TAP top app download banner
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan Produk
Klik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beriklan Dengan Kami

Keluar Darah Ketika Hamil Normal Atau Tidak? Ini Cara Tentukannya

4 min bacaan
Keluar Darah Ketika Hamil Normal Atau Tidak? Ini Cara Tentukannya

Keluar darah ketika hamil seringkali menimbulkan kekeliruan dalam kalangan ibu mengandung. Perkara ini sebenarnya menandakan beberapa perkara

Keluar darah ketika hamil boleh merisaukan, tetapi tidak semua pendarahan menunjukkan masalah serius. Pendarahan awal kehamilan mungkin normal, tetapi penting untuk tahu bila ia menjadi tanda masalah. 

▲▼Isi Kandungan

  • Mengapa Keadaan Darah Keluar Ketika Hamil Boleh Terjadi?
  • Pendarahan Implantasi
  • Ini Cara Kenal Pasti Pendarahan Normal
  • Masalah Pencetus Darah Keluar Ketika Hamil Trimester Pertama
  • Punca Pendarahan Berat Semasa Awal Kehamilan

Mengapa Keadaan Darah Keluar Ketika Hamil Boleh Terjadi?

Keadaan keluar darah ketika hamil boleh terjadi disebabkan pelbagai faktor. Antara penyebab biasa adalah implantasi janin, perubahan hormon, atau perubahan pada serviks.

Walau bagaimanapun, pendarahan juga boleh berlaku akibat keguguran atau masalah lain yang lebih serius. Jika mengalami perkara ini, adalah penting untuk berunding dengan doktor bagi memastikan keadaan kehamilan anda selamat.

Pendarahan Implantasi

Pendarahan implantasi adalah salah satu sebab biasa keluar darah ketika hamil atau darah keluar pada awal kehamilan. Ia berlaku apabila telur yang telah disenyawakan melekat pada dinding rahim. Biasanya, pendarahan ini berlaku sekitar 6 hingga 12 hari selepas ovulasi.

Ia juga ringan, berupa tompokan merah muda atau coklat gelap dan idak bertahan lama, hanya 1-2 hari. Berita baiknya? Pendarahan implantasi adalah tanda awal kehamilan yang normal. Tiada sebab untuk panik jika ini berlaku.

Ini Cara Kenal Pasti Pendarahan Normal

Untuk membantu anda mengenal pasti pendarahan yang mungkin memerlukan perhatian, berikut adalah beberapa panduan seperti ketahui warna darah.  Jika darah berwarna merah cerah, ia mungkin perlu diperiksa segera.  Jika berwarna coklat, ia biasanya darah lama yang tidak membimbangkan.

Selain itu kuantiti tompokan ringan adalah biasa. Namun, pendarahan berat yang memerlukan pad bertukar setiap jam adalah tanda bahaya. Jika pendarahan disertai kekejangan teruk, pening, atau muntah, ini mungkin memerlukan pemeriksaan segera.

Masalah Pencetus Darah Keluar Ketika Hamil Trimester Pertama

Masalah pencetus keluar darah ketika hamil pada trimester pertama boleh disebabkan oleh beberapa faktor, seperti implantasi janin, perubahan hormon, atau jangkitan pada saluran kencing.

Selain itu, pendarahan juga boleh berlaku akibat kehamilan luar rahim atau ancaman keguguran. Jika anda mengalaminya, penting untuk mendapatkan pemeriksaan perubatan untuk memastikan keadaan anda dan bayi dalam keadaan selamat.

Punca Pendarahan Berat Semasa Awal Kehamilan

Punca pendarahan berat semasa awal kehamilan, atau keluar darah ketika hamil, boleh disebabkan oleh beberapa faktor serius. Antaranya termasuk keguguran, kehamilan luar rahim, atau masalah pada serviks.

1.Keguguran

Keguguran adalah salah satu punca utama pendarahan berat semasa trimester pertama. Keguguran berlaku apabila kehamilan berhenti berkembang. Simptom keguguran termasuk pendarahan berat, sakit perut seperti kontraksi dan engeluaran tisu dari faraj. Jika anda mengesyaki keguguran, segera hubungi doktor untuk mendapatkan rawatan.

2.Kehamilan Molar

Kehamilan molar, atau molar pregnancy, adalah keadaan jarang berlaku apabila tisu abnormal tumbuh dalam rahim menggantikan janin. Ini boleh menyebabkan pendarahan berat, sakit perut, pembengkakan rahim lebih cepat daripada biasa dan rawatan segera diperlukan untuk mengelakkan komplikasi lanjut.

3. Kehamilan Ektopik

Kehamilan ektopik berlaku apabila embrio melekat di luar rahim, biasanya di tiub fallopio. Ia adalah keadaan kecemasan kerana boleh menyebabkan tiub pecah. Tanda-tanda kehamilan ektopik termasuk pendarahan berat, sakit tajam di satu sisi perut dan pening atau pengsan. Jika anda mengalami simptom ini, segera dapatkan rawatan di hospital.

4.Keguguran Terancam (Threatened Miscarriage)

Keguguran terancam merujuk kepada keadaan di mana pendarahan berlaku, tetapi janin masih hidup dan sihat. Ia sering berlaku akibat kegiatan fizikal berat dan ketidakseimbangan hormon. Rehat yang mencukupi dan pemantauan doktor dapat membantu mengurangkan risiko ini.

5.Pendarahan Subchorionic

Pendarahan subchorionic adalah salah satu punca keluar darah ketika hamil yang biasa berlaku pada awal kehamilan. Ia berlaku apabila darah terkumpul di bawah lapisan plasenta atau sekitar kantung amniotik.

Stories Rakan Kongsi
Alami Kehamilan Berisiko? Ketahui Bagaimana Pakar Neonatologi Boleh Bantu Anda
Alami Kehamilan Berisiko? Ketahui Bagaimana Pakar Neonatologi Boleh Bantu Anda
Alami Kehamilan Berisiko? Inilah Sebabnya Anda Perlukan Pakar Perubatan Fetal Maternal (Maternal Fetal Medicine).
Alami Kehamilan Berisiko? Inilah Sebabnya Anda Perlukan Pakar Perubatan Fetal Maternal (Maternal Fetal Medicine).
Tanda-Tanda Kencing Manis Ketika Hamil
Tanda-Tanda Kencing Manis Ketika Hamil
Parut Czer Buat Ramai Ibu Hilang Keyakinan, Ini Cara Mudah Untuk Mengatasinya
Parut Czer Buat Ramai Ibu Hilang Keyakinan, Ini Cara Mudah Untuk Mengatasinya

Pendarahan semasa awal kehamilan atau keluar darah ketika boleh berlaku atas pelbagai sebab, dari yang tidak berbahaya seperti pendarahan implantasi hingga keadaan serius seperti kehamilan ektopik atau keguguran. Kunci utama adalah untuk memahami tanda-tanda pendarahan yang normal dan bila anda perlu risau.

Cleveland Clinic, ACOG

Di theAsianparent Malaysia, penting bagi kami untuk membekalkan anda maklumat yang betul, penting dan tepat pada masanya. Tetapi ini tidak berfungsi sebagai alternatif untuk nasihat perubatan atau rawatan perubatan. theAsianparent Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap mereka yang memilih untuk mengambil ubat berdasarkan maklumat daripada laman web kami. Jika anda mempunyai sebarang keraguan, kami mengesyorkan agar anda berunding dengan doktor anda untuk mendapatkan maklumat yang lebih jelas.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Fasa Awal Kehamilan Agak Meletihkan, 11 Perkara Penting Ini Ibu Wajib Take Note!

Baca juga: Pendarahan Ketika Hamil Petanda Kurang Baik, Kenali Jenis Pendarahan Normal & Bahaya

Baca juga: Posisi Tidur Ibu Hamil Trimester 1 Untuk Mengurangkan Gejala Alahan & Loya (Nausea)

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

ddc-calendar
Bersedia untuk ketibaan bayi anda dengan menambah tarikh bersalin anda.
ATAU
Kira tarikh bersalin anda
img
Penulis

Anis

  • halaman rumah
  • /
  • Kehamilan
  • /
  • Keluar Darah Ketika Hamil Normal Atau Tidak? Ini Cara Tentukannya
Kongsikan:
  • Salicylic Acid Untuk Ibu Hamil, Adakah Selamat Penggunaannya Untuk Ibu & Bayi?

    Salicylic Acid Untuk Ibu Hamil, Adakah Selamat Penggunaannya Untuk Ibu & Bayi?

  • Alami Kehamilan Berisiko? Ketahui Bagaimana Pakar Neonatologi Boleh Bantu Anda
    Stories Rakan Kongsi

    Alami Kehamilan Berisiko? Ketahui Bagaimana Pakar Neonatologi Boleh Bantu Anda

  • Himpunan Nama Bayi Lelaki Islam Dari Huruf A Hingga Z Yang Menarik, Miliki Maksud Baik

    Himpunan Nama Bayi Lelaki Islam Dari Huruf A Hingga Z Yang Menarik, Miliki Maksud Baik

powered by
  • Salicylic Acid Untuk Ibu Hamil, Adakah Selamat Penggunaannya Untuk Ibu & Bayi?

    Salicylic Acid Untuk Ibu Hamil, Adakah Selamat Penggunaannya Untuk Ibu & Bayi?

  • Alami Kehamilan Berisiko? Ketahui Bagaimana Pakar Neonatologi Boleh Bantu Anda
    Stories Rakan Kongsi

    Alami Kehamilan Berisiko? Ketahui Bagaimana Pakar Neonatologi Boleh Bantu Anda

  • Himpunan Nama Bayi Lelaki Islam Dari Huruf A Hingga Z Yang Menarik, Miliki Maksud Baik

    Himpunan Nama Bayi Lelaki Islam Dari Huruf A Hingga Z Yang Menarik, Miliki Maksud Baik

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
  • Bayi
  • Kesihatan
  • Pendidikan
  • Gaya Hidup
  • TAP Komuniti
  • Beriklan Dengan Kami
  • Hubungi Kami
  • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Vietnam flag Vietnam
© Copyright theAsianparent 2025. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham