Melalui tempoh selepas kelahiran bukanlah sesuatu yang mudah, lebih-lebih lagi jika ia adalah anak pertama. Antara salah satu hal paling penting dan kena jaga adalah makanan berpantang selepas bersalin.
Apa yang anda boleh baca dalam artikel ini?
- Menu makanan berpantang selepas bersalin yang sedap buatkan ibu tidak jemu
- Inspirasi menu makanan berpantang selepas bersalin yang sedap dan mudah
Makanan berkhasiat dapat memastikan tubuh ibu memiliki tenaga yang cukup ketika menguruskan anak kecil dan membolehkan luka bersalin cepat pulih.
Menu makanan berpantang selepas bersalin yang sedap buatkan ibu tidak jemu
Ada yang berpantang 30 hari dan ada juga berpantang sehingga 100 hari, ia adalah bergantung pada setiap ibu. Berbeza dengan zaman dahulu, kini makanan untuk orang berpantang diolah menjadikan lebih menarik dan sedap
Justeru nanti tidaklah ibu-ibu rasa bosan dan jemu bila dihidangkan dengan makanan sama setiap hari. Dalam satu pinggan, pastikan ia dilengkapi dengan karbohidrat, protein, vitamin dan serat dari sayur ataupun buah.
Menurut perkongsian oleh seorang ibu, Nor Fatihah Nawi, dia memuat naik beberapa gambar menu makanan berpantang selepas bersalin yang mudah dan sedap.
Salam sahabat alam maya. Sedikit perkongsian idea utk ibu2 tgh berpantang. Ni antara menu saya berpantang. Akhir2 pantang baru rasa nk amik gambar 
. Xsabar nak habis pantang tp xpernh jemu makan mcm ni. Sdp plak rasanya.
#1. Ikan selar
Cara penyediaan:
1. Letak garam dan kunyit (untuk lebih sedap)
2. Juga boleh gaulkan bersama garam, kunyit, serbuk lada hitam dan bawang putih
#2. Ayam
Cara penyediaan: Perap ayam bersama garam, serbuk cili, kunyit, serbuk lada hitam, halia dan bawang putih
#3. Daging
Cara penyediaan: Perap daging bersama garam, kunyit, bawang putih, ketumbar dan sedikit gula putih
Untuk memasak ketiga-tiga bahan ini, anda boleh memilih untuk menggunakan air fryer atau panggang sahaja di atas pan.
Inspirasi menu makanan berpantang selepas bersalin yang sedap dan mudah
Berikut kami kongsikan beberapa menu makanan berpantang sebagai inspirasi kepada anda!

Hidangan nasi putih, ayam bakar, sayur campur, buah oren, dan air teh

Nasi putih dimakan bersama sayur goreng, daging dan ikan bakar serta bawang goreng

Nasi putih bersama daging bakar, ikan goreng, sayur campur, sup kosong dan bawang goreng

Hidangan nasi putih, ikan goreng, ayam bakar, sayur campur serta epal merah

Makanan nasi putih, ayam bakar, sayur campur, buah oren dan hiasan bawang goreng

Ikan goreng, sayur goreng, epal merah, bawang goreng dimakan bersama nasi putih
Itu sahaja perkongsian kami kali ini. Semoga menjadi inspirasi buat ibu-ibu yang bakal atau sedang berpantang.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga: Senarai Menu Sarapan Pagi Untuk Ibu Berpantang Normal & Czer, Ibu Wajib Cuba
Baca juga: 10 Set Berpantang Popular di Malaysia, Anda Pilih Yang Mana Satu?
Baca juga: Pantang Makan Laksa Selepas Bersalin, Benarkah Ibu Berisiko Sakit Badan & Demam Urat?
Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!