TAP top app download banner
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan Produk
Klik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beriklan Dengan Kami

Simpan Duit Raya Anak Di Tempat Terbaik (ASB, TH, SSPN, SSP), Ada Dividen & Pelepasan Cukai!

5 min bacaan
Simpan Duit Raya Anak Di Tempat Terbaik (ASB, TH, SSPN, SSP), Ada Dividen & Pelepasan Cukai!

Simpan duit raya anak di Tabung Haji, Amanah Simpanan Bumiputera (ASB), Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN), buka akaun emas dan bank.

Duit raya dan kanak-kanak memang tidak dapat dipisahkan. Mereka sangat gembira dengan duit raya yang diterima setiap tahun tapi sebagai ibu bapa, penting untuk mengajar cara simpan duit raya anak dan mendidik mereka tentang pengurusan kewangan sejak kecil. 

Isi Kandungan

  • Tempat Simpan Duit Raya Anak
  • 1. Tabung Haji
  • 2. Amanah Simpanan Bumiputera (ASB)
  • 3. Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN)
  • 4. Buka Akaun Emas
  • 5. BSN Sijil Simpanan Premium (BSN SSP)
  • 6. Unit Trust
  • 7. Simpan Di Bank

Tempat Simpan Duit Raya Anak

Menguruskan duit raya sejak kecil adalah langkah penting dalam mendidik anak-anak tentang pendidikan kewangan. Dengan mengajarkan mereka cara menyimpan dan menggunakan duit raya dengan berhemah.

Dengan mengajar cara simpan duit raya anak yang betul, kita dapat membantu mereka membentuk tabiat kewangan yang positif untuk masa depan. Jadi, di manakah tempat terbaik untuk menyimpan dan mengembangkan duit raya anak agar dapat berkembang dengan lebih baik?

1. Tabung Haji

Tempat simpan duit raya anak adalah Tabung Haji.

Ini adalah antara pilihan menarik bagi mereka yang beragama Islam terutama sekali sekiranya simpanan anak anda sudah mencapai RM1,300. Ibu bapa boleh terus daftarkan anak mereka untuk giliran haji.

Untuk simpanan di Tabung Haji, anda tidak perlu membayar zakat 2.5% kerana ianya telah dibayar melalui simpanan anda dan tiada cukai dikenakan.

2. Amanah Simpanan Bumiputera (ASB)

Selain itu, tempat simpan duit raya anak adalah Amanah Simpanan Bumiputera.  

Anda boleh buka akaun dan buat pelaburan dalam ASNB seawal usia bayi 6 bulan serendah RM10 sahaja. Anda dan anak anda juga boleh menikmati faedah simpanan dalam jangka panjang. 

3. Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN)

Selain daripada pilihan yang disebutkan di atas, anda juga boleh simpan duit raya anak dalam Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN) sebagai sebuah pelaburan untuk masa depan anak anda ke pendidikan tinggi.

aling rekomen kalau korang yang belum ada perlindungan takaful supaya masing-masing bukan akaun SSPN Plus.
Sebabnya, selain menyimpan, dapat juga perlindungan takaful. Semua orang boleh buka akaun ni tak kiralah samada yang sihat atau dah ada penyakit apa pun.
Ambil jer pakej simpanan RM30/sebulan pun dah ok. Kalau dapat ambil pakej RM100/sebulan lagilah sedap.
Sebabnya, selain ada simpanan walaupun sedikit, kita dilindungi oleh takaful. Kalau kita mati, waris dapat RM30K + duit simpanan tadi. Kalau kita hidup tak mati-mati, kita boleh keluarkan wang simpanan berserta dividen.

Cara nak buka akaun pun mudah yakmat.
1. Klik link: bit.ly/simpansspnplus
2. Masukkan nombor ic dan email, nombor pastu enter dan akan dapat kata laluan sementara di email, masukkan dan enter.
3. Isilah maklumat tarikh lahir, warganegara dan pilih jenis akaun samada untuk diri sendiri atau untuk anak.
4. Lepas tu pilih pakej yang tersedia bermula dari Pakej Intan RM30/sebulan atau Pakej Delima RM50/sebulan dan seterusnya ikut kemampuan.
5. Lepas tu pilih syarikat pengendali takaful. Ada 3 syarikat iaitu HLMT, Great Eastern dan Takaful Ikhlas. Setiap satu ada pro n cons. Tapi nampak macam HLMT paling tinggi benefitnya. Pastu klik seterusnya.
6. Pastu kena isi details kita (pendeposit) yang nak buat simpanan setiap bulan tu.
7. Lepas tu kena isi maklumat penerima manfaat. Bila apa berlaku pada kita, siapa nak dapat duit semua tu. Isilah maklumat anak kat situ.
8. Isi kaedah simpanan. Kena bayar 2 bulan dulu dan Isi jer maklumat bank untuk buat auto debit, atau potomng gaji, senang. Tapi kalau nak bayar sendiri setiap bulan, kena bayar terus 6 bulan untuk mula-mula daftar ni. Lepas tu sambung lah bayar setiap bulan.
9. Buat bayaran. Settle.
Dah siap maka korang dah ada akaun simpanan berserta perlindungan takaful serentak. Wang simpanan tu boleh dikeluarkan kalau nak guna, tapi selepas 3 tahun.

4. Buka Akaun Emas

Anda juga boleh mempertimbangkan cara simpan duit raya anak dengan simpanan emas dalam bentuk barang kemas atau instrumen lain yang sesuai seperti buka akaun emas.

Ini adalah cara yang bijak untuk mengembangkan duit raya anak dengan nilai yang lebih stabil dan berpotensi untuk meningkat dari semasa ke semasa.

5. BSN Sijil Simpanan Premium (BSN SSP)

Sebagai alternatif simpanan yang menarik, BSN Sijil Simpanan Premium (BSN SSP) menawarkan peluang untuk memperoleh pulangan melalui cabutan bertuah. Selain menyimpan, anak-anak juga berpeluang memenangi hadiah yang bernilai.

Ini menjadikannya pilihan yang sesuai untuk cara simpan duit raya anak kerana ia memberi pulangan yang menarik serta peluang untuk memupuk kesabaran dalam menunggu hasil simpanan.

6. Unit Trust

Unit trust adalah satu lagi pilihan simpanan yang baik untuk duit raya anak. Dengan melabur dalam unit trust, anak-anak berpeluang menikmati pertumbuhan pelaburan mereka dalam jangka masa panjang.

Walaupun ia memerlukan sedikit pengetahuan tentang pelaburan, unit trust boleh menjadi satu cara yang bijak untuk mengembangkan duit raya anak dengan risiko yang terkawal, terutamanya apabila memilih dana yang stabil dan sesuai dengan umur mereka.

7. Simpan Di Bank

Ini antara cara paling mudah untuk anda mulakan simpanan untuk masa depan anak anda. Pilih cara ini kerana ianya adalah kaedah penyimpanan yang selamat berbanding anda menyimpan duit raya anak anda dalam tabung. Ini bagi mengelakkan risiko kecurian atau tabung hilang.

Banyak kelebihan buka akaun simpanan. Antaranya adalah anda boleh menikmati faedah tertentu berdasarkan jumlah simpanan, anda boleh keluarkan bila-bila masa terutamanya pada waktu kecemasan dan pastinya simpanan tersebut dijamin selamat.

Stories Rakan Kongsi
Mencari Aktiviti Hujung Minggu dengan Harga Berbaloi? Jom Terokai 4 Taman Tema Terkemuka di Malaysia Ini
Mencari Aktiviti Hujung Minggu dengan Harga Berbaloi? Jom Terokai 4 Taman Tema Terkemuka di Malaysia Ini
Menerokai Persekitaran: Memperkenalkan Kanak-Kanak Autistik Kepada Pelbagai Persekitaran Luar
Menerokai Persekitaran: Memperkenalkan Kanak-Kanak Autistik Kepada Pelbagai Persekitaran Luar
Tawaran Sah Hanya Pada 11.11 Sahaja! Beli Friso Gold & Bawa Pulang Hadiah Edisi Terhad & Peluang Untuk Memenangi Baucar Pelancongan ke Belanda!
Tawaran Sah Hanya Pada 11.11 Sahaja! Beli Friso Gold & Bawa Pulang Hadiah Edisi Terhad & Peluang Untuk Memenangi Baucar Pelancongan ke Belanda!
Gaya Fesyen Trendy & Terkini, KWC Fashion Wholesale Masa Depan Fast Fashion di Malaysia
Gaya Fesyen Trendy & Terkini, KWC Fashion Wholesale Masa Depan Fast Fashion di Malaysia

Kesimpulannya, mengajar anak-anak cara simpan duit raya anak adalah langkah penting dalam mendidik mereka tentang pengurusan kewangan yang bijak.

Great Eastern, PTPTN

Di theAsianparent Malaysia, penting bagi kami untuk membekalkan anda maklumat yang betul, penting dan tepat pada masanya. Tetapi ini tidak berfungsi sebagai alternatif untuk nasihat perubatan atau rawatan perubatan. theAsianparent Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap mereka yang memilih untuk mengambil ubat berdasarkan maklumat daripada laman web kami. Jika anda mempunyai sebarang keraguan, kami mengesyorkan agar anda berunding dengan doktor anda untuk mendapatkan maklumat yang lebih jelas.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca Juga: Ibu Ayah, Jom Sediakan Simpanan Untuk Anak Di Salah Satu Dari 5 Akaun Junior Ini!

Baca Juga: Akaun Simpanan Junior Terbaik Untuk Anak, Ajar Mereka Menabung Sekarang 

Baca Juga: 5 Soalan yang Ibu Bapa Perlu Tahu Sebelum Memilih Bank untuk Membuat Simpanan

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Nina Osman

  • halaman rumah
  • /
  • Gaya Hidup
  • /
  • Simpan Duit Raya Anak Di Tempat Terbaik (ASB, TH, SSPN, SSP), Ada Dividen & Pelepasan Cukai!
Kongsikan:
  • 15 Taman Permainan Kanak-Kanak Di Kuala Lumpur & Selangor Yang Percuma, Best Bawa Keluarga

    15 Taman Permainan Kanak-Kanak Di Kuala Lumpur & Selangor Yang Percuma, Best Bawa Keluarga

  • Mencari Aktiviti Hujung Minggu dengan Harga Berbaloi? Jom Terokai 4 Taman Tema Terkemuka di Malaysia Ini
    Stories Rakan Kongsi

    Mencari Aktiviti Hujung Minggu dengan Harga Berbaloi? Jom Terokai 4 Taman Tema Terkemuka di Malaysia Ini

  • Robot Vakum: Adakah Saya Patut Beli? Ini ''Pro and Cons'' Yang Perlu Anda Pertimbangkan

    Robot Vakum: Adakah Saya Patut Beli? Ini ''Pro and Cons'' Yang Perlu Anda Pertimbangkan

  • 15 Taman Permainan Kanak-Kanak Di Kuala Lumpur & Selangor Yang Percuma, Best Bawa Keluarga

    15 Taman Permainan Kanak-Kanak Di Kuala Lumpur & Selangor Yang Percuma, Best Bawa Keluarga

  • Mencari Aktiviti Hujung Minggu dengan Harga Berbaloi? Jom Terokai 4 Taman Tema Terkemuka di Malaysia Ini
    Stories Rakan Kongsi

    Mencari Aktiviti Hujung Minggu dengan Harga Berbaloi? Jom Terokai 4 Taman Tema Terkemuka di Malaysia Ini

  • Robot Vakum: Adakah Saya Patut Beli? Ini ''Pro and Cons'' Yang Perlu Anda Pertimbangkan

    Robot Vakum: Adakah Saya Patut Beli? Ini ''Pro and Cons'' Yang Perlu Anda Pertimbangkan

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
  • Bayi
  • Kesihatan
  • Pendidikan
  • Gaya Hidup
  • TAP Komuniti
  • Beriklan Dengan Kami
  • Hubungi Kami
  • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Vietnam flag Vietnam
© Copyright theAsianparent 2025. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham