Mana-mana pasangan yang mendirikan rumah tangga tentu sahaja mengimpikan cahaya mata. Dalam hal ini ramai bakal ibu tidak menyedari gejala hamil 1 minggu, kerana ia sering dikelirukan dengan perubahan hormon selepas berkahwin ataupun simptom datang bulan.
Namun untuk menambahkan pengetahuan anda, tidak salah mempelajari tentang beberapa tanda dan gejala hamil 1 minggu. Justeru nanti bolehlah ibu lebih berhati-hati dalam melakukan tugasan harian serta menjaga pemakanan agar janin dapat membesar dengan baik.
Hamil 1 minggu yang jarang disedari wanita

Umumnya, gejala kehamilan akan bermula selepas proses persenyawaan berjaya dihasilkan. Meskipun ia terlalu awal untuk mengesahkan kehamilan, namun beberapa tanda ini boleh menjadi tanda hamil 1 minggu.
Dalam mengesan tanda2 mengandung, ia tidak hanya berlaku pada ibu baharu sahaja. Malah beberapa tanda ibu menyusui hamil 1 minggu ini lebih kurang sama dengan ibu-ibu yang lain.
Bezanya adalah sama ada anda sedar ataupun tidak dengan simptom pembawakan anak. Antaranya:
#1. Kram di bahagian perut
Hamil 1 minggu adalah perut terasa kram yang berlebihan. Kram yang muncul dalam kehamilan muda tidak jauh berbeza dengan kram yang biasanya anda alami menjelang haid.
#2. Tekak rasa mual dan loya
Seterusnya dalam sesetengah kes, hormon kehamilan membuatkan bakal ibu mengalami tekak terasa mual dan loya. Jika ini terjadi, selera makan anda menjadi berkurangan. Namun pastikan anda mengambil makanan yang berkhasiat, elakkan makanan tajam yang boleh menyebabkan keguguran kandungan.
#3. Payudara bengkak dan sensitif
Satu lagi tanda hamil 1 minggu ialah payudara bengkak dan sensitif. Payudara kelihatan bengkak, serta sensitif dan menyakitkan apabila disentuh. Walau bagaimanapun, gejala ini tidak selalu muncul sebagai tanda kehamilan 1 minggu.
Sesetengah wanita mungkin sudah biasa mengalami masalah ini, terutamanya menghampiri tarikh datang haid.
#4. Mood swing
Selain kerap membuang air kecil, tanda hamil 1 minggu yang tidak disedari ramai wanita ialah mood swing. Mood ibu yang sedang mengandung terdedah kepada tidak stabil dan mudah berubah.
Justeru kawal diri untuk lebih bertenang dalam setiap perkara yang anda lakukan. Elakkan melepaskan perasaan pada pasangan secara berlebihan.
#5. Perubahan nafsu makan
Tanda2 hamil seminggu boleh menyebabkan perubahan selera makan. Sesetengah ibu mengandung mengalami penurunan selera makan kerana terpaksa berhadapan dengan rasa tidak sedap badan ataupun tekak mual.
Jika ini terjadi, ambil sedikit masa dan berehat. Ibu kena try and error makanan yang boleh atau tidak boleh dimakan. Paksa diri untuk makan kerana bayi dalam kandungan memerlukan nutrisi cukup untuk membesar!
#6. Sakit pinggang di bahagian bawah
Sesetengah wanita hamil 1 minggu juga mengalami sakit belakang secara tiba-tiba, yang mungkin berterusan sepanjang kehamilan, terutamanya disebabkan oleh penambahan berat badan dan perubahan postur badan.
#7. Pendarahan
Pertanda hamil 1 minggu yang seterusnya adalah pendarahan kecil yang keluar dari vagina.
Pendarahan berlaku sebagai tanda embrio melekat pada dinding rahim. Namun anda tetap perlu berwaspada sekiranya pendarahan yang berlaku berwarna merah terang atau merah jambu disertai dengan kemunculan keputihan menyerupai darah beku.
Lebih-lebih lagi jika ia disertai dengan kekejangan luar biasa.
#8. Kembung/buncit perut

Salah satu ciri ciri hamil muda adalah perut buncit. Ini berlaku kerana peningkatan tahap hormon progesteron, yang menghalang penghadaman, dan menahan gas dalam usus.
#9. Cepat penat
Bagi anda yang tertanya-tanya hamil 1 minggu apa yang dirasakan, antaranya adalah cepat penat.
Perubahan tahap hormon progesteron menyebabkan badan berasa letih dan mengantuk sepanjang masa. Keletihan dan mengantuk antara ciri ciri hamil muda dan akan berterusan sepanjang trimester pertama.
Badan juga mula menghasilkan lebih banyak darah untuk menyokong janin yang sedang membesar, dan keadaan ini boleh membuatkan anda berasa letih meskipun tidak banyak melakukan kerja.
#10. Perasaan mudah berubah
Keadaan ini malah boleh membuatkan ibu hamil teruja, sedih atau menangis teresak-esak kerana perkara remeh. Namun jangan risau kerana pertanda hamil 1 minggu ini adalah begitu normal.
Ketidakseimbangan hormon menjejaskan neurotransmiter dalam otak, menyebabkan peningkatan emosi, daripada kemarahan hingga tercetusnya emosi secara tiba-tiba.
#11. Pening
Pening menjadi antara salah satu ciri orang hamil muda akibat saluran darah yang membesar, menyebabkan tekanan darah menurun dan menyebabkan pening.
Simptom ini akan berlarutan semasa trimester pertama dan beransur-ansur berkurangan pada fasa kemudian.
#12. Sembelit
Pergerakan usus menjadi keras akibat lonjakan hormon progesteron dan mengurangkan kelajuan makanan melalui sistem pencernaan.
Jika anda berasa sembelit selama lebih daripada seminggu selepas terlepas haid, maka pertimbangkan untuk mengambil ujian kehamilan kerana mungkin ada khabar gembira disebaliknya!
#13. Sakit kepala
Sakit kepala adalah ciri orang hamil muda yang paling biasa. Walau bagaimanapun dengan persenyawaan, hormon estrogen dan progesteron berfungsi untuk menyediakan rahim untuk bayi boleh menyebabkan penurunan paras gula dalam darah.
Keadaan ini sekaligus boleh menyebabkan sakit kepala kerana sel-sel otak berusaha untuk bersaing dengan paras bekalan gula yang rendah.
#14. Mudah haus
Hamil 1 minggu apa yang dirasakan? Ada sesetengah ibu akan mengalami rasa dahaga yang luar biasa meskipun lambat datang haid. Hal ini berlaku disebabkan oleh jumlah darah dalam tubuh meningkat untuk bersedia dengan kehamilan.
Anda juga mungkin berasa lapar sepanjang masa akibat peningkatan hormon.
#15. Jenis keputihan tanda hamil 1 minggu
Selain itu, ciri2 hamil muda membuatkan anda mengalami masalah keputihan. Ia terjadi adalah untuk memastikan sistem peranakan bersih dan bebas jangkitan.
Jenis keputihan tanda hamil 1 minggu yang dikenali sebagai leukorrhea ialah:
- Memiliki warna putih kental seperti susu
- Bertekstur tebal
- Beraroma ringan
Tetapi para wanita perlu berhati-hati jika keputihan banyak, kuning atau hijau, berbau busuk, dan disertai dengan sakit. Segeralah berjumpa doktor bagi tujuan pemeriksaan lebih lanjut.
Ciri ciri perut hamil 1 minggu
Biasanya ciri ciri perut hamil 1 minggu tidak terlalu tegang. Pada usia kehamilan ini, rahim telah mula berkembang dan meregang.
Bukan itu sahaja, perut akan terlihat lebih kecil ketika anda tidur, mudah rasa kejang apabila dipegang dan perut hamil 1 minggu terasa seolah-olah kembung.
Ciri-ciri orang hamil dari raut wajah
Perubahan pada kulit atau ekspresi muka orang hamil adalah perkara biasa. Jadi, anda tidak perlu takut dengan keadaan badan dan janin dalam kandungan.
Selain itu, perubahan ekspresi muka pada orang hamil juga mungkin berbeza dalam setiap tempoh kehamilan. Berikut adalah ciri-ciri orang hamil dari raut wajah:
- Muncul bintik hitam. Bintik hitam sebenarnya adalah masalah kulit biasa. Dalam perubatan, bintik-bintik gelap pada muka semasa mengandung dipanggil melasma dan chloasma. Ibu muda hamil biasanya akan menyedari bintik ini muncul di bahagian dahi, pipi, hidung serta bibir.
- Jerawat. Peningkatan hormon mendorong pengeluaran minyak di wajah dan mencetuskan jerawat. Kebiasaannya, jerawat semasa mengandung agak degil sebab tahan lebih lama dari biasa. Malah, wanita dalam lingkungan 20-30an mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk mendapat jerawat semasa hamil.
Tanda hamil dilihat dari mata

#1. Mata menjadi sembap
Keadaan mata sembab tidak dirasai oleh semua wanita hamil. Umumnya, keadaan ini berlaku kerana pembengkakan saluran darah muka.
Keletihan juga boleh menyebabkan mata anda sembab semasa hamil. Biasanya, ciri ini dilihat pada trimester pertama kehamilan.
#2. Bulu mata dan kening gugur
Keadaan ini berlaku kerana kekurangan protein dan vitamin. Di samping itu, kehilangan bulu mata dan kening pada ibu hamil juga dikaitkan dengan gangguan tiroid yang tidak stabil.
Tanda kehamilan 1 minggu setelah berhubungan
Proses kehamilan boleh dianggap sesuatu yang agak misteri kerana tiada siapa yang akan tahu bila ia berlaku. Namun ibu mungkin dapat merasai beberapa tanda kehamilan 1 minggu setelah berhubungan dengan suami.
Dalam hal ini jangan ingat bahawa kerap melakukan hubungan seks dapat menjamin proses kehamilan berlaku. Bagi anda yang tengah menantikan cahaya mata, ada beberapa info menarik yang perlu diketahui.
Menurut Healthline, telur dan sperma boleh bertemu dalam beberapa minit hingga 12 jam selepas ejakulasi dilakukan.
Persenyawaan berlaku apabila telur dan sperma bertemu dalam tiub fallopio. Untuk menjayakannya, wanita mestilah berada dalam tempoh subur. Proses ini menunjukkan bahawa persenyawaan telah mencapai ovulasi.
Jurnal Communicative Integrative Biology menjelaskan terdapat 280 juta sel sperma yang dikeluarkan semasa proses ejakulasi. Walau bagaimanapun, anda perlu ingat bahawa hanya sebahagian kecil sahaja yang boleh ditangkap oleh telur.
Implantasi mungkin berlaku sejurus 5 hari selepas ovulasi. Medical News Today menjelaskan ibu yang merancang untuk hamil biasanya akan lebih sensitif dengan perubahan badan dan tanda kehamilan 1 minggu setelah berhubungan.
Antara tanda kehamilan 1 minggu setelah berhubungan ialah:
- Peningkatan suhu tubuh. Suhu tubuh normal seorang wanita biasanya berada antara 35.5-36°C. Saat tubuh mempersiapkan kehamilan, hormon progesteron akan memicu kenaikan suhu tubuh ±0,5°C secara konsisten hingga waktu menstruasi berikutnya. Jika ia terus menerus lebih tinggi dari biasanya sehingga waktu menstruasi, besar kemungkinan anda sedang hamil.
- Mengalami gejala tidak sedap badan atau terasa ingin demam. Beberapa wanita yang merasakan perubahan ini kadang tidak sadar diri mereka tengah hamil, sesetengahnya mengalami selesema dan badan masuk angin.
Walau bagaimanapun, dalam tempoh ini, anda tidak digalakkan untuk menyemak kandungan dengan ujian kehamilan. Kerana keputusan masih tidak tepat.
Semoga bermanfaat!
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga: Tanda Hamil Yang Paling Ketara, Tak Sampai Satu Bulan Dah Boleh Nampak
Baca juga: Selain Suka Makanan Manis, Ini 11 Tanda Hamil Anak Perempuan Sering Dialami Ibu!
Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!