X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan ProdukKlik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Awards
    • Parents' Choice Awards 2023
  • Beriklan Dengan Kami

Cara Hilangkan Selsema Bayi Bawah 2 Tahun Yang Berkesan, Tanpa Perlu Pergi Ke Klinik

6 min bacaan
Cara Hilangkan Selsema Bayi Bawah 2 Tahun Yang Berkesan, Tanpa Perlu Pergi Ke Klinik

Cara hilangkan selsema bayi ada pelbagai yang boleh jadi ikhtiar ramai ibu apabila tibanya musim anak-anak tidak sihat dan mudah jatuh sakit

“Hmm, anak selsema lagi ini. Takkan asyik nak makan ubat sahaja. Apa cara hilangkan selsema bayi tanpa ubat?

Alahai, bayi anda kerap menghadapi selsema? Atau adakah ini pengalaman pertama ibu ayah dalam menjaga anak kurang sihat?

Isi Kandungan

  • Cara hilangkan selsema bayi
  • Adakah bahaya jika baby selsema?
  • Cara hilangkan selsema bayi tanpa ubat
  • Adakah selamat jika beri ubat selsema bayi?

Cara hilangkan selsema bayi

Menjaga anak yang selsema ini memang adalah merupakan satu cabaran sebenarnya. Kita sendiri yang mengalami selsema pun rasa tidak selesa setiap kali hidung tersumbat dan sebagainya. Apatah lagi pula pada bayi kan?

Ketidakselesaan seperti hidung tersumbat, sukar untuk tidur lena dan kerap meragam adalah antara perkara yang dialami oleh bayi sewaktu selsema.

Jadi, ibu ayah pun mulalah cari jalan dan petua hilangkan selsema bayi tanpa ubat memandangkan usia si manja terlalu kecil.

Nak tahu lebih lanjut mengenai cara hilangkan selsema bayi tanpa menggunakan ubat? Apa kata baca mengenai selsema dan bayi terlebih dahulu.

petua hilangkan selsema bayi

Selsema adalah merupakan satu jangkitan virus pada saluran pernafasan di kawasan hidung dan tekak.

Walaupun untuk orang dewasa, ia adalah perkara normal dan biasa berlaku tetapi bagi bayi kecil, selsema adalah perkara yang perlu dipandang serius. Ini kerana bayi masih lagi kecil dan tidak tahu cara untuk menanganinya.

Bayi akan mengalami selsema selama beberapa hari sahaja dalam tempoh seminggu. Ada juga sehingga 2 minggu, bergantung kepada bayi tersebut.

Bayi adalah antara paling yang paling senang dan kerap mendapat selsema disebabkan oleh antibodi mereka yang lemah.

Apabila mereka jatuh sakit, ianya akan disertai dengan gejala batuk, sakit tekak, bersin dan demam yang panas sehingga boleh mencecah 38 darjah celsius.

Kesannya? Bayi akan kurang selera makan dan enggan menyusu kerana tidak selesa dengan hidung mereka. 

Adakah bahaya jika baby selsema?

petua hilangkan selsema bayi

Selsema tidak berbahaya kepada bayi tetapi ianya menyebabkan kesukaran pada bayi tersebut.

Untuk bayi kecil yang berusia 6 bulan ke bawah, si manja akan berdepan kesukaran bernafas apabila hidung tersumbat dan tidak boleh membuang hingus sendiri seperti orang dewasa.

Justeru, ibu ayahlah yang perlu membantu menyedut hingus mereka dengan lebih kerap.

Cara hilangkan selsema bayi tanpa ubat

Bagi ibu bapa yang mencari-cari cara hilangkan selsema bayi tanpa ubat, kami ingin kongsikan beberapa cara untuk membantu ibu bapa.

Kalau anak anda tidak suka ubat, ini adalah pilihan yang terbaik buat anak dan ibu bapa. Jom kita baca.

#1 Tukar posisi tidur bayi selsema: Pastikan bahagian kepala lebih tinggi

Alahai si comel ibu. Tak tenteram bila bayi selsema dengan sukar bernafasnya lagi. Petua hilangkan selsema bayi adalah tinggikan kepala anak dengan meletakkan bantal supaya bayi boleh senang bernafas.

Selsema yang disertai demam memberikan rasa tidak selesa kepada bayi. Ketika waktu tidur si manja, ibu disarankan memakaikannya dengan baju nipis, diperbuat daripada kapas dan kurangkan penggunaan selimut.

Ia adalah untuk mengelakkan panas badan bayi terperangkap.

#2 Wap dengan air bawang putih

Seterusnya, petua hilangkan selsema bayi dengan bawang putih juga menjadi alternatif kebanyakan ibu.

Caranya mudah sahaja. Anda hanya perlu wap muka anak anda dengan rendaman bawang putih. Wapkan sehingga cairan kahak atau selsema keluar daripada hidung dan kemudian, sedutkan cairan tersebut.

Kalau anda nak tahu, bawang putih mempunyai kebolehan dalam menghapuskan bakteria selsema. Mesti cuba!

#3 Guna minyak bawang putih

Cara Hilangkan Selsema Bayi Bawah 2 Tahun Yang Berkesan, Tanpa Perlu Pergi Ke Klinik

Kalau ibu dah cuba petua hilangkan selsema bayi dengan stim atau wap dengan air bawang putih, anda juga boleh cuba minyak bawang putih pula.

Petua hilangkan selsema bayi dengan bawang putih ini adalah cara orang dulu-dulu.

Caranya adalah dengan sapukan minyak bawang putih tersebut pada tapak kaki si manja, pada belakangnya, dada dan juga di hidung untuk melegakan selsema.

Nak buat minyak ini pun mudah sahaja. Bakar terlebih dahulu, ketuk sedikit dan kemudian campurkan dengan minyak zaitun atau minyak kelapa dara sambil lenyek sedikit. Dah siap.

Minyak bawang putih juga dikatakan berkesan sebagai salah satu cara hilangkan batuk bayi.

#4 Susukan anak sekerap yang mungkin

Susu ibu sememangnya mempunyai khasiat yang tersendiri. Dalam kes ini, ia menjadi cara hilangkan selsema bayi yang paling mudah.

Stories Rakan Kongsi
Nak Balik Kampung? Ini 5 Barang Wajib Ada Untuk Si Manja Anda
Nak Balik Kampung? Ini 5 Barang Wajib Ada Untuk Si Manja Anda
Galakkan Anak-Anak ‘Sayang’ dan ‘Rindu’ Pada Bulan Ramadan, Ini Caranya
Galakkan Anak-Anak ‘Sayang’ dan ‘Rindu’ Pada Bulan Ramadan, Ini Caranya
Tepuk Ria Untuk Perut Lebih Lembut Dengan Gentle Sheep Toddler Milk!
Tepuk Ria Untuk Perut Lebih Lembut Dengan Gentle Sheep Toddler Milk!
5 Sebab Kenapa Para Ibu Bertukar Kepada Lampin Pakai Buang Offspring
5 Sebab Kenapa Para Ibu Bertukar Kepada Lampin Pakai Buang Offspring

Jadi, berilah anak susu ibu sekerap yang mungkin. Anda juga boleh beri air yang banyak kepada anak anda yang sudah besar. Takut pula anak anda kekurangan air sewaktu selsema.

#5 Gunakan air kunyit hidup

Jangan tak tahu kunyit juga boleh memulihkan dan menjadi cara hilangkan selsema bayi. Ia adalah antibiotik selsema.

Dapatkan air kunyit dengan gosok kunyit hidup tersebut pada permukaan kasar atau apa-apa yang anda boleh lakukan. Anda nak tumbuk kunyit hidup pun boleh dan sapukan pada belakang dan bahagian dada.

#6 Guna bawang merah

Kupas bawang merah sehingga bersih dan tumbuk sehingga keluar air. Kemudian, letakkannya berdekatan dengan tempat tidur bayi.

Anda juga boleh beri bayi anda hidu bawang merah sebab ia boleh keringkan hingus dan sekaligus menjadi tips hilangkan selsema bayi yang berkesan.

Adakah selamat jika beri ubat selsema bayi?

Kebanyakan ubat selsema bayi atau ubat selsema kanak kanak tidak disarankan untuk diambil oleh si manja berusia bawah 4 tahun. 

Walau bagaimanapun, kebiasaannya doktor hanya akan memberikan ubat paracetamol jenis sirap bagi mengurangkan gejala demam. Dalam hal ini, ibu hendaklah memastikan dos diberikan dengan betul mengkut berat bayi dan jarak waktu yang konsisten iaitu enam jam sekali.

Bagi bayi yang berusia kurang dari tiga bulan pula, jika dia demam, batuk atau selsema yang menunjukkan simptom kurang sihat, ibu ayah dinasihatkan untuk segera berjumpa doktor.

Antara tanda-tanda bahaya ialah demam melebihi tiga hari, bayi bernafas laju dan berbunyi, susah bernafas, otot kat bahagian dada dan abdomen terperosok ke dalam apabila bayi menarik nafas, bayi enggan menyusu, tidak aktif macam biasa, menangis dan merengek tidak henti, segeralah ke klinik yang berdekatan bagi mendapatkan rawatan yang betul.

Kesimpulannya, adalah normal bagi bayi dan kanak kanak untuk mengalami demam, batuk dan selsema sepanjang proses tumbesaran mereka. Walaubagaimanapun, mereka biasanya akan pulih dengan sendiri.

Demam, batuk dan selsema yang disebabkan oleh jangkitan virus boleh diatasi dengan rehat yang mencukupi, pengambilan air dan memastikan kanak-kanak sentiasa selesa.

Semoga artikel bermanfaat dalam membantu ibu ayah menguruskan anak-anak yang tidak sihat!

Momqhalif, doctoroncall, Rusyainie Ramli

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga:  3 Alat Patut Ada Dalam Peti Ubat Di Rumah Untuk Atasi Selsema Bayi!

Baca juga: Tiada Ubat Batuk & Selesema Bayi Bawah 6 Bulan, Teknik Chest Physio Berkesan Cairkan Kahak

Baca juga: Panduan Lengkap Urutan Bagi Melegakan Masalah Hidung Bayi Tersumbat & Selesema

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Siti Nur Zuraikha Yaacob

  • halaman rumah
  • /
  • Tip keibubapaan
  • /
  • Cara Hilangkan Selsema Bayi Bawah 2 Tahun Yang Berkesan, Tanpa Perlu Pergi Ke Klinik
Kongsikan:
  • Bila Anak Selesema Ibu Cuba Beri 5 Makanan Ini, Terbukti BERKESAN Tanpa Perlu Ubat!

    Bila Anak Selesema Ibu Cuba Beri 5 Makanan Ini, Terbukti BERKESAN Tanpa Perlu Ubat!

  • Bayi Selsema Jadi Kerap Meragam, Ibu Cuba 9 Cara Hilangkan Selsema Bayi Ini, Terbukti Berkesan

    Bayi Selsema Jadi Kerap Meragam, Ibu Cuba 9 Cara Hilangkan Selsema Bayi Ini, Terbukti Berkesan

  • Bila Anak Selesema Ibu Cuba Beri 5 Makanan Ini, Terbukti BERKESAN Tanpa Perlu Ubat!

    Bila Anak Selesema Ibu Cuba Beri 5 Makanan Ini, Terbukti BERKESAN Tanpa Perlu Ubat!

  • Bayi Selsema Jadi Kerap Meragam, Ibu Cuba 9 Cara Hilangkan Selsema Bayi Ini, Terbukti Berkesan

    Bayi Selsema Jadi Kerap Meragam, Ibu Cuba 9 Cara Hilangkan Selsema Bayi Ini, Terbukti Berkesan

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
    • Anak angkat
    • Kehamilan
    • Sebelum & Proses Bersalin
    • Perkahwinan & Seks
  • Bayi
    • Nama bayi
    • Perkembangan & Anak
    • Tip keibubapaan
    • Penyusuan & Pemakanan
  • Kesihatan
    • Senaman
    • Alahan & Sindrom
    • Penyakit
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Rumah
    • Kewangan
    • Percutian
    • Pertandingan & promosi
  • Banyak Lagi
    • TAP Komuniti
    • Beriklan Dengan Kami
    • Hubungi Kami
    • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2023. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

theAsianparent heart icon
Kami ingin menghantar anda pemberitahuan untuk berita dan kemas kini terbaru mengenai penjagaan dan kesihatan bayi.