X
TAP top app download banner
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan Produk
Klik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beriklan Dengan Kami

Peranakan Jatuh (Uterine Prolapse): Jenis, Punca, Dan Rawatan Untuk Rahim

7 min bacaan
Peranakan Jatuh (Uterine Prolapse): Jenis, Punca, Dan Rawatan Untuk Rahim

Peranakan jatuh boleh berpunca daripada kehamilan dan bersalin, menopaus, umur, faktor genetik dan obesiti atau berat badan berlebihan.

Peranakan jatuh atau uterine prolaps adalah masalah kesihatan biasa dihadapi oleh ramai wanita, terutamanya bagi mereka yang ada pengalaman melahirkan anak atau sudah lanjut usia.

Isi Kandungan

  • Apa Itu Peranakan Jatuh?
  • Jenis Peranakan Jatuh
  • Punca Peranakan Jatuh
  • Simptom Yang Boleh Dihadapi
  • Komplikasi Rahim Jatuh
  • Rawatan Moden Yang Sesuai
  • Kaedah Perubatan Melayu

Apa Itu Peranakan Jatuh?

Peranakan jatuh ini melibatkan penurunan rahim dari kedudukan normal dalam badan.  Ia boleh membuatkan anda berasa sakit dan tidak selesa untuk melakukan aktiviti seharian.

Prolaps rahim atau peranakan jatuh adalah keadaan di mana rahim jatuh dari kedudukan normalnya di dalam badan.

Ini berlaku apabila struktur sokongan semula jadi rahim, seperti otot dan ligamen menjadi lemah atau meregang.

Apabila ini berlaku, rahim boleh menekan vagina atau pun terkeluar dari vagina.

Rahim jatuh boleh menyebabkan ketidakselesaan, kesakitan, dan juga masalah lain seperti jangkitan saluran kencing.

Jenis Peranakan Jatuh

Sekarang, kita dah fahamkan maksud peranakan jatuh atau rahim jatuh, punca, simptom, dan kesan buruknya. Tapi, persoalan utama, betul ke rahim jatuh ada banyak jenis?

Jawapannya, ya! Mari kita kenali jenis-jenisnya satu persatu.

1.Prolaps Ringan (Peringkat 1)

Pada peringkat ini, prolaps rahim masih pada tahap ringan. Rahim hanya turun sedikit dari kedudukan normal dan masih berada di dalam vagina.

Selalunya pada peringkat ini, gejala mungkin tidak begitu jelas atau mungkin tidak hadir sama sekali.

2.Prolaps Sederhana (Peringkat 2)

Pada peringkat ini, prolaps rahim menjadi lebih jelas. Rahim menonjol lebih jauh ke dalam faraj, walaupun belum sampai ke lubang vagina.

Anda mungkin mula merasakan sensasi tidak selesa atau tekanan di kawasan pelvis.

3.Prolaps Teruk (Peringkat 3)

Pada peringkat ini, prolaps rahim menjadi lebih teruk. Rahim menonjol sehingga mencapai lubang vagina, dan gejala prolaps menjadi lebih jelas.

Anda mungkin mengalami ketidakselesaan yang lebih besar, seperti sakit pelvis, kesukaran membuang air kecil atau masalah lain.

4.Prolaps Lengkap (Peringkat 4)

Ini adalah peringkat prolaps yang paling teruk. Pada peringkat ini, rahim terkeluar sepenuhnya dari faraj. Gejala prolaps boleh menjadi sangat mengganggu dan boleh memberi kesan ketara kepada kualiti hidup seseorang.

Jangkitan dan masalah lain juga boleh timbul akibat keadaan ini.

Punca Peranakan Jatuh

Rahim jatuh atau peranakan jatuh boleh terjadi disebabkan oleh pelbagai faktor. Berikut beberapa punca yang menyebabkan anda mengalami rahim jatuh:

1.Kehamilan Dan Bersalin

Kehamilan dan bersalin adalah punca rahim jatuh yang utama. Ketika hamil, rahim mengalami perubahan ketara dalam peningkatan saiz.

Manakala proses bersalin boleh menyebabkan regangan berlebihan otot pelvis dan ligamen. Ini menyebabkan sokongan semula jadi rahim menjadi lemah dan meningkatkan risiko rahim jatuh.

2.Menopaus

Semasa menopaus, tahap estrogen dalam badan wanita berkurang dengan ketara.

Kehilangan estrogen ini boleh menyebabkan penurunan keanjalan tisu di kawasan pelvis, yang sekaligus meningkatkan risiko rahim jatuh.

3.Umur

Semakin meningkat usia wanita, semakin besar kemungkinan mereka mengalami prolaps rahim.

Ini kerana otot pelvis dan ligamen cenderung melemah dengan usia, yang menjadikan sokongan semula jadi rahim lebih terdedah kepada kerosakan.

4.Faktor Genetik

Sekiranya terdapat sejarah keluarga yang mengalami masalah rahim jatuh, anda berisiko tinggi mengalami masalah yang sama.

5.Obesiti Atau Berat Berlebihan

Obesiti atau berat badan berlebihan boleh meningkatkan tekanan pada pelvis dan rahim.

Ini boleh mengakibatkan regangan otot dan ligamen pelvis secara berlebihan, serta melemahkan sokongan semula jadi rahim, yang akhirnya boleh menyebabkan rahim jatuh.

6.Peregangan Otot Pelvik

Aktiviti yang melibatkan regangan berlebihan otot pelvis, seperti mengangkat berat, boleh menyebabkan kerosakan pada sokongan semula jadi rahim dan meningkatkan risiko prolaps.

7.Masalah Kesihatan

Sesetengah masalah kesihatan seperti fibroid rahim, endometriosis, atau kehadiran jisim lain dalam pelvis, boleh mengganggu sokongan semula jadi rahim dan meningkatkan risiko prolaps.

Simptom Yang Boleh Dihadapi

Berikut adalah beberapa simptom peranak jatuh yang boleh ibu-ibu perhatikan: 

  1. Tekanan di Kawasan Pelvis: Salah satu tanda peranakan jatuh adalah kehadiran sensasi berat atau tekanan di kawasan pelvis. Selalunya terasa seperti berat atau tekanan bawah pada vagina atau pelvis.
  2. Sakit atau Ketidakselesaan: Wanita yang mengalami rahim jatuh juga mungkin mengalami kesakitan atau ketidakselesaan di kawasan pelvis, bahagian bawah belakang, atau bahagian bawah abdomen. Kesakitan ini mungkin menjadi lebih teruk jika anda berdiri lama, berjalan, atau aktiviti fizikal.
  3. Perubahan dalam Fungsi Saluran Kencing: Rahim jatuh boleh menjejaskan fungsi saluran kencing, menyebabkan masalah seperti kerap membuang air kecil, inkontinensia (sukar menahan air kencing), atau rasa tidak puas selepas membuang air kecil.
  4. Masalah Seksual: Sesetengah wanita yang mengalami rahim jatuh juga mengalami masalah seksual, seperti sakit ketika seks atau penurunan libido. Prolaps rahim boleh mengganggu penembusan atau menyebabkan ketidakselesaan semasa aktiviti seksual.
  5. Perubahan Kedudukan atau Rupa Vagina: Dalam kes rahim jatuh yang lebih teruk, anda mungkin melihat atau merasakan perubahan pada kedudukan atau rupa vagina. Rahim yang terkeluar dari faraj atau kelihatan seperti bonjolan yang menonjol boleh menjadi tanda rahim jatuh yang jelas.
  6. Ketidakselesaan di Kawasan Pelvis: Wanita yang mengalami rahim jatuh juga mungkin berasa tidak puas hati atau tidak selesa di kawasan pelvis secara umum. Ini boleh menjadi sensasi biasa yang sukar untuk diterangkan dengan jelas, tetapi terasa seperti terdapat ketidakselesaan atau berat yang berterusan di pelvis.

Komplikasi Rahim Jatuh

Rahim prolaps boleh mengganggu aktiviti biasa dan menjadi tidak selesa.

Stories Rakan Kongsi
Penyakit Biasa Dalam Kalangan Kanak-Kanak & Vaksinasi-Vaksinasi Penting Untuk Melindungi Daripadanya
Penyakit Biasa Dalam Kalangan Kanak-Kanak & Vaksinasi-Vaksinasi Penting Untuk Melindungi Daripadanya
ROTAVIRUS: Punca Utama Cirit-birit pada Kanak-kanak
ROTAVIRUS: Punca Utama Cirit-birit pada Kanak-kanak
Senarai Jenis Najis Bayi, Awas Jika Najis Anak Anda Berwarna & Tekstur Ini
Senarai Jenis Najis Bayi, Awas Jika Najis Anak Anda Berwarna & Tekstur Ini
Masalah Anemia Atau Kekurangan Darah Merah Boleh Terjadi Disebabkan Pelbagai Punca
Masalah Anemia Atau Kekurangan Darah Merah Boleh Terjadi Disebabkan Pelbagai Punca

Kes yang sangat ringan mungkin tidak memerlukan rawatan atau menyebabkan sebarang ketidakselesaan.

Walau bagaimanapun, kes yang teruk mungkin menyukarkan untuk membuang air kecil atau membuang air besar yang normal.

Rawatan Moden Yang Sesuai

Berikut adalah beberapa rawatan moden yang sesuai untuk merawat peranakan jatuh: 

  1. Terapi Senaman: Doktor mungkin mengesyorkan senaman khusus yang membantu menguatkan otot pelvis anda. Ia dapat melegakan simptom dan mengelakkan masalah daripada menjadi lebih teruk.
  2. Penggunaan Peranti Bantuan: Doktor juga mungkin mengesyorkan penggunaan alat bantuan kecil yang dipanggil pessary. Ia dapat membantu menyokong rahim dan mengelakkannya daripada terus jatuh. Walau bagaimanapun, peranti ini mesti dipasang dan diperiksa oleh doktor.
  3. Ubat-ubatan: Terdapat juga ubat-ubatan yang membantu, terutamanya bagi wanita menopause. Ubat ini biasanya mengandungi hormon estrogen, yang boleh melegakan ketidakselesaan dan membaiki tisu di sekitar pelvis.
  4. Perubahan Gaya Hidup: Kadangkala, mengubah gaya hidup dengan elakkan mengangkat berat, mengekalkan berat badan yang sihat dan mencegah sembelit. Semua ini boleh membantu mengurangkan tekanan pada pelvis.
  5. Pembedahan: Untuk kes yang teruk, doktor mungkin mencadangkan pembedahan. Ini dilakukan untuk mengembalikan rahim ke kedudukan asal dan mengurangkan gejala. Walau bagaimanapun, pembedahan hanya dilakukan jika rawatan lain tidak berkesan.

Kaedah Perubatan Melayu

Berikut adalah beberapa kaedah perubatan melayu untuk menaikkan peranakan jatuh:

1.Amalan Bertangas

Amalan bertangas bukan sahaja membantu mengecutkan rahim dan mengeluarkan darah kotor dari rahim, malah ia juga sangat membantu wanita yang mengalami masalah rahim jatuh.

Stim berrherba yang masuk ke dalam peranakan dapat membetulkan semula kedudukan rahim. Untuk kesan yang lebih optimum, anda digalakkan untuk bertungku selepas bertangas.

2.Urutan Untuk Peranakan Turun

Berurut Sendiri

  1. Baring di atas katil, rapatkan diri ke dinding.
  2. Sapu minyak panas atau minyak aromaterapi ke perut.
  3. Angkat kaki dan sandarkan ke dinding secara perlahan-lahan. Sambil mengangkat kaki, tarik bahagian yang berbenjol di atas ari-ari ke arah pusat.
  4. Dengan lembut, urut dari perut dari bawah iaitu ari-ari dan bawa naik ke pusat.
  5. Kalau anda berasa sakit, berhenti dahulu. Berehat lebih kurang lima minit sebelum mula urut semula dengan lembut.
  6. Urut selama 30 minit.
  7. Ulang setiap hari sehingga rahim anda tidak terasa jatuh lagi.

Urutan Sengkak

Dalam perbidanan Melayu, urutan sengkak adalah sejenis urutan dalaman atau womb uplift massage yang dilakukan untuk mengemaskan tubuh badan, khususnya posisi rahim.

Urut sengkak ini dilakukan selama 3 hari selepas hari ke-44 berpantang, sebagai rawatan penutup bagi wanita yang bersalin normal. Sengkak pada awal minggu adalah tidak digalakkan kerana dikhuatiri boleh menyebabkan kecederaan kepada rahim yang masih bengkak.

Bagaimanapun, ada yang mengatakan bahawa urutan sengkak hanya membantu menaikkan rahim yang jatuh buat sementara waktu, tetapi tidak menguatkan otot lantai pelvis yang lemah.

Kesimpulannya, peranakan jatuh atau uterine prolaps, adalah masalah yang sering dihadapi oleh wanita terutama mereka yang telah melahirkan anak atau meningkat usia.

Walaupun keadaan ini menyebabkan ketidakselesaan, terdapat banyak pilihan rawatan tersedia untuk mengatasinya.

Semoga artikel ini bermanfaat.

Cleveland Clinic, mayo clinic

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: 10 cara jaga rahim agar sihat dan TAK ROSAK, mulakan ia sekarang!

Baca juga:  Minuman Berais Boleh Menjadi Punca Rahim Kembang Selepas Bersalin? Ini Penjelasan Doktor

Baca juga: 1 Dalam 50 Juta, Wanita Dengan Dua Rahim Berjaya Hamil Kembar Dalam Rahim Berbeza

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Siti Nur Zuraikha Yaacob

  • halaman rumah
  • /
  • Kesihatan
  • /
  • Peranakan Jatuh (Uterine Prolapse): Jenis, Punca, Dan Rawatan Untuk Rahim
Kongsikan:
  • Penyakit RSV Pada Bayi & Kanak-Kanak: Simptom, Rawatan Dan Langkah Pencegahan

    Penyakit RSV Pada Bayi & Kanak-Kanak: Simptom, Rawatan Dan Langkah Pencegahan

  • Apa Itu Cerebral Palsy: Ini Penyebab, Gejala & Faktor Risiko

    Apa Itu Cerebral Palsy: Ini Penyebab, Gejala & Faktor Risiko

  • Daun Salam (Bay Leaf): Kegunaan Dan Khasiat Baik Untuk Pencernaan

    Daun Salam (Bay Leaf): Kegunaan Dan Khasiat Baik Untuk Pencernaan

  • Penyakit RSV Pada Bayi & Kanak-Kanak: Simptom, Rawatan Dan Langkah Pencegahan

    Penyakit RSV Pada Bayi & Kanak-Kanak: Simptom, Rawatan Dan Langkah Pencegahan

  • Apa Itu Cerebral Palsy: Ini Penyebab, Gejala & Faktor Risiko

    Apa Itu Cerebral Palsy: Ini Penyebab, Gejala & Faktor Risiko

  • Daun Salam (Bay Leaf): Kegunaan Dan Khasiat Baik Untuk Pencernaan

    Daun Salam (Bay Leaf): Kegunaan Dan Khasiat Baik Untuk Pencernaan

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
  • Bayi
  • Kesihatan
  • Pendidikan
  • Gaya Hidup
  • TAP Komuniti
  • Beriklan Dengan Kami
  • Hubungi Kami
  • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Vietnam flag Vietnam
© Copyright theAsianparent 2025. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham