X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
  • COVID-19
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Perkembangan Anak
    • Bayi
    • Kanak-Kanak
    • Prasekolah
    • Kids
    • Remaja
  • Keibubapaan
    • Drypers
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beli-Belah

11 Jenis Kuih Yang Selamat & Boleh Dimakan Ketika Dalam Pantang

4 min bacaan
11 Jenis Kuih Yang Selamat & Boleh Dimakan Ketika Dalam Pantang11 Jenis Kuih Yang Selamat & Boleh Dimakan Ketika Dalam Pantang

Sebenarnya ada beberapa jenis kuih yang selamat dimakan ketika dalam proses berpantang. Ada juga berkesan membuang angin dari badan dan melancarkan darah

Setiap wanita yang melalui tempoh berpantang mengakui ia adalah cukup mencabar. Selain perlu membiasakan diri dengan anak kecil, menu makanan ketika berpantang juga terhad. Namun sebenarnya ada beberapa jenis kuih yang boleh diambil bagi mengurangkan rasa bosan ibu terhadap biskut atau nasi.

Apabila menyentuh bab makanan ketika berpantang, orang dulu-dulu mesti ada larangannya sehingga membuatkan anda dilanda risau dan takut memikirkan kesan terhadap kesihatan diri.

Jenis kuih yang selamat dimakan ketika berpantang

Sebenarnya ada beberapa jenis kuih-muih untuk orang berpantang makan. Dari asyik menghadap makanan sama, biskut kosong dan roti mesti akan rasa tiada selera kan? 

Syarat dalam memilih kuih bagi ibu berpantang ialah anda hendaklah memastikan ia menggunakan 100 peratus tepung gandum atau tepung beras, tiada campuran santan, telur dan kurang berminyak.

Jadi, bila anda rasa teringin menikmati makanan manis, bolehlah minta suami atau mak mentua dapatkan kuih-muih ini:

#1. Kuih kaswi 

jenis kuih ibu berpantang

Kuih ini biasanya berwarna coklat gelap dan rasanya lemak manis. Sangat membuka selera untuk santapan pagi atau petang. Ia turut digaul bersama kelapa parut muda.

Bahan-bahan yang digunakan ialah tepung gandum, tepung ubi dan gula merah. Ia amat sesuai diambil oleh ibu berpantang dan bayi yang masih kecil kerana teksturnya lembut.

#2. Cekodok manis

kuih untuk ibu pantang

foto: intai dapur

Sebelum ini anda mungkin hanya menikmati cekodok pisang atau cempedak kan? Nah, bila berpantang pun anda boleh mengambilnya tanpa bahan utama berkenaan.

Cekodok manis ini dikatakan selamat untuk ibu berpantang makan kerana ia hanya menggunakan tepung gandum, gula dan garam sahaja. Rasanya rangup dan sesuai dihidangkan bersama teh o panas!

#3. Lempeng oat atau lempeng kosong

kuih dalam pantang

Menu lempeng oat ini merupakan makanan kegemaran Datuk Seri Siti Nurhaliza ketika beliau dalam proses berpantang. Ia dikatakan berkesan untuk menambahkan kuantiti susu badan.

Menurut, lempeng dibuat menggunakan bahan berkhasiat seperti oat, kismis, kurma dan madu. Selain menjadi makanan sihat, ia juga membantu ibu-ibu menurunkan berat badan.

#4. Apam nasi

kuih tradisional

Apam nasi ini juga antara kuih yang boleh ibu berpantang ambil kerana bahan-bahannya hanya menggunakan lebihan nasi, dikisar halus bersama air dan juga gula. Cara memasaknya pula adalah dikukus sehingga ia lembut.

#5. Cucur jawa

senarai kuih sedap

Kuih ini memiliki bentuk yang cantik dengan lapisan bawahnya seperti topi dan hujungnya pula rangup. Rasanya lemak manis dan sedap.

Kebiasaannya bahan-bahan yang digunakan untuk membuat kuih ini adalah tepung beras, gandum, gula dan garam. Jadi, ibu jangan ragu-ragu untuk menikmatinya ketika pantang!

#6. Kuih ladu

Stories Rakan Kongsi
Baki Tali Pusat Bayi Ada 5 Masalah Ini? Parents, Ini Yang Anda Perlu Lakukan Untuk Bayi Anda
Baki Tali Pusat Bayi Ada 5 Masalah Ini? Parents, Ini Yang Anda Perlu Lakukan Untuk Bayi Anda
Sayangi Diri Anda! Ini 5 Tips Penjagaan Diri Untuk Ibu-ibu Yang Sibuk Bekerja & Menguruskan Keluarga
Sayangi Diri Anda! Ini 5 Tips Penjagaan Diri Untuk Ibu-ibu Yang Sibuk Bekerja & Menguruskan Keluarga
Tips untuk Ibu Sibuk: 5 Cara Mudah untuk Sediakan Sarapan Berkhasiat
Tips untuk Ibu Sibuk: 5 Cara Mudah untuk Sediakan Sarapan Berkhasiat
Belajar Cara Mengurus Wang: Panduan Untuk Ibu Bapa Asia
Belajar Cara Mengurus Wang: Panduan Untuk Ibu Bapa Asia

kuih orang pantang

Kuih ladu ini sememangnya terkenal di negeri Kelantan untuk ibu-ibu dalam pantang. Rasanya sedikit pahit-pahit manis kerana ada campuran lada hitam serta halia. Sekali pandang, ia persis tepung gomak tetapi saiznya adalah segi empat yang dipotong kecil.

Ia amat baik untuk memanaskan tubuh ibu, mengeluarkan angin dari badan dan sesuai dimakan bersama teh panas.

#7. Kuih lapis

resepi kuih

Kuih ini sungguh mengasyikkan kerana anda boleh tarik lapis demi lapis ketika makan. Rasanya sangat sedap, lembut dan berbau harum perisa ros. Kebiasaannya ia menggunakan tepung jagung, tepung ubi dan gandum dan cara memasaknya pula adalah dikukus.

#8. Kuih Qasidah 

11 Jenis Kuih Yang Selamat & Boleh Dimakan Ketika Dalam Pantang

Kuih tadisi ini mempunyai rasa lemak manis. Ia menggunakan campuran tepung, minyak sapi dan gula. Kuih Qasidah ini seperti kuih talam, namun ada bawang goreng di atasnya. 

#9. Bengkang tepung beras

11 Jenis Kuih Yang Selamat & Boleh Dimakan Ketika Dalam Pantang

Walau hebat mana pun kuih moden, ia tetap tidak mampu untuk melawan keenakan kuih tradisional yang tiada tandingannya. Seperti cara penyediaan kuih ini, beras dikisar supaya rasanya lebih enak dan cantik.

Warnanya putih bersih dan bahagian kerak paling sedap kerana crunchy serta manis.

#10. Kuih peneram

kuih muih

Kuih peneram merupakan sejenis kuih tradisional Melayu, berasal dari belah utara Malaysia. Ia sangat terkena dalam kalangan orang lama dan menjadi kesukaan generasi kini.

Bahan utamanya ialah gula merah dan tepung beras. Kuih ini elok gebu di dalam serta rasa rangup di luar. Bukan itu sahaja, ia juga tahan lama.

#11. Kuih ketayap

makanan orang pantang

Sekiranya anda ingin menikmati kuih ini, pastikan adunan tepung untuk membuat lempeng tersebut hanya menggunakan bahan asas seperti tepung gandum, air perahan daun pandan, gula dan garam sahaja.

Sumber: Sishawa

Kredit foto: Diana nasir, google

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Makanan ‘Sejuk’ Ini Jika Diambil Ibu Lepas Bersalin Akan Merana? 5 Tips Diet Seimbang Cepat Sihat Ketika Berpantang!

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Siti Nur Zuraikha Yaacob

  • halaman rumah
  • /
  • Berpantang
  • /
  • 11 Jenis Kuih Yang Selamat & Boleh Dimakan Ketika Dalam Pantang
Kongsikan:
  • Ibu Berdepan Kesukaran Mendapatkan Bahan-Bahan Kuih? Jom Semak Harga Murah Di Sini!

    Ibu Berdepan Kesukaran Mendapatkan Bahan-Bahan Kuih? Jom Semak Harga Murah Di Sini!

  • Biskut Raya Moden dan Tradisional Ini Didatangkan Dalam Set Yang Menarik, Jom Hadiahkan Buat yang Tersayang!

    Biskut Raya Moden dan Tradisional Ini Didatangkan Dalam Set Yang Menarik, Jom Hadiahkan Buat yang Tersayang!

  • Anak Baru Usia 4 Bulan, Ibu Tak Sedar Mengandung Lagi, Dapat Baby Kembar Pulak Tu!

    Anak Baru Usia 4 Bulan, Ibu Tak Sedar Mengandung Lagi, Dapat Baby Kembar Pulak Tu!

  • Budak Darjah 1 Duduk Asrama Terlalu Rindu Ibu Ayah, Dia Menangis Sampai Cium Dinding

    Budak Darjah 1 Duduk Asrama Terlalu Rindu Ibu Ayah, Dia Menangis Sampai Cium Dinding

app info
get app banner
  • Ibu Berdepan Kesukaran Mendapatkan Bahan-Bahan Kuih? Jom Semak Harga Murah Di Sini!

    Ibu Berdepan Kesukaran Mendapatkan Bahan-Bahan Kuih? Jom Semak Harga Murah Di Sini!

  • Biskut Raya Moden dan Tradisional Ini Didatangkan Dalam Set Yang Menarik, Jom Hadiahkan Buat yang Tersayang!

    Biskut Raya Moden dan Tradisional Ini Didatangkan Dalam Set Yang Menarik, Jom Hadiahkan Buat yang Tersayang!

  • Anak Baru Usia 4 Bulan, Ibu Tak Sedar Mengandung Lagi, Dapat Baby Kembar Pulak Tu!

    Anak Baru Usia 4 Bulan, Ibu Tak Sedar Mengandung Lagi, Dapat Baby Kembar Pulak Tu!

  • Budak Darjah 1 Duduk Asrama Terlalu Rindu Ibu Ayah, Dia Menangis Sampai Cium Dinding

    Budak Darjah 1 Duduk Asrama Terlalu Rindu Ibu Ayah, Dia Menangis Sampai Cium Dinding

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
    • Anak angkat
    • Kehamilan
    • Sebelum & Proses Bersalin
    • Perkahwinan & Seks
  • Bayi
    • Nama bayi
    • Perkembangan & Anak
    • Tip keibubapaan
    • Penyusuan & Pemakanan
  • Kesihatan
    • Senaman
    • Alahan & Sindrom
    • Penyakit
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Rumah
    • Kewangan
    • Percutian
    • Pertandingan & promosi
  • Banyak Lagi
    • TAP Komuniti
    • Beriklan Dengan Kami
    • Hubungi Kami
    • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2022. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

theAsianparent heart icon
Kami ingin menghantar anda pemberitahuan untuk berita terkini dan gaya hidup terkini.