X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan ProdukKlik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Awards
    • Parents' Choice Awards 2023
  • Beriklan Dengan Kami

Sering Sakit Senggugut Ketika Haid? Ini Cara Hilangkan Senggugut Tanpa Ubat

4 min bacaan
Sering Sakit Senggugut Ketika Haid? Ini Cara Hilangkan Senggugut Tanpa Ubat

Senggugut menyerang lagi! Semua wanita pasti sudah masak dengan serangan yang menyakitkan ini! Tiada cara semulajadi ke untuk merawatnya?

Sakit pinggang, perut kembung atau kekejangan… Hmm, dah tiba masa! Setiap kali tanda-tanda ini sampai, anda mesti naik menyampah. Tahu dah senggugut akan menyerang. Sekali lagi setiap bulan. Kesakitan yang sama sampai penat sudah memikirkan cara hilangkan senggugut!

Ingatkan selepas melahirkan bayi, senggugut ini hilang. Tapi tak juga! Padanlah wanita sering dilabel moody. Sedangkan kita sebenarnya menanggung kesakitan dalam diam.

Kenapa senggugut sering menyerang? Apa cara hilangkan senggugut?

cara hilangkan senggugut

Kredit: Freepik

Lain wanita, lain sakit senggugutnya. Seperti saya, senggugut teruk akan menyerang pada hari pertama haid. Waktu itu jangan kata nak memasak, nak bangun pun tak larat! Suami tahu sangat dah. Hari pertama haid saya akan terlentang atas katil saja.

Tapi mengapa kesakitan ini sering terjadi?

Menurut WebMD, senggugut sering terjadi kerana pengecutan di bahagian uterus atau otot rahim. Jika pengecutan terlalu kuat, saluran darah akan menerima tekanan. Akibatnya, bekalan oksigen ke rahim terputus. Kerana kekurangan oksigen, otot rahim memberi kesakitan dan kesan kekejangan. 

Namun, punca kesakitan ini juga terbahagi kepada 2, mengikut jenis-jenis senggugut, seperti:

1# Senggugut primer

Disebabkan pengecutan organ rahim yang berlebihan, dikawal oleh bahan bernama prostagladin.

2# Senggugut sekunder

Disebabkan oleh struktur organ pembiakan yang tak normal seperti penyakit fibroid dan endometriosis.

Wanita biasanya akan makan pil penahan sakit ketika haid seperti Panadol Menstrual dan menyapu ubat angin. Tapi, doktor pakar menyarankan semua wanita untuk berhenti menggunakan kaedah sedemikian!

Sebaliknya, cuba cari cara semulajadi yang lebih cepat dan efektif. Ubat tahan sakit boleh membawa pelbagai kesan sampingan seperti gastritis dan kerosakan buah pinggang. 

Cara hilangkan senggugut dengan 6 cara semula jadi

Sebab itu kami menyenaraikan 6 cara semula jadi ini untuk membantu anda! Mari baca bagaimana 6 cara semulajadi ini mampu melegakan kesakitan serangan senggugut.

#1 Jaga diet dan pemakanan anda

Sering Sakit Senggugut Ketika Haid? Ini Cara Hilangkan Senggugut Tanpa Ubat

Kredit: Pexels

Ambil serius hal ini! Berhenti makan makanan dengan kandungan lemak tepu yang tinggi. Contoh: daging lembu, kambing, dan produk tenusu. Kajian mendapati makanan ini mengakibatkan pengecutan rahim menjadi lebih kuat! 

Elakkan juga daripada ambil garam, karbohidrat, serat,  dan minuman berkafein. Pengambilan garam secara berlebihan menyebabkan keradangan dan bengkak pada saluran pembiakan tiub fallopian dan rahim. 

Banyakkan makan buah-buahan, sayur-sayuran dan coklat gelap kurang manis.

#2 Air teh dan air suam untuk bertenang

Sering Sakit Senggugut Ketika Haid? Ini Cara Hilangkan Senggugut Tanpa Ubat

Kredit: Pexels

Air suam mampu memberi kelegaan pada otot rahim yang kejang. Air suam juga membuang toksin dalam badan, melancarkan peredaran darah dan memberi kesan “kenyang” pada perut. 

Teh juga bagus untuk melegakan kesakitan. Cuba minum teh hijau atau teh pahit tanpa gula. Teh hijau tinggi dengan fenolat, yang boleh menghalang kesakitan senggugut. 

Anda juga boleh cuba campur air teh dengan sedikit kapur sirih. 

#3 Herba

Sering Sakit Senggugut Ketika Haid? Ini Cara Hilangkan Senggugut Tanpa Ubat

Kredit: Freepik

Orang dulu-dulu akan merawat kesakitan datang haid dengan minum air suam bersama beberapa campuran herba. Antara herba yang sering digunakan adalah halia, biji pinang tua, rumput jarum emas, rumput cengkih padang dan pudina. 

Selain itu, anda juga boleh minum air asam jawa, madum jus daun betik, rebusan kulit kayu manis dan kulit limau nipis atau air kunyit.

Caranya mudah saja. Untuk halia. masukkan bahan ke dalam segelas air suam. Manakala untuk biji pinang tua, anda perlu membakar dan menumbuk ia sebelum dimasukkan dalam air suam. Rumput jarum emas dan rumput cengkih padang pula perlu direbus terlebih dahulu. Minum air rebusan.

#4 Vitamin, suplemen dan minyak ikan

Sering Sakit Senggugut Ketika Haid? Ini Cara Hilangkan Senggugut Tanpa Ubat

Kredit: Pixabay

Satu lagi cara semulajadi untuk merawat senggugut adalah: ambil vitamin B1 dan minyak ikan. Vitamin B6 yang ada dalam ubi kentang, pisang, ikan dan ayam juga dikatakan mampu melegakan tekanan emosi, kembung perut dan senggugut.

Kalsium dan magnesium pula dapat mengelak pengecutan keterlaluan pada dinding rahim.

#5 Bertuam atau heating pad

cara hilangkan senggugut

Kredit: Fibroid Treatment Collective

Ini cara paling berkesan untuk merawat senggugut, barangkali! Dengan tuaman panas, otot-otot yang sedang mengecut dengan keterlaluan akan menjadi lebih relaks.

#6 Senaman rutin

cara hilangkan senggugut

Kredit: Freepik

Menurut kajian Dr Ellen Yankauskas dari Women Center of Family Health, senaman rutin mampu melegakan kesakitan senggugut. Ia kerana senaman berupaya untuk menghasilkan bahan kimia bernama endorphin. Endorphin mampu bertindak melegakan kesakitan dan tekanan emosi.

Cuba saja senaman-senaman ringan, jika anda tak larat!

Kami berharap perkongsian tentang cara hilangkan senggugut ini dapat membantu anda apabila tiba waktu subur anda nanti.

Semoga berjaya!

Stories Rakan Kongsi
4 Kesilapan Ibu-ibu Mesti Elak Supaya Kanak-kanak Tidak Terbantut
4 Kesilapan Ibu-ibu Mesti Elak Supaya Kanak-kanak Tidak Terbantut
Facts Vs Myths About Formula Milk Every Parent Should Know
Facts Vs Myths About Formula Milk Every Parent Should Know
Does Your Growing Up Child Have A Sensitive Tummy? Here’s What You Should Know
Does Your Growing Up Child Have A Sensitive Tummy? Here’s What You Should Know
Apa Itu Cacar Air & Kenapa Kita Perlu Melindungi Anak Daripadanya?
Apa Itu Cacar Air & Kenapa Kita Perlu Melindungi Anak Daripadanya?

Baca juga: Kitaran Haid Tak Teratur, Sekejap Ada Sekejap Tiada, Ada Ke Ubat Untuk Merawatnya?

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Ayu Idris

  • halaman rumah
  • /
  • Alahan & Sindrom
  • /
  • Sering Sakit Senggugut Ketika Haid? Ini Cara Hilangkan Senggugut Tanpa Ubat
Kongsikan:
  • 10 Cara Melegakan Kesakitan Bayi Tumbuh Gigi,  Boleh Dibuat Di Rumah Saja!

    10 Cara Melegakan Kesakitan Bayi Tumbuh Gigi, Boleh Dibuat Di Rumah Saja!

  • Kenapa Payudara Kita Sakit Sebelum Datang Bulan?

    Kenapa Payudara Kita Sakit Sebelum Datang Bulan?

  • Rambut Anak Lambat Tumbuh, Kulit Berkerak? Atasi Dengan Minyak Rambut Baby Yang Selamat Untuk Si Manja

    Rambut Anak Lambat Tumbuh, Kulit Berkerak? Atasi Dengan Minyak Rambut Baby Yang Selamat Untuk Si Manja

  • Selain Tambah Susu Badan, Ibu Juga Boleh Dapatkan Kulit Yang Cantik Dengan 16 Milk Booster Terbaik Di Malaysia Ini!

    Selain Tambah Susu Badan, Ibu Juga Boleh Dapatkan Kulit Yang Cantik Dengan 16 Milk Booster Terbaik Di Malaysia Ini!

  • 10 Cara Melegakan Kesakitan Bayi Tumbuh Gigi,  Boleh Dibuat Di Rumah Saja!

    10 Cara Melegakan Kesakitan Bayi Tumbuh Gigi, Boleh Dibuat Di Rumah Saja!

  • Kenapa Payudara Kita Sakit Sebelum Datang Bulan?

    Kenapa Payudara Kita Sakit Sebelum Datang Bulan?

  • Rambut Anak Lambat Tumbuh, Kulit Berkerak? Atasi Dengan Minyak Rambut Baby Yang Selamat Untuk Si Manja

    Rambut Anak Lambat Tumbuh, Kulit Berkerak? Atasi Dengan Minyak Rambut Baby Yang Selamat Untuk Si Manja

  • Selain Tambah Susu Badan, Ibu Juga Boleh Dapatkan Kulit Yang Cantik Dengan 16 Milk Booster Terbaik Di Malaysia Ini!

    Selain Tambah Susu Badan, Ibu Juga Boleh Dapatkan Kulit Yang Cantik Dengan 16 Milk Booster Terbaik Di Malaysia Ini!

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
    • Anak angkat
    • Kehamilan
    • Sebelum & Proses Bersalin
    • Perkahwinan & Seks
  • Bayi
    • Nama bayi
    • Perkembangan & Anak
    • Tip keibubapaan
    • Penyusuan & Pemakanan
  • Kesihatan
    • Senaman
    • Alahan & Sindrom
    • Penyakit
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Rumah
    • Kewangan
    • Percutian
    • Pertandingan & promosi
  • Banyak Lagi
    • TAP Komuniti
    • Beriklan Dengan Kami
    • Hubungi Kami
    • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2023. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

theAsianparent heart icon
Kami ingin menghantar anda pemberitahuan untuk berita dan kemas kini terbaru mengenai penjagaan dan kesihatan bayi.