X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan Produk
Klik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beriklan Dengan Kami

Ibu Mengandung Muntah Kerana Alahan, Adakah Puasanya Dikira Sebagai Batal?

4 min bacaan
Ibu Mengandung Muntah Kerana Alahan, Adakah Puasanya Dikira Sebagai Batal?

Muntah batal puasa boleh terjadi apabila ibu mengandung yang dalam fasa alahan menelan semula muntah yang keluar dengan sengaja

Dianggarkan hampir 70 peratus ibu mengandung memilih untuk berpuasa ketika bulan Ramadhan. Namun gejala kehamilan yang dialami seperti loya dan muntah pasti membuatkan anda rasa was-was. Adakah muntah batal puasa?

Dalam menunaikan rukun islam yang ketiga, sebenarnya ada beberapa golongan yang diberikan keringanan oleh Allah SWT untuk tidak berpuasa, antaranya wanita hamil dan ibu menyusukan anak. 

Muntah batal puasa jika disengajakan

hukum muntah ketika puasa

Memikirkan kesukaran untuk menggantikan puasa pada bulan seterusnya menjadi faktor kebanyakan ibu memilih untuk berpuasa sepanjang Ramadhan.

Kebanyakan ulama berpendapat wanita hamil patut berpuasa sekiranya kesihatan mereka mengizinkan. Dari sudut perubatan, berpuasa secara keseluruhannya dibolehkan dan selamat untuk wanita hamil dan bayi.

Bagaimanapun, ada sebabnya Allah SWT memberikan keringanan untuk ibu hamil daripada menjalani ibadah puasa.

Perlu diketahui, paras kandungan gula dalam darah wanita hamil ketika berpuasa lebih rendah berbanding wanita tidak hamil kerana darah ibu perlu sentiasa membekalkan gula glukos kepada bayi.

Keadaan ini boleh menyebabkan anda berasa cepat letih, loya dan muntah-muntah, terutama pada awal usia kehamilan.

Di samping itu, kekurangan air atau dehidrasi menambahkan risiko wanita hamil mendapat darah beku (venous thromboembolism), ini disebabkan kepekatan darah menjadi lebih tinggi ketika hamil.

Hukum muntah ketika puasa

Dari Abu Hurairah RA, Nabi SAW bersabda,

مَنْ ذَرَعَهُ قَيْءٌ، وَهُوَ صَائِمٌ، فَلَيْسَ عَلَيْهِ قَضَاءٌ، وَإِنْ اسْتَقَاءَ فَلْيَقْضِ

“Barangsiapa yang muntah dengan tidak sengaja, maka tidak ada qadha’ baginya; dan barangsiapa yang muntah dengan sengaja, maka ia harus mengqadha (puasanya)”
(Riwayat Abu Daud, no. 2380)

ibu mengandung muntah puasa

Imam Abu Daud ketika mensyarah hadith di atas menyatakan, “Termasuk dalam makna muntah dengan tidak sengaja adalah apa yang biasanya terjadi kepada manusia seperti termasuk lalat dalam kerongkongnya dan masuk air ke dalam perutnya seperti air banjir (tertelan air banjir) dan yang menyerupai perkara ini, sesungguhnya ianya tidak merosakkan puasanya.” (Lihat Ma’alim al-Sunan, 2/112)

Antara perkara yang membatalkan puasa adalah muntah dengan sengaja. (Lihat Matn Abi Syuja’, hlm. 19). Maksud muntah dengan sengaja adalah seperti menjolok-jolok lidah ke langit sehingga menyebabkan muntah. (Lihat Zain al-Talib, 2/80)

Tertelan muntah ketika puasa

Muntah yang tidak membatalkan puasa juga adalah jika dalam keadaan dipaksa oleh tubuh untuk muntah.

Kecuali jika tertelan muntah ketika puasa, iaitu ia kembali masuk ke dalam perut atas usahanya sendiri, maka batal puasannya. (Lihat Hasyiah Syeikh Ibrahim al-Baijuri, 1/556).

Ketika alahan mengandung, puasa anda dikira sah dan tidak batal kerana muntah yang terjadi bukanlah atas usaha anda sendiri tetapi ianya dipaksa oleh tubuh badan. 

ibu hamil muntah batal puasa

Ibu trimester pertama kehamilan tidak digalakkan puasa

Menurut Pakar Obstetrik & Ginekologi, Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan, Universiti Putra Malaysia (UPM) menjelaskan bahawa ibu mengandung tidak digalakkan berpuasa pada tiga bulan pertama sekiranya mengalami gejala kehamilan serius, seperti muntah-muntah, kurang selera makan, kepenatan, pening dan pitam.

Manakala bagi ibu yang mempunyai masalah kesihatan perlu mendapatkan nasihat doktor terlebih dahulu sekiranya ingin berpuasa.

Dos dan waktu pengambilan ubat tertentu mungkin perlu diubah sesuai dengan waktu sahur dan berbuka.

Kategori ibu mengandung yang tidak digalakkan berpuasa adalah:

  1. Mereka yang menghidap kencing manis pula perlu memantau paras gula sebelum dan selepas sahur, tengah hari mahupun selepas berbuka dan sebelum tidur.
  2. Ibu hamil dengan bacaan gula rendah atau mengalami tanda kurang glukos dalam darah (hypoglycaemia), iaitu berdebar-debar, menggigil dan berpeluh, loya dan muntah-muntah.
  3. Mereka yang menghidap kencing manis pula memerlukan insulin dos tinggi.
  4. Ibu mengandung yang ada masalah tekanan darah tinggi tidak terkawal, anemia yang serius dan turun berat badan secara mendadak.
  5. Mereka yang berisiko mendapat darah beku, gangguan ulser perut atau gastrik tidak dinasihatkan berpuasa bagi mengelakkan komplikasi.

Wanita hamil selepas 28 minggu juga perlu memantau bayi sewaktu berpuasa. Sekiranya pergerakan bayi berkurangan, anda perlu segera berbuka dan terus ke hospital untuk menjalani pemeriksaan dan dapatkan rawatan lanjut.

Kesan puasa pada ibu hamil dan bayi

Tidak banyak kajian perubatan berpiawaian mengkaji kesan berpuasa terhadap kesihatan ibu hamil dan bayi. Beberapa kajian menunjukkan tiada kesan dalam tumbesaran janin bagi ibu yang berpuasa.

Satu kajian dari luar negara menggunakan maklumat bancian mendapati, anak dari ibu yang berpuasa pada tiga bulan pertama kehamilan pada musim panas, waktu siangnya lebih panjang mempunyai berat badan lebih rendah serta berisiko mendapat masalah gangguan pembelajaran.

Bagaimanapun, ini bukan kajian berpiawaian tinggi kerana maklumat hanya berdasarkan andaian semua ibu hamil yang beragama Islam berpuasa, serta tidak menimbang faktor lain juga menyumbang kepada masalah pembelajaran dan kekurangan berat badan.

Semoga bermanfaat!

Mufti WP, Berita Harian

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Sengaja Buka Puasa Dahulu Untuk Berjimak Ketika Ramadhan, Ini Hukumnya Dalam Islam

Baca juga: Bersetubuh Semasa Puasa, Suami Wajib Bayar Kaffarah & Isteri Hanya Perlu Ganti Puasa

Baca juga: Tak Sempat Ganti Puasa Tahun Lepas, Ini Kadar Bayaran Fidyah Ikut Negeri Tahun 2023

Stories Rakan Kongsi
Alami Kehamilan Berisiko? Inilah Sebabnya Anda Perlukan Pakar Perubatan Fetal Maternal (Maternal Fetal Medicine).
Alami Kehamilan Berisiko? Inilah Sebabnya Anda Perlukan Pakar Perubatan Fetal Maternal (Maternal Fetal Medicine).
Tanda-Tanda Kencing Manis Ketika Hamil
Tanda-Tanda Kencing Manis Ketika Hamil
Parut Czer Buat Ramai Ibu Hilang Keyakinan, Ini Cara Mudah Untuk Mengatasinya
Parut Czer Buat Ramai Ibu Hilang Keyakinan, Ini Cara Mudah Untuk Mengatasinya
Pentingnya Ambil Susu Ibu Mengandung Sepanjang Tempoh Kehamilan, Baik Untuk Ibu & Janin
Pentingnya Ambil Susu Ibu Mengandung Sepanjang Tempoh Kehamilan, Baik Untuk Ibu & Janin

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

ddc-calendar
Bersedia untuk ketibaan bayi anda dengan menambah tarikh bersalin anda.
ATAU
Kira tarikh bersalin anda
img
Penulis

Siti Nur Zuraikha Yaacob

  • halaman rumah
  • /
  • Kehamilan
  • /
  • Ibu Mengandung Muntah Kerana Alahan, Adakah Puasanya Dikira Sebagai Batal?
Kongsikan:
  • Biji Teratai (Lotus Seeds) Untuk Ibu Hamil: Kandungan Nutrisi, Manfaat & Cara Pengambilan

    Biji Teratai (Lotus Seeds) Untuk Ibu Hamil: Kandungan Nutrisi, Manfaat & Cara Pengambilan

  • Keguguran Berulang/ Recurrent Miscarriage: Kenali Punca, Tanda & Cara Mengatasi

    Keguguran Berulang/ Recurrent Miscarriage: Kenali Punca, Tanda & Cara Mengatasi

  • 21 Tanda Bersalin Semakin Hampir, Ini Persediaan Penting Buat Ibu Bapa Agar Proses Kelahiran Lancar

    21 Tanda Bersalin Semakin Hampir, Ini Persediaan Penting Buat Ibu Bapa Agar Proses Kelahiran Lancar

  • Biji Teratai (Lotus Seeds) Untuk Ibu Hamil: Kandungan Nutrisi, Manfaat & Cara Pengambilan

    Biji Teratai (Lotus Seeds) Untuk Ibu Hamil: Kandungan Nutrisi, Manfaat & Cara Pengambilan

  • Keguguran Berulang/ Recurrent Miscarriage: Kenali Punca, Tanda & Cara Mengatasi

    Keguguran Berulang/ Recurrent Miscarriage: Kenali Punca, Tanda & Cara Mengatasi

  • 21 Tanda Bersalin Semakin Hampir, Ini Persediaan Penting Buat Ibu Bapa Agar Proses Kelahiran Lancar

    21 Tanda Bersalin Semakin Hampir, Ini Persediaan Penting Buat Ibu Bapa Agar Proses Kelahiran Lancar

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
  • Bayi
  • Kesihatan
  • Pendidikan
  • Gaya Hidup
  • TAP Komuniti
  • Beriklan Dengan Kami
  • Hubungi Kami
  • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2025. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham