10 perkara anda perlu tahu sebelum beli set bersalin atau set berpantang terbaik

lead image

Set bersalin akan digunakan semasa ibu-ibu dalam tempoh berpantang nanti. Tapi tahukah anda apa yang anda perlu tahu sebelum membeli set berpantang ini?

Semasa hamil, selain sibuk membuat persiapan untuk menerima kehadiran cahaya mata, ibu-ibu juga akan sibuk mencari set bersalin atau set berpantang yang terbaik.

Set bersalin atau juga dikenali sebagai set berpantang adalah penting kerana set ini akan digunakan semasa ibu-ibu berada dalam tempoh berpantang nanti. Tapi pernahkah anda terfikir, apa yang anda perlu tahu sebelum membeli set bersalin/berpantang ini?

Kami di theAsianparent Malaysia hari ini ingin berkongsi tentang 10 perkara yang anda perlu tahu sebelum membeli set bersalin/set berpantang agar anda boleh memilih set yang terbaik. Mari lihat panduan kami ini:

10 perkara sebelum ibu pilih set bersalin terbaik:

1. Jenama set bersalin apa yang nak diguna?

set berpantang, pantang, set bersalin, bersalin, penjagaan berpantang, penjagaan selepas bersalin, berpantang sihat, set, beli, hamil, selepas bersalin, penjagaan seleps bersalin, tip, apa, tip sebelum bersalin, tip berpantang, set bersalin terbaik, set berpantang terbaik

Gambar hiasan ehsna aida sue

Adakah anda sudah terbiasa dengan sesuatu jenama? Jika ya, cuba semak sekiranya jenama tersebut mempunyai set bersalin atau set berpantang yang sesuai untuk anda gunakan nanti.

Antara jenama set bersalin/berpantang yang kerap menjadi pilihan ialah Nona Roguy, Tanamera dan Mustika Ratu.

2. Bajet anda

Seperti barangan bayi, set bersalin juga mempunyai banyak jenis. Jadi, sebelum anda membuat keputusan untuk membeli, tetapkan dahulu bajet anda.

Apabila anda sudah mempunyai bajet, barulah anda boleh mula buat survey dan pilih set bersalin terbaik untuk anda.

3. Pandangan orang yang pernah membeli

Jika anda sudah mempunyai penjaga waktu pantang atau tukang urut semasa pantang, cuba dapatkan pandangan mereka mengenai set bersalin atau set berpantang terbaik yang sesuai untuk anda.

Atau, dapatkan pendapat kawan-kawan yang sudah menggunakan set-set ini. Tetapi harus diingat, badan kita tidak sama seperti orang lain, jadi janganlah ikut bulat-bulat pandangan orang.

Penting untuk anda melakukan perkara nombor #4 ini pula untuk memilih set bersalin terbaik.

4. Semak label set bersalin itu!

set berpantang, pantang, set bersalin, bersalin, penjagaan berpantang, penjagaan selepas bersalin, berpantang sihat, set, beli, hamil, selepas bersalin, penjagaan seleps bersalin, tip, apa, tip sebelum bersalin, tip berpantang, set bersalin terbaik, set berpantang terbaik

Gambar hiasan

Sekiranya anda sudah mempunyai jenama yang berkenan untuk beli, cuma semak label sekiranya bahan yang digunakan sesuai untuk anda.

Terdapat sesetengah orang mempunyai alergi terhadap sesetengah bahan. Jadi, lebih baik anda berhati-hati dengan apa yang anda bakal guna, sebelum masalah di kemudian hari.

5. Mahu beli di mana set berpantang itu?

Ada orang suka membeli dari kedai fizikal tetapi ada juga yang lebih suka membeli di atas talian.

Apa pun pilihan anda, pastikan anda membeli dari mereka yang diiktiraf dan mampu memberi konsultasi kepada anda.

6. Bandingkan set berpantang di antara satu sama lain – apa beza mereka ada?

Sekiranya anda mempunyai beberapa tempat dan jenama yang anda berminat untuk membeli set berpantang, bandingkan mereka. Dari segi harga, konsultasi dan apa yang mereka tawarkan.

7. Apa yang anda perlu dalam set bersalin terbaik?

set berpantang, pantang, set bersalin, bersalin, penjagaan berpantang, penjagaan selepas bersalin, berpantang sihat, set, beli, hamil, selepas bersalin, penjagaan seleps bersalin, tip, apa, tip sebelum bersalin, tip berpantang, set bersalin terbaik, set berpantang terbaik

Gambar hiasan

Bukan semua benda di dalam set berpantang diperlukan anda. Sebab itulah penting untuk anda mendapatkan pendapat dahulu dan senaraikan apa yang perlu anda beli.

Anda sudah tentu tidak mahu membazir membeli sesuatu yang tidak akan digunakan.

8. Set bersalin itu datang dalam pakej atau berasingan?

Kebanyakkan set berpantang dijual di dalam bentuk set. Namun ia tidak terkecuali dijual secara berasingan.

Setelah mengenal pasti apa yang anda perlukan, bolehlah anda membuat keputusan sama ada memilih untuk membeli pakej atau berasingan.

9. Kuantiti

set berpantang, pantang, set bersalin, bersalin, penjagaan berpantang, penjagaan selepas bersalin, berpantang sihat, set, beli, hamil, selepas bersalin, penjagaan seleps bersalin, tip, apa, tip sebelum bersalin, tip berpantang, set bersalin terbaik, set berpantang terbaik

Gambar sekadar hiasan

Memang melihat pakej-pakej yang disediakan terasa seperti lebih berbaloi. Namun fikir dahulu, berapa lama anda akan menggunakan produk di dalam set berpantang ini?

Jika hanya seketika, elakkan membeli di dalam kuantiti yang banyak untuk mengelakkan pembaziran.

10. Tarikh luput set berpantang

Pastikan anda tidak membeli set berpantang yang sudah terlalu dekat tarikh luputkan. Semak maklumat ini sebelum membeli.

Adakah anda pernah membeli set berpantang? Kongsikan tip anda sebelum membeli set berpantang.

 

 

 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Kredit gambar: SirapLimau

Baca juga:

25 set makanan berpantang yang ibu boleh cuba di rumah

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

Penulis

Aqma

app info
get app banner