TAP top app download banner
theAsianparent
theAsianparent
EnglishMalay
Panduan Produk
  • Menjadi ibu bapa
  • Anak
  • Keibubapaan
  • Kesihatan
  • Penyusuan & Pemakanan
  • Pendidikan
  • Gaya Hidup
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beriklan Dengan Kami
  • Komuniti
Log Masuk
  • EnglishMalay
    • Artikel
  • Menjadi ibu bapaMenjadi ibu bapa
  • AnakAnak
  • KeibubapaanKeibubapaan
  • KesihatanKesihatan
  • Penyusuan & PemakananPenyusuan & Pemakanan
  • PendidikanPendidikan
  • Gaya HidupGaya Hidup
  • TAP CadanganTAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan#PendidikanKewangan
  • Beli-BelahBeli-Belah
  • VIPVIP
  • Siaran MediaSiaran Media
  • Beriklan Dengan KamiBeriklan Dengan Kami
  • KomunitiKomuniti
    • Komuniti
  • Poll
  • Gambar
  • Makanan
  • Resipi
  • Topik
  • Baca Artikel
    • Tracker
  • Tracker Kehamilan
  • Tracker Bayi
    • Ganjaran
  • GanjaranGanjaran
  • Pertandingan
  • VIP ParentsVIP Parents
    • Lagi
  • Maklum Balas

Polisi PrivasiGaris Panduan KomunitiPeta Laman Web

Muat turun app percuma kami

google play store
app store

BAHAYA: Berhenti Guna Putik Kapas Untuk Korek Telinga Anak Anda Lagi!

3 min bacaan
BAHAYA: Berhenti Guna Putik Kapas Untuk Korek Telinga Anak Anda Lagi!

Percayalah, putik kapas amat berbahaya! Ia telah mengakibatkan lebih daripada 263,000 orang kanak-kanak dimasukkan ke dalam wad kecemasan akibat kecederaan dalam telinga.

Rasanya, semua ibu bapa sudah tahu bahaya menggunakan putik kapas untuk mengorek telinga anak-anak anda. 

BAHAYA: Berhenti Guna Putik Kapas Untuk Korek Telinga Anak Anda Lagi!

Percayalah, putik kapas amat berbahaya dan ia telah mengakibatkan lebih daripada 263,000 orang kanak-kanak di Amerika Syarikat dimasukkan ke dalam wad kecemasan! 

Kajian yang diterbit oleh Journal of Pediatrics menjelaskan ramai kanak-kanak dimasukkan ke hospital kerana kecederaan akibat putik kapas. Hingga kini, jumlah pesakit yang menderita akibat kecederaan ini semakin meningkat.

Pada tahun 2010, hampir 13,000 orang pernah tercedera akibat penggunaan putik kapas untuk mengorek telinga.

Pengarah Perubatan di Wad Kecemasan Cook Children’s, Dr Corwin Warmink berkata

Putik kapas, q-tips atau cotton swabs telah menyebabkan banyak kecederaan di wad kecemasan. Ia termasuklah kecederaan seperti hentaman dalam telinga, luka, pendarahan dalam telinga,  risiko externa otitis dan trauma pada gegendang telinga!

Hampir 3/4 daripada kes kecederaan putik kapas terjadi kerana kegagalan untuk membersihkan telinga. Ia kemudiannya mengakibatkan pendarahan dan rasa tersangkut pada telinga. Dalam kebanyakan kes, putik kapas tersangkut dalam telinga kanak-kanak apabila mereka memasukkan ia sendiri ke dalam telinga untuk mengoreknya.

Tapi, ibu bapa harus lebih bertanggungjawab atas masalah ini.

Perlukah kita mengorek dan mencuci telinga?

BAHAYA: Berhenti Guna Putik Kapas Untuk Korek Telinga Anak Anda Lagi!

Kredit gambar: WebMD

Hampir 73% daripada kecederaan akibat putik kapas berpunca daripada niat untuk membersihkan telinga. Bayi yang baru lahir sering menjadi mangsa. Mengorek telinga dengan putik kapas umpama satu tabiat. Kita sukar untuk membuangnya.

Soalannya, perlukah kita mengorek dan mencuci telinga ini?

Dr. Ahmad Nordin, pakar ENT di Sabah menerangkan anda tak perlu mengorek dan mencuci telinga!

Mengapa?

Kerana telinga boleh membersihkan dirinya sendiri!

Dr. Kris Jatana, pengarang dan pakar telinga, hidung dan tekak di Hospital Kanak-Kanak Nationwide memberitahu – sebarang serumen (taik telinga) atau kekotoran dalam telinga akan keluar dengan sendiri dari bahagian saluran telinga.

Serumen akan dijumpai di bahagian 1/3 saluran telinga. Serumen bersifat kalis air. Jadi, jika anda mengoreknya keluar, telinga akan terdedah pada kulat atau bakteria. Serumen juga bersifat antibakteria dan antifungal. Ia adalah perlindungan semulajadi yang amat berkesan.

Lagi satu, kulit di bahagian saluran telinga amat nipis dan sensitif terhadap geseran. Jika anda selalu memasukkan putik kapas, kulit di saluran telinga mungkin akan rosak. Jangan masukkan sebarang objek dalam telinga anda!

Bagaimana ingin membersihkan telinga dengan selamat?

Tapi, jika anda tak mengorek telinga itu langsung, anda pasti akan merasai beberapa kesakitan seperti berdesing. Ya, taik telinga boleh berkumpul dengan banyak jika ia tak “jatuh” dengan sendiri.

BAHAYA: Berhenti Guna Putik Kapas Untuk Korek Telinga Anak Anda Lagi!

Kredit gambar: Baby Center

Bagi individu dengan banyak taik telinga, anda boleh berjumpa doktor pakar. Doktor akan mengeluarkan serumen dengan mudah menggunakan campuran peroksida dan air lalu disuntik ke dalam telinga. Proses ini tak menyakitkan dan amat berkesan.

Untuk kanak-kanak, anda boleh membersihkan telinga mereka dengan menggunakan kain basah. Hanya cuci bahagian luar telinga. Apa yang pasti – jangan masukkan apa-apa ke dalam telinga mereka!

Semoga perkongsian ini membuka mata anda untuk berhenti daripada menggunakan putik kapas.

Bagaimana anda membersihkan telinga si manja anda? Kongsikan ia dengan kami!

Kredit gambar: The Bump

Sumber rujukan: Baby Center, The Bump, Healthy Hearing, Cook Children’s dan The Malaysian Medical Gazette

 

 

Stories Rakan Kongsi
Kesihatan Usus Semasa Hamil: Kunci Imuniti untuk Ibu dan Bayi
Kesihatan Usus Semasa Hamil: Kunci Imuniti untuk Ibu dan Bayi
Perlukah Anda Melahirkan Secara Caesarean? Ketahui Fakta Penting Ini
Perlukah Anda Melahirkan Secara Caesarean? Ketahui Fakta Penting Ini
Baby Skin Care: Tips Memastikan Kulit Si Manja Lembut dan Selamat Dengan Produk Organik Terbaik
Baby Skin Care: Tips Memastikan Kulit Si Manja Lembut dan Selamat Dengan Produk Organik Terbaik
Resah dengan Bayi Anda Yang Sering Sakit? Tiba Masanya Anda Fokus Pada Kesihatan Ususnya
Resah dengan Bayi Anda Yang Sering Sakit? Tiba Masanya Anda Fokus Pada Kesihatan Ususnya

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Ayu Idris

  • halaman rumah
  • /
  • Keibubapaan
  • /
  • BAHAYA: Berhenti Guna Putik Kapas Untuk Korek Telinga Anak Anda Lagi!
Kongsikan:
  • Pentingnya Suplemen Vitamin D! Ini Manfaat, Dos Terbaik & Pilihan Popular Di Malaysia

    Pentingnya Suplemen Vitamin D! Ini Manfaat, Dos Terbaik & Pilihan Popular Di Malaysia

  • Tanda Air Mani Masuk Ke Rahim Selepas Hubungan Seks & Cara Meningkatkan Peluang Untuk Hamil

    Tanda Air Mani Masuk Ke Rahim Selepas Hubungan Seks & Cara Meningkatkan Peluang Untuk Hamil

  • Cara Mudah Jadikan Waktu Makan Pertama Bayi Lebih Tenang (Dan Kurang Stres Untuk Anda!)

    Cara Mudah Jadikan Waktu Makan Pertama Bayi Lebih Tenang (Dan Kurang Stres Untuk Anda!)

  • Pentingnya Suplemen Vitamin D! Ini Manfaat, Dos Terbaik & Pilihan Popular Di Malaysia

    Pentingnya Suplemen Vitamin D! Ini Manfaat, Dos Terbaik & Pilihan Popular Di Malaysia

  • Tanda Air Mani Masuk Ke Rahim Selepas Hubungan Seks & Cara Meningkatkan Peluang Untuk Hamil

    Tanda Air Mani Masuk Ke Rahim Selepas Hubungan Seks & Cara Meningkatkan Peluang Untuk Hamil

  • Cara Mudah Jadikan Waktu Makan Pertama Bayi Lebih Tenang (Dan Kurang Stres Untuk Anda!)

    Cara Mudah Jadikan Waktu Makan Pertama Bayi Lebih Tenang (Dan Kurang Stres Untuk Anda!)

Feed

Feed

Dapatkan artikel yang bersesuaian tentang keibubapaan, gaya hidup, dan pendapat pakar, hanya di hujung jari anda!

Poll

Poll

Sertai poll yang menarik dan lihat apa ibu bapa lain fikir

Gambar

Gambar

Kongsi gambar insan tersayang anda secara selamat.

Topik

Topik

Sertai komuniti kami untuk lebih rapat dengan ibu atau ayah lain.

Tracker

Tracker

Pantau kehamilan anda, malah juga tumbesaran bayi dari hari ke hari!

theAsianparent

Muat turun app percuma kami

Google PlayApp Store

Ibu di Seluruh Dunia

Singapore flag
Singapore
Thailand flag
Thailand
Indonesia flag
Indonesia
Philippines flag
Philippines
Malaysia flag
Malaysia
Vietnam flag
Vietnam

Partner Brands

Rumah123VIP ParentsMama's ChoiceTAP Awards

© Copyright theAsianparent 2026 . All rights reserved

  • Tentang Kami
  • Polisi Privasi
  • Terma dan Syarat
  • Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham