kanak Oleh Dutch Lady, Anak Anda Mungkin Bertuah!
Menangi RM25,000 Dana Pendidikan Kanak-Kanak Oleh Dutch Lady, Anak Anda Mungkin Bertuah!
5 Soalan yang Ibu Bapa Perlu Tahu Sebelum Memilih Bank untuk Membuat Simpanan
5 Soalan yang Ibu Bapa Perlu Tahu Sebelum Memilih Bank untuk Membuat Simpanan

Manfaat & Faedah Ditawarkan

1. Faedah perlindungan bencana domestik seperti:

  • Faedah perubatan
  • Faedah hilang upaya kekal
  • Elaun layanan sentiasa
  • Faedah pengurusan mayat
  • Kemudahan pemulihan jasmani atau dialisis
  • Pencen penakat

2. Faedah perlindungan keilatan

  • Elaun keuzuran
  • Elaun layanan sentiasa
  • Kemudahan pemulihan jasmani atau dialisis
  • Faedah pengurusan mayat
  • Pencen penakat

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web www.perkeso.gov.my/ atau Facebook Pertubuhan Keselamatan Sosial. 
Sebarang pertanyaan, hubungi Pegawai Khidmat Pelanggan PERKESO di talian 1-300-22-8000 atau e-mel kepada [email protected]

Di theAsianparent Malaysia, penting bagi kami untuk membekalkan anda maklumat yang betul, penting dan tepat pada masanya. Tetapi ini tidak berfungsi sebagai alternatif untuk nasihat perubatan atau rawatan perubatan. theAsianparent Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap mereka yang memilih untuk mengambil ubat berdasarkan maklumat daripada laman web kami. Jika anda mempunyai sebarang keraguan, kami mengesyorkan agar anda berunding dengan doktor anda untuk mendapatkan maklumat yang lebih jelas.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Bukan Mudah Menjadi Suri Rumah, Selain Perlu Bekerja & Mengurus Anak-Anak, Ini Sebabnya

Baca juga: Sebelum Nak Berhenti Kerja, Hadam Dulu 5 Cabaran Bila Bergelar Suri Rumah Tangga Ini

Baca juga: Senarai Kerja Part Time Yang Disyorkan Untuk Ibu Bekerja Di Rumah, Dapat Gaji & Pengalaman Juga!

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Lala Annuar

  • halaman rumah
  • /
  • Kewangan
  • /
  • Skim Keselamatan Sosial Suri Rumah: Cara Daftar PERKESO Suri Rumah, Syarat & Manfaat
Kongsikan:
  • Kenapa Insurans Nyawa Penting Walaupun Masih Muda? Ini 5 Sebab Anak Muda Perlu Pertimbangkan Awal

    Kenapa Insurans Nyawa Penting Walaupun Masih Muda? Ini 5 Sebab Anak Muda Perlu Pertimbangkan Awal

  • Pelaburan vs Simpanan: Mana Lebih Menguntungkan Untuk Masa Depan Kewangan Anda?

    Pelaburan vs Simpanan: Mana Lebih Menguntungkan Untuk Masa Depan Kewangan Anda?

  • Cara Buat Duit Online Dari Rumah Tanpa Modal, Mudah dan Selamat

    Cara Buat Duit Online Dari Rumah Tanpa Modal, Mudah dan Selamat

  • Kenapa Insurans Nyawa Penting Walaupun Masih Muda? Ini 5 Sebab Anak Muda Perlu Pertimbangkan Awal

    Kenapa Insurans Nyawa Penting Walaupun Masih Muda? Ini 5 Sebab Anak Muda Perlu Pertimbangkan Awal

  • Pelaburan vs Simpanan: Mana Lebih Menguntungkan Untuk Masa Depan Kewangan Anda?

    Pelaburan vs Simpanan: Mana Lebih Menguntungkan Untuk Masa Depan Kewangan Anda?

  • Cara Buat Duit Online Dari Rumah Tanpa Modal, Mudah dan Selamat

    Cara Buat Duit Online Dari Rumah Tanpa Modal, Mudah dan Selamat

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
  • Bayi
  • Kesihatan
  • Pendidikan
  • Gaya Hidup
  • TAP Komuniti
  • Beriklan Dengan Kami
  • Hubungi Kami
  • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Vietnam flag Vietnam
© Copyright theAsianparent 2025. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham