TAP top app download banner
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan Produk
Klik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beriklan Dengan Kami

Minum Pati Ikan Haruan Selepas Pembedahan, Bantu Luka Bersalin Cepat Sembuh

3 min bacaan
Minum Pati Ikan Haruan Selepas Pembedahan, Bantu Luka Bersalin Cepat Sembuh

Setiap kali menjalani apa-apa pembedahan, ikan haruan segar atau pati ikan haruan dipercayai dapat mempercepatkan kadar penyembuhan luka.

Dah biasa kan kita dengar petua orang dulu-dulu yang masih relevan sampai sekarang, kalau nak luka cepat sembuh makan ikan haruan atau pati ikan haruan. Namun, ia dikatakan bahaya kerana menyebabkan usus melekat. 

Menurut Dr Imelda Balchin, makan ikan haruan selepas pembedahan bukanlah punca usus melekat (adhesions). Sebaliknya, ada banyak faktor lain yang menyebabkan ia berlaku. Terutamanya golongan berisiko tinggi bagi ibu yang bersalin caesarean melebihi tiga kali.

Ibu-ibu bersalin boleh mengamalkan pati ikan haruan untuk luka pembedahan kerana banyak kebaikan pati ini yang ramai tak tahu.

Isi Kandungan

  • Khasiat Pati Ikan Haruan Untuk Ibu Bersalin
  • Cara minum pati ikan haruan

Khasiat Pati Ikan Haruan Untuk Ibu Bersalin

Minum Pati Ikan Haruan Selepas Pembedahan, Bantu Luka Bersalin Cepat Sembuh

1. Mengandungi protein yang tinggi

Seperti yang kita ketahui, ikan haruan merupakan sejenis ikan yang kaya dengan protein. Protein yang terdapat dalam ikan haruan baik untuk meningkatkan daya keupayaan dan memperbaiki tisu badan.

Pati haruan amat bermutu tinggi dengan ramuan tradisional yang diproses menggunakan teknologi terkini di bawah peraturan GMP yang ketat.

Jadi, ia tidaklah memberikan kesan buruk seperti yang anda dengar sebelum ini.

2. Membantu untuk mempercepatkan luka sembuh

Pati tersebut mempunyai kandungan albumin iaitu sejenis protein yang mempercepatkan penyembuhan luka terutama ibu-ibu selepas bersalin,

Bahkan, menjadikan kesan parut luka lebih cantik kerana mengandungi arginine yang merangsang pembentukan kolagen baru.

3. Membentuk semula kolagen baru dalam badan

Wanita selepas bersalin selalunya mengalami sakit-sakit otot disebabkan proses bertarung nyawa yang memakan masa berjam lamanya. Justeru, kebaikan pati ikan haruan selepas pembedahan adalah membantu mengurangkan sakit sendi dan menggalakkan pembentukan semula kolagen baru.

Ia juga bertindak sebagai antioksidan yang membantu melambatkan proses penuaan.

Cara minum pati ikan haruan

Minum Pati Ikan Haruan Selepas Pembedahan, Bantu Luka Bersalin Cepat Sembuh

Pengambilan pati ikan haruan mengikut cara yang betul tidak akan mendatangkan kesan serius kepada penggunanya, namun anda dinasihatkan untuk minum sebaiknya sebulan selepas bersalin.

Untuk mendapatkan hasil terbaik, anda dinasihatkan minum sebotol sehari setiap hari. Boleh diambil sebelum atau selepas makan.

Namun begitu, dapatkan nasihat pakar pemakanan dan doktor terlebih dahulu terutamanya jika anda sedang mengambil ubat-ubatan tertentu.

Stories Rakan Kongsi
Parut Czer Buat Ramai Ibu Hilang Keyakinan, Ini Cara Mudah Untuk Mengatasinya
Parut Czer Buat Ramai Ibu Hilang Keyakinan, Ini Cara Mudah Untuk Mengatasinya
Childbirth aftermath – Get back in shape
Childbirth aftermath – Get back in shape

Semoga artikel ini bermanfaat.

Islam Itu Indah

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Benarkah Ibu Bersalin Czer Kalau Makan Ikan Haruan Parut Boleh Melekat Dengan Usus?

Baca juga: Anda Baru Lepas Bersalin Caesar? Kalau Nak Luka Cepat Sembuh, Amalkan Tips Ini!

Baca juga: Makanan Berpantang: Jenis Makanan Pantang Yang Boleh Diambil & Menu Orang Berpantang 44 Hari

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Noorhidayah

  • halaman rumah
  • /
  • Penjagaan pantang dan selepas bersalin
  • /
  • Minum Pati Ikan Haruan Selepas Pembedahan, Bantu Luka Bersalin Cepat Sembuh
Kongsikan:
  • Bolehkah Ambil Jamu Selepas Bersalin? Ini Panduan Lengkap Untuk Ibu Berpantang

    Bolehkah Ambil Jamu Selepas Bersalin? Ini Panduan Lengkap Untuk Ibu Berpantang

  • Menu Berpantang Selepas Bersalin, Resepi Lauk Pantang (44 Hari)

    Menu Berpantang Selepas Bersalin, Resepi Lauk Pantang (44 Hari)

  • Makanan Yang Menyebabkan Luka Czer Bernanah, Ibu Elakkan 7 Jenis Ini Ketika Berpantang!

    Makanan Yang Menyebabkan Luka Czer Bernanah, Ibu Elakkan 7 Jenis Ini Ketika Berpantang!

  • Bolehkah Ambil Jamu Selepas Bersalin? Ini Panduan Lengkap Untuk Ibu Berpantang

    Bolehkah Ambil Jamu Selepas Bersalin? Ini Panduan Lengkap Untuk Ibu Berpantang

  • Menu Berpantang Selepas Bersalin, Resepi Lauk Pantang (44 Hari)

    Menu Berpantang Selepas Bersalin, Resepi Lauk Pantang (44 Hari)

  • Makanan Yang Menyebabkan Luka Czer Bernanah, Ibu Elakkan 7 Jenis Ini Ketika Berpantang!

    Makanan Yang Menyebabkan Luka Czer Bernanah, Ibu Elakkan 7 Jenis Ini Ketika Berpantang!

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
  • Bayi
  • Kesihatan
  • Pendidikan
  • Gaya Hidup
  • TAP Komuniti
  • Beriklan Dengan Kami
  • Hubungi Kami
  • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Vietnam flag Vietnam
© Copyright theAsianparent 2025. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham