X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan ProdukKlik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Awards
    • Parents' Choice Awards 2023
  • Beriklan Dengan Kami

Lubricant Gel Terbaik & Selamat Digunakan Untuk Pasangan Yang Mencuba Untuk Hamil

Masalah faraj kering bagi wanita yang cuba untuk hamil dapat diatasi dengan bantuan pelincir. Namun tidak semua pelincir sesuai digunakan kerana sesetengah bahan tambahan boleh mengganggu kualiti dan pergerakan sperma.

Memilih lubricant gel atau pelincir untuk pasangan yang sedang cuba untuk hamil (trying to conceive – TTC) bukanlah mudah kerana ianya sering dianggap sebagai satu perkara yang terlalu personal untuk ditanya secara terbuka.

Namun, pelincir peribadi sebenarnya ialah penyelamat kepada masalah faraj pedih dan kering yang dialami oleh sesetengah wanita dan masalah ini tidak boleh dianggap remeh kerana ia melibatkan keharmonian rumah tangga.

Jika tidak diatasi, ia boleh menyebabkan pasangan itu terasa sakit semasa melakukan hubungan seks, hilang minat dan isteri rasa takut untuk bersama suami lagi. 

Walau bagaimanapun, pasangan TTC tidak perlu risau kerana ia boleh diatasi dengan bantuan pelincir yang direka khas untuk wanita yang mengalami masalah ini.

Isi Kandungan

  • Tentang Lubricant Gel TTC
  • Tip Pemilihan
  • 7 Lubricant Gel Terbaik
  • Conceive Plus
  • Fairhaven Health
  • Pre-Seed
  • ONE
  • Aloe Cadabra
  • Offspring
  • Durex
  • Perbandingan Harga

Apakah Itu Lubricant Gel TTC?

Lubricant Gel Terbaik & Selamat Digunakan Untuk Pasangan Yang Mencuba Untuk Hamil

Jika anda melakukan hubungan seks dengan niat untuk hamil, anda boleh mendapatkan sedikit bantuan dengan pengetahuan ini menerusi beberapa pelincir mesra sperma.

Lubricant gel menjadikan seks lebih selesa dan menyeronokkan, dan ia mungkin amat diperlukan apabila anda cuba untuk hamil. Ini kerana seks dengan niat untuk hamil cenderung menjadi kurang romantis, kurang spontan dan lebih tertekan.

Menurut Pakar Kesuburan Fairhaven Health, Dr Peter Rizk, merumitkan lagi keadaan apabila ada sesetengah ubat kesuburan menyebabkan kekeringan faraj, menjadikannya hampir satu keperluan bagi orang yang menggunakan ubat kesuburan untuk menggunakan pelincir semasa hubungan seks.

Apabila memilih pelincir biasanya anda hanya perlu mengikut beberapa keperluan khusus iaitu tiada paraben dan tiada pewangi tambahan. Tetapi risikonya lebih tinggi apabila cuba hamil, jika menggunakan pelincir yang salah boleh menjejaskan conception.

Pelincir yang tidak direka untuk kesuburan mungkin mengandungi bahan dan pH yang berbahaya kepada sperma.

“Apabila cuba hamil, sentiasa cari pelincir yang direka khusus yang mesra kesuburan. Ini boleh menyediakan persekitaran perlindungan untuk sperma kerana ia melalui saluran pembiakan wanita. Pelincir ini juga meniru konsistensi dan kelikatan lendir serviks, menjadikannya padanan yang bagus untuk sperma," kata Dr. Rizk.

Adakah pelincir diperlukan semasa TTC? Pelincir kesuburan tidak menjanjikan conception yang lebih mudah namun ia tidak berbahaya kepada sperma atau telur, jadi ia juga tidak mengganggu proses mendapatkan bayi. Setiap pasangan boleh memutuskan sendiri sama ada untuk menggunakan pelincir mesra sperma ataupun tidak.

Tip Pemilihan Lubricant Gel TTC

lubricant terbaik untuk mencuba hamil

Secara umumnya, tidak semua pelincir yang ada di pasaran sesuai untuk pasangan TTC. Pelincir yang dipasarkan sebagai “sperm-friendly" atau “fertility-sperm" mestilah diluluskan oleh Pentadbiran Makanan dan Dadah (FDA) sebelum dijual.

Ia juga mesti berasaskan air dan diuji untuk memastikan ia memenuhi keperluan berikut. Ikut tip penting dibawah semasa anda hendak memilih pelincir terbaik untuk anda dan pasangan.

1. Mendapat kelulusan fertility-friendly atau sperm-friendly

Pelincir terbaik untuk pasangan TTC adalah semestinya yang sudah melepasi ujian makmal dan diluluskan oleh pihak berwajib seperti FDA yang produk itu selamat dan tidak akan merosakkan atau mengganggu sperma.

2. Mengandungi hydroxyethylcellulose

Pelincir yang mengandungi hydroxyethylcellulose dikatakan lebih menyerupai mukus yang dihasilkan oleh faraj secara natural. Selain itu, ia juga dikatakan dapat membantu sperma untuk berenang ke arah telur dengan lebih mudah.

3. Pelincir dengan tahap pH7

Kebanyakkan pelincir mempunyai kadar asid tinggi dan tidak sesuai dengan pH faraj. Pasangan TTC harus elak daripada menggunakannya dan pilih pelincir yang mempunyai bacaan pH 7 (neutral) adalah selamat untuk sperma. 

4. Tanpa nonoxynol-9, pewangi dan paraben

Nonoxynol-9 ialah nama saintifik bagi bahan yang biasanya digunakan sebagai perosak sperma (spermicide). Bahan tambahan seperti pewangi dan paraben juga tidak sesuai untuk sperma kerana ia boleh merosakkan kualiti sperma. 

7 Lubricant Gel Terbaik Untuk Seks Yang Lebih Selesa

Dengan bantuan pelincir, hubungan seks bersama suami pasti lebih selesa. Untuk memudahkan anda, kami telah senarai pendekkan 7 pelincir terbaik untuk wanita yang mempunyai masalah faraj kering dan sesuai untuk kegunaan pasangan TTC. 

Lubricant Gel Terbaik
product image
Conceive Plus Fertility Lubricant Applicators
Lubricant gel terbaik dengan aplikator sekali guna
more info icon
View Details
BELI DI SHOPEE
product image
Fairhaven Health BabyDance Fertility Lubricant
Lubricant terbaik tanpa paraben
more info icon
View Details
BELI DI SHOPEE
product image
Pre-Seed Fertility Friendly Lubricant, Lube for Women Trying To Conceive
Lubricant gel terbaik seakan lubricant natural wanita
more info icon
View Details
BELI DI SHOPEE
product image
ONE Personal Lubricants - Oasis
Lubricant gel terbaik dengan harga mampu milik
more info icon
View Details
BELI DI LAZADA
product image
Aloe Cadabra Natural Personal Lube
Lubricant gel terbaik dengan bahan organik
more info icon
View Details
BELI DI LAZADA
product image
Offspring Relaxing Wonder Oil
Lubricant gel terbaik jenis minyak bayi
more info icon
View Details
BELI DI LAZADA
product image
Durex Play Lubricant Gel Classic
Lubricant gel terbaik bukan untuk pasangan TTC
more info icon
View Details
Beli di Shopee

Conceive Plus Fertility Lubricant Applicators

Lubricant gel terbaik dengan aplikator sekali guna

lubricant terbaik untuk mencuba hamil

Conceive Plus ini adalah pelincir yang telah mendapat kelulusan FDA (The Food and Drug Administration, USA) setelah melalui ujian makmal. Kelulusan daripada FDA ini penting kerana ia menunjukkan yang produk ini bukan sekadar self-claim. Selain itu, produk ini juga mempunyai ion kalsium dan magnesium tambahan yang dikatakan dapat membantu pergerakan sperma. 

Produk keluaran Perancis ini adalah selamat untuk digunakan oleh semua pasangan, termasuk mereka yang mempunyai masalah PCOS, ovulasi tidak teratur dan ketidakstabilan hormon. Menurut laman web rasmi Conceive Plus, produk ini juga merupakan pilihan para doktor, ahli farmasi dan klinik kesuburan di lebih 60 buah negara. 

Apa yang kami suka?

  • Tidak menyebabkan kerengsaan, malah turut membantu melembabkan kulit faraj.
  • Datang dalam aplikator berbentuk tirus yang sudah diisi dengan pelincir yang mudah untuk digunakan.
  • Mengandungi kadar pH dan kepekatan (osmolarity) seperti yang disarankan oleh WHO dan membantu pergerakan sperma dengan optimum.

Conceive Plus Fertility Lubricant Applicators - RM96.99

product imageBELI DI SHOPEE

Fairhaven Health BabyDance Fertility Lubricant

Lubricant gel terbaik tanpa paraben

lubricant terbaik untuk mencuba hamil

Produk keluaran jenama Fairhaven Health ini telah direka dengan formulasi tanpa paraben, menjadikannya pelincir terbaik untuk pasangan TTC. Selain itu, kadar pH 7 pelincir ini juga bersesuaian dengan sperma dan mukus natural wanita, membuatkan hubungan intim suami isteri lebih selesa dah kekal selamat.

Setiap keluaran Baby Dance Fertility Lubricant dengan kelulusan FDA ini perlu melalui proses pemeriksaan untuk memastikan yang ianya tidak akan merosakkan sperma dan ovum. Ini menunjukkan yang jenama ini amat berhati-hati dalam menjaga kualiti produk mereka. 

Apa yang kami suka?

  • Tanpa kandungan paraben dan bahan kimia lain yang boleh merosakkan kualiti sperma.
  • Kepekatan pelincir ini diformulasikan pada tahap yang tidak mengganggu pergerakan dan jangka hayat sperma.
  • Boleh digunakan semasa melakukan seks bersama suami dan semasa rawatan kesuburan seperti IVF dan lain-lain. 

Fairhaven Health BabyDance Fertility Lubricant - RM120.50

dari Fairhaven Health

product imageBELI DI SHOPEE

Pre-Seed Fertility Friendly Lubricant, Lube for Women Trying To Conceive

Lubricant gel terbaik seakan lubricant natural wanita

lubricant terbaik untuk mencuba hamil

Pre-Seed ialah pelincir peribadi keluaran First Response yang mesra kehamilan dan mendapat kelulusan FDA. Pelincir jenama ini telah diformulasikan oleh para doktor dan telah diuji secara klinikal untuk menjamin tahap keselamatannya.

Sama seperti kedua-dua produk di atas, setiap kotak Pre-Seed juga datang dengan aplikator jenis pakai buang. Produk ini akan menjadi lebih efektif apabila disapu pada bahagian dalam faraj, menghampiri serviks. Selain fungsinya sebagai pelincir dan pelembab, produk ini turut memberikan manfaat dalam menyokong kualiti dan jangka hayat sperma.

Apa yang kami suka?

  • Pre-seed sudah 15 tahun berada di pasaran, membuktikan kepercayaan pengguna terhadap keberkesanannya.
  • Sesuai juga digunakan untuk wanita yang sedang menyusukan anak.
  • Pre-seed empunyai kadar pH yang sesuai dengan persekitaran faraj, dan tekstur yang tidak mengganggu sperma untuk bergerak.

Pre-Seed Fertility Friendly Lubricant, Lube for Women Trying To Conceive - RM170

dari Pre Seed

product imageBELI DI SHOPEE

ONE Personal Lubricants – Oasis

Lubricant gel terbaik dengan harga mampu milik

lubricant terbaik untuk mencuba hamil

Produk keluaran USA ini dihasilkan menggunakan bahan medical grade yang sesuai untuk wanita yang mempunyai masalah faraj kering. Produk ini tidak menggunakan terma fertility-friendly dalam iklannya, tetapi ia mempunyai ciri-ciri pelincir yang sesuai untuk pasangan TTC. 

Antaranya cirinya ialah, ia mengandungi hydroxyethylcellulose yang menghasilkan tekstur seakan pelincir natural yang dihasilkan oleh badan, serta diformulasikan tanpa paraben dan pewangi tambahan. 

Apa yang kami suka?

  • Rasa sejuk yang menyegarkan kulit apabila pelincir ini disapu pada kulit.
  • Walaupun tidak mempunyai pewangi tambahan, ia tidak mempunyai bau seperti bahan kimia yang tajam.
  • Teksturnya yang tidak terlalu basah dan tidak terlalu licin, hanya perlu pakai sedikit sahaja sudah memadai. 

ONE Personal Lubricants - Oasis - RM15.40

product imageBELI DI LAZADA

Aloe Cadabra Natural Personal Lube

Lubricant gel terbaik dengan bahan organik

Lubricant Gel Terbaik & Selamat Digunakan Untuk Pasangan Yang Mencuba Untuk Hamil

Pelincir jenama Aloe Cadabra ini berbeza dengan pelincir lain yang kami cadangkan sebelum ini kerana produk ini direka menggunakan 95% aloe vera organik dengan kelulusan NSF/ANSI. Bagi pasangan yang mencari pelincir organik berasaskan tumbuhan, ini adalah pilihan yang baik untuk anda cuba.

Walau bagaimanapun, anda harus jelas yang produk ini tidak dilabelkan sebagai mesra kehamilan. Tetapi produk ini boleh dikatakan “clean" kerana tidak mengandungi bahan tambahan lain yang seperti paraben, gliserin dan glukosa dan lain-lain lagi yang mengganggu persekitaran faraj dan kesihatan sperma.

Apa yang kami suka?

  • Bukan sekadar pelincir biasa, produk organik ini sudah diperkaya dengan Vitamin E yang baik untuk kulit.
  • Mudah dicuci, tidak meninggalkan kesan atau warna jika tertumpah di atas kain.
  • Cirinya yang cepat kering bila digunakan menunjukkan yang ia benar-benar organik, tetapi tekstur asalnya boleh dikembalikan balik hanya dengan sedikit air.

Aloe Cadabra Natural Personal Lube - RM495

product imageBELI DI LAZADA

Offspring Relaxing Wonder Oil

Lubricant gel terbaik jenis minyak bayi

Lubricant Gel Terbaik & Selamat Digunakan Untuk Pasangan Yang Mencuba Untuk Hamil

Offspring adalah jenama produk bayi yang berpegang kepada prinsip environmental friendly dan mengutamakan keselamatan dalam menghasilkan produk. 

Wonder Oil keluaran Offspring ini sangat selamat dimana ianya boleh digunakan pada kulit bayi yang baru lahir, ibu mengandung dan ibu yang baru lepas bersalin juga. Ini adalah kerana kandungan minyak ini bebas daripada paraben, pewangi sintetik, silikon dan bahan-bahan lain yang tidak selamat untuk bayi.

Jadi, jika anda hendak menggunakan minyak bayi sebagai pelincir semasa melakukan hubungan seks bersama pasangan, Wonder Oil ini adalah satu pilihan yang baik.

Apa yang kami suka?

  •  Teksturnya yang sangat ringan dan tidak berminyak, walaupun ianya dalam kategori minyak bayi.
  • Tidak menyebabkan kerengsaan pada kulit kerana ianya bebas toksik dan pelbagai bahan tambahan.
  • Juga boleh digunakan pada rambut untuk mendapatkan rambut yang lebih lembab dan kuat.

Offspring Relaxing Wonder Oil - RM79

dari Offspring

product imageBELI DI LAZADA

Durex Play Lubricant Gel Classic

Lubricant gel terbaik bukan untuk pasangan TTC

Lubricant Gel Terbaik & Selamat Digunakan Untuk Pasangan Yang Mencuba Untuk Hamil

Buat pasangan bukan TTC, pelincir ringan bak sutera ini direka untuk memberikan anda pengalaman yang sangat berahi. Durex gel mengandungi campuran ramuan yang dirumus khas yang akan meningkatkan sentuhan antara anda dan pasangan.

Apa yang kami suka?

  • Durex Play tidak berminyak, sesuai dipakai bersama kondom.
  • Gunakan beberapa titis sahaja pelincir Durex untuk meningkatkan kelicinan semasa hubungan seks dan mengurangkan kekeringan atau ketidakselesaan faraj.
  • Jenama popular untuk gel pelincir.

Durex Play Lubricant Gel Classic - RM18.29

dari Durex

product imageBeli di Shopee

Perbandingan Harga Lubricant Gel Terbaik

Jenama Harga (RM)
Conceive Plus Fertility Lubricant Applicators RM96.99
Fairhaven Health BabyDance Fertility Lubricant RM120.50
Pre-Seed Fertility Friendly Lubricant RM170.00
ONE Personal Lubricants – Oasis  RM15.40
Aloe Cadabra Natural Personal Lube RM495.00
Offspring Relaxing Wonder Oil RM72.68
Durex Play Lubricant Gel Classic RM18.29

**Senarai cadangan ini adalah sekadar perkongsian beberapa jenis lubricant gel terbaik yang ada di pasaran sekarang. Jika anda perlukan lebih kepastian dan sedang mendapat rawatan doktor, pastikan anda ikut nasihat doktor anda, ya!

Semoga bermanfaat!

Nota Editor: Setiap item dan harganya adalah terkini pada masa artikel ini dikeluarkan. Walau bagaimanapun, mana-mana item boleh jadi ketiadaan stok atau harganya berbeza pada masa akan datang.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Berhenti Guna Sabun Vagina, Ia Penyebab Keputihan Gatal Terjadi Di Kawasan Alat Sulit Wanita!

Baca juga: Test Kesuburan Untuk Tahu Waktu Subur, Guna Alat Uji Kesuburan Ini Sekiranya Sedang Mencuba Hamil

Baca juga: Tanda-Tanda Orang Hamil 3 Hari: Anda Mempunyai 23 Tanda-Tanda Ini? Anda Mungkin Hamil!

Nota Editor: Pautan produk yang disediakan di sini bertujuan untuk membantu memudahkan carian produk untuk pembaca kami. Beli barang adalah mengikut budi bicara anda sendiri. Kami tidak bertanggungjawab atas sebarang pertikaian dan masalah transaksi. Sekiranya anda membeli item dari post ini, theAsianparent mungkin menerima potongan kecil. Setiap item dan harga adalah terkini pada masa pengeluaran; namun, item mungkin habis terjual atau harganya sedikit berbeza pada hari berikutnya.
ddc-calendar
Bersedia untuk ketibaan bayi anda dengan menambah tarikh bersalin anda.
ATAU
Kira tarikh bersalin anda
img

Penulis

Najibah

Kongsi artikel ini

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community diiOS danAndroid sekarang!

  • Ada Pelbagai Masalah Mata, Tetapi Jangan Tersalah Rawat Ya! Ini 8 Ubat Mata Untuk Legakan Mata Kering, Mata Merah Dan Sebagainya

    Ada Pelbagai Masalah Mata, Tetapi Jangan Tersalah Rawat Ya! Ini 8 Ubat Mata Untuk Legakan Mata Kering, Mata Merah Dan Sebagainya

  • Papar Momen Bahagia Keluarga Dalam Bingkai Gambar, 8 Frame Gambar Terbaik Ini Juga Mencantikkan Ruang Kediaman

    Papar Momen Bahagia Keluarga Dalam Bingkai Gambar, 8 Frame Gambar Terbaik Ini Juga Mencantikkan Ruang Kediaman

  • Pening Nak Pilih Suplemen Sesuai Untuk Anak? Ini Antara Jenis Vitamin Yang Bagus Untuk Perkembangan Si Manja!

    Pening Nak Pilih Suplemen Sesuai Untuk Anak? Ini Antara Jenis Vitamin Yang Bagus Untuk Perkembangan Si Manja!

  • Ada Pelbagai Masalah Mata, Tetapi Jangan Tersalah Rawat Ya! Ini 8 Ubat Mata Untuk Legakan Mata Kering, Mata Merah Dan Sebagainya

    Ada Pelbagai Masalah Mata, Tetapi Jangan Tersalah Rawat Ya! Ini 8 Ubat Mata Untuk Legakan Mata Kering, Mata Merah Dan Sebagainya

  • Papar Momen Bahagia Keluarga Dalam Bingkai Gambar, 8 Frame Gambar Terbaik Ini Juga Mencantikkan Ruang Kediaman

    Papar Momen Bahagia Keluarga Dalam Bingkai Gambar, 8 Frame Gambar Terbaik Ini Juga Mencantikkan Ruang Kediaman

  • Pening Nak Pilih Suplemen Sesuai Untuk Anak? Ini Antara Jenis Vitamin Yang Bagus Untuk Perkembangan Si Manja!

    Pening Nak Pilih Suplemen Sesuai Untuk Anak? Ini Antara Jenis Vitamin Yang Bagus Untuk Perkembangan Si Manja!

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
    • Anak angkat
    • Kehamilan
    • Sebelum & Proses Bersalin
    • Perkahwinan & Seks
  • Bayi
    • Nama bayi
    • Perkembangan & Anak
    • Tip keibubapaan
    • Penyusuan & Pemakanan
  • Kesihatan
    • Senaman
    • Alahan & Sindrom
    • Penyakit
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Rumah
    • Kewangan
    • Percutian
    • Pertandingan & promosi
  • Banyak Lagi
    • TAP Komuniti
    • Beriklan Dengan Kami
    • Hubungi Kami
    • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2023. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

theAsianparent heart icon
Kami ingin menghantar anda pemberitahuan untuk berita dan kemas kini terbaru mengenai kehamilan.