Morning sickness atau alahan mengandung yang dialami oleh sesetengah wanita memang amat meletihkan. Dengan perubahan hormon dalam badan, morning sickness yang dialami ini kadangkala membuatkan seseorang wanita hamil itu hampir berputus asa, tapi jangan bimbang ibu boleh cuba cara hilangkan rasa nak muntah dengan makanan ini.
Dengan mual, pening kepala, berselera nak makan tapi bila makan terus muntah, bau makanan pun tidak boleh sudah pasti perkara ini sedikit sebanyak mendatangkan tekanan kepada ibu hamil.
Mahu tidak mahu, bayi yang dikandung mesti mendapat khasiat dan nutrien mencukupi, jadi ibu hamil dan pasangan perlu memikirkan jalan supaya terus mendapat khasiat makanan walaupun kadang kala selepas makan ia akan terus dimuntahkan begitu saja.
Cara Hilangkan Rasa Nak Muntah Akibat Morning Sickness
Seperti dikongsikan pengguna Facebook, Mohd Farhan Zakaria, yang dikongikan di Mingguan Wanita, isterinya pernah mengalami keguguran sebelum ini dan morning sickness atau alahan mengandung yang sangat teruk.
Jadi untuk kehamilan yang seterusnya ini, dia mengambil inisiatif membelikan lima makanan wajib ini setiap bulan dan adalah wajib untuk isterinya makan setiap hari.
“Muntah ini memang setiap hari selama tiga bulan pertama. Makan je muntah. So saya gantikan dengan snek ini. Dia okay sikit”
Makanan Boleh Kurangkan Morning Sickness Ibu Hamil
Ini perkongsian Mohd Farhan mengenai makanan wajib sepanjang isterinya mengandung yang terbukti boleh mengurangkan morning sickness ibu hamul itu.
Sepanjang isteri saya mengandung, saya dah tetapkan makanan tambahan yang wajib dia habiskan dalam masa 1 minggu.
Biasanya saya akan beli makanan ni pada setiap hari Jumaat. Tak susah sebenarnya nak cari makanan ni. Boleh cari di masjid atau di supermarket.
Setiap minggu saya akan habiskan sekitar Rm30-40 untuk beli kesemua makanan ni. Saya selalu cakap pada wife, ” Sayang kena habiskan semua ni dalam masa 1 minggu,kesian baby kalau tak habis kan ”
Tips dan teknik ni saya dapat dari abg dan kakak ipar saya. Kesannya adalah saya tengok pada anak – anak dan kakak ipar. Anak anak nampak cerdik dan mudah belajar. Kakak ipar plak nampak macam bukan orang mengandung. Steady je.haha
Jadi apa salahnya saya kongsikan antara 5 makanan yang saya beli dan khasiatnya sekali.
1. Kurma
Kurma mengandungi glukosa yang sangat banyak dan baik untuk tubuh. Kandungan glukosa inilah yang memberikan tenaga pada tubuh. Kurma dapat meningkatkan dan menambah tenaga dalam tubuh terutama untuk ibu hamil untuk melakukan aktiviti harian.
Jadi tidak hairanlah jika berpuasa kurma menjadi antara makanan wajib untuk diambil kerana ia menambah tenaga dalam tubuh badan manusia.
2. Kismis
Buah kismis dapat meningkatkan kesihatan mata kepada baby. Kismis juga kaya dengan kalsium yang boleh mendukung perkembangan tulang baby. Selain itu, ketika mengandung bayi akan menyerap kalsium daripada ibu justeru ibu perlu memastikan kadar kalsium dalam badan adalah tinggi.
3. Buah tin
Untuk menghilangkan morning sickness pada si ibu, buah tin ini sangat membantu. Buah tin ini mengandungi vitamin B6 yang sangat tinggi. Cuba dulu, mungkin ia akan membantu mengurangkan loya dialami ibu hamil yang sering kali membuatkan mereka memuntahkan semula makanan yang dimakan.
4. Kacang cerdik, pistachio
Apa yang saya tahu, kacang cerdik ni sangat penting untuk awal kehamilan . Kacang cerdik ini dapat membantu pembesaran janin yang sihat dan otak anak akan menjadi cergas dan cerdas. Sapa tak mau anak yang bijak kan! hehe
5. Buat aprikot
Aprikot adalah buah yang sedap dan mengandungi vitamin A, C, E, Kalsium ,Zat Besi dan Kalium.Aprikot adalah sumber makanan yang kaya dengan zat besi, yaitu zat yang sangat penting untuk mencegah anemia. Tapi jangan terlalu banyak Cukup 2- 4 biji sehari dan seminggu 3 kali sahaja.
Dalam pada itu, beliau turut menasihatkan ibu hamil supaya mengelak daripada minum air bikarbonat kerana berdasarkan pengalaman dia dan isterinya, isterinya alami keguguran selepas minum air jenis berkenaan.
Cara Hilangkan Rasa Nak Muntah Dengan Jenis Makanan Dan Minuman Lain Yang Bagus Untuk Morning Sickness
Selain daripada makanan yang dikongsikan di atas, terdapat banyak lagi jenis makanan dan minuman yang bagus untuk ibu hamil ambil jika mengalami morning sickness yang teruk. Sekurang-kurang ada banyak pilihan untuk ibu hamil sebab setiap orang lain citarasanya bukan?
Kekal hidrat adalah kunci kepada menyelesakan perut anda dan kembali menghidrat tubuh anda selepas muntah. Sementara air selalunya menjadi pilihan terbaik, sebenarnya teh herba yang selamat untuk ibu hamil (seperti raspberi merah, lemon, spearmint, peppermint, pic dan bunga chamomile) juga boleh menyediakan beberapa kelebihan dalam melegakan rasa mual akibat morning sickness.
Ambil beberapa teguk kecil untuk menghilangkan mual. Adakah kehangatannya terlalu aromatik? Cuba dinginkannya dan tambah sedikit ais untuk perubahan yang cukup menyegarkan.
Kebanyakkan ibu hamil boleh makan sebiji buah pisang dalam melawan morning sickness, terima kasih kepada kandungan vitamin B6 di dalam buah ini. Buah yang mengurangkan rasa mual ini juga menyediakan nutrisi dan potassium untuk refuel semula tubuh hamil ibu.
Jika anda mengalami morning sickness yang teruk, pastikan anda mempunyai buah lemon di rumah atau di dalam beg. Hidunya, perahnya ke dalam air, atau jilat sehiris lemon – aroma dan rasanya yang menyegarkan boleh menenangkan perut anda kita rasa mual itu naik.
Jus perahan lemon yang juga terjual siap di pasaraya juga boleh membantu, jadi simpan di dalam beg anda sebelum keluar dari rumah untuk pergi bekerja atau ke mana sahaja.
Walaupun sains masih lagi tiada kata putus akan keselamatan pengambilan buah lemon dalam amaun yang banyak ketika hamil, terdapat bukti yang mana menghidu buah lemon bukan hanya selamat, tetapi juga efektif untuk menghentikan rasa mual yang mula mendadak naik.
Pada tahun 2014, pengkaji mendapati yang menghidu aromaterapi lemon mempunyai impak statistik yang signifikan dalam menurunkan rasa mual di kalangan ibu hamil.
Diharapkan yang artikel ini dapat membantu ibu hamil di luar sana yang mengalami masalah morning sickness yang teruk.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga: Loya Sepanjang Hari? Cuba Cara Ini Bagi Menghilangkan Rasa Mual Saat Hamil!
Baca juga: Minum Teh Berkhasiat Antara Cara Hilangkan Loya Mengandung, Buat Sendiri Pun Boleh!
Baca juga: Tanda Hamil 1 Minggu Selain Rasa Mual & Pening, 15 Gejala Ini Ramai Ibu Tidak Sedar!
Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!