X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan ProdukKlik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Awards
    • Parents' Choice Awards 2023
  • Beriklan Dengan Kami

7 Tips Kempiskan Perut BUNCIT Selepas Bersalin, Ibu Boleh Cuba!

4 min bacaan
7 Tips Kempiskan Perut BUNCIT Selepas Bersalin, Ibu Boleh Cuba!

Seleas bersalin, ramai yang mengadu perut menggelebeh. Jadi bagaimana cara kempiskan perut buncit selepas bersalin? Jom cuba!

Selepas bersalin, banyak perkara berubah pada ibu terutama sekali bentuk badan. Bahagian perut terutamanya pasti jadi buncit. Jadi bagaimana untuk kempiskan perut buncit selepas bersalin? 

Kempiskan perut selepas bersalin memang boleh jika kena pada caranya. Ada yang sampai putus asa kerana perut kelihatan menggelebeh sebaik saja bersalin.

Malah, ada yang anak masuk umur dua tahun pun keadaan perut masih. Menggelebeh dan penuh stretch mark. 

Kempiskan perut buncit selepas bersalin, ini caranya!

Menurut artikel yang dikongsikan di razowa.com, masalah perut buncit selepas bersalin ini dihadapi oleh majoriti ibu selepas bersalin. 

Malah ada yang badan kurus tetapi perut menggelebeh. Jadi laman web ini berkongsi mengenai bagaimana cara terbaik untuk kempiskan perut buncit selepas bersalin?

#1. Pakai bengkung secara konsisten

Kempiskan perut buncit

Salah satu cara yang sangat berhasil dalam mengempiskan perut selepas bersalin adalah dengan memakai bengkung secara konsisten di rumah.

Seterusnya, ramai orang kata ibu-ibu yang melahirkan anak melalui pembedahan tidak boleh memakai bengkung tapi sebenarnya memakai bengkung sangat digalakkan kerana ia memberi sokongan kepada otot perut yang sudah kembang.

Cuma perlu pilih bengkung yang sesuai untuk ibu selepas bersalin pembedahan bagi mengelak terkena luka pembedahan. 

Berapa lama tempoh terbaik untuk pakai bengkung? Menurut laman web itu, tempoh untuk pakai bengkung ni adalah 6-8 minggu dan boleh pakai sepanjang masa kecuali mandi.

Jika risau tentang luka perut, disarankan untuk pakai bengkung selepas luka dah kering. Dengan memakai bengkung secara konsisten, ia akan membantu anda untuk kempiskan perut buncit.

Selain itu, dengan berbengkung ibu-ibu tidak akan makan berlebihan dimana anda boleh dapatkan kembali badan idaman anda.

#2. Diet seimbang

Makan sayur-sayuran, buah-buahan, bijirin dan protein yang sihat akan lagi mempercepatkan proses mengempiskan perut anda semua.

Anda juga perlu kurangkan pengambilan garam dan gula dengan sebanyak yang mungkin. Elakkan minuman bergas dan minimum berkarbonat lain.

Buah-buahan dan sayur-sayuran tertentu seperti betik, grapefruit, mangga, brokoli dan kale boleh membantu anda untuk kempiskan perut buncit selepas bersalin

#3. Penyusuan badan

Tahukah anda? Penyusuan susu badan boleh bakar 500 kalori setiap hari. Jadi ia bukanlah hanya baik untuk bayi, tetapi juga untuk ibu. 

Selain itu, menyusu juga dapat mengecutkan rahim ke saiz biasa dan menampakkan perut yang lebih kempis. Ini kerana penyusuan badan dapat meningkatkan tahap metabolisma ibu jadi lemak-lemak degil dapat dihapuskan dengan lebih cepat.

#4. Bertungku

Kempiskan perut buncit

Bertungku juga merupakan salah satu cara untuk mengempiskan perut selepas bersalin. Antara khasiat bertungku kepada ibu lepas bersalin adalah ia dapat membantu mengeluarkan peluh dan toksin berlebihan dalam badan juga boleh memecahkan lemak badan.

Hasil bertungku, badan akan terasa lebih ringan dan segar. Untuk ibu yang melahirkan bayi secara pembedahan pula, luka pembedahan lebih mudah untuk sembuh melalui bertungku.

Bila nak bertungku? Boleh amalkan bertungku selepas mandi pada waktu pagi dan malam untuk mendapatkan manfaat bertungku sepenuhnya.

#5. Banyak minum air kosong

Ada pendapat yang mengatakan elakkan untuk minum terlalu banyak air kosong kerana boleh menyebabkan faraj berair, urat dan rahim mengembang, perut buncit dan menggeleber, gemuk air, mengalami kentut faraj dan lain-lain.

Tapi kita semua tahu, minum air kosong secara konsisten merupakan amalan sihat. Air sangat penting bagi membantu proses pemulihan diri selepas bersalin.

Kenapa kita perlu perbanyakkan minum air kosong? Ini kerana, untuk proses pemulihan kita perlukan minum air kosong dengan banyak untuk penyerapan nutrisi ke dalam sel badan bagi menyembuhkan luka, penghasilan hormon dalam badan, pengaliran darah, pembuangan sisa dan keseimbangan dalam badan.

#6. Sauna

Kempiskan perut buncit

Bersauna amat digalakkan semasa berpantang untuk kempiskan perut buncit selepas bersalin. Seterusnya, bersauna juga boleh meningkat sistem imun dan tahap metabolisma.

Bila tahap metabolisma meningkat, kadar pembakaran kalori juga meningkat jadi badan lebih cepat membakar lemak. Oleh itu, para ibu yang mengamalkan bersauna lepas bersalin lebih cepat menurunkan berat badan.

#7. Senaman kagel

Stories Rakan Kongsi
Parut Czer Buat Ramai Ibu Hilang Keyakinan, Ini Cara Mudah Untuk Mengatasinya
Parut Czer Buat Ramai Ibu Hilang Keyakinan, Ini Cara Mudah Untuk Mengatasinya
Childbirth aftermath – Get back in shape
Childbirth aftermath – Get back in shape

Senaman kegel ini adalah penting untuk mengetatkan kembali otot pelvik selepas bersalin. Senaman ini juga mudah kerana boleh melakukannya di mana-mana tanpa bantuan sesiapa.

Oleh itu, dengan senaman yang mudah ini dapat bantu anda untuk kempiskan perut buncit selepas bersalin dengan berkesan.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Sumber: razowa.com

Baca juga: Jenis-Jenis Perut Wanita, Ada Perut Mummy & Perut Stres! Anda Yang Mana Satu?

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Lala Annuar

  • halaman rumah
  • /
  • Penjagaan pantang dan selepas bersalin
  • /
  • 7 Tips Kempiskan Perut BUNCIT Selepas Bersalin, Ibu Boleh Cuba!
Kongsikan:
  • 7 Cara Kempiskan Perut Yang Mudah & Praktikal Menurut Nasihat Doktor

    7 Cara Kempiskan Perut Yang Mudah & Praktikal Menurut Nasihat Doktor

  • 5 Makanan & Senaman Untuk Kempiskan Perut Suami Boroi Lepas Kahwin

    5 Makanan & Senaman Untuk Kempiskan Perut Suami Boroi Lepas Kahwin

  • Selain Tambah Susu Badan, Ibu Juga Boleh Dapatkan Kulit Yang Cantik Dengan 16 Milk Booster Terbaik Di Malaysia Ini!

    Selain Tambah Susu Badan, Ibu Juga Boleh Dapatkan Kulit Yang Cantik Dengan 16 Milk Booster Terbaik Di Malaysia Ini!

  • 5 Perkara Ibu Bapa Baru Perlu Tahu Tentang Rotavirus Pada Bayi dan Anak-Anak Kecil
    Stories Rakan Kongsi

    5 Perkara Ibu Bapa Baru Perlu Tahu Tentang Rotavirus Pada Bayi dan Anak-Anak Kecil

  • 7 Cara Kempiskan Perut Yang Mudah & Praktikal Menurut Nasihat Doktor

    7 Cara Kempiskan Perut Yang Mudah & Praktikal Menurut Nasihat Doktor

  • 5 Makanan & Senaman Untuk Kempiskan Perut Suami Boroi Lepas Kahwin

    5 Makanan & Senaman Untuk Kempiskan Perut Suami Boroi Lepas Kahwin

  • Selain Tambah Susu Badan, Ibu Juga Boleh Dapatkan Kulit Yang Cantik Dengan 16 Milk Booster Terbaik Di Malaysia Ini!

    Selain Tambah Susu Badan, Ibu Juga Boleh Dapatkan Kulit Yang Cantik Dengan 16 Milk Booster Terbaik Di Malaysia Ini!

  • 5 Perkara Ibu Bapa Baru Perlu Tahu Tentang Rotavirus Pada Bayi dan Anak-Anak Kecil
    Stories Rakan Kongsi

    5 Perkara Ibu Bapa Baru Perlu Tahu Tentang Rotavirus Pada Bayi dan Anak-Anak Kecil

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
    • Anak angkat
    • Kehamilan
    • Sebelum & Proses Bersalin
    • Perkahwinan & Seks
  • Bayi
    • Nama bayi
    • Perkembangan & Anak
    • Tip keibubapaan
    • Penyusuan & Pemakanan
  • Kesihatan
    • Senaman
    • Alahan & Sindrom
    • Penyakit
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Rumah
    • Kewangan
    • Percutian
    • Pertandingan & promosi
  • Banyak Lagi
    • TAP Komuniti
    • Beriklan Dengan Kami
    • Hubungi Kami
    • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2023. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

theAsianparent heart icon
Kami ingin menghantar anda pemberitahuan untuk berita terkini dan gaya hidup terkini.