X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
  • COVID-19
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Perkembangan Anak
    • Bayi
    • Kanak-Kanak
    • Prasekolah
    • Kids
    • Remaja
  • Keibubapaan
    • Drypers
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beli-Belah

Jangan Lupa Semak Balik Perbelanjaan Anda, 5 Belanja Ini Boleh Dapat Pelepasan Taksiran Cukai, Untung Badan!

5 min bacaan
Jangan Lupa Semak Balik Perbelanjaan Anda, 5 Belanja Ini Boleh Dapat Pelepasan Taksiran Cukai, Untung Badan!Jangan Lupa Semak Balik Perbelanjaan Anda, 5 Belanja Ini Boleh Dapat Pelepasan Taksiran Cukai, Untung Badan!

Sudah semak pelepasan cukai pendapatan anda pada tahun ini? Ini senarai yang anda boleh claim!

Anda berpengalaman dalam proses e-Filing dalam laman web LHDN tak? Ramai yang mengadu proses mengisi e-Filing ini agak sukar dan mengambil masa terutamanya buat mereka yang baru pertama kali melalui proses tersebut. 

Jika anda sudah biasa melakukan e-Filing, pasti anda tahu apa itu pelepasan taksiran cukai, kan? Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDNM) telah mengeluarkan senarai pelepasan taksiran cukai 2018 untuk e-Filing 2019.

Jadi, anda boleh rancang betul-betul apakah perbelanjaan yang boleh dikecualikan cukai. Untuk memudahkan anda, hari ini kami senaraikan apakah 5 perbelanjaan yang boleh mendapat pelepasan taksiran cukai individu.

5 Senarai Perbelanjaan Yang Mendapat Pelepasan Taksiran Cukai Individu 

Dengar saja ayat “pelepasan taksiran cukai”, pasti ramai yang riang, kan? Maklumlah, kadar perbelanjaan diri yang dikenakan cukai dapat dikurangkan, jadi tidaklah ia membebankan sangat. 

Berikut antara 5 senarai perbelanjaan yang boleh mendapat pelepasan taksiran cukai:

#1 Pelepasan Taksiran Cukai Pendapatan Individu Sehingga RM8,000 Dari Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN-i dan SSPN-i Plus)

pelepasan cukai

Orang tua-tua kata rezeki jangan ditolak, musuh jangan dicari. Inilah pepatah yang boleh digambarkan pada pelepasan taksiran cukai untuk skim pendidikan nasional yang amat menguntungkan ini!

Sekarang pasti ramai ibu ayah yang berlumba-lumba ingin menabung untuk menjamin masa hadapan anak masing-masing. Dek hal itu, pihak Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi (PTPTN) berbesar hati memberi taksiran cukai sebanyak RM8,000 melalui dua skim simpanan mereka iaitu SSPN-i dan SSPN-i Plus. 

Cara untuk mendapat pelepasan taksiran cukai ini mudah saja! Ibu bapa, ibu bapa angkat atau penjaga yang sah dari segi undang-undang di Malaysia yang menyimpan dalam akaun SSPN-i dan SSPN-i Plus bagi manfaat anak, layak diberi pelepasan taksiran cukai sehingga maksimum RM8,000 setahun tertakluk kepada jumlah simpanan bersih tahun semasa!

Setiap pendeposit akan mendapat pelepasan taksiran cukai pendapatan dengan setiap simpanan bersih berdasarkan dua kategori taksiran yang berkelayakan iaitu Taksiran Berasingan bermaksud pelepasan taksiran cukai sehingga maksimum RM8,000 setahun untuk setiap suami dan isteri. 

Kedua adalah Taksiran Bersama iaitu Pelepasan taksiran cukai sehingga maksimum RM 8,000 setahun bagi satu pasangan. 

#2 Pelepasan Taksiran Cukai Pendapatan Individu Dari Penjagaan Ibu Bapa

Sebagai anak, kita tentunya ingin membantu ibu bapa dengan memberi duit belanja bulanan supaya dapat mengurangkan bebanan mereka. Terutamanya buat kedua-dua ibu bapa yang sudah tua. 

Pengorbanan anda ini sebenarnya boleh mendapat pelepasan taksiran cukai pendapatan sehingga RM5,000 ke RM3,000 – terhad kepada RM1500 setiap ibu dan bapa. Jadi, jangan lupa kumpul perbelanjaan ibu bapa anda setiap tahun! 

#3 Insurans Nyawa dan KWSP

cukai pendapatan

Seterusnya adalah pelepasan taksiran cukai dari  KWSP dan insurans hayat. Sebenarnya, anda masih boleh menikmati pelepasan taksiran cukai untuk potongan KWSP dan bayaran premium insurans hayat sebanyak RM 6,000 jika digabungkan!

Bagi insurans hayat, anda boleh mendapat sehingga 60% daripada jumlah premium insurans hayat yang ada bagi penyakit kritikal. 

Selain pelepasan taksiran cukai ke atas simpanan, pendeposit SSPN-i Plus juga layak menikmati pelepasan taksiran cukai ke atas caruman takaful sehingga RM3,000 dan bagi pendeposit yang memilih skim pencen layak menikmati pelepasan sehingga RM7,000.

#4 Pelepasan Taksiran Cukai Dari Pemeriksaan Kesihatan

Bila umur makin meningkat, maka penyakit pun senang muncul. Terutamanya bila terlalu banyak makan makanan yang tidak berkhasiat.

Sebab itu kita tak boleh confirm yang diri ini 100% sihat! Jadi nak tak nak, anda perlu melakukan pemeriksaan kesihatan untuk memeriksa kandungan gula, kadar kolesterol dalam badan, tekanan darah dan banyak lagi. 

Tapi yang beruntungnya, kini anda tak perlu risau lagi tentang kos pemeriksaan kesihatan sebab ia boleh mendapat pelepasan taksiran cukai pendapatan, asalkan ia tidak melebihi RM500. 

Kalau masa buat pemeriksaan kesihatan, doktor beritahu ada penyakit yang serius, anda juga boleh tanggung kos perubatan itu melalui pelepasan taksiran cukai yang diberikan sehingga RM6000. 

Ciri-ciri penyakit yang serius adalah seperti penyakit yang mengancam nyawa, rawatan perubatan yang menelan kos yang tinggi atau acute medical illness requiring admission to hospital.

#5 Pelepasan Taksiran Cukai Pendapatan Dari Perbelanjaan Gaya Hidup

pelepasan cukai 2019

Kalau anda nak tahu, pembelian berkaitan gaya hidup juga diberi pelepasan taksiran cukai dengan kadar maksimum sebanyak RM2,500! Jadi cepat-cepat isi pelepasan taksiran cukai ini sementara masih ada peluang. 

Antara barang yang boleh dimasukkan dalam kategori ini adalah seperti perbelanjaan membeli buku, majalah, akhbar bercetak, komputer peribadi, telefon pintar, tablet, peralatan sukan, bayaran langganan internet bulanan dan bayaran keahlian gimnasium. 

Lebih banyak yang anda masukkan dalam pelepasan taksiran cukai pendapatan, maka lebih banyak jumlah bayaran balik yang anda boleh dapat tahun hadapan. 

Buat ibu ayah, jangan lepaskan peluang untuk menyimpan dalam skim simpanan SSPN-i dan SSPN-i Plus dari PTPTN. Banyak kebaikannya buat anda dan anak-anak! Sambil menabung untuk jaminan masa hadapan mereka, anda juga boleh dapat pelepasan taksiran cukai.

Untuk maklumat lanjut, anda boleh layari  www.lovesspn.com

Apa paling penting, jangan lupa simpan segala resit dalam satu fail untuk memudahkan kerja anda. 

Semoga bermanfaat!Untuk dapatkan lebih banyak informasi dari theAsianparent Malaysia, boleh terus download Aplikasi Keibubapaan #1 Di Asia Tenggara kami.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga

https://my.theasianparent.comakaun-bank-untuk-anak

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

theAsianparent

  • halaman rumah
  • /
  • Keibubapaan
  • /
  • Jangan Lupa Semak Balik Perbelanjaan Anda, 5 Belanja Ini Boleh Dapat Pelepasan Taksiran Cukai, Untung Badan!
Kongsikan:
  • Bintang Comel, Lara Alana Mula Bayar Cukai Pendapatan Di Malaysia

    Bintang Comel, Lara Alana Mula Bayar Cukai Pendapatan Di Malaysia

  • 24 April Hari Pelepasan Am

    24 April Hari Pelepasan Am

  • Wanita Hamil Kembar 4, Lahirkan Dua Bayi Lebih Awal, Dua Lagi Masih Dalam Kandungan

    Wanita Hamil Kembar 4, Lahirkan Dua Bayi Lebih Awal, Dua Lagi Masih Dalam Kandungan

  • Remaja Ini Langsung Tak Gentar Sambut Kelahiran Bayi Dari Rahim Ibunya Sendiri!

    Remaja Ini Langsung Tak Gentar Sambut Kelahiran Bayi Dari Rahim Ibunya Sendiri!

app info
get app banner
  • Bintang Comel, Lara Alana Mula Bayar Cukai Pendapatan Di Malaysia

    Bintang Comel, Lara Alana Mula Bayar Cukai Pendapatan Di Malaysia

  • 24 April Hari Pelepasan Am

    24 April Hari Pelepasan Am

  • Wanita Hamil Kembar 4, Lahirkan Dua Bayi Lebih Awal, Dua Lagi Masih Dalam Kandungan

    Wanita Hamil Kembar 4, Lahirkan Dua Bayi Lebih Awal, Dua Lagi Masih Dalam Kandungan

  • Remaja Ini Langsung Tak Gentar Sambut Kelahiran Bayi Dari Rahim Ibunya Sendiri!

    Remaja Ini Langsung Tak Gentar Sambut Kelahiran Bayi Dari Rahim Ibunya Sendiri!

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
    • Anak angkat
    • Kehamilan
    • Sebelum & Proses Bersalin
    • Perkahwinan & Seks
  • Bayi
    • Nama bayi
    • Perkembangan & Anak
    • Tip keibubapaan
    • Penyusuan & Pemakanan
  • Kesihatan
    • Senaman
    • Alahan & Sindrom
    • Penyakit
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Rumah
    • Kewangan
    • Percutian
    • Pertandingan & promosi
  • Banyak Lagi
    • TAP Komuniti
    • Beriklan Dengan Kami
    • Hubungi Kami
    • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2022. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

theAsianparent heart icon
Kami ingin menghantar anda pemberitahuan untuk berita dan kemas kini terbaru mengenai penjagaan dan kesihatan bayi.