TAP top app download banner
theAsianparent
theAsianparent
EnglishMalay
Panduan Produk
  • Menjadi ibu bapa
  • Anak
  • Keibubapaan
  • Kesihatan
  • Penyusuan & Pemakanan
  • Pendidikan
  • Gaya Hidup
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beriklan Dengan Kami
  • Komuniti
Log Masuk
  • EnglishMalay
    • Artikel
  • Menjadi ibu bapaMenjadi ibu bapa
  • AnakAnak
  • KeibubapaanKeibubapaan
  • KesihatanKesihatan
  • Penyusuan & PemakananPenyusuan & Pemakanan
  • PendidikanPendidikan
  • Gaya HidupGaya Hidup
  • TAP CadanganTAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan#PendidikanKewangan
  • Beli-BelahBeli-Belah
  • VIPVIP
  • Siaran MediaSiaran Media
  • Beriklan Dengan KamiBeriklan Dengan Kami
  • KomunitiKomuniti
    • Komuniti
  • Poll
  • Gambar
  • Makanan
  • Resipi
  • Topik
  • Baca Artikel
    • Tracker
  • Tracker Kehamilan
  • Tracker Bayi
    • Ganjaran
  • GanjaranGanjaran
  • Pertandingan
  • VIP ParentsVIP Parents
    • Lagi
  • Maklum Balas

Polisi PrivasiGaris Panduan KomunitiPeta Laman Web

Muat turun app percuma kami

google play store
app store

Pengurusan Kewangan Keluarga Perlu Bijak Agar Tidak Sengkek Di Hujung Bulan!

4 min bacaan
Pengurusan Kewangan Keluarga Perlu Bijak Agar Tidak Sengkek Di Hujung Bulan!

Ramai pengantin baru terpaksa "ikat perut" di akhir bulan gara-gara tidak tahu pengurusan kewangan keluarga yang bijak. Ini antara 7 tip yang mampu membantu anda dan pasangan, dan mungkin mana tahu keluarga anda juga suatu hari nanti.

Seronoknya bila dapat kahwin dengan pasangan pilihan. Macam-macam impian dan harapan ada! Tapi, pernah tak anda terfikir tentang pengurusan kewangan keluarga selepas berkahwin?

Ramai pasangan suami isteri yang bergelut dengan kewangan keluarga lepas kahwin. Ini kerana mereka tidak sedar kepentingan pengurusan kewangan.

Sebaik saja majlis kahwin selesai, tanpa berfikir panjang, kita akan pergi honeymoon, balik terus swipe card credit beli macam-macam keperluan keluarga. Akhirnya, setiap bulan — kita akan sengkek dan berharap gaji seterusnya cepat-cepat masuk.

Pengurusan Kewangan Keluarga: Apa Yang Perlu Anda & Pasangan Buat?

pengurusan kewangan keluarga

Kredit: usahawan.com

Sebenarnya, anda baru selangkah masuk perjalanan kehidupan baru. Tapi anda sedang mengheret risiko beban hutang jika tidak bijak menguruskan kewangan keluarga!

Hari ini, kami akan kongsikan bagaimana pengurusan kewangan keluarga yang bijak agar anda tak “sengkek” pada akhir bulan atau pada masa akan datang 😉

Baca juga: 8 cara bijak untuk anda menyimpan wang demi keluarga tahun ini!

7 Tip Pengurusan Kewangan Keluarga Yang Bijak

#1 Rancang jumlah keluarga awal-awal

pengurusan kewangan keluarga

Selepas berkahwin, anda perlu terus melakukan family planning. Bila nak ada anak? Berapa anak? Hal ini kerana, kos sara hidup anak amat tinggi.

Mana nak beli susu anak lagi, pampers, keperluan lain seperti kos bersalin, kos berpantang, kos anak nak ke sekolah, simpanan untuk mereka belajar di universiti kelak.

Ha…. nampak tak berapa banyak kos sara diri yang perlu dikeluarkan? Jadi, lepas kahwin, rancanglah perkara ini dengan sehabis baik.

#2 Faham tabiat berbelanja pasangan

Pengurusan Kewangan Keluarga Perlu Bijak Agar Tidak Sengkek Di Hujung Bulan!

Kredit: nohat.cc

Saya ada seorang kawan yang “kaki shopping“. Selama berkasih, pasangannya tidak pernah tahu tentang tabiat berbelanja kawan saya itu.

Bila sudah kahwin baru semuanya terbongkar! Ha apa lagi? Mulalah suaminya itu serabut kepala kerana isteri kaki shopping. Sebab itu, anda perlu tahu tabiat berbelanja pasangan anda.

Bawa bincang tentang hal pengurusan kewangan. Apa benda mewah yang boleh dibeli?

Berapa budget yang perlu diasingkan? Kuncinya di sini adalah bincang tentang pengurusan kewangan kalian sebelum kahwin!

#3 Buat tabung tertentu dan pecahan keperluan

Bila sudah berkahwin, eloklah kalian senaraikan semua kos keperluan untuk mencapai pengurusan kewangan yang bijak.

Jangan lupa dengan tabung kecemasan! Malang itu tidak berbau. Bila-bila masa saja, anda mungkin akan terdesak untuk menggunakan sejumlah duit.

Jadi, lebih baik anda ada tabung kecemasan yang boleh digunakan. Antara idea apa pecahan keperluan dan tabung kecemasan yang anda perlu tetapkan ialah:

  • Belanja barang dapur
  • Belanja makan di luar
  • Bil elektrik dan air
  • Hiburan
  • Duit ansuran rumah
  • Duit ansuran kereta
  • Perlindungan takaful (insurans)
  • Tabung simpanan
  • Tabung kecemasan
  • Tabung pendidikan anak-anak
  • Tabung nak pergi bercuti/pelaburan
  • Tabung pencen

#4 Anda tak perlu rumah yang lebih besar… atau kereta baru

pengurusan kewangan

Ramai pengantin baru yang terlalu terburu-buru untuk membeli rumah mereka sendiri. Sedangkan, mereka tidak tahu harga rumah di pasaran sekarang berapa.

Malah, berapa perbelanjaan bulanan selepas ini! Semakin besar rumah, semakin tinggil bil yang anda perlu bayar. Ini termasuklah duit ansuran rumah ataupun bil, ataupun cukai pintu!

Anda dan pasangan juga tidak perlu kereta baru semata-mata kerana ingin merasai nikmatnya “memiliki sesuatu yang baru”. Ia hanya akan menambah beban hutang!

#5 Kad kredit cukup satu!

Jika kalian ada lebih dari satu kad kredit dan tiada pengurusan kewangan yang bijak, lebih baik terminate saja kad lebihan itu. 

Pakai satu kad kredit saja untuk beli barang dapur, isi minyak atau sebagainya. Sebab apa? Sebab tanpa pengurusan financial yang bijak, anda akan overspend!

Jika berterusan, dalam masa 5 ke 10 tahun akan datang, cash flow anda akan memiliki rekod buruk.

#6 Rancang pelan persaraan dengan pasangan

pengurusan kewangan

Anda dan pasangan akan tua kelak, tak kisahlah berapa umur kalian sekarang. Jadi, penting untuk rancang pelan persaraan dan tabung pencen.

Pastinya anda tidak mahu menyusahkan anak-anak pula bila kalian sudah tua, kan? Jadi, jangan sesekali lupa tabung pencen, walaupun anda masih muda sekarang!

#7 Sentiasa jujur dengan pasangan tentang duit

pengurusan kewangan

Stories Rakan Kongsi
Mulakan Simpanan Pendidikan & Masa Depan Anak Seawal Mungkin, Pilihlah Cara Terbaik Untuk Tabungan Konsisten
Mulakan Simpanan Pendidikan & Masa Depan Anak Seawal Mungkin, Pilihlah Cara Terbaik Untuk Tabungan Konsisten
Ibu Ayah Pasti Dah Sediakan Semua Keperluan Anak? Jom Semak Checklist Ini, No.5 WAJIB Ada
Ibu Ayah Pasti Dah Sediakan Semua Keperluan Anak? Jom Semak Checklist Ini, No.5 WAJIB Ada
Menangi RM25,000 Dana Pendidikan Kanak-Kanak Oleh Dutch Lady, Anak Anda Mungkin Bertuah!
Menangi RM25,000 Dana Pendidikan Kanak-Kanak Oleh Dutch Lady, Anak Anda Mungkin Bertuah!
5 Soalan yang Ibu Bapa Perlu Tahu Sebelum Memilih Bank untuk Membuat Simpanan
5 Soalan yang Ibu Bapa Perlu Tahu Sebelum Memilih Bank untuk Membuat Simpanan

Jujur amat penting dalam perhubungan kerana hubungan perkahwinan melibatkan dua orang. Tanpa kejujuran, salah satu pihak akan mengambil kesempatan, manakala satu pihak lagi akan menjadi mangsa.

Tidak dinafikan, ada sesetengah masa anda akan rasa “angin” dengan pasangan kerana masalah duit. Tapi maafkanlah mereka. Jangan mudah berputus asa.

Teruskan perhubungan yang jujur. Kongsi segala masalah dengan pasangan. Jangan sorok perbelanjaan anda, walaupun satu sen!

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Sumber rujukan: The Simple Dollar, AIA, Majalah Labur

Baca juga: 7 Tip Rumah Tangga Bahagia – Jadikan Rumah Anda Syurga Dunia!

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Ayu Idris

  • halaman rumah
  • /
  • Kewangan
  • /
  • Pengurusan Kewangan Keluarga Perlu Bijak Agar Tidak Sengkek Di Hujung Bulan!
Kongsikan:
  • Kenapa Insurans Nyawa Penting Walaupun Masih Muda? Ini 5 Sebab Anak Muda Perlu Pertimbangkan Awal

    Kenapa Insurans Nyawa Penting Walaupun Masih Muda? Ini 5 Sebab Anak Muda Perlu Pertimbangkan Awal

  • Pelaburan vs Simpanan: Mana Lebih Menguntungkan Untuk Masa Depan Kewangan Anda?

    Pelaburan vs Simpanan: Mana Lebih Menguntungkan Untuk Masa Depan Kewangan Anda?

  • Cara Buat Duit Online Dari Rumah Tanpa Modal, Mudah dan Selamat

    Cara Buat Duit Online Dari Rumah Tanpa Modal, Mudah dan Selamat

  • Kenapa Insurans Nyawa Penting Walaupun Masih Muda? Ini 5 Sebab Anak Muda Perlu Pertimbangkan Awal

    Kenapa Insurans Nyawa Penting Walaupun Masih Muda? Ini 5 Sebab Anak Muda Perlu Pertimbangkan Awal

  • Pelaburan vs Simpanan: Mana Lebih Menguntungkan Untuk Masa Depan Kewangan Anda?

    Pelaburan vs Simpanan: Mana Lebih Menguntungkan Untuk Masa Depan Kewangan Anda?

  • Cara Buat Duit Online Dari Rumah Tanpa Modal, Mudah dan Selamat

    Cara Buat Duit Online Dari Rumah Tanpa Modal, Mudah dan Selamat

Feed

Feed

Dapatkan artikel yang bersesuaian tentang keibubapaan, gaya hidup, dan pendapat pakar, hanya di hujung jari anda!

Poll

Poll

Sertai poll yang menarik dan lihat apa ibu bapa lain fikir

Gambar

Gambar

Kongsi gambar insan tersayang anda secara selamat.

Topik

Topik

Sertai komuniti kami untuk lebih rapat dengan ibu atau ayah lain.

Tracker

Tracker

Pantau kehamilan anda, malah juga tumbesaran bayi dari hari ke hari!

theAsianparent

Muat turun app percuma kami

Google PlayApp Store

Ibu di Seluruh Dunia

Singapore flag
Singapore
Thailand flag
Thailand
Indonesia flag
Indonesia
Philippines flag
Philippines
Malaysia flag
Malaysia
Vietnam flag
Vietnam

Partner Brands

Rumah123VIP ParentsMama's ChoiceTAP Awards

© Copyright theAsianparent 2026 . All rights reserved

  • Tentang Kami
  • Polisi Privasi
  • Terma dan Syarat
  • Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham