X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
  • COVID-19
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Perkembangan Anak
    • Bayi
    • Kanak-Kanak
    • Prasekolah
    • Kids
    • Remaja
  • Keibubapaan
    • Drypers
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beli-Belah

Loya Sepanjang Hari? Cuba Cara Ini Bagi Menghilangkan Rasa Mual Saat Hamil!

Rasa mual dan muntah seringkali berlaku semasa kehamilan, menyebabkan aktiviti seharian ibu hamil terganggu.

Kehamilan merupakan sesuatu yang menggembirakan namun apabila wanita mula mengalami mual dan loya, bermulalah satu pengalaman yang 'tak seronok' pula. Bila hal ini terjadi, ramai yang mencari solusi bagi menghilangkan rasa mual saat hamil sama ada dengan melakukan aktiviti fizikal atau mengubah cara pemakanan.

Menurut Dr Marjorie Greenfield, pakar OBGYN dan pengarang The Working Woman's Pregnancy Book, kira-kira 70% wanita mengalami loya pada awal kehamilan dan sekitar 50 peratus mengalami muntah.

"Ini sangat umum, tetapi juga sangat bervariasi. Banyak orang akan rasa mual sepanjang hari, ada yang sakit kebanyakannya pada waktu malam, dan yang lain sakit jika mereka tidak cukup tidur," kata Greenfield.

Isi kandungan:

  • Menghilangkan Rasa Mual Saat Hamil Dengan Cara Semulajadi

  • 4 Produk Yang Boleh Menghilangkan Mual Saat Hamil

    • Sea-Band Mama! Anti-Nausea Acupressure Wristband 

    • Morning Sickness Blend 60 Liquid Capsules By Motherlove

    • Sea-Band Mama! Essential Oil Calming Aromatherapy Rolette 

    • Mama's Morning Sickness Therapy Inhaler 

  •  Perbandingan Harga 

  • Tips Merawat Morning Sickness Dari Menjadi Lebih Teruk Melalui Pemakanan

Menghilangkan Rasa Mual Saat Hamil Dengan Cara Semulajadi

Loya Sepanjang Hari? Cuba Cara Ini Bagi Menghilangkan Rasa Mual Saat Hamil!

Ibu boleh mencuba rawat morning sickness saat hamil dengan pelbagai cara, jadi apa kata cuba beberapa tips seperti di bawah:

  • Hidu bau segar seperti bau-bauan lemon, elakkan bau yang busuk atau terlalu kuat kerana ini boleh menyebabkan rasa mual semakin menjadi-jadi!
  • Cari makanan yang sesuai dengan selera Bila hamil, selera makan mungkin akan menurun. Jadi tidak semua makanan akan sesuai dengan selera, dan boleh menyebabkan mual.
  • Kurangkan menghadap skrin Skrin komputer yang terang dan kesan strob yang tidak dapat dikesan boleh membuat anda lebih mual. Untuk mengatasinya, cuba sesuaikan skrin anda untuk mengurangkan ketegangan mata.
  • Alih perhatian Cuba lakukan aktiviti lain seperti membaca, membuat sudoku atau berjalan-jalan bagi menghilangkan fokus anda pada mual tersebut.
  • Jelaskan pada pasangan sekiranya anda berasa mual terhadap beberapa produk di rumah. Jangan diam saja, jika tidak masalah ini takkan selesai!
  • Berbaring Jika ibu tidak tahan lagi, baring sahaja untuk berehat ya.

4 Produk Yang Boleh Menghilangkan Rasa Mual Saat Hamil

Jika tips di atas tidak berkesan atau ibu perlukan penyelesaian segera, ibu boleh cuba beberapa produk bagi menghilangkan rasa tidak selesa ini. Berikut merupakan beberapa pilihan kami di theAsianparent:

#1 Sea-Band Mama! Anti-Nausea Acupressure Wristband 

menghilangkan rasa mual saat hamil

Kenapa produk ini menarik?

Sea-Band adalah band pergelangan tangan akupresur yang terbukti secara klinikal untuk melegakan dan merawat morning sickness serta mual di samping membantu dengan mual semasa pra pembedahan dan kemoterapi.

Produk ini berfungsi dengan memberi tekanan pada titik akupresur Nei-Kuan pada setiap pergelangan tangan dengan menggunakan jongkong plastik yang berfungsi untuk mengembalikan keseimbangan dalam badan.

Tiada kesan sampingan yang berkaitan dengan produk yang diuji secara klinikal ini.  Sea-Band berfungsi dengan segera dan boleh dipakai setiap kali ibu merasa mual.

Apa yang kami suka?

  • Bantu menenangkan perut semasa mengandung.
  • Penyelesaian bebas ubat yang berkesan dan semula jadi untuk kebanyakan jenis loya.
  • Terbukti dapat melegakan loya dan muntah.
  • Bekerja dengan segera & boleh dipakai setiap kali anda merasa mual. Ubat semula jadi, boleh digunakan semula & tidak mengantuk tanpa ubat atau kesan sampingan.
  • Pilihan semula jadi

Sea-Band Mama! Anti-Nausea Acupressure Wristband 

product imageBeli di Shopee

#2 Morning Sickness Blend 60 Liquid Capsules By Motherlove

loya semasa hamil

Kenapa produk ini menarik?

Kapsul vegan tanpa herba ini  dapat mengatasi mual dan pencernaan yang berkaitan dengan kehamilan. Sangat berguna pada trimester pertama dan ketiga, apabila rasa mual dan gangguan pencernaan berada pada puncaknya.

Herba yang menenangkan perut dengan halia, pudina, raspberry merah, balsem lemon, dan marshmallow untuk memberi kelegaan kepada morning sickness, gangguan pencernaan, dan loya.

Apa yang kami suka?

  • Non-GMO
  • Makanan tambahan berasaskan herba
  • Bebas gluten dan vegan
  • Bebas kekejaman
  • Melegakan loya pada bila-bila masa
  • Memudahkan penghadaman

Morning Sickness Blend 60 Liquid Capsules By Motherlove

product imageBeli di Shopee
product imageBeli di Lazada

#3 Sea-Band Mama! Essential Oil Calming Aromatherapy Rolette 

menghilangkan rasa mual saat hamil

Kenapa produk ini menarik?

Rollet Sea-Mama yang berukuran poket ini mengandungi campuran minyak pati buatan tangan. Dengan gabungan aroma semual jadi, ia bertindak untuk menenangkan dan menyegarkan tubuh ketika kehamilan.

Dengan saiznya yang comel, mudah untuk ibu membawanya ke mana-mana, hanya perlu meletakkan di dalam tas tangan atau poket sahaja!

Apa yang kami suka?

  • Bersaiz poket
  • Campuran minyak pati yang menenangkan untuk menenangkan perut anda serta melegakan sakit perut, dengan halia, permen, dan kapur.
  • Ubat herba semula jadi
  • Tiada ubat atau kesan sampingan

Sea-Band Mama! Essential Oil Calming Aromatherapy Rolette

product imageBeli di Shopee
product imageBeli di Lazada

#4 Mama's Morning Sickness Therapy Inhaler 

Loya Sepanjang Hari? Cuba Cara Ini Bagi Menghilangkan Rasa Mual Saat Hamil!

Kenapa produk ini menarik?

Mama's Morning Sickness Inhaler menggunakan bahan-bahan semula jadi seperti minyak kelapa dan campuran minyak pati seperti lemon, peppermint, minyak halia, spearmint, orange, mandarin dan lavender.

Lavender adalah rawatan aromaterapi yang sangat baik yang mendorong ketenangan dan menghilangkan rasa stress terutamanya semasa proses bersalin.

Apa yang kami suka?

  • Melegakan simptom mual ketika hamil, mual ketika dalam kereta, ketidakcernaan perut, perut tidak selesa, refluks, pedih ulu hati dan mabuk laut.
  • Saiz padat
  • Kandungan minyak pati halia adalah salah satu ubat semula jadi terbaik untuk kolik, pencernaan, cirit-birit, kekejangan dan sakit perut. Minyak halia juga berkesan sebagai ubat semula jadi mual dan untuk merawat muntah.
  • Kandungan minyak lemon, oren, mandarin, spearmint dan peppermint juga dikenali sebagai penenang perut dan merupakan antiseptik yang sangat baik

Mama's Morning Sickness Therapy Inhaler 

product imageBeli di Shopee

Perbandingan Harga

Produk Harga (MYR)
Sea-Band Mama! Anti-Nausea Acupressure Wristband
RM53.00
Morning Sickness Blend 60 Liquid Capsules By Motherlove
RM149.90
Sea-Band Mama! Essential Oil Calming Aromatherapy Rolette
RM65.00
Mama's Morning Sickness Therapy Inhaler RM8.00

Penafian:  Harga yang tertera adalah berdasarkan laman web rasmi dan laman Shopee. Sebarang perbezaan harga adalah tertakluk pada perubahan semasa.

Tips Merawat Morning Sickness Dari Menjadi Lebih Teruk Melalui Pemakanan

Bagi sesetengah ibu yang mengalami mual semasa hamil namun masih boleh ditoleransi, ada beberapa perkara yang ibu boleh lakukan ya. Ini bagi mengelakkan rasa mual dan alahan dari menjadi lebih teruk sehingga menjejaskan kesihatan.

Semuanya bermula di rumah jadi ibu boleh cuba beberapa perkara berikut yang berkaitan dengan pemakanan:

Memilih Makanan Dengan Nutrisi Betul

Loya Sepanjang Hari? Cuba Cara Ini Bagi Menghilangkan Rasa Mual Saat Hamil!

Menurut Dr Hyagriv Simhan, MD, profesor ilmu kebidanan, ginekologi dan pembiakan di University of Pittsburgh School of Medicine, makanan yang lebih tinggi protein dan karbohidrat dan rendah lemak boleh diterima dengan lebih baik semasa ibu mengalami alahan. Ibu boleh cuba diet BRAT yang terdiri daripada pisang, nasi, epal, dan roti bakar.

Elakkan dari makan makanan tidak berkhasiat yang bukan sahaja tidak memberi nutrisi kepada tubuh, malah mungkin mengakibatkan loya semakin teruk atau muntah yang merupakan punca hidrasi. Jangan lupa untuk minum air kosong dengan kerap ya.

Kawal Jumlah Yang Anda Makan

Loya Sepanjang Hari? Cuba Cara Ini Bagi Menghilangkan Rasa Mual Saat Hamil!

Ibu tahu tak? Makan terlalu banyak boleh memburukkan lagi gejala, tetapi makan terlalu sedikit pun boleh jadi juga! Perut kosong sebenarnya boleh memburukkan lagi loya. Cuba sekurang-kurangnya makan sesuatu dalam jumlah yangyang kecil, jika boleh. 

Salah satu cara yang baik dalam mengawal morning sickness adalah makan kerap tetapi dalam kuantiti yang kecil. Misalnya 6 kali sehari dengan penyediaaan snack ringan seperti biskut, buah-buahan atau karbohidrat dalam bilangan  yang sedikit.

Kurangkan Pergerakan Semasa Perut Kosong

Loya Sepanjang Hari? Cuba Cara Ini Bagi Menghilangkan Rasa Mual Saat Hamil!

Laman web American College of Obstetricians and Gynecologists mengesyorkan makan keropok atau roti bakar di tempat tidur sebelum ibu bangun pada waktu pagi, supaya ibu terus tidak bergerak dengan perut kosong. Mungkin ada yang perasan yang apabila anda mulai makan, rasa loya dan mual akan hilang dengan serta merta!

Namun jika ibu telah mencuba perubahan gaya hidup serta diet dan ibu masih merasa memerlukan bantuan tambahan, itu juga merupakan alasan yang tepat untuk menggunakan ubat. Rujuk doktor untuk mendapatkan ubat yang selamat untuk kandungan ya.

Semoga bermanfaat!

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia

Baca juga: Sejak Hamil, Asyik Nak Muntah? Jom Cuba 7 Tips Hilangkan Loya Ketika Mengandung Ini!

Nota Editor: Pautan produk yang disediakan di sini bertujuan untuk membantu memudahkan carian produk untuk pembaca kami. Beli barang adalah mengikut budi bicara anda sendiri. Kami tidak bertanggungjawab atas sebarang pertikaian dan masalah transaksi. Sekiranya anda membeli item dari post ini, theAsianparent mungkin menerima potongan kecil. Setiap item dan harga adalah terkini pada masa pengeluaran; namun, item mungkin habis terjual atau harganya sedikit berbeza pada hari berikutnya.
img

Penulis

communityfreelancer

Kongsi artikel ini

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community diiOS danAndroid sekarang!

  • Cuba Salah Satu Body Wash Terbaik Ini Untuk Atasi Masalah Kulit Kering Semasa Mengandung

    Cuba Salah Satu Body Wash Terbaik Ini Untuk Atasi Masalah Kulit Kering Semasa Mengandung

  • 7 Ubat Titis Mata Terbaik, Jangan Sampai Salah Pilih Boleh Undang Bahaya!

    7 Ubat Titis Mata Terbaik, Jangan Sampai Salah Pilih Boleh Undang Bahaya!

  • Kebocoran Susu Tanpa Dijangka Dapat Dielak Dengan Penggunaan Breast Pad Terbaik Ini!

    Kebocoran Susu Tanpa Dijangka Dapat Dielak Dengan Penggunaan Breast Pad Terbaik Ini!

  • Cuba Salah Satu Body Wash Terbaik Ini Untuk Atasi Masalah Kulit Kering Semasa Mengandung

    Cuba Salah Satu Body Wash Terbaik Ini Untuk Atasi Masalah Kulit Kering Semasa Mengandung

  • 7 Ubat Titis Mata Terbaik, Jangan Sampai Salah Pilih Boleh Undang Bahaya!

    7 Ubat Titis Mata Terbaik, Jangan Sampai Salah Pilih Boleh Undang Bahaya!

  • Kebocoran Susu Tanpa Dijangka Dapat Dielak Dengan Penggunaan Breast Pad Terbaik Ini!

    Kebocoran Susu Tanpa Dijangka Dapat Dielak Dengan Penggunaan Breast Pad Terbaik Ini!

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
    • Anak angkat
    • Kehamilan
    • Sebelum & Proses Bersalin
    • Perkahwinan & Seks
  • Bayi
    • Nama bayi
    • Perkembangan & Anak
    • Tip keibubapaan
    • Penyusuan & Pemakanan
  • Kesihatan
    • Senaman
    • Alahan & Sindrom
    • Penyakit
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Rumah
    • Kewangan
    • Percutian
    • Pertandingan & promosi
  • Banyak Lagi
    • TAP Komuniti
    • Beriklan Dengan Kami
    • Hubungi Kami
    • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2022. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

theAsianparent heart icon
Kami ingin menghantar anda pemberitahuan untuk berita terkini dan gaya hidup terkini.