X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan Produk
Klik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beriklan Dengan Kami

Simpan duit anda dengan 11 hack ini pada tahun 2017!

3 min bacaan
Simpan duit anda dengan 11 hack ini pada tahun 2017!

Dan pasti kebanyakan dari kita berazam untuk menyimpan lebih duit sebagai salah satu azam tahun baru

Setiap kali tahun baru bakal menjelma pasti kita semua akan mempunyai senarai azam tahun baru (new year resolutions) yang ingin dilaksanakan sepanjang tempoh tahun baru. Dan pasti kebanyakan dari kita berazam untuk menyimpan lebih duit sebagai salah satu azam tahun baru. Perkongsian kali ini ialah bagaimana 11 hack ini dapat membantu anda untuk simpan duit anda.

1. Sistem sampul surat

Foto: Pinterest

Foto: Pinterest

Bagaimana ia berfungsi? Benda pertama ialah dapatkan sampul surat kosong atau lebih baik, kitar semula kertas yang ada. Anda memerlukan lebih kurang 4 sampul surat; duit barangan rumah, duit barangan kecantikan, duit minyak kereta dan duit belanja makan. Duit komitmen tetap (bil dan simpanan) biarkan di dalam akaun anda.

Selepas mendapat gaji, bahagikan duit gaji kepada setiap kategori ini. Setiap perbelanjaan bulanan anda harus tidak melebihi duit yang telah diletakan di dalam setiap sampul. Idea ini telah dikongsikan oleh thebudgetmom.

2. Sarapan di rumah

Memang budaya masyarakat kita lebih gemar makan diluar, apatah lagi sarapan kerana untuk membuat sarapan kita perlu bangun lebih awal. Begitu juga amalan suka membeli kopi di kafe. Cuba anda kira semula purata sarapan dan kopi anda sehari berapa? Sebulan? Katakan RM8 sehari untuk sarapan, seminggu anda sudah berjaya menjimatkan duit anda sebanyak RM48!

3. Gunakan duit sebenar

Menggunakan kredit kad atau debit kad memang lebih mudah berbanding duit sebenar. Namun apabila kita menggunakan duit sebenar, kita akan nampak lebih jelas duit yang dikeluarkan. Anda juga boleh menetapkan jumlah duit yang anda ingin bawa untuk mengawal penggunaan duit semasa ingin makan di luar.

4. Bandingkan

Jadilah pengguna yang bijak! Sekarang terdapat banyak iklan mengenai harga jualan serta terdapat juga aplikasi atas talian yang membolehkan kita membuat perbandingan harga. Dengan ini, kita dapat memilih tempat beli belah yang lebih menjimatkan.

5. Kupon

Selain membandingkan harga, anda juga boleh membeli-belah menggunakan kupon! Di surat khabar serta laman sosial terdapat banyak kupon promosi. Jangan lepaskan peluang untuk mendapatkan lebih penjimatan dengan menggunakan kupon-kupon ini.

6. Cabaran

Foto: Pinterest

Foto: Pinterest

Terdapat banyak trend cabaran mengumpul duit yang anda boleh lakukan. Contohnya cabaran 52 minggu, cabaran memenuhkan botol minuman 2 liter dengan duit syiling, atau mengosongkan poket anda dari syiling setiap pagi dan isikan di dalam bekas khas. Tanpa anda sedari, anda sudah mula menabung!

7. Hari tanpa belanja

Foto: Pinterest

Foto: Pinterest

Ini mungkin kedengaran tidak logik, tetapi sebenarnya tidak mustahil. Jadikan sehari di dalam seminggu sebagai hari tanpa belanja anda. Ini bermakna, di dalam tempoh 24 jam anda tidak boleh membelanjakan duit anda. Ini juga bermakna, bersarapan di rumah, membawa bekalan dari rumah serta makan malam di rumah.

8. Menyertai program pelanggan setia

Tahukah anda kebanyakan pasaraya menyediakan keahlian program pelanggan setia? Kebanyakan program ini akan melayakan anda untuk mendapat harga istimewa, jualan khas, serta kupon eklslusif. Sertai program mereka dan dapatkan lebih penjimatan dan simpan duit anda.

9. Jualan terpakai

Daripada anda membuang atau terus menyimpan barangan atau pakai yang tidak digunakan lagi, jualkan ia! Jualkan pakaian atau barangan anda yang masih elok di atas lain atau di aplikasi atas talian seperti Carousell. Sekurang-kurangnya anda boleh mendapat duit daripada terus membiarkan barangan atau baju terus rosak.

10. Catatan kewangan

Catatkan perbelanjaan mingguan anda, masukan semua maklumat seperti jika anda ada meminjam duit orang atau meminjamkan duit kepada orang, atau menggunakan duit untuk membayar sesuatu seperti bil. Dengan catatan sebegini, anda akan lebih berwaspada di mana anda patut kurangkan belanja.

11. Cari peluang

Kini anda sudah mempunyai catatan kewangan anda jadi anda boleh mencari ruang atau peluang untuk lebih berjimat dan simpan duit anda!

Selamat mencuba!

Rujukan:

www.buzzfeed.com/gyanyankovich/money-money-money

www.bankrate.com/finance/savings/tips/

Stories Rakan Kongsi
Mulakan Simpanan Pendidikan & Masa Depan Anak Seawal Mungkin, Pilihlah Cara Terbaik Untuk Tabungan Konsisten
Mulakan Simpanan Pendidikan & Masa Depan Anak Seawal Mungkin, Pilihlah Cara Terbaik Untuk Tabungan Konsisten
Menangi RM25,000 Dana Pendidikan Kanak-Kanak Oleh Dutch Lady, Anak Anda Mungkin Bertuah!
Menangi RM25,000 Dana Pendidikan Kanak-Kanak Oleh Dutch Lady, Anak Anda Mungkin Bertuah!
5 Soalan yang Ibu Bapa Perlu Tahu Sebelum Memilih Bank untuk Membuat Simpanan
5 Soalan yang Ibu Bapa Perlu Tahu Sebelum Memilih Bank untuk Membuat Simpanan

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Aqma

  • halaman rumah
  • /
  • Simpanan
  • /
  • Simpan duit anda dengan 11 hack ini pada tahun 2017!
Kongsikan:
  • Akaun 3 KWSP, Cara Pengeluaran Atau Pemindahan Akaun Fleksibel

    Akaun 3 KWSP, Cara Pengeluaran Atau Pemindahan Akaun Fleksibel

  • Cara Mohon MyKasih 2024: Kadar Bantuan, Kelayakan Permohonan & Talian Pendaftaran

    Cara Mohon MyKasih 2024: Kadar Bantuan, Kelayakan Permohonan & Talian Pendaftaran

  • Skim Keselamatan Sosial Suri Rumah: Cara Daftar PERKESO Suri Rumah, Syarat & Manfaat

    Skim Keselamatan Sosial Suri Rumah: Cara Daftar PERKESO Suri Rumah, Syarat & Manfaat

  • Akaun 3 KWSP, Cara Pengeluaran Atau Pemindahan Akaun Fleksibel

    Akaun 3 KWSP, Cara Pengeluaran Atau Pemindahan Akaun Fleksibel

  • Cara Mohon MyKasih 2024: Kadar Bantuan, Kelayakan Permohonan & Talian Pendaftaran

    Cara Mohon MyKasih 2024: Kadar Bantuan, Kelayakan Permohonan & Talian Pendaftaran

  • Skim Keselamatan Sosial Suri Rumah: Cara Daftar PERKESO Suri Rumah, Syarat & Manfaat

    Skim Keselamatan Sosial Suri Rumah: Cara Daftar PERKESO Suri Rumah, Syarat & Manfaat

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
  • Bayi
  • Kesihatan
  • Pendidikan
  • Gaya Hidup
  • TAP Komuniti
  • Beriklan Dengan Kami
  • Hubungi Kami
  • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2025. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham