X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
  • COVID-19
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Perkembangan Anak
    • Bayi
    • Kanak-Kanak
    • Prasekolah
    • Kids
    • Remaja
  • Keibubapaan
    • Drypers
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beli-Belah

Terguna Duit Raya Anak, Ibu Ayah Kena Ganti Balik, Duit Anak Tak Boleh Guna Sewenangnya

4 min bacaan
Terguna Duit Raya Anak, Ibu Ayah Kena Ganti Balik, Duit Anak Tak Boleh Guna SewenangnyaTerguna Duit Raya Anak, Ibu Ayah Kena Ganti Balik, Duit Anak Tak Boleh Guna Sewenangnya

Mufti menjelaskan tentang hukum menggunakan duit raya anak di mana tidak boleh menggunakannya dengan sewenangnya melainkan terpaksa.

Alamak tak cukup seringgit, eh duit raya anak ada lagi ni, ibu pinjam sekejap ya sayang nanti ibu ganti.

Siapa pernah mengalami situasi begini di mana anda menggunakan duit raya anak atau duit tabung anak sekejap untuk memenuhi keperluan diri sendiri?

Sebelum itu, penulis nak tanyalah dah ganti belum duit anak? Sebabnya ada hukum bila ibu atau ayah menggunakan duit anak ini dan ia wajib digantikan semula walaupun duit tersebut mungkin pemberian daripada anda sendiri.

Sebelum itu, untuk menyimpan duit raya anak dengan selamat, ibu dan ayah boleh membuka tabung simpanan untuk anak-anak seperti Tabung Haji, Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN), Amanah Simpanan Nasional dan simpanan perbankan untuk masa depan anak-anak.

Jadi dengan duit raya mereka itulah dapat menanam sikit tabiat suka menabung di kalangan anak-anak kita.

Namun begitu, bagaimana jika ada yang terguna duit anak? untuk mendapatan jawapan yang tepat, Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan ada jawapannya.

Hukum terguna duit raya anak

duit raya anak

Kita tidak nafikan di kala kehidupan kian mencabar ini, tentunya keperluan seluruh isi rumah sedikit bertambah.

Bagi keluarga yang berkemampuan mungkin isu ini tiada masalah buat mereka, namun bagaimana pula dengan keluarga yang mempunyai pendapatan yang rendah? sudah tentu keadaan ini menghimpit mereka sekeluarga, kan?

Berdasarkan Jumhur, (majoriti) fuqaha di dalam Mazhab Asy-Syafie, Hanafi dan Maliki berpandangan bahawa seorang ayah tidak boleh mengambil harta anaknya kecuali dalam keadaan yang memerlukan sahaja.

Malah mereka turut berhujah berdasarkan keumuman hadith Nabi SAW bahawa tidak boleh diambil harta seseorang secara sambil lewa dan sewenang-wenangnya. Berikut sabda Nabi SAW:

Maksudnya: “Sesungguhnya darah-darah kamu, harta-harta kamu dan kehormatan di antara kamu adalah haram bagimu sepertimana kemuliaan pada harimu ini, di negerimu ini”.

Sementara itu, para fuqaha dalam Mazhab Hanbali turut berpendapat bahawa seorang ayah berhak mengambil harta anaknya secara mutlak sama ada anaknya masih kecil mahupun sudah besar. Namun ada dua syarat iaitu

1) Tidak menyebabkan kemudaratan kepada anaknya dan tidak mengambil sesuatu yang menjadi keperluannya.

2) Tidak mengambil harta daripada salah seorang anaknya dan memberikannya kepada anak yang lain.

Ini kerana mereka berhujah mengikut hadis Nabi SAW

Bermaksud: Daripada Jabir bin Abdullah RA, sesungguhnya seorang lelaki telah berkata  ” Wahai Rasulullah, sesungguhnya aku memiliki harta dan anak, dan ayahku ingin mengambil hartaku, maka Rasulullah SAW bersabda “kamu dan harta kamu adalah milik ayah kamu”.

Bagaimana pula dengan ibu?

duit raya

Ulama juga memberi pandangan yang berbeza sama ada adakah ibu boleh untuk menggunakan harta anaknya jika keadaan memerlukan.

Sebahagian ulama berpendapat, ibu tidak termasuk dalam makna Hadith, Lalu Ibn Qudamah Al Maqdisi Rahimullah telah berkata, tidak boleh selain daripada ayah untuk mengambil harta anaknya tanpa meminta keizinannya. Ini kerana hadis yang diturunkan telah ditujukan kepada ayah, maka tidak sah untuk mengqiyaskan selain kepada ayah kerana ayah mempunyai kekuasaan ke atas anak serta hartanya jika anak tersebut masih kecil.

Walaubagaimanapun kata-kata sahabat oleh Abdullah bin Jabir RA

“Ayah dan ibu boleh mengambil harta anaknya tanpa perlu meminta keizinan daripadanya dan tidak boleh anak lelaki dan anak perempuan ambil harta kedua ibunya tanpa mendapat keizinan daripada mereka berdua.

Kesimpulan

guna duit raya

Kredit: Rojak Daily

Justeru di sini, pendapat majoriti ulama iaitu ayah tidak boleh ambil harta anaknya dengan sewenang-wenangnya dan hanya dibenarkan jika dalam keadaan yang memerlukan sahaja adalah lebih tepat dari segi objektif syarak. Hukum ini turut terpakai kepada ibu.

Stories Rakan Kongsi
Kalendar 30 Hari, 30 Kebaikan: Aktiviti Menarik Untuk Anak Anda Ramadan Ini
Kalendar 30 Hari, 30 Kebaikan: Aktiviti Menarik Untuk Anak Anda Ramadan Ini
5 Kriteria Penting Pemilihan Produk Penjagaan Kulit Bayi Supaya Kekal Lembap Sepanjang Hari
5 Kriteria Penting Pemilihan Produk Penjagaan Kulit Bayi Supaya Kekal Lembap Sepanjang Hari
Dibelenggu Masalah Kulit Kering dan Gatal? Sapukan Losyen Ini Untuk Kelegaan Serta Merta
Dibelenggu Masalah Kulit Kering dan Gatal? Sapukan Losyen Ini Untuk Kelegaan Serta Merta
Bagaimana Nak Merapatkan Hubungan Dengan Bayi Baru Lahir? Ini 5 Cara Yang Anda Boleh Cuba
Bagaimana Nak Merapatkan Hubungan Dengan Bayi Baru Lahir? Ini 5 Cara Yang Anda Boleh Cuba

Apatah lagi, seorang anak apabila meninggal dunia dan mempunyai harta, maka harta berkenaan akan diwarisi oleh isteri, ibu dan anak-anaknya serta adik beradiknya.

Jadi terungkailah di sini bahawa ibu bapa boleh guna wang anak asalkan semasa berada dalam keadaan terdesak seperti tidak cukup duit dan dalam keadaan serba kekurangan sampai nak makan pun tak ada duit. Jadi anda boleh gunakan duit anak.

Jika ibu atau ayah guna duit anak dalam perkara yang bukan tergolong dalam kumpulan yang penting, maka anda wajib ganti semula duit tersebut.

Sumber : MuftiWP

Foto: Harian Metro

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Cara Bijak Untuk Uruskan Duit Tabung Anak

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Nurul Halifah

  • halaman rumah
  • /
  • Keibubapaan
  • /
  • Terguna Duit Raya Anak, Ibu Ayah Kena Ganti Balik, Duit Anak Tak Boleh Guna Sewenangnya
Kongsikan:
  • Dengan Duit 1 Dolar, Anda Boleh Makan BESAR Takpun Makan Sayur Saja Di Negara Ini!

    Dengan Duit 1 Dolar, Anda Boleh Makan BESAR Takpun Makan Sayur Saja Di Negara Ini!

  • Simpan duit anda dengan 11 hack ini pada tahun 2017!

    Simpan duit anda dengan 11 hack ini pada tahun 2017!

  • Dilahirkan Dengan Dua Wajah, Bayi Ini Dianggap Sebagai Pembawa Rezeki Hingga Ibu Bapa Enggan Rawatan!

    Dilahirkan Dengan Dua Wajah, Bayi Ini Dianggap Sebagai Pembawa Rezeki Hingga Ibu Bapa Enggan Rawatan!

  • Sampainya Hati! Gara-Gara Lahir Berkulit Hitam, Ibu Bapa Bayi Ini Sanggup Membuangnya!

    Sampainya Hati! Gara-Gara Lahir Berkulit Hitam, Ibu Bapa Bayi Ini Sanggup Membuangnya!

app info
get app banner
  • Dengan Duit 1 Dolar, Anda Boleh Makan BESAR Takpun Makan Sayur Saja Di Negara Ini!

    Dengan Duit 1 Dolar, Anda Boleh Makan BESAR Takpun Makan Sayur Saja Di Negara Ini!

  • Simpan duit anda dengan 11 hack ini pada tahun 2017!

    Simpan duit anda dengan 11 hack ini pada tahun 2017!

  • Dilahirkan Dengan Dua Wajah, Bayi Ini Dianggap Sebagai Pembawa Rezeki Hingga Ibu Bapa Enggan Rawatan!

    Dilahirkan Dengan Dua Wajah, Bayi Ini Dianggap Sebagai Pembawa Rezeki Hingga Ibu Bapa Enggan Rawatan!

  • Sampainya Hati! Gara-Gara Lahir Berkulit Hitam, Ibu Bapa Bayi Ini Sanggup Membuangnya!

    Sampainya Hati! Gara-Gara Lahir Berkulit Hitam, Ibu Bapa Bayi Ini Sanggup Membuangnya!

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
    • Anak angkat
    • Kehamilan
    • Sebelum & Proses Bersalin
    • Perkahwinan & Seks
  • Bayi
    • Nama bayi
    • Perkembangan & Anak
    • Tip keibubapaan
    • Penyusuan & Pemakanan
  • Kesihatan
    • Senaman
    • Alahan & Sindrom
    • Penyakit
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Rumah
    • Kewangan
    • Percutian
    • Pertandingan & promosi
  • Banyak Lagi
    • TAP Komuniti
    • Beriklan Dengan Kami
    • Hubungi Kami
    • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2022. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

theAsianparent heart icon
Kami ingin menghantar anda pemberitahuan untuk berita dan kemas kini terbaru mengenai penjagaan dan kesihatan bayi.