Wanita yang baru lepas bersalin kebiasaannya akan berusaha menjaga kesihatan diri dengan mematuhi amalan semasa berpantang sebagaimana yang disarankan oleh budaya mereka termasuk elak makanan ‘sejuk’.
Kebanyakan budaya mengakui kemungkinan berlakunya kerosakan kepada tubuh wanita berikutan daripada proses mengandung dan bersalin yang perlu diperbetul, dijaga dan dicegah supaya tubuh dapat kembali kepada keadaan asal.
Ini termasuk proses pemulihan akibat kehilangan darah semasa bersalin, pengecutan rahim, keseimbangan hormon, ketegangan urat saraf semasa proses bersalin dan kehilangan tenaga semasa proses bersalin.
Makanan ‘sejuk’ bahaya untuk wanita lepas bersalin?
Kredit: Freepik
Sayur-sayuran dan buah-buahan seperti kangkung, petola, terung, timun, tembikai dan pisang dianggap ’sejuk’ dan tidak boleh diambil oleh ibu dalam pantang.
Mengelakkan makanan sejuk dikatakan dapat membantu melancarkan pengaliran darah dan melambatkan proses pemulihan. Makanan sejuk menyebabkan kembung perut, kejang otot dan sakit-sakit badan.
Bagaimanapun, tiada kajian saintifik yang dapat membuktikan bahawa mengelak makanan sejuk memberi sebarang faedah kepada kesihatan ibu dalam pantang.
Pengambilan sayur-sayuran dan buah-buahan amat penting sebagai sumber vitamin, mineral, fitokimia dan serat.
Serat amat penting untuk melancarkan pembuangan najis bagi mencegah masalah sembelit yang sering kali dialami oleh ibu yang baru bersalin.
Malaysia kaya dengan kepelbagaian sayur dan buah. Oleh yang demikian, ibu dalam pantang boleh memilih sayur dan buah yang tidak dianggap sebagai ’sejuk’ untuk memastikan keperluan harian buah dan sayur dapat penuhi.
Contohnya sawi hijau, bayam, kucai, ulam-ulaman seperti pegaga, daun cekur dan ulam raja. Selain itu buah-buahan oren dan betik juga elok diambil.
Makanan sejuk buat sakit sendi?
Menurut Dr Zubaidi Ahmad, sakit pada sendi selepas melahirkan anak sebenarnya kerap berlaku. Ini disebabkan ketika hamil, tubuh wanita mengeluarkan hormon relaxin yang berfungsi bagi melonggarkan sendi dan ligamen. Ia bertujuan agar tulang pelvis mudah dilonggar supaya jalan untuk bersalin dapat diperbesarkan.
Ligamen yang longgar ini menyebabkan sendi menjadi sakit apabila digerakkan dan selalunya mengambil masa beberapa bulan sebelum sembuh seperti keadaan sebelum hamil.
Jika keadaan berlarutan selepas tiga bulan, dapatkan pemeriksaan doktor. Suplemen seperti kalsium dan glucosamine tidak membantu dalam hal ini, jadi berjumlah doktor anda.
Tips diet seimbang pulihkan tenaga ibu dengan cepat
Kredit: iStock
#1. Jangan makan ubi-ubian?
Ibu dalam pantang tidak dibenarkan makan makanan daripada jenis ubi-ubian seperti keledek, keladi dan ubi kayu kerana makanan ini dipercayai mengganggu proses pencernaan dan menyebabkan ibu kembung perut. Adakah ia benar?
Ubi-ubian merupakan makanan bijirin yang membekalkan karbohidrat sebagai sumber tenaga.
Jika ibu tidak boleh mengambil ubi-ubian semasa dalam pantang, ibu boleh mengambil makanan gantian daripada kumpulan bijirin yang lain seperti nasi sebagai sumber karbohidrat dalam diet ibu.
#2. Pentingnya sayur-sayuran dan buah-buahan
Sayur-sayuran dan buah-buahan diketahui sumber vitamin, mineral, fitokimia dan serat yang paling bagus untuk ibu lepas bersalin.
Makanan ni penting kerana masalah paling biasa dialami ibu lepas bersalin adalah sembelit dan serat dari makanan ini penting untuk melancarkan pembuangan.
#3. Ikan, ayam dan telur adalah ‘bisa’?
Beberapa jenis ikan, ayam, telur dan beberapa jenis buah-buahan seperti nenas dianggap sebagai ’bisa’ dan ’tajam’. Makanan berbisa dikatakan boleh melambatkan penyembuhan luka bersalin serta boleh menyebabkan pendarahan bagi ibu dalam pantang.
Bagaimanapun, makanan ini merupakan sumber baik bagi protein, vitamin dan garam mineral.
Ibu dalam pantang perlu mengambil secukupnya makanan sumber protein seperti ikan, ayam dan telur. Cubalah dulu, jika tidak kena dengan anda, boleh beralih kepada sumber lain.
#4. Kekacang sumber protein yang baik
Sumber protein amat penting untuk memulihkan luka akibat bersalin sama ada luka faraj atau pembedahan. Salah satu fungsi protein adalah pembentukan tisu-tisu badan yang membantu luka untuk sembuh.
Kekacang juga merupakan sumber serat yang baik. Ibu selepas bersalin memerlukan banyak protein.
Oleh itu, elakkan amalan hanya mengambil ikan kering semasa berpantang kerana ini boleh memudaratkan kesihatan.
Pastikan diet harian ibu mengandungi sumber makanan daripada kumpulan ini.
#5. Ibu dalam pantang tidak boleh minum air?
Mitos ibu dalam pantang tidak boleh minum air dengan banyak kerana dipercayai boleh menyebabkan urat saraf menjadi kembang adalah tidak benar.
Sedangkan golongan ini perlu minum air secukupnya iaitu dalam 6-8 gelas sehari.
Ibu-ibu dalam pantang digalakkkan untuk minum air kerana air penting untuk memulihkan kecergasan badan, keseimbangan elektrolit dan mengawal suhu badan.
Semoga bermanfaat.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga: 7 Kategori Makanan Yang Boleh & Tak Boleh Diamalkan Ketika Berpantang
Baca juga: Senarai lengkap buah apa yang boleh dan tak boleh dimakan masa pantang
Baca juga: Resepi Berpantang 44 hari Yang Sedap & Mudah Dimasak Untuk Ibu Selepas Bersalin
Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!