X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan Produk
Klik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beriklan Dengan Kami

Fikir 5 perkara penting ini dulu sebelum menabung untuk masa depan anak

4 min bacaan
Fikir 5 perkara penting ini dulu sebelum menabung untuk masa depan anak

Selain menabung untuk masa depan anak, anak juga memerlukan ibu bapa dengan jaminan kewangan yang stabil seperti 5 benda ini untuk kesenangan mereka.

Menabung untuk masa depan anak

Dari barangan bayi paling canggih, sehingga ke menabung untuk masa depan anak, menjadi naluri keibubapaan untuk memberi yang terbaik buat mereka. 

Tahukah anda, menurut kajian, 65% ibu bapa generasi millennial akan mula menabung untuk masa depan anak sejak awal lagi? Ini termasuk duit pembelanjaan untuk pendidikan anak mereka.

menabung untuk masa depan anak

Kredit: Finance Blvd

Tapi ibu bapa perlu lebih berhati-hati. Biarpun niat anda mungkin baik, adakah anda menabung dengan cara yang betul?

Selain menabung untuk masa depan yang lebih cerah buat mereka, anak-anak anda juga memerlukan ibu bapa dengan jaminan kewangan yang stabil. Mengapa ini sangat penting?

Kewangan yang stabil adalah contoh pengurusan wang yang bijak dan bertanggungjawab. Sebagai ibu bapa, kita harus semak cara kita mengendali kewangan keluarga. Fikir tentang:

“Adakah wang anda digunakan untuk apa yang paling penting?”

Ini adalah 5 perkara penting yang ibu bapa perlu fikirkan dulu sebelum menabung untuk masa depan anak.

1. Menabung untuk masa depan anak – asas paling penting

menabung untuk masa depan anak

Selepas ada anak, kos perbelanjaan anda semakin bertambah kerana anda memerlukan lebih banyak makanan, rumah yang lebih besar, kereta yang lebih besar serta kos penjagaan anak.

  • Adakah bajet keluarga cukup untuk kos perbelanjaan anda setiap bulan?
  • Bolehkah anda bayar semua bil dan hutang?
  • Adakah anda sentiasa stres tentang kewangan dan bimbang anda takkan dapat bayar bil anda?

Berhenti menabung untuk masa depan anak dulu jika anda sedang menghadapi masalah untuk membayar bil bulanan. Keperluan sekarang tidak boleh ditangguhkan, seperti makanan, tempat tinggal, jaminan keselamatan untuk anak dan keluarga.

Bajet pendidikan anak boleh ditangguh. 

2. Menabung untuk kecemasan

menabung untuk masa depan anak

Asas kewangan yang kukuh adalah ada tabung kecemasan. Tabung ini boleh bantu anda jika berlakunya apa-apa yang tidak diduga. Selain itu kos-kos lain juga boleh timbul secara tiba-tiba.

Itulah sebab mengapa ibu bapa perlu beri keutamaan ketika menabung untuk tabung kecemasan sebelum menabung untuk masa depan anak. Anda lebih memerlukan tabung kecemasan itu berbanding tabung kolej anak dalam tempoh 18 tahun mereka membesar.

3. Settle dulu hutang anda

menabung untuk masa depan anak

Kebanyakkan ibu bapa generasi millennial dibebankan dengan hutang pelajar dan tak mahu anak mereka mengalami masalah yang sama.

Ha… tapi ia tidak masuk akal ya, jika ibu bapa menabung untuk masa depan anak dulu sebelum menjelaskan hutang sendiri seperti hutang rumah, kad kredit dan hutang kereta.

Cuba kurangkan hutang anda dulu sebelum mula untuk menabung buat kolej anak. Setiap hutang yang habis dibayar akan mengurangkan beban kewangan setiap bulan dan wang itu boleh diketepikan untuk anak.

4. Tabung persaraan anda

menabung untuk masa depan anak

Menabung untuk persaraan anda juga lebih penting dari apa yang anda fikirkan. Ini bukan langkah yang mementingkan diri sendiri.

Sebenarnya menabung untuk masa depan diri sendiri adalah hadiah ibu bapa yang tidak ternilai dari segi kewangan untuk anak anda.

Mereka tidak perlu risau cara untuk menampung kehidupan anda ketika anda bersara atau tua nanti.

5. Insurans untuk keluarga

menabung untuk masa depan anak

Akhir sekali, memiliki insurans boleh melindungi anda dan keluarga dari masalah kewangan. Dengan insurans keluarga yang sesuai, anda akan dapat perlindungan dari segi kewangan jika ada sebarang dugaan kehidupan yang paling menakutkan.

Liputan insurans asas, termasuklah:

Stories Rakan Kongsi
Mulakan Simpanan Pendidikan & Masa Depan Anak Seawal Mungkin, Pilihlah Cara Terbaik Untuk Tabungan Konsisten
Mulakan Simpanan Pendidikan & Masa Depan Anak Seawal Mungkin, Pilihlah Cara Terbaik Untuk Tabungan Konsisten
Menangi RM25,000 Dana Pendidikan Kanak-Kanak Oleh Dutch Lady, Anak Anda Mungkin Bertuah!
Menangi RM25,000 Dana Pendidikan Kanak-Kanak Oleh Dutch Lady, Anak Anda Mungkin Bertuah!
5 Soalan yang Ibu Bapa Perlu Tahu Sebelum Memilih Bank untuk Membuat Simpanan
5 Soalan yang Ibu Bapa Perlu Tahu Sebelum Memilih Bank untuk Membuat Simpanan
  • Insuran kesihatan
  • Insuran kereta

Semak dan pastikan anda laraskan insurans anda untuk keluarga yang semakin berkembang. Pastikan liputan itu cukup untuk keperluan keluarga anda yang sering berubah. Anda juga boleh pertimbangkan insurans tambahan, seperti:

Insurans hayat, melindungi kos kematian dan memberi wang yang cukup untuk keluarga.
Insurans hilang upaya, menggantikan peluang pendapatan yang hilang jika anda tidak dapat bekerja kerana masalah kesihatan atau ketidakupayaan.

****

Berikan keutamaan kepada 5 perkara ini terlebih dulu, sebelum menabung untuk masa depan anak anda. Adalah lebih penting untuk melindungi keluarga dari masalah kewangan.

 

 

Sumber: Forbes

Baca juga:

Kos Sara Anak: Mengapa Ibu Bapa Selalu Tak Cukup Duit?

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Rosanna Chio

  • halaman rumah
  • /
  • Simpanan
  • /
  • Fikir 5 perkara penting ini dulu sebelum menabung untuk masa depan anak
Kongsikan:
  • Akaun 3 KWSP, Cara Pengeluaran Atau Pemindahan Akaun Fleksibel

    Akaun 3 KWSP, Cara Pengeluaran Atau Pemindahan Akaun Fleksibel

  • Cara Mohon MyKasih 2024: Kadar Bantuan, Kelayakan Permohonan & Talian Pendaftaran

    Cara Mohon MyKasih 2024: Kadar Bantuan, Kelayakan Permohonan & Talian Pendaftaran

  • Skim Keselamatan Sosial Suri Rumah: Cara Daftar PERKESO Suri Rumah, Syarat & Manfaat

    Skim Keselamatan Sosial Suri Rumah: Cara Daftar PERKESO Suri Rumah, Syarat & Manfaat

  • Akaun 3 KWSP, Cara Pengeluaran Atau Pemindahan Akaun Fleksibel

    Akaun 3 KWSP, Cara Pengeluaran Atau Pemindahan Akaun Fleksibel

  • Cara Mohon MyKasih 2024: Kadar Bantuan, Kelayakan Permohonan & Talian Pendaftaran

    Cara Mohon MyKasih 2024: Kadar Bantuan, Kelayakan Permohonan & Talian Pendaftaran

  • Skim Keselamatan Sosial Suri Rumah: Cara Daftar PERKESO Suri Rumah, Syarat & Manfaat

    Skim Keselamatan Sosial Suri Rumah: Cara Daftar PERKESO Suri Rumah, Syarat & Manfaat

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
  • Bayi
  • Kesihatan
  • Pendidikan
  • Gaya Hidup
  • TAP Komuniti
  • Beriklan Dengan Kami
  • Hubungi Kami
  • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2025. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham