X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan Produk
Klik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beriklan Dengan Kami

Ibu Ayah Kena Bersedia Awal, Bulan Mac 2023 Ada Dua Persiapan Besar- Anak Mula Sekolah & Puasa Ramadhan

4 min bacaan
Ibu Ayah Kena Bersedia Awal, Bulan Mac 2023 Ada Dua Persiapan Besar- Anak Mula Sekolah & Puasa Ramadhan

Kepentingan pengurusan kewangan dapat membantu ibu ayah merancang perbelanjaan keluarga. Untuk tahun 2023, anda perlu lebih bersedia

Lagi beberapa bulan, kita akan melangkah masuk ke tahun 2023.  Pastinya rata-rata ibu ayah masih belum menyedari ada dua persiapan besar yang perlu dilakukan tahun hadapan. Justeru kepentingan pengurusan kewangan hendaklah dirancang dengan lebih awal.

Baru-baru ini tular mengenai perkongsian oleh salah seorang tukang jahit, Nor Faizah yang mengingatkan ibu ayah agar bijak berbelanja kerana pembukaan sesi sekolah baru dan persiapan menyambut Ramadhan serta Hari Raya yang bakal berlaku pada bulan Mac dan April.

Kepentingan pengurusan kewangan, ibu ayah kena buat persiapan awal untuk tahun 2023

Bagi mengelakkan anda berbelanja lebih serentak, kami menasihatkan ibu ayah supaya melakukan perancangan kewangan dengan lebih awal agar nanti tidak kelam kabut.

Hal ini kerana pada sesi persekolahan dikatakan akan bermula 13 Mac 2023, manakala 23 Mac 2023 dijangka mula puasa 1 Ramadhan. 

Tidak dinafikan bahawa keperluan anak bersekolah dan hari raya memerlukan perbelanjaan yang agak besar. Lebih-lebih lagi jika nanti anda ingin pulang ke kampung, perlu menyenaraikan setiap kos yang terlibat.

Puasa bulan 3, naik skolah bulan 3. Makanya tahun depan tailor kena susun jadual bagi molek la ya.

Bukan tailor ja, mak ayah kena bijak berbelanja sebab dalam bulan berturutan ada 2 perbelanjaan besar. Susun jadual perbelanjaan bagi elok ya.

Kalau boleh hujung tahun prepare siap-siap baju sekolah, kasut sekolah, buku skolah. Atau hujung tahun prepare siap-siap baju raya duit raya serta duit balik kampung.

Tailor pun kena atur jadual bg molek. Sat gi tempahan raya kelaut tempahan baju sekolah tenggelam. Hampa yg nak jahit baju sekolah tu tempah awal-awal. Jangan sat gi kata maaflah kami ambil baju sekolah dulu bayar kemudian..

Jangan duk buat muka kesianlah. Sebab kasihan juga kat kami kalau kerja penat-penat tak dapat gaji. Tailor… Pakat belajar dari kesilapanlah ya.

Dan yang penting jahit bagi ikhlaslah kot mana pun. Jangan dok main asal boleh ja… Jahitan macam budak baru belajar. Upah mahai tahap pro… 😁

Rata-rata ibu ayah yang mula menyedari akan persediaan menghadapi dua perbelanjaan besar ini masing-masing memberikan komen dan pendapat mereka di Facebook.

Kalau yang boleh pakai lagi guna je dulu, bukan tiap-tiap tahun nak kena ganti baru pun. Macam mana pun buku memang wajib beli. Macam baju raya pula kalau rasa tak mampu beli, pakai je yang mana ada. Jangan sampai membebankan diri dengan masalah kewangan. Anak-anak pun mesti faham.

Dari mula-mula anak sekolah, lebih suka beli barang sikit-sikit dari tengah tahun sampailah anak masuk sekolah. Macam tu jugalah perancangan kewangan kalau raya. Kami akan sediakan awal 5 ke 6 bulan sebelum raya. Bukan apa sebab taknak serabut kepala. Kalau semua nak sediakan sekaligus, agak susahlah jawabnya.

Kepentingan pengurusan kewangan keluarga, ini cara mudah yang ibu ayah boleh lakukan

Proses pengurusan kewangan memerlukan ibu ayah merancang perbelanjaan dan pendapatan dengan baik. Elakkan terlebih dalam berbelanja sehingga perlu menambah hutang yang sedia ada.

Justeru kepentingan pengurusan kewangan bagi menghadapi tahun 2023 hendaklah dilakukan lebih awal agar mengelakkan tekanan. Antara tips yang boleh anda ikut adalah:

  1. Setiap kali terima gaji bulanan, pastikan anda mengasingkan sejumlah wang sekurang-kurangnya 10% untuk dijadikan simpanan.
  2. Utamakan keperluan berbanding kehendak diri. Jelaskan segala komitmen bulanan seperti kereta, rumah dan bil-bil bulanan terlebih dahulu. Kemudian baharu memasang niat untuk berbelanja ke arah memenuhi kehendak diri.
  3. Belanja mengikut kemampuan, elakkan berhutang untuk barang yang bukan menjadi keperluan. Kecuali untuk membeli barang yang tidak mampu dibeli secara tunai seperti kereta dan rumah.
  4. Bebas daripada hutang jahat seperti kad kredit, pinjaman peribadi dan seangkatan dengannya. Impak terikat dengan hutang sebegini hanya akan mengakibatkan anda menanggung beban hutang yang mempunyai kadar faedah yang tinggi.
  5. Wujudkan akaun simpanan yang tidak menggunakan kad ATM supaya mengelakkan anda mengeluarkan wang sesuka hati. Sebagai contoh simpanan ASB di mana pengeluaran wang hanya boleh dilakukan di kaunter bank.

Semoga bermanfaat!

Kredit foto: yaya azura

Nor Faizah, Easi Circle

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Elak Suami Tertekan Bila Hilang Pekerjaan, Ini 4 Tips Yang Boleh Isteri Bantu Kewangan Suami

Baca juga: Fenomena ChildFree, Ramai Pasangan Tak Nak Anak Atas Alasan Kewangan & Tidak Bersedia

Baca juga:  Pengurusan Kewangan Keluarga Perlu Bijak Agar Tidak Sengkek Di Hujung Bulan!

Stories Rakan Kongsi
Menerokai Persekitaran: Memperkenalkan Kanak-Kanak Autistik Kepada Pelbagai Persekitaran Luar
Menerokai Persekitaran: Memperkenalkan Kanak-Kanak Autistik Kepada Pelbagai Persekitaran Luar
Tawaran Sah Hanya Pada 11.11 Sahaja! Beli Friso Gold & Bawa Pulang Hadiah Edisi Terhad & Peluang Untuk Memenangi Baucar Pelancongan ke Belanda!
Tawaran Sah Hanya Pada 11.11 Sahaja! Beli Friso Gold & Bawa Pulang Hadiah Edisi Terhad & Peluang Untuk Memenangi Baucar Pelancongan ke Belanda!
Gaya Fesyen Trendy & Terkini, KWC Fashion Wholesale Masa Depan Fast Fashion di Malaysia
Gaya Fesyen Trendy & Terkini, KWC Fashion Wholesale Masa Depan Fast Fashion di Malaysia
Mulakan Simpanan Pendidikan & Masa Depan Anak Seawal Mungkin, Pilihlah Cara Terbaik Untuk Tabungan Konsisten
Mulakan Simpanan Pendidikan & Masa Depan Anak Seawal Mungkin, Pilihlah Cara Terbaik Untuk Tabungan Konsisten

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Siti Nur Zuraikha Yaacob

  • halaman rumah
  • /
  • Kewangan
  • /
  • Ibu Ayah Kena Bersedia Awal, Bulan Mac 2023 Ada Dua Persiapan Besar- Anak Mula Sekolah & Puasa Ramadhan
Kongsikan:
  • 13 Petua Turunkan Darah Tinggi Dengan Cepat & Berkesan Yang Boleh Anda Cuba Di Rumah

    13 Petua Turunkan Darah Tinggi Dengan Cepat & Berkesan Yang Boleh Anda Cuba Di Rumah

  • 10 Hotel Bukit Bintang Yang Terbaik, Selesa & Strategik Di Tengah Bandar Pilihan theAsianparent Malaysia

    10 Hotel Bukit Bintang Yang Terbaik, Selesa & Strategik Di Tengah Bandar Pilihan theAsianparent Malaysia

  • 13 Petua Tercekik Tulang Ikan Semasa Makan, Solusi Berkesan Untuk Anda Cuba Di Rumah

    13 Petua Tercekik Tulang Ikan Semasa Makan, Solusi Berkesan Untuk Anda Cuba Di Rumah

  • 13 Petua Turunkan Darah Tinggi Dengan Cepat & Berkesan Yang Boleh Anda Cuba Di Rumah

    13 Petua Turunkan Darah Tinggi Dengan Cepat & Berkesan Yang Boleh Anda Cuba Di Rumah

  • 10 Hotel Bukit Bintang Yang Terbaik, Selesa & Strategik Di Tengah Bandar Pilihan theAsianparent Malaysia

    10 Hotel Bukit Bintang Yang Terbaik, Selesa & Strategik Di Tengah Bandar Pilihan theAsianparent Malaysia

  • 13 Petua Tercekik Tulang Ikan Semasa Makan, Solusi Berkesan Untuk Anda Cuba Di Rumah

    13 Petua Tercekik Tulang Ikan Semasa Makan, Solusi Berkesan Untuk Anda Cuba Di Rumah

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
  • Bayi
  • Kesihatan
  • Pendidikan
  • Gaya Hidup
  • TAP Komuniti
  • Beriklan Dengan Kami
  • Hubungi Kami
  • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2025. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham