X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan ProdukKlik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Awards
    • Parents' Choice Awards 2023
  • Beriklan Dengan Kami

Sakit Perut Sebelah Kiri Pada Awal KEHAMILAN, Itu Mungkin Tanda Hamil Luar Rahim!

4 min bacaan
Sakit Perut Sebelah Kiri Pada Awal KEHAMILAN, Itu Mungkin Tanda Hamil Luar Rahim!

Anda mengandung di awal trimester dan rasa sakit perut sebelah kiri? Jangan ambil mudah, anda mungkin hamil luar rahim!Segera jumpa doktor.

Ada ibu hamil terutama di awal kehamilan mengadu alami sakit perut sebelah kiri. Malah ada yang hingga tidak larat untuk berjalan kerana mengalami rasa ngilu di bahagian kiri perut.

Jadi apa yang sepatutnya anda buat bila anda sakit perut sebelah kiri apabila hamil terutama pada trimester pertama.

Sakit perut adalah perkara biasa dan ia mempunyai sebab yang berbeza. Sakit perut sebelah kiri memang sakit biasa yang dialami ibu hamil terutama pada awal trimester.

Sakit perut sebelah kiri pada awal kehamilan, jangan ambil mudah!

Sakit perut sebelah kiri

Kredit: alodokter

Sakit perut memang perkara biasa yang dialami oleh ibu hamil dan dapat dirasai di bahagian tertentu seperti perut sebelah kiri bawah dan atas. Ia juga boleh membawa hingga sakit terus ke bahagian dada. 

Bagi mereka yang pernah merasai, ia rasa sakit seperti mencucuk-cucuk. Hanya yang pernah alami saja tahu. Secara asasnya, perkembangan janin yang semakin membesar membuat otot, sendi dan pembuluh darah di sekitar perut mengalami tekanan hingga menimbulkan rasa sakit dan ngilu. 

Justeru, apakah penyebab sakit perut kiri ketika awal terutama pada fasa awal kehamilan?

#1. Gejala awal kehamilan

Ibu yang berada pada trimester awal kehamilan sering kali mengalami sakit perut kiri kerana ada perubahan pada fisiologi tubuh bagi memberi ruang kepada penghuni baharu rahim. 

Ia tidak berbeza dengan kesakitan yang datang ketika ibu datang haid. Rasa mengilu yang dirasai juga hampir sama. Gejala lain yang mungkin dirasai ibu termasuklah:

  • Cepat letih
  • Perubahan mood secara tiba-tiba
  • Mengilu pada payudara
  • Kenaikan berat badan
  • Mengilu pada otot
  • Kembung

#2. Sembelit

Masalah sembelit yang sering menyerang ibu hamil antara penyebab ibu hamil mengalami sakit perut sebelah kiri. Sembelit akan menyebabkan sakit perut sebelah kiri yang dirasakan seperti kejang perut.

Namun masalah sembelit memang biasa dialami oleh ibu hamil dan ia bukan perkara pelik. 

#3. Akibat perut membesar

Kerana perut semakin membesar, ibu akan mengalami sakit perut kiri terutama pada 12 minggu awal kehamilan ini disebabkan oleh otot pada perut atau ligamen yang pada awalnya rapat menjadi meregang dan melebar.

Rasa sakit ini berkurang dengan menyesuaikan posisi duduk atau tidur selain memastikan mendapat rehat yang cukup. 

#4. Jangkitan saluran kencing

Sakit perut sebelah kiri

Kredit: maskulin

Ada kemungkinan anda alami jangkitan saluran kencing yang akan menyebabkan berlakunya sakit perut sebelah kiri selain rasa ngilu dan panas ketika buang air kecil.

Ada kalanya boleh jadi anda akan alami kencing berdarah. Perhatikan tanda-tanda ini jika anda alaminya, segeralah mendapatkan nasihat dan rawatan doktor. 

#5. Keguguran

Jika alami ketegangan pada perut, ada kemungkinan anda alami tanda keguguran. Jadi pastikan anda pantau keadaan kandungan anda dan jika ada pendarahan berlaku, cepat-cepatkan dapatkan rawatan.

Biasanya gejala keguguran seperti itu akan dialami pada usia kehamilan di bawah 24 minggu. Disebabkan itu perlu cepat bertindak. Jika cepat kandungan anda mungkin boleh diselamatkan lagi. 

#6. Kehamilan luar rahim

Sakit perut sebelah kiri

Kredit: kehamilansehatweb

Kehamilan ektopik atau kehamilan luar rahim antara salah satu penyebab ibu sakit perut kiri ketika hamil. Kehamilan ektopik adalah keadana di mana sel telur disenyawakan di luar rahim.

Biasanya ia disenyawakan dalam tiub falopio dan menyebabkan janin tidak membesar dengan sempurna dan kehamilan tidak boleh diteruskan kerana membahayakan nyawa ibu dan bayi.

Gejala yang biasanya disertai dengan sakit perut kiri ini antara lain akan berlakunya pendarahan, rasa sakit pada bahu dan rasa sakit ketika buang air besar atau kecil. 

Jadi jika anda sakit perut kiri dan alat ujian kehamilan anda menunjukkan tanda positif, eloklah cepat-cepat ke klinik untuk lakukan imbasan bagi memastikan anda tidak alami kehamilan luar rahim. 

Stories Rakan Kongsi
Parut Czer Buat Ramai Ibu Hilang Keyakinan, Ini Cara Mudah Untuk Mengatasinya
Parut Czer Buat Ramai Ibu Hilang Keyakinan, Ini Cara Mudah Untuk Mengatasinya
Pentingnya Ambil Susu Ibu Mengandung Sepanjang Tempoh Kehamilan, Baik Untuk Ibu & Janin
Pentingnya Ambil Susu Ibu Mengandung Sepanjang Tempoh Kehamilan, Baik Untuk Ibu & Janin
Why all pregnant mums need to know about gestational diabetes
Why all pregnant mums need to know about gestational diabetes
Mengapakah ibu-ibu mengandung dan menyusu memerlukan suplementasi DHA?
Mengapakah ibu-ibu mengandung dan menyusu memerlukan suplementasi DHA?

#7. Rangsangan seks

Melalukan hubungan seks ketika di awal kehamilan mungkin boleh menyebabkan sakit perut kiri dan sentiasa rasa mengilu di bahagian berkenaan. 

Ini kerana ketika anda terangsang otot di bahagian uterus akan mengembang dan boleh menyebabkan berlakunya ketegangan pada perut anda. 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Sumber: ruangmom

Baca juga: Jangan Terlalu Lasak Ketika Mengandung, Ia Salah Satu Punca Pendarahan Awal Kehamilan!

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

ddc-calendar
Bersedia untuk ketibaan bayi anda dengan menambah tarikh bersalin anda.
ATAU
Kira tarikh bersalin anda
img
Penulis

Lala Annuar

  • halaman rumah
  • /
  • Kehamilan
  • /
  • Sakit Perut Sebelah Kiri Pada Awal KEHAMILAN, Itu Mungkin Tanda Hamil Luar Rahim!
Kongsikan:
  • Seksanya Sakit Pada Bahagian Bawah Perut, Rasa Senak Sampai Tak Boleh BERNAFAS!

    Seksanya Sakit Pada Bahagian Bawah Perut, Rasa Senak Sampai Tak Boleh BERNAFAS!

  • Sakit Perut Ketika Hamil Adalah Normal, Namun Jaga-Jaga Ia Mungkin Disebabkan 4 Bahaya Ini!

    Sakit Perut Ketika Hamil Adalah Normal, Namun Jaga-Jaga Ia Mungkin Disebabkan 4 Bahaya Ini!

  • Persediaan Fizikal & Mental Sebelum Bersalin Caesar, Ini Info PENTING Ibu Kena Tahu!

    Persediaan Fizikal & Mental Sebelum Bersalin Caesar, Ini Info PENTING Ibu Kena Tahu!

  • Rambut Anak Lambat Tumbuh, Kulit Berkerak? Atasi Dengan Minyak Rambut Baby Yang Selamat Untuk Si Manja

    Rambut Anak Lambat Tumbuh, Kulit Berkerak? Atasi Dengan Minyak Rambut Baby Yang Selamat Untuk Si Manja

  • Seksanya Sakit Pada Bahagian Bawah Perut, Rasa Senak Sampai Tak Boleh BERNAFAS!

    Seksanya Sakit Pada Bahagian Bawah Perut, Rasa Senak Sampai Tak Boleh BERNAFAS!

  • Sakit Perut Ketika Hamil Adalah Normal, Namun Jaga-Jaga Ia Mungkin Disebabkan 4 Bahaya Ini!

    Sakit Perut Ketika Hamil Adalah Normal, Namun Jaga-Jaga Ia Mungkin Disebabkan 4 Bahaya Ini!

  • Persediaan Fizikal & Mental Sebelum Bersalin Caesar, Ini Info PENTING Ibu Kena Tahu!

    Persediaan Fizikal & Mental Sebelum Bersalin Caesar, Ini Info PENTING Ibu Kena Tahu!

  • Rambut Anak Lambat Tumbuh, Kulit Berkerak? Atasi Dengan Minyak Rambut Baby Yang Selamat Untuk Si Manja

    Rambut Anak Lambat Tumbuh, Kulit Berkerak? Atasi Dengan Minyak Rambut Baby Yang Selamat Untuk Si Manja

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
    • Anak angkat
    • Kehamilan
    • Sebelum & Proses Bersalin
    • Perkahwinan & Seks
  • Bayi
    • Nama bayi
    • Perkembangan & Anak
    • Tip keibubapaan
    • Penyusuan & Pemakanan
  • Kesihatan
    • Senaman
    • Alahan & Sindrom
    • Penyakit
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Rumah
    • Kewangan
    • Percutian
    • Pertandingan & promosi
  • Banyak Lagi
    • TAP Komuniti
    • Beriklan Dengan Kami
    • Hubungi Kami
    • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2023. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

theAsianparent heart icon
Kami ingin menghantar anda pemberitahuan untuk berita dan kemas kini terbaru mengenai kehamilan.