TAP top app download banner
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan Produk
Klik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beriklan Dengan Kami

Kadar Fidyah Mengikut Negeri Bagi Tahun 2025, Update Terkini Mengikut Majlis Agama Islam

4 min bacaan
Kadar Fidyah Mengikut Negeri Bagi Tahun 2025, Update Terkini Mengikut Majlis Agama Islam

Kadar fidyah ikut negeri 1) Johor: RM1.75, 2) Kedah: RM2.00/RM4.20/RM6.30, 3) Kelantan: RM2.00, 4) Melaka: RM2.00, 5) Negeri Sembilan: RM1.85

Mungkin ada ibu yang mempunyai niat untuk puasa ganti sebaik sahaja melahirkan bayi. Namun beberapa halangan mungkin membuatkan anda tak sempat ganti puasa tahun lepas. Sedar-sedar bakal memasuki bulan Ramadhan lagi.

Rukun Islam yang ketiga adalah umat Islam diwajibkan berpuasa selama sebulan di bulan Ramadhan. Sekiranya tidak dapat menunaikannya, maka anda perlu ganti puasa atau qada pada hari yang lain.

Isi Kandungan

  • Apakah Itu Fidyah?
  • Kadar Fidyah Setiap Negeri 2025
  • Cara Kira Fidyah
  • Kadar Fidyah Yang Perlu Dibayar : Apa Itu Gandaan Fidyah
  • Golongan Yang Wajib Puasa Ganti Dan Bayar Fidyah
  • Golongan Yang Wajib Bayar Fidyah Sahaja

Apakah Itu Fidyah?

Fidyah adalah denda yang dikenakan kepada seorang Islam yang telah baligh kerana meninggalkan puasa wajib disebabkan oleh sebab-sebab tertentu atau sengaja melambatkan puasa ganti (qada’) bulan Ramadhan.

Hukum membayar fidyah adalah WAJIB. Dengan membayar fidyah tidak bermaksud mereka tidak perlu lagi menggantikan puasanya kerana puasa tersebut tetap wajib digantikan mengikut bilangan hari yang telah ditinggalkannya.

Kadar Fidyah Setiap Negeri 2025

Berikut adalah kadar fidyah setiap negeri bagi tahun 2025:

1. Fidyah Negeri Johor: RM1.75 

Gandaan : Ya

Laman web: https://www.maij.gov.my/baitulmal/kadar-fidyah

2. Kadar Fidyah Kedah: RM2.00/RM4.20/RM6.30

¼ daripada kadar zakat fitrah semasa. Kadar baharu fidyah adalah termasuk caj perkhidmatan 15% yang ditetapkan oleh Majlis Agama Islam Negeri Kedah Darul Aman

Gandaan : Pilihan atas kemampuan.

Kalkulator online & Bayaran online: https://www.maik.gov.my/

3. Fidyah Negeri Kelantan: RM2.00

Gandaan : Ya

Kalkulator online: https://zakat.e-maik.my/v8/kalkulator/kira_fidyah.php

4. Fidyah Negeri Melaka: RM2.00

Gandaan: Ya

Kalkulator Online : https://fidyah.maim.gov.my/

5. Fidyah Negeri Sembilan: RM1.85

Gandaan : Ya

Kalkulator online : https://www.mains.gov.my/fidyah/fidyah.php

6. Fidyah Negeri Pahang: RM1.75

Gandaan : Ya

Kalkulator Online : https://zakatpahang.my/fidyah/

7. Fidyah Negeri Pulau Pinang: RM1.75

Gandaan : Ya

Kalkulator online : https://zakatpenang.com/zpp/ppzakat/fidyah.php

8. Fidyah Negeri Perak: RM2.75/ RM4.40/ RM7.42

Kadar fidyah adalah mengikut jenis beras iaitu RM2.75 bagi Beras Putih Import, RM4.40 bagi Beras Perang, Beras Pulut, Beras Herba Ponni atau Beras Wangi.

Manakala, RM7.45 bagi Beras Basmathi, Beras Jepun atau Beras Merah.

Gandaan : Ya

Kalkulator Online : https://fidyah.maiamp.gov.my/

9. Fidyah Negeri Perlis: RM5.00

Gandaan : Tidak dikenakan

Bayaran online : https://www.maips.gov.my/ 

10. Fidyah Negeri Selangor: RM2.00 / RM4.00 / RM6.00: Ikut Jenis Beras Yang Dimakan

Gandaan : Ya

Kalkulator online : https://www.zakatselangor.com.my/info-zakat/zakat-kewajipan-berzakat/fidyah/

11. Fidyah Negeri Terengganu: RM2.00

Gandaan : Ya

Kalkulator Online : https://app2.maidam.gov.my/sistemfidyah/index.php

12. Fidyah Negeri Sabah: RM1.90

Gandaan : Ya

Kalkulator Online : https://baitulmal.sabah.gov.my/kalfid.php

13. Fidyah Negeri Sarawak: RM1.90

Nota: Berdasarkan kepada zakar fitrah tahun 2024 bersamaan dengan 1 gantang beras. Kadar Fidyah = Kadar Zakat Fitrah ÷ 4 = RM 7.50 ÷ 4 = RM 1.90

Kalkulator Online: https://www.tbs.org.my

Gandaan : Ya

14. Fidyah Negeri Wilayah Persekutuan KL: RM4.00

Gandaan : Pilihan Ikut Kemampuan

Kalkulator Online : https://www.zakat2u.com.my/kalkulator/fidyah

Cara Kira Fidyah

Harga bayaran fidyah dikira berdasarkan harga beras semasa iaitu secupak. Ia berubah mengikut harga semasa yang ditetapkan oleh pemerintah di sesuatu tempat.

Beras hasil bayaran fidyah pula perlu disalurkan kepada fakir miskin. Bagi mengira fidyah yang perlu dibayar, kiraan adalah seperti formula di bawah;

Stories Rakan Kongsi
Mencari Aktiviti Hujung Minggu dengan Harga Berbaloi? Jom Terokai 4 Taman Tema Terkemuka di Malaysia Ini
Mencari Aktiviti Hujung Minggu dengan Harga Berbaloi? Jom Terokai 4 Taman Tema Terkemuka di Malaysia Ini
Menerokai Persekitaran: Memperkenalkan Kanak-Kanak Autistik Kepada Pelbagai Persekitaran Luar
Menerokai Persekitaran: Memperkenalkan Kanak-Kanak Autistik Kepada Pelbagai Persekitaran Luar
Tawaran Sah Hanya Pada 11.11 Sahaja! Beli Friso Gold & Bawa Pulang Hadiah Edisi Terhad & Peluang Untuk Memenangi Baucar Pelancongan ke Belanda!
Tawaran Sah Hanya Pada 11.11 Sahaja! Beli Friso Gold & Bawa Pulang Hadiah Edisi Terhad & Peluang Untuk Memenangi Baucar Pelancongan ke Belanda!
Gaya Fesyen Trendy & Terkini, KWC Fashion Wholesale Masa Depan Fast Fashion di Malaysia
Gaya Fesyen Trendy & Terkini, KWC Fashion Wholesale Masa Depan Fast Fashion di Malaysia

Bilangan hari tidak berpuasa X kadar fidyah mengikut negeri = Fidyah yang perlu dibayar.

kadar fidyah mengikut negeri, fidyah ikut negeri, fidyah 2025, cara bayar fidyah 2025, cara kira fidyah

Kadar Fidyah Yang Perlu Dibayar : Apa Itu Gandaan Fidyah

Sekiranya puasa ditinggalkan sehingga beberapa tahun, ada sesetengah negeri yang menetapkan fidyah perlu didarab dengan bilangan tahun yang ditinggalkan.

Antara negeri yang mengenakan gandaan fidyah adalah Kedah (pilihan atas kemampuan), Pulau Pinang, Perak, Selangor, Wilayah Persekutuan KL (pilihan ikut kemampuan), Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Pahang, Terengganu, Kelantan, Sabah dan Sarawak.

Cara mengira gandaan fidyah adalah: Bilangan hari tidak berpuasa X Kadar Fidyah X Bilangan Tahun yang Ditinggalkan = Fidyah yang perlu dibayar

Golongan Yang Wajib Puasa Ganti Dan Bayar Fidyah

  1. Perempuan hamil yang bimbangkan keselamatan kandungan jika berpuasa Ramadan
  2. Bagi kes wanita tidak puasa kerana bimbang keselamatan dirinya ketika hamil dan yang menyusukan anak, juga kerana haid atau pemusafir dan orang yang sakit kemudiannya sembuh, jika mereka tidak segera mengqada puasanya hingga masuk Ramadan tahun hadapan.
  3. Perempuan yang menyusukan anak dan bimbangkan keselamatan bayinya jika berpuasa Ramadan.
  4. Perempuan yang haid sehingga menghalangi puasa Ramadan dan tidak menggantikan puasanya sebelum tahun berikutnya.

kadar fidyah mengikut negeri, fidyah ikut negeri, fidyah 2025, cara bayar fidyah 2025, cara kira fidyah

Golongan Yang Wajib Bayar Fidyah Sahaja

  1. Orang tua yang sangat uzur dan tidak mampu berpuasa Ramadan.

  2. Orang yang sakit dan tiada harapan sembuh

Dengan kemudahan teknologi masa kini, anda boleh terus bayar fidyah online menggunakan telefon pintar. Jadi, tiada alasan untuk melengahkan fidyah puasa ini kerana di mana-mana sahaja anda boleh membayarnya.

Semoga bermanfaat!

Sinar Harian, Baitulmal

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Tips Persediaan Menu Ramadhan Untuk Ibu-Ibu Yang Sibuk, Masak Awal Lebih Senang!

Baca juga: Pakar Laktasi Kongsi Tips Puasa Penuh Ibu Menyusu Badan, Tidak Perlu Qada Tahun Depan!

Baca juga: Cara Buat Pati Kurma Segar Untuk Sahur, Energy Booster Ibu Mengandung & Menyusu

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Siti Nur Zuraikha Yaacob

  • halaman rumah
  • /
  • Gaya Hidup
  • /
  • Kadar Fidyah Mengikut Negeri Bagi Tahun 2025, Update Terkini Mengikut Majlis Agama Islam
Kongsikan:
  • 15 Taman Permainan Kanak-Kanak Di Kuala Lumpur & Selangor Yang Percuma, Best Bawa Keluarga

    15 Taman Permainan Kanak-Kanak Di Kuala Lumpur & Selangor Yang Percuma, Best Bawa Keluarga

  • Mencari Aktiviti Hujung Minggu dengan Harga Berbaloi? Jom Terokai 4 Taman Tema Terkemuka di Malaysia Ini
    Stories Rakan Kongsi

    Mencari Aktiviti Hujung Minggu dengan Harga Berbaloi? Jom Terokai 4 Taman Tema Terkemuka di Malaysia Ini

  • Robot Vakum: Adakah Saya Patut Beli? Ini ''Pro and Cons'' Yang Perlu Anda Pertimbangkan

    Robot Vakum: Adakah Saya Patut Beli? Ini ''Pro and Cons'' Yang Perlu Anda Pertimbangkan

  • 15 Taman Permainan Kanak-Kanak Di Kuala Lumpur & Selangor Yang Percuma, Best Bawa Keluarga

    15 Taman Permainan Kanak-Kanak Di Kuala Lumpur & Selangor Yang Percuma, Best Bawa Keluarga

  • Mencari Aktiviti Hujung Minggu dengan Harga Berbaloi? Jom Terokai 4 Taman Tema Terkemuka di Malaysia Ini
    Stories Rakan Kongsi

    Mencari Aktiviti Hujung Minggu dengan Harga Berbaloi? Jom Terokai 4 Taman Tema Terkemuka di Malaysia Ini

  • Robot Vakum: Adakah Saya Patut Beli? Ini ''Pro and Cons'' Yang Perlu Anda Pertimbangkan

    Robot Vakum: Adakah Saya Patut Beli? Ini ''Pro and Cons'' Yang Perlu Anda Pertimbangkan

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
  • Bayi
  • Kesihatan
  • Pendidikan
  • Gaya Hidup
  • TAP Komuniti
  • Beriklan Dengan Kami
  • Hubungi Kami
  • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Vietnam flag Vietnam
© Copyright theAsianparent 2026. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham