Banyak yang bertanya set berpantang apa yang best dan popular untuk diamalkan selepas bersalin tapi sebelum itu, kenapa anda perlukan set berpantang?
Apa Itu Set Berpantang Set Bersalin?
Berpantang secara tradisional selalunya melibatkan penggunaan herba dan jamu. Prosesnya juga agak rumit kerana ia memerlukan penjagaan yang teliti dalam tempoh 44 hari buat ibu dan bayi bagi membantu ibu menjana kembali kekuatan fizikal, memperbaiki peredaran dalaman dan mendapatkan semula bentuk badan.
Ada yang berpendapat amalan berpantang secara tradisional hanya sesuai untuk golongan yang mempunyai kemampuan kewangan, mungkin ada benarnya juga pendapat itu.
Ini disebabkan rawatan asas dan bahan yang diperlukan adalah herba-herba tradisional, urutan, diet yang ketat serta penggunaan alatan bantuan seperti bengkung dan rawatan tungku panas, malah anda juga perlu mengupah individu berpengalaman (confinement lady) untuk menjaga dan menyediakan semua kelengkapan ini dalam tempoh tersebut. Sudah tentu ia memerlukan kos yang agak tinggi.
Namun pada hari ini anda tidak perlu lagi risau kerana sudah terdapat set berpantang yang lengkap dijual di pasaran pada harga yang berpatutan. Ibu boleh berpantang sendiri tanpa perlu mengupah confinement lady untuk menjaga di rumah.
Panduan Memilih Set Berpantang
Setiap pengeluar menawarkan set bersalin yang berbeza dari segi ramuan dan kelengkapan berpantang. Bagi yang ingin membeli set bersalin dan berpantang yang tersedia dalam kotak, terdapat beberapa panduan sebelum anda memilih set berpantang yang memenuhi keperluan anda.
1. Jenama
Terdapat beberapa jenama pilihan di pasaran yang menawarkan kelebihan dalam pek pembungkusan masing-masing. Sesetengah jenama yang ada sudah pun dikenali oleh pengguna.
Ada juga jenama baru yang agak asing di pasaran tetapi menawarkan kelebihan tersendiri yang anda boleh terokai. Pemilihan jenama adalah mengikut keselesaan dan kesesuaian pengguna.
2. Bajet
Bajet pengguna menjadi faktor penting dalam pemilihan set bersalin. Set yang mahal tidak bermakna ia lebih baik dari set bersalin dengan harga yang lebih rendah.
Pengguna perlu terlebih dahulu menentukan bajet yang diperuntukkan sepanjang tempoh berpantang.
3. Label
Penting bagi pengguna membaca label kandungan yang terdapat dalam sesuatu produk set bersalin. Ibu perlukan set berpantang yang bagus mengikut kriteria yang telah dimaktubkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia, KKM. Bahkan, ibu juga kena pastikan ia selamat dan halal digunakan.
Bagi pengguna yang membeli secara atas talian, pastikan penjual menyediakan maklumat yang lengkap bertepatan dengan label sebenar yang terdapat pada kotak pembungkusan supaya pengguna dapat memastikan sama ada kandungannya bersesuaian ataupun tidak.
4) Kuantiti - Kuantiti suatu set bersalin akan menentukan berapa kali penggunaan diperlukan. Jadi anda boleh membuat anggaran kuantiti set bersalin yang diperlukan sepanjang 44 hari tempoh berpantang tersebut. Dari sini juga anda boleh membuat anggaran kasar bajet yang diperlukan.
5) Testimoni pengguna - Lakukan tinjauan pengguna sebelum ibu memilih sesuatu jenama set bersalin. Ulasan, komen dan nasihat pengguna adalah berdasarkan kepada pengalaman pengguna itu sendiri. Ibu boleh membuat tinjauan sendiri melalui sumber internet.
8 Set Berpantang Dan Jamu Yang Popular Di Malaysia
Jadi untuk memudahkan para ibu, kami senaraikan 8 set berpantang yang terbaik di sini berserta jamu yang bagus untuk selepas bersalin.
[product-comparison-table title="Set Berpantang"]
Set Berpantang Terbaik Keseluruhan
NR atau dulu dikenali sebagai Nona Roguy merupakan set berpantang dan bersalin yang paling popular di Malaysia sejak dahulu lagi. Namun, harganya sedikit mahal tapi banyak kelebihan.
Dihasilkan daripada rumusan bahan tradisional daripada sumber alam semulajadi tumbuhan herba yang sesuai digunakan untuk ibu yang bersalin secara normal atau pembedahan, rangkaian herba NR diproses melalui penggunaan mesin-mesin yang termoden dengan taraf piawaian dan ketetapan yang telah ditentukan.
Kandungan set:
- Phytonatal - Ubat kapsul yang membantu mengatasi masalah kelesuan, imunisasi, kemurungan, dan membantu mengatasi masalah sembelit di kalangan para ibu selepas melahirkan sama ada secara normal ataupun ceaseran.
- NR Akar Herbanika - Mengandungi bahan antioksida yang akan menyingkirkan toksin daripada badan, dapat mengurangkan keletihan dan sakit-sakit sendi. Dibuat sebagai teh herba,biarkan ia suam atau suhu bilik, masukkan sedikit madu lebah untuk menyedapkan lagi rasa teh.
- NR Minyak Herbanika - Minyak urut untuk membantu melancarkan peraliran darah, menegangkan kulit, melegakan kembung, bengkak urat serta kekejangan otot dan sendi.
- NR Herbanika Lulur - Mandian dengan Lulur Herbanika, kulit anda akan kembali cantik, bersih dan parut pembedahan dapat dipudarkan semula.
- NR Herbanika Barut - Membantu anda menjalani pemecahan lemak bagi mengembalikan kelangsingan badan di bahagian utama seperti pinggang dan perut. Dipakai bersama barut.
- NR Uncang Cuci - Digunakan untuk cucian alat sulit wanita.
Apa yang kami suka :
- Set lengkap tersedia untuk luaran dan dalaman
- Jenama paling dipercayai sejak dahulu
- Reviu yang bagus dalam kalangan pengguna
Set Berpantang Terbaik Semua Kaum
Set berpantang Amway yang lengkap ini didatangkan dengan 11 barangan untuk melancarkan perjalanan anda sebagai ibu baru. Dari vitamin selepas bersalin sehingga produk memanjakan diri yang semula jadi sepenuhnya, set 11 barangan ini disediakan untuk kegunaan 44 hari bagi merangsang pemulihan dan menjaga ibu baru selepas melahirkan anak.
Set berpantang Amway ini adalah penyelesaian lengkap dan mudah dengan semua yang diperlukan oleh ibu baru. Persediaan minimum diperlukan kerana semua produk telah disukat dan sedia untuk digunakan.
Herba yang digunakan dalam semua produk dalam set berpantang Amway secara tradisional telah lama digunakan dan terbukti berkesan secara saintifik sebagai ekstrak herba terpiawai bahan-bahan aktif untuk memastikan kualiti dan kekonsistenan.
Kandungan set:
- Teh Herba Tropical Herbs - Membersihkan sistem dan diambil sebagai tonik untuk menenangkan ibu-ibu baru.
- Herba Lepas Bersalin 1 - Membantu memulihkan tenaga ibu yang menyusukan bayinya dan menggalakkan pengeluaran susu ibu.
- Herba Lepas Bersalin 2 - Membantu ibu baru mengembalikan bentuk badannya walaupun ketika menyusui anak.
- Sabun Skrub Herba - Dibuat daripada campuran herba yang sangat harum dan minyak pati oren manis untuk membersih dan menyegarkan badan serta menyental dan melicinkan kulit dengan lembut.
- Minyak Urut Halia - Dengan gabungan minyak terpilih yang semula jadi sepenuhnya dan juga minyak pati halia dan lavender yang membantu menghangatkan kulit, menjadikannya begitu licin dan lembut.
- Minyak Bayi & Minyak Kelapa Dara - Rumusan 100% semula jadi yang mengandungi Minyak Kelapa Dara, Cengkih dan Pudina yang menyamankan apabila disapu. Minyak ini dirumus khusus supaya selamat disapu pada bayi baru lahir dan kanak-kanak untuk membantu melegakan dan melindungi kulit mereka.
- Pembersih Herba Wanita Dengan Prebiotik & Manjakani - Rumusan termaju yang menggabungkan ekstrak prebiotik dan Daun Sirih, Pueraria Mirifica, Parameria Barbata dan Quescus Infectoria untuk membersih, mengharum dan menyegarkan kawasan intim anda.
- Campuran Herba Peramping - Kombinasi herba terpilih untuk membantu membersih dan menegangkan bahagian abdomen selepas melahirkan anak.
- Balm Pelembap Puting - Rumusan yang semula jadi sepenuhnya, selamat dan lembut untuk membantu melembapkan puting payudara dan mengurangkan kemungkinan ia kering atau merekah, Balm Pelembap Puting diseduh dengan Minyak Selasih dan Adas yang juga membantu memberi kelegaan.
- Semburan Penenang Campuran Bunga - Diperbuat daripada gabungan air bunga Mawar dan Lavender berkualiti tinggi yang menyegarkan dan dicampur dengan minyak pati terpilih untuk membantu anda rasa tenang dan nyaman.
- Bengkung
Apa yang kami suka :
- Tiada pewarna, perisa atau pengawet tiruan yang ditambah.
- Dengan penggunaan kapsul sayuran, produk dalam set ini sesuai untuk vegetarian, serta untuk semua kaum dan agama.
- Dibuat daripada pengilang herba yang bereputasi baik dengan pengalaman bertahun-tahun dalam pengeluaran produk berasaskan herba yang memenuhi kriteria untuk Amalan Pengilangan Baik (GMP).
Set Berpantang Terbaik Cara Moden
Tidak semua ibu serasi dengan set berpantang tradisional (jamu), mungkin ada juga antara anda yang tidak sempat untuk menghabiskan set pantang tradisional sejak melahirkan anak pertama disebabkan cara pengambilannya yang remeh atau pun produk yang diambil dirasakan tidak bersesuaian.
Lebih-lebih lagi untuk ibu yang bayinya mengalami jaundis (kuning) tidak boleh mengambil jamu kerana dikhuatiri isi kandungan tertentu yang akan melambatkan lagi hilangnya jaundis pada bayi tersebut.
Mujur sekarang sudah ada produk yang mudah dan berkesan iaitu set bersalin dan berpantang moden Shaklee. Ianya paling sesuai untuk ibu-ibu yang mementingkan kesihatan dalaman, berpantang sendiri serta menyusukan anak.
Bagi ibu yang memilih untuk berpantang cara moden, set ini amat disyorkan, bahkan ia turut disyorkan oleh beberapa pakar perubatan di Malaysia.
Malah harga set berpantang Shaklee ini sangat berpatutan dan boleh mengikut bajet masing-masing kerana produk ini tak kurang hebatnya seperti jenama yang lain juga.
Kandungan set:
- Susu Esp - Memberikan tenaga dan membina sel baru selepas bersalin. Ia juga membantu memekatkan susu ibu.
- Alfalfa - Bertindak sebagai jamu dan membantu mengeluarkan darah nifas keluar sepenuhnya. Sakit rengat selepas bersalin juga akan berkurangan dan juga membantu mengembalikan kesihatan rahim anda. Pengambilan alfalfa juga sebagai milkbooster.
- B complex - Bertindak untuk mengurangkan stress dan menstabilkan mood anda sepanjang tempoh berpantang.
- OmegaGuard - Membantu membakar lemak degil dan menurunkan berat badan anda kembali asal sebelum hamil.
- Vitalea - Sebagai multivitamin dan membekalkan tenaga yang mencukupi untuk anda. Hormon kembali normal dan stabil.
- Vitamin C - Membantu luka bersalin cepat sembuh, luka czer dan menguatkan imunisasi badan anda untuk mengelak dari jangkitan.
- Ostematrix - Melancarkan penghadaman dan mengelak dari sembelit. Ia juga membekalkan kalsium yg mencukupi untuk ibu, mengelak daripada kekejangan dan menguatkan sistem saraf, sendi dan otot ibu.
Apa yang kami suka :
- Mudah diamalkan kerana dalam bentuk pil suplemen dan minuman.
- Set ini boleh diamalkan meskipun selepas habis tempoh berpantang, jadi sangat jimat penggunaannya.
- Diperakui Halal oleh Islamic Services of America (ISA). ISA telah diiktiraf oleh Jakim.
Set Berpantang Terbaik Lengkap Ibu dan Anak
Mencari set berpantang ibu dan anak di satu tempat sahaja? Nah, ini set terbaik untuk anda. Set lengkap ini memudahkan ibu kerana terdapat semua keperluan penting ibu dan bayi termasuklah tungku dan bengkung.
Bukan itu sahaja, set ini juga mengumpulkan item-item penting sahaja jadi, ibu tidak akan membazir kerana semuanya akan digunakan ketika berpantang malah ada sesetengah item boleh digunakan selepas habis pantang.
Kandungan set:
- Sabun Pantang Herba - Membantu memberikan rasa tenang kepada ibu dalam pantang, membuang daki, membantu membuang angin, dan membantu melegakan urat.
- Krim Pilis - Meredakan pening kepala, mengelakkan angin naik ke kepala, melancarkan peredaran darah dan meredakan masalah loya atau alahan.
- Krim Param dan Krim Param Roll - Membantu melancarkan darah nifas, membantu melegakan badan daripada lenguh, serta membantu mengecutkan rahim (sapu param dan berbengkung)
- Minyak Urut Serbaguna - Memberi kelegaan jika sakit kepala dan mual, melegakan sakit sendi dan urat, dan melembutkan kulit.
- Bunjut Daun Serom - Digunakan sebagai mandian herba bagi menyegarkan tubuh badan dan menjaga urat-urat dalaman wanita.
- Bunjut Sepang Kederang - Diminum untuk membantu merawat luka bersalin, membantu melawaskan sistem penghadaman, dan membantu memberi kesegaran kepada badan.
- Jamu Herba Bersalin - Membantu membersihkan darah kotor, mengecutkan rahim selepas bersalin, menstabilkan hormon, membuang angin, dan melancarkan pengeluaran susu badan
- Bengkung Zap Super Cepat - Direka untuk ibu lepas bersalin normal dan czer, tidak panas dan memberi keselesaan kepada ibu. Hanya mengambil masa 1 minit untuk berbengkung sendiri, ibu juga mudah ke tandas meskipun perlu memakai bengkung!
- Minyak Telon Bayi AlRuqyah - Sebagai minyak urutan bayi bagi mengatasi masalah kembung perut, sembelit, selsema, dan batuk bayi.
- Tungku Bayi - Tungku bayi mempunyai lada hitam, habatussauda, tahi angin, halba. kedaun dan lada ekor untuk mengatasi masalah kembung perut bayi.
- Baby Hair Serum - Minyak yang dirumus khas yang mampu membantu menguatkan akar, menyihatkan dan membantu menyuburkan rambut bayi. Juga sesuai digunakan untuk semua peringkat umur.
Apa yang kami suka :
- Set lengkap ibu dan anak memudahkan ibu mencari keperluan ketika berpantang.
- Mendapat review yang bagus daripada kalangan ibu-ibu berpantang
- Ibu juga boleh menambah makanan berpantang kering bagi melengkapkan lagi set berpantang.
Set Berpantang Terbaik Harga Ekonomi
Jika anda mempunyai bajet yang kecil untuk set berpantang, Set Bersalin Afiat adalah pilihan terbaik anda. Dengan anggaran harga RM68 sahaja, anda akan mendapat keperluan lengkap berpantang terdiri daripada 10 item kegunaan dalaman dan luaran malah ada juga item untuk bayi.
Diproses secara tradisional untuk kegunaan lepas bersalin, set ini dikatakan mujarab untuk ibu-ibu yang mahukan penampilan sebelum bersalin namun diingatkan tidak culas mengamalkan jamu dan akar kayu seperti yang disyorkan.
Kandungan set:
- Bedak Hangat - Untuk memanaskan badan ibu selepas mandi.
- Minyak Afiat - Untuk sakit-sakit otot dan sendi.
- Pati Afiat Balm - Sapukan pada pusat bayi bagi mengeringkan tali pusat. Boleh disapu pada bahagian tubuh yang lain bagi mengekalkan kehalusan kulit.
- Barut - Untuk mengecutkan semula rahim disamping mengempiskan perut.
- Akar kayu periuk - Untuk menyegarkan badan, menambah tenaga & mengeluarkan darah kotor dengan baik.
- Pil Jamu - Untuk merangsang tenaga disamping menguatkan badan.
- Makjun Bawang Putih - Untuk dimakan selepas habis tempoh berpantang. Khasiatnya untuk menambahkan tenaga, melancarkan perjalanan darah serta mengecutkan tisu vagina.
- Gel Mandian Serai Wangi - Diadun khas dengan serai wangi yang bersifat aromatherapi untuk menyegarkan kulit badan. Khasiatnya sama dengan mandi lulur iaitu menaikkan seri wajah.
- Feminine Care - Campuran herba beraroma tea tree di dalamnya bertindak membersihkan bahagian sulit wanita, memberi lapisan perlindungan serta mengurangkan kegatalan dan melembapkan dengan mengekalkan pH yang seimbang.
Apa yang kami suka :
- Harganya mampu milik namun kualiti tetap diutamakan.
Set Berpantang Terbaik Moden & Praktikal
Dibuat berdasarkan rawatan tradisional orang Melayu, Cina dan Ayurveda, bahan-bahannya bersifat universal dan tidak terhad untuk sesetengah kaum saja, bahkah sesuai untuk semua rakyat Malaysia.
Sekalipun ramuannya dirumus secara tradisional menggunakan 100% bahan semula jadi, namun ia dipakejkan dalam bentuk yang moden, praktikal dan begitu mudah digunakan walaupun seseorang ibu berpantang sendiri di rumah.
Semua 10 produk yang disertakan dalam set bersalin boleh dikendalikan sendiri oleh ibu semasa berpantang tanpa melibatkan proses yang sukar seperti menumbuk, memasak, dan sebagainya.
Kandungan set :
- Herbal Bath - Mandian sesuai untuk menyegarkan ibu berpantang.
- Feminin Herbal Wash - Rebusan herba digunakan untuk mencuci luka ibu berpantang.
- Minyak Kelapa Dara (VCO) - Sesuai digunakan seawal kandungan 37 minggu sehingga hari bersalin untuk urutan kawasan prenium.
- Herbal Massage Oil - Minyak urutan dengan aroma spa menenangkan perasaan ibu berpantang.
- Boreh Body Scrub - Scrub yang menghaluskan kulit ibu & menanggalkan sel-sel kulit mati. Kulit lembut seperti bayi selepas ber spa di rumah sendiri.
- Brown Soap - Sabun beraroma herba untuk kegunaan harian ibu. Menanggalkan sel-sel kulit mati, selulit dan lain-lain.
- Herbal Tea - Minuman berherba untuk menghangatkan & menyegarkan ibu.
- Calming Herbal Blend - Pilis untuk disapu pada dahi ibu bagi mengeluarkan angin dari kepala.
- Firming Herbal Paste - Param yang sesuai disapu ke seluruh badan ibu terutama di kawasan perut bagi mengempiskan perut dan menganjalkan semula kulit perut uang meggeleber. Dipakai sebelum mengikat bengkung.
- Bengkung - Bengkung bertali untuk ikatan kemas di perut sehingga peha, menyokong tubuh badan ibu untuk bergerak dengan tertib & selesa semasa berpantang.
Apa yang kami suka :
- Boleh digunakan sejak hamil lagi. Memang jimat dan berbaloi, anda boleh menggunakan beberapa produk seperti Minyak Urut Herba dan Minyak Kelapa Dara semasa mengandung lagi.
- Berbau harum dan tidak meloyakan. Wangian ini bukanlah daripada aroma pewangi kimia, tetapi semuanya adalah daripada bahan semulajadi.
- Sesuai untuk ibu menyusu. Berbanding jamu, teh herba selamat untuk ibu menyusu kerana ia dirumus khas untuk menggalakkan aliran susu ibu. Tambahan pula, ia mempunyai kesan aromaterapi untuk menenangkan ibu-ibu. Jadi, anda tak perlu risau akan kesan sampingannya terhadap ibu menyusu mahupun bayi.
- Sesuai juga untuk ibu bersalin pembedahan.
- Boleh digunakan tanpa ragu-ragu kerana dsahkan selamat oleh Kementerian Kesihatan Malaysia serta turut mempunyai sijil Halal oleh Jakim.
Set Berpantang Terbaik Paling Lengkap
Mak Kuntum merupakan jenama barangan penjagaan ibu selepas bersalin yang tidak asing lagi dalm kalangan masyarakat di Malaysia kerana kualiti dan keberkesanan produk keluarannya. Produk penjagaan bayi dan ibu selepas bersalin Mak Kuntum dihasilkan mengikut resipi turun temurun bidan kampung tradisional bagi mengekalkan tradisi dan keasliannya.
Jenama Mak Kuntum telah mula bertapak sejak 12 tahun yang lalu secara perindustrian kecil-kecilan di kampung-kampung. Penghasilan produk Mak Kuntum mendapat sentuhan handmade bagi mengekalkan keaslian dan mutu pembuatannya.
Kini, produk Mak Kuntum kian mendapat perhatian ibu-ibu moden untuk berpantang secara tradisional dengan produk yang diinovasikan mengikut tren terkini dan disesuaikan penggunaannya mengikut cara hidup moden. Ia memberi pengalaman seperti berpantang di kampung secara tradisional, tanpa perlu bersusah payah mendapatkan rempah ratus dan daun-daun untuk kegunaan sepanjang tempoh berpantang.
Kandungan set :
- Jamu Mak Kuntum - Untuk melawaskan pembuangan, melancarkan darah
- Uncang Herba Piyok - Untuk memberikan tenaga dan melancarkan darah.
- Losyen Herba Boreh - Untuk disapu pada perut bagi membuang angin dalam badan (sesuai untuk berbengkung
- Balm Pilis - Untuk disapu pada dahi (elak masuk angin)
- Minyak Kuntum - Minyak urut (panas)
- Minyak Bayi - Minyak telon elak kembung pada bayi
- Sabun Susu Herba - Untuk mencerahkan kulit dan menghilangkan daki
- Akar Kayu Rempah Tangas - Untuk kegunaan bertangas bagi merawat alat sulit wanita
- Mandian Herba Mak Kuntum Rebus - Untuk menyegarkan badan
- Gel Mandian Herba - Untuk menyegarkan badan
- Sireh Lady - Pencuci alat sulit wanita
- Garlic Snack + Black Pepper - Makanan berpantang untuk membuang angin
- Kain Jerut Tangas/ Sauna - Untuk bertangas wap
- Besen Tangas Mak Kuntum - Untuk bertangas basah atau wap
- Tungku Besi
- Sarung Herba Tungku Besi
Apa yang kami suka :
- Set paling lengkap merangkumi penjagaan dalaman, kegunaan luaran, mandian, makanan pantang dan aksesori pantang bersalin.
- Harga yang sangat berpatutan
Set Berpantang Terbaik Ringkas dan Mudah
Set ini tidaklah dipenuhi dengan jamu-jamu kerana ada kalangan ibu-ibu moden mahukan set berpantang yang ringkas dan mudah.
Namun begitu, ia dapat membantu mengembalikan tenaga ibu bersalin dan turut berupaya mengecut dan menguatkan otot rahim yang lemah akibat proses kehamilan dan melahirkan anak selain membantu mengembalikan kelangsingan tubuh ibu dalam pantang.
Ia juga mampu membantu para ibu bersalin menguatkan sistem imunisasi bagi melindungi tubuh daripada serangan penyakit seterusnya menjadikan tubuh ibu lebih segar dan bertenaga.
Set ini juga membantu mempercepatkan pemulihan luka luaran dan dalaman, membuang angin dalam badan, meredakan kekejangan otot serta dapat meningkatkan keanjalan dan ketegangan kulit di samping menyegarkan tubuh badan dan memelihara kehalusan kulit sekaligus dapat mengembalikan keanggunan ibu dalam pantang bersalin.
Kandungan set :
- Seri lulur - Membersih, melembutkan dan memulihkan kulit yang elastik. Agar nampak cantik dan berseri.
- Seri pilis - Untuk melegakan sakit kepala, mata kabur dan ketegangan otot mata
- Seri susut - Disapukan pada perut ibu sebelum membengkung untuk mengempiskan perut
- Kapsul kacip fatimah - Memperkuatkan tubuh bersalin, sangat sesuai untuk mereka yang bersalin normal atau cesarean.
- Minyak telon - Digunakan untuk mengelakkan perut kembung untuk bayi
- Minyak gamat - Rawatan luka-luka dalaman dan pengecutan rahim. Sesuai juga untuk yang ceaseran, sebab banyak sangat luka. Minyak gamat ni memang bagus untuk mempercepatkan penyembuhan luka.
- Minyak merah - Mengurangkan sakit sendi, sakit belakang dan mengurangkan rasa sejuk di bahagian2 badan. Paling suka bila guna untuk urut, habis keluar angin-angin di badan.
- Ubat periuk - Merawat dan mengembalikan rahim dalam bentuk asal. membantu peredaran darah dan memulihkan sistem penghadaman
- Jeli gamat - Rawatan luka-luka dalaman dan pengecutan rahim
Apa yang kami suka :
- Mendapat kelulusan KKM, sijil halal Jakim dan kilang berstatus GMP.
- Jenama yang dipercayai sejak dahulu.
- Tidak banyak jamu yang perlu diambil, cukup sekadar produk luaran untuk membantu para ibu dalam tempoh berpantang.
3 Jamu Terbaik Untuk Wanita Lulus KKM
Kebiasaan dan selalunya ada stigma yang melihat jamu itu hanya untuk amalan bagi wanita selepas bersalin sedangkan khasiat semula jadinya itu bagus untuk semua wanita.
Malah jamu dicipta seiring dengan arus pemodenan khusus buat golongan wanita masa kini yang sibuk bekerjaya dan memilih jalan mudah untuk kekal bertenaga serta cantik. Kami senaraikan beberapa jenama jamu terbaik untuk wanita yang selamat dan lulus KKM!
Jamu Terbaik Membekalkan Tenaga Sepanjang Hari
Jamu Mutyara adalah jamu untuk wanita yang diekstrak dari bahan tradisional dan makanan sunnah untuk mengekalkan tenaga, serta membantu menjaga kesihatan dalaman dan luaran.
Jus Mutyara menggunakan resipi turun-temurun keluarga Tya Ariffin (Selebriti Indonesia-Malaysia yang juga Pengasas Jus Mutyara) dengan diolah rasanya dengan tambahan makanan sunnah seperti Kurma, Delima, Madu, Habatussauda selain campuran herba-herba asli superti Kunyit, Halia, Manjakani dan sebagainya.
Khasiat Jus Mutyara yang bukan sekadar jamu khusus untuk membantu para wanita menghilangkan rasa letih dan lesu, membekalkan tenaga sepanjang hari, meningkatkan stamina dan melancarkan sistem penghadaman.
Apa yang kami suka :
- Jus Mutyara adalah jamu yang sangat mudah pengambilannya dengan rasanya yang tidak pahit, namun ternyata akan keberkesanannya.
- Ianya boleh diamalkan seawal usia 16 tahun.
- Boleh diamalkan ketika menyusu bayi dan ketika pantang bersalin untuk mengecutkan rahim namun anak perlu bebas jaundice.
- Lulus KKM, mempunyai sijil Halal Jakim, dan mendapat pelbagai pengiktirafan seperti Superbrands dan The World's Best Brands.
Jamu Terbaik Sebagai Milk Booster
Jamu Tun Teja tercipta daripada semangat ramuan jamu Melayu tradisional yang telah di turunkan dari generasi ke generasi dan dipengaruhi oleh teknologi moden terkini untuk menghasilkan ramuan yang terbaik.
Mengandungi manjakani, akar serapat, acai berry, kulit kayu manis, halia bara, lada hitam, dan madu asli, jamu dalam bentuk sachet ini dapat menambah susu badan ibu, meningkatkan tenaga luaran dan dalaman, baik untuk kulit, membetulkan kitaran haid dan memberi kesihatan yang baik di bahagian intim.
Apa yang kami suka :
- Dalam bentuk sachet, mudah diminum. 1 sachet(20ml) sekali sehari sebelum sarapan pagi atau sebelum makan malam.
- Lulus KKM
- Boleh diambil ketika dalam pantang bersalin untuk menguatkan rahim dan otot vagina.
- Selamat untuk ibu menyusu malah boleh dijadikan sebagai milk booster.
Jamu Terbaik Membantu Merawat Keputihan Dan Masalah Intim Wanita
Jamu Jelita merupakan jenama induk dan salah satu peneraju utama di syarikat Herba Timur Sdn Bhd yang dikelola dan diteraju secara professional dan berpandu sepenuhnya pada produk dengan memberi penekanan yang sama terhadap R&D, Penyelidikan dan Pembangunan serta Jualan dan Pemasaran.
Lady White merupakan salah satu produk terkenal mereka yang dibuat khusus untuk wanita yang diperkaya dengan khasiat Pueraria Mirifica, Lobata, Kacip Fatimah, Manjakani, Gingko Biloba dan Serapat untuk kesihatan dan dalaman.
Dapat meningkatkan tahap kesihatan kaum wanita secara menyeluruh, jamu ini juga embantu merawat masalah keputihan, ketegangan otot serta kitaran haid yang tidak stabil dan membantu mengecutkan tisu faraj.
Apa yang kami suka :
- Menerima pengiktirafan di peringkat Asia Pasifik sebagai Super Health Brand.
- Mengekalkan keanggunan dan keremajaan dari dalam.
- Memelihara kecantikan kulit, meningkatkan kecerahan kulit secara semulajadi, membantu menganjal dan menegangkan kulit dan nelambatkan proses penuaan.
Perbandingan Harga Set Berpantang Yang Popular Di Malaysia
Jenama Set Pantang Bersalin |
Harga |
NR - Nona Roguy |
RM329.00 |
Amway Tropical Herbs Post Natal Care |
RM324.38 |
Shaklee |
RM551.00 |
Ummialya |
RM305.00 |
Afiat |
RM68.89 |
Tanamera |
RM299.00 |
Mak Kuntum |
RM300.00 |
Orang Kampung |
RM129.00 |
Jenama Jamu Wanita |
Harga |
Jamu Mutyara |
RM88.00 |
Jamu Tun Teja |
RM88.00 |
Jamu Jelita Lady White |
RM22.48 |
Walau apa pun kaedah berpantang yang dipilih, tujuan utama berpantang selepas bersalin untuk mengembalikan bentuk badan asal, memulihkan organ pembiakan dan peranakan wanita dan menyembuhkan luka dalaman.
Kesimpulannya, ia terletak di tangan anda untuk pilih set bersalin yang sesuai, murah dan pakej lengkap. Semoga artikel ini bermanfaat untuk ibu semua.
Nota Editor: Setiap item dan harganya adalah terkini pada masa artikel ini dikeluarkan. Walau bagaimanapun, mana-mana item boleh jadi ketiadaan stok atau harganya berbeza pada masa akan datang.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga: Jamu selepas bersalin: 5 bahan asas dan khasiat yang para ibu perlu tahu
Baca juga: 9 Pantang Larang Selepas Bersalin, Jika Ibu Tidak Ikut Boleh Mudaratkan Diri & Bayi!
Baca juga: Pantang Bersalin Ini WAJIB Diikuti Ibu Baru Demi Menjaga Kesihatan Berpanjangan