Kerajaan mengagihkan bantuan di bawah bantuan MyKasih yang melalui Sumbangan Asas Rahmah. Bagaimanakah cara daftar mykasih? Ikuti cara yang kami kongsikan ini untuk memohon bantuan.
Cara Daftar MyKasih
Untuk menerima bantuan MyKasih, pemohon perlu mendaftar dengan Bantuan Subangan Tunai Rahmah (STR) atau jika pendapatan mereka rendah, pemohon boleh mendaftar dengan e-Kasih.
Berikut ialah cara mendaftar daftar Mykasih:
- Layari portal rasmi Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2024 atau klik pautan di sini : bantuantunai.hasil.gov.my/
- Klik butang [Permohonan Baharu] bagi membuat Permohonan Baharu.
- Lengkapkan Maklumat Pemohon. Ruangan bertanda (*) adalah mandatori diisi. Isikan Nombor MyKad Pemohon dan tekan butang [SEMAK]. Jika Status Perkahwinan Pemohonan adalah Kahwin, Maklumat Pasangan perlu diisi dengan lengkap. Ruangan bertanda (*) adalah mandatori diisi.
- Pemakluman mengenai Maklumat Anak (hendaklah diisi dengan tepat dan lengkap).
- Pemohon perlu mengisi maklumat berkaitan waris dengan lengkap.
- Klik butang [TERUSKAN] setelah semua maklumat diisi dengan lengkap.
- Seterusnya isi Kod Captcha seperti yang dipaparkan pada menu Pengesahan dan klik butang [Sahkan Captcha].
- Kemudian paparan Perakuan Pemohon akan dipaparkan. Sila pastikan maklumat yang dipaparkan tepat kemudian Tick [/] butang berikut.
- Klik butang [Hantar] bagi meneruskan permohonan.
- Setelah permohonan berjaya dihantar, anda akan dipaparkan ‘Permohonan telah berjaya dihantar’.
- Pemohon boleh klik butang [Cetak] jika ingin membuat Cetakan Salinan permohonan.
- Selesai.
Kadar Bantuan MyKasih
1.Penerima Miskin Tegar :
- Berpasangan atau ibu bapa tunggal yang mempunyai anak – RM1,200
- Bujang – RM600
- Warga emas tiada pasangan – RM1,200
2. Penerima Miskin e-Kasih :
- Berpasangan atau ibu bapa tunggal yang mempunyai anak – RM1,200
- Bujang – RM600
- Warga emas tiada pasangan – RM1,200
3. Penerima Asas Bukan Miskin / Miskin Tegar :
- Berpasangan atau ibu bapa tunggal yang mempunyai anak – RM300
- Bujang – RM150
- Warga emas tiada pasangan – RM150
Kelayakan Mohon MyKasih 2024
Berikut adalah syarat kelayakan penerima Bantuan Mykasih :
- Warganegara Malaysia
- Lulus Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2024 bagi Kategori Keluarga Tanpa Pasangan dan Warga Emas
- Tersenarai sebagai penerima Miskin Tegar / Miskin eKasih dalam rekod data eKasih Unit Penyelarasan Pelaksanaan Pejabat Perdana Menteri (ICU, JPM).
Talian Pendaftaran MyKasih 2024
Sekiranya pemohon memenuhi syarat (miskin/terlalu miskin), pemohon boleh mendaftar untuk e-Kasih seperti berikut: Sila hadirkan diri anda ke Pejabat Pembangunan Negeri (PPN) atau Pejabat Daerah yang berdekatan atau hubungi talian PPN Negeri masing-masing di talian berikut :
PPN Perlis : 04-9731976
PPN Kedah : 04-7209236
PPN P.Pinang : 04-2185700
PPN Perak : 05-2497400
PPN Selangor : 03-55213600
PPN W.Persekutuan : 03-40420260 / 61
PPN N.Sembilan : 06-7659945
PPN Melaka : 06-3333333
PPN Johor : 07-2234777
PPN Pahang : 09-5178208
PPN Terengganu : 09-6272000
PPN Kelantan : 09-7455000
PPN Sarawak : 082-446582
PPN Sabah : 088-484800
Rujukan MyKasih
Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi MyKasih dan dari Portal Rasmi eKasih. Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan di atas, sila rujuk pihak berwajib seperti berikut:
Di theAsianparent Malaysia, penting bagi kami untuk membekalkan anda maklumat yang betul, penting dan tepat pada masanya. Tetapi ini tidak berfungsi sebagai alternatif untuk nasihat perubatan atau rawatan perubatan. theAsianparent Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap mereka yang memilih untuk mengambil ubat berdasarkan maklumat daripada laman web kami. Jika anda mempunyai sebarang keraguan, kami mengesyorkan agar anda berunding dengan doktor anda untuk mendapatkan maklumat yang lebih jelas.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga: Senarai Bantuan Anak Lahir 2023 Mengikut Negeri, Ini Panduan & Cara Untuk Memohon
Baca juga: Kebaikan Saffron Untuk Kesihatan Luaran & Dalaman, Baik Lelaki Mahupun Wanita
Baca juga: Punca Sakit Tapak Kaki Bagi Wanita & Senaman Untuk Mengatasinya
Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!