X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan Produk
Klik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beriklan Dengan Kami

Pendaftaran Murid Tahun 1 Sesi 2023/2024 Dibuka 1 Mac, Ibu Take Note Info Penting Ini!

4 min bacaan
Pendaftaran Murid Tahun 1 Sesi 2023/2024 Dibuka 1 Mac, Ibu Take Note Info Penting Ini!

Pendaftaran tahun 1 online bagi sesi 2023/2024 dibuka bermula 1 Mac. Ibu ayah siap sedia, ambil tahu akan beberapa info penting ini

Bagi anak yang lahir tahun 2016 atau 2017, ibu ayah boleh siap sedia untuk buat pendaftaran tahun 1 online. Borang pendaftaran secara atas talian ini akan dibuka bermula 1 Mac ini.

Apa yang anda boleh baca dalam artikel ini?

  • Panduan pendaftaran tahun 1 online
  • Senarai dokumen yang perlu dibawa ke sekolah selepas 14 hari tarikh permohonan
  • Mengisi borang persetujuan imunisasi
  • Persiapan untuk anak masuk darjah 1

Bagi memudahkan urusan, anda hendaklah membuat permohonan pada tempoh masa yang diberikan supaya dapat memilih penempatan sekolah bersesuaian dengan lokasi kediaman.

Panduan pendaftaran tahun 1 online bagi sesi 2023/2024

pendaftaran tahun 1 2023 2024

Sebelum mendaftar anak ke tahun 1, ada beberapa syarat telah ditetapkan oleh pihak Kementerian Pendidikan Malaysia iaitu:

  • Murid Tahun 1 Sesi 2023: Lahir pada 2 Januari 2016 hingga 1 Januari 2017
  • Murid Tahun 1 Sesi 2024: Lahir pada 2 Januari 2017 hingga 1 Januari 2018

Cara-cara untuk membuat pendaftaran secara atas talian:

  1. Layari laman web SPATKPM
  2. Log masuk menggunakan nombor kad pengenalan dan kata laluan bagi pengguna yang sedia ada
  3. Bagi pengguna baharu, anda hendaklah mendaftar terlebih dahulu dengan menekan butang DAFTAR PENGGUNA
  4. Klik daftar, isikan maklumat yang diperlukan untuk mendaftar
  5. Setelah berjaya daftar masuk, teruskan permohonan dan klik pada menu Tahun 1
  6. Klik Permohonan Baharu
  7. Masukkan nombor MyKid sebagai ID Pengenalan murid untuk mendaftar
  8. Isikan beberapa maklumat peribadi yang diperlukan seperti maklumat prasekolah/ tadika, profil kesihatan dan rekod imunisasi kanak-kanak
  9. Setelah selesai, tekan butang Simpan dan Seterusnya
  10. Untuk buat pengemaskinian sebelum membuat perakuan, pergi ke Semak Permohonan
  11. Setelah selesai membuat kemaskini maklumat-maklumat berkaitan, pergi ke menu Perakuan
  12. Semak setiap maklumat sehingga diyakini tepat pada menu Perakuan dan klik Peraku Benar Dan Hantar di bahagian paling bawah menu
  13. Status permohonan murid akan dipaparkan
  14. Cetak borang permohonan yang telah lengkap diisi bersama surat persetujuan kesihatan untuk tujuan rujukan

Senarai dokumen untuk pendaftaran tahun 1 online yang perlu dibawa ke sekolah

cara daftar anak tahun 1

foto: freepik

Selepas hantar permohonan kemasukan tahun 1, ibu ayah wajib bawa beberapa dokumen yang telah disahkan ke sekolah yang anda mohon untuk masukkan anak ke darjah 1.

Bukan itu sahaja pastikan dokumen asal dan salinan dihantar selepas 14 hari dari tarikh permohonan dibuat.

Berikut adalah dokumen yang diperlukan:

  • Sijil lahir atau surat beranak. Bagi anak angkat, perlu ada sijil anak angkat
  • Bawa semakan rebat bil elektrik atau bil air anda bagi mengesahkan alamat terkini rumah anda
  • Kad pengenalan ibu, bapa atau penjaga
  • Perakuan surat nikah
  • Borang persetujuan Perkhidmatan Kesihatan dan Imunisasi serta Laporan Kesihatan Doktor

Borang pendaftaran lewat tahun 1 2023/2024

Jika ibu ayah daftar lewat, ada peluang kedua untuk anda dapatkan borang perdaftaran lewat tahun 1 dengan cara isi borang ASBS secara manual yang boleh anda perolehi di PPD atau JPN berhampiran

Biasanya ini terjadi disebabkan oleh:

  • Lewat daftar kelahiran
  • Baru balik dari luar negara untuk sambung belajar di Malaysia kerana ibu ayah bekerja di luar negara

Mengisi borang persetujuan imunisasi tahun 1

Ibu ayah jangan sesekali ambil mudah. Sekarang, jika anak anda tidak mengambil vaksin, murid tidak boleh masuk belajar darjah satu.

Tekan pautan ini bagi memuat turun borang persetujuan perkhidmatan kesihatan dan imunisasi.

Persiapan untuk anak darjah satu, ibu ayah pastikan perkara penting

daftar anak darjah 1

foto: yayaazura

#1. Ajar anak guna tandas

Meskipun kita sudah melangkah ke tahun 2022, sebenarnya masih ramai ibu ayah mengambil mudah akan ajaran menggunakan tandas di sekolah.

Anak yang darjah 1 masih dalam fasa menyesuaikan diri dengan persekitaran di sekolah. Disebabkan itulah ada yang sanggup tahan kencing dan terberak di dalam kelas.

#2. Pastikan anak kenal huruf dan tahu membaca 

Silibus sekolah rendah yang semakin lama semakin susah ini memerlukan anak cepat menerima apa yang diajar oleh cikgu. Jadi bagi anak yang masuk tahun 1 dengan ‘zero’ pengetahuan membaca, mungkin akan sedikit ketinggalan ke belakang.

#3. Ajar anak tentang wang

Sebagai ibu ayah, ajar anak untuk jangan beri murid lain wang yang anda bagi untuk dia berbelanja di sekolah. Bukan itu sahaja ingatkan mereka supaya gunakan wang dengan baik dan tunggu hingga baki dipulangkan.

Ingatkan anak untuk beritahu anda sekiranya ada kawan sekolah meminta duit daripadanya.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Cikgu Pesan, Penting Ibu Ayah Ajar Anak Nak Masuk Darjah 1 Guna Tandas!

Baca juga: Ibu Bapa Disaran Sedia Bekal Anak Untuk Ke Sekolah, Ini Resipi SEDAP Buat Mereka!

Baca juga: Anak Mogok TakNak Ke Sekolah? Ini 5 Tips Dorong Anak Ke Sekolah Tanpa Dipaksa

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Siti Nur Zuraikha Yaacob

  • halaman rumah
  • /
  • Pendidikan
  • /
  • Pendaftaran Murid Tahun 1 Sesi 2023/2024 Dibuka 1 Mac, Ibu Take Note Info Penting Ini!
Kongsikan:
  • E-Prasekolah: Permohonan Prasekolah KPM Sesi 2026 Dibuka Mulai 1 Mac Hingga 30 April 2025

    E-Prasekolah: Permohonan Prasekolah KPM Sesi 2026 Dibuka Mulai 1 Mac Hingga 30 April 2025

  • Kinestetik Maksud: Fahami Gaya Pembelajaran Anak dan Cara Sokong Mereka Dengan Lebih Baik!

    Kinestetik Maksud: Fahami Gaya Pembelajaran Anak dan Cara Sokong Mereka Dengan Lebih Baik!

  • Keperluan Anak Masuk Asrama,  Senarai Barang Wajib Untuk Anak Yang Bakal Tinggal Di Asrama

    Keperluan Anak Masuk Asrama, Senarai Barang Wajib Untuk Anak Yang Bakal Tinggal Di Asrama

  • E-Prasekolah: Permohonan Prasekolah KPM Sesi 2026 Dibuka Mulai 1 Mac Hingga 30 April 2025

    E-Prasekolah: Permohonan Prasekolah KPM Sesi 2026 Dibuka Mulai 1 Mac Hingga 30 April 2025

  • Kinestetik Maksud: Fahami Gaya Pembelajaran Anak dan Cara Sokong Mereka Dengan Lebih Baik!

    Kinestetik Maksud: Fahami Gaya Pembelajaran Anak dan Cara Sokong Mereka Dengan Lebih Baik!

  • Keperluan Anak Masuk Asrama,  Senarai Barang Wajib Untuk Anak Yang Bakal Tinggal Di Asrama

    Keperluan Anak Masuk Asrama, Senarai Barang Wajib Untuk Anak Yang Bakal Tinggal Di Asrama

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
  • Bayi
  • Kesihatan
  • Pendidikan
  • Gaya Hidup
  • TAP Komuniti
  • Beriklan Dengan Kami
  • Hubungi Kami
  • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2025. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham