TAP top app download banner
theAsianparent
theAsianparent
EnglishMalay
Panduan Produk
  • Menjadi ibu bapa
  • Anak
  • Keibubapaan
  • Kesihatan
  • Penyusuan & Pemakanan
  • Pendidikan
  • Gaya Hidup
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beriklan Dengan Kami
  • Komuniti
Log Masuk
  • EnglishMalay
    • Artikel
  • Menjadi ibu bapaMenjadi ibu bapa
  • AnakAnak
  • KeibubapaanKeibubapaan
  • KesihatanKesihatan
  • Penyusuan & PemakananPenyusuan & Pemakanan
  • PendidikanPendidikan
  • Gaya HidupGaya Hidup
  • TAP CadanganTAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan#PendidikanKewangan
  • Beli-BelahBeli-Belah
  • VIPVIP
  • Siaran MediaSiaran Media
  • Beriklan Dengan KamiBeriklan Dengan Kami
  • KomunitiKomuniti
    • Komuniti
  • Poll
  • Gambar
  • Makanan
  • Resipi
  • Topik
  • Baca Artikel
    • Tracker
  • Tracker Kehamilan
  • Tracker Bayi
    • Ganjaran
  • GanjaranGanjaran
  • Pertandingan
  • VIP ParentsVIP Parents
    • Lagi
  • Maklum Balas

Polisi PrivasiGaris Panduan KomunitiPeta Laman Web

Muat turun app percuma kami

google play store
app store

Berat Badan Berlebihan Ibu Hamil Boleh Sebabkan Proses Kelahiran Ambil Masa Lama!

4 min bacaan
Berat Badan Berlebihan Ibu Hamil Boleh Sebabkan Proses Kelahiran Ambil Masa Lama!

Berat badan ibu hamil antara isu yang sering disebutkan golongan wanita mengadung. Kenaikan yang mendadak boleh mendatangkan bahaya!

Musim Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bermakna ramai daripada kita akan mencuba resepi baharu. Tidak salah mencuba, tetapi jangan lupa kawal berat badan ibu hamil!

Berat badan ibu hamil sangat sensitif, ia boleh jadi secara tiba-tiba turun mendadak dan juga naik mendadak. Kedua-duanya bakal memberi kesan kepada ibu dan juga bayi yang dikandung. 

Masalah kenaikan berat badan yang berlebihan pastinya akan menyebabkan wanita hamil ditegur oleh kakitangan klinik atau hospital. Pada waktu itu, kita akan mengimbas kembali, apakah yang kita makan semalam, atau sepanjang minggu itu?

Berat badan ibu hamil wajib dipantau

Berat badan ibu hamil

Menurut Pakar Obstetrik & Ginekologi dari Columbia Asia Hospital Seremban, Dr Norintan Zainal Shah, kenaikan berat badan ketika hamil adalah sesuatu yang normal tetapi tidak boleh secara mendadak.

Setiap ibu hamil boleh merujuk kepada carta berat badan yang ideal sepanjang mengandung.

Sebelum kita semua panik, marilah kita lihat apakan kenaikan berat badan yang dianggap ‘normal’ ketika hamil. Kenaikan berat badan ketika hamil secara purata adalah 12 kilogram sepanjang kehamilan.

Namun, bagi wanita yang underweight iaitu BMI 18.5 atau kurang, anda boleh mengalami kenaikan berat badan sebanyak 20kg sepanjang kehamilan. Untuk wanita yang mengalami obesiti pula, (BMI lebih dari 30.0), anda hanya boleh naik berat badan sebanyak 5kg sepanjang kehamilan.

Naik berat badan ikut usia kehamilan

Berat badan ibu hamil

Pada trimester pertama, keadaan ibu yang kurang selera atau mengalami loya menyebabkan kenaikan berat badan adalah minimum 1 kg setiap bulan atau ada yang kehilangan berat badan.

Pada trimester kedua, berat badan akan naik 1 kg setiap bulan. Jika berat badan tidak naik disebabkan masalah muntah yang berpanjangan, anda hendaklah berjumpa doktor untuk pemeriksaan lanjut (pastikan tiada masalah tiroid, masalah hati atau masalah usus/pankreas).

Pada trimester ketiga, berat badan selalunya naik 1.5 -2 kg setiap bulan. Jika, berat badan naik lebih dari bacaan yang dinyatakan, pihak hospital atau klinik akan memastikan anda tidak mengalami masalah kencing manis, darah tinggi atau masalah pemakanan berlebihan.

Jika berat naik mendadak anda akan dipantau

Berat badan ibu hamil

Ini bagi mengelakkan masalah seperti eklampsia, kematian ibu dan bayi (disebabkan oleh darah tinggi) atau masalah bayi yang obes, atau kematian bayi secara mengejut (disebabkan oleh masalah kencing manis sewaktu hamil).

Biasanya doktor akan menasihatkan ibu supaya tidak makan berlebihan sehingga menyebabkan diri ibu dan bayi dalam kandungan menjadi obes.

Jika kita melahiran bayi yang mempunyai berat badan berlebihan, risiko yang kita alami adalah:

  • Proses kelahiran yang lama
  • Gagal untuk lahir secara normal dan perlu dibedah akhirnya
  • Penggunaan alat seperti vakum dan forsep bagi membantu kelahiran di mana bayi dan ibu boleh mengalami kecederaan.
  • Selepas kepala bayi keluar, bahu pula boleh tersangkut (shoulder dystocia) di mana otot, tulang dan urat saraf bayi boleh cedera dan kecederaan mungkin kekal! Otak bayi juga boleh mengalami kekurangan oksigen.
  • Setelah bayi dilahirkan, uri juga besar jika bayi puan besar. Dalam sesetengah kes, ia sukar dikeluarkan. Selepas uri keluar, rahim pula lambat mengecut dan boleh berlaku masalah tumpah darah.

Buat rekod kenaikan berat badan

Ibu mengandung seharusnya menyimpan rekod kenaikan badan. Dengan cara ini, anda akan peka dengan kenaikan berat badan. Beli mesin penimbang dan timbang berat badan dua kali sehari (waktu pagi dan malam sebelum tidur).

Campur berat badan anda pada hari itu dan bahagi dengan dua untuk mendapat purata berat badan. Simpan rekod berat badan selama seminggu dan kira puratanya.

Jika berat badan naik terlalu cepat ( lebih dari 0.5kg seminggu), maka anda hendaklah menjaga pemakanan pada minggu seterusnya.

Masalah kenaikan berat badan yang berlebihan juga mempunyai kesan selepas bersalin. Antaranya ialah masalah stres dan murung.

Stories Rakan Kongsi
Alami Kehamilan Berisiko? Ketahui Bagaimana Pakar Neonatologi Boleh Bantu Anda
Alami Kehamilan Berisiko? Ketahui Bagaimana Pakar Neonatologi Boleh Bantu Anda
Alami Kehamilan Berisiko? Inilah Sebabnya Anda Perlukan Pakar Perubatan Fetal Maternal (Maternal Fetal Medicine).
Alami Kehamilan Berisiko? Inilah Sebabnya Anda Perlukan Pakar Perubatan Fetal Maternal (Maternal Fetal Medicine).
Tanda-Tanda Kencing Manis Ketika Hamil
Tanda-Tanda Kencing Manis Ketika Hamil
Parut Czer Buat Ramai Ibu Hilang Keyakinan, Ini Cara Mudah Untuk Mengatasinya
Parut Czer Buat Ramai Ibu Hilang Keyakinan, Ini Cara Mudah Untuk Mengatasinya

Kesukaran untuk menyusu anak juga dikaitan dengan wanita yang obes selepas kelahiran bayi. Jika mengalami pembedahan caesarean, luka lambat baik, lebih mudah mengalami jangkitan dan lebih mudah dilanda masalah darah beku di kaki (deep vein thrombosis).

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Sumber: Dr Norintan Zainal Shah

Baca juga: BMI Dan Berat Badan Semasa Hamil, Apa Yang Anda Patut Tahu?

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

ddc-calendar
Bersedia untuk ketibaan bayi anda dengan menambah tarikh bersalin anda.
ATAU
Kira tarikh bersalin anda
img
Penulis

Lala Annuar

  • halaman rumah
  • /
  • Kehamilan
  • /
  • Berat Badan Berlebihan Ibu Hamil Boleh Sebabkan Proses Kelahiran Ambil Masa Lama!
Kongsikan:
  • Salicylic Acid Untuk Ibu Hamil, Adakah Selamat Penggunaannya Untuk Ibu & Bayi?

    Salicylic Acid Untuk Ibu Hamil, Adakah Selamat Penggunaannya Untuk Ibu & Bayi?

  • Alami Kehamilan Berisiko? Ketahui Bagaimana Pakar Neonatologi Boleh Bantu Anda
    Stories Rakan Kongsi

    Alami Kehamilan Berisiko? Ketahui Bagaimana Pakar Neonatologi Boleh Bantu Anda

  • Himpunan Nama Bayi Lelaki Islam Dari Huruf A Hingga Z Yang Menarik, Miliki Maksud Baik

    Himpunan Nama Bayi Lelaki Islam Dari Huruf A Hingga Z Yang Menarik, Miliki Maksud Baik

  • Salicylic Acid Untuk Ibu Hamil, Adakah Selamat Penggunaannya Untuk Ibu & Bayi?

    Salicylic Acid Untuk Ibu Hamil, Adakah Selamat Penggunaannya Untuk Ibu & Bayi?

  • Alami Kehamilan Berisiko? Ketahui Bagaimana Pakar Neonatologi Boleh Bantu Anda
    Stories Rakan Kongsi

    Alami Kehamilan Berisiko? Ketahui Bagaimana Pakar Neonatologi Boleh Bantu Anda

  • Himpunan Nama Bayi Lelaki Islam Dari Huruf A Hingga Z Yang Menarik, Miliki Maksud Baik

    Himpunan Nama Bayi Lelaki Islam Dari Huruf A Hingga Z Yang Menarik, Miliki Maksud Baik

Feed

Feed

Dapatkan artikel yang bersesuaian tentang keibubapaan, gaya hidup, dan pendapat pakar, hanya di hujung jari anda!

Poll

Poll

Sertai poll yang menarik dan lihat apa ibu bapa lain fikir

Gambar

Gambar

Kongsi gambar insan tersayang anda secara selamat.

Topik

Topik

Sertai komuniti kami untuk lebih rapat dengan ibu atau ayah lain.

Tracker

Tracker

Pantau kehamilan anda, malah juga tumbesaran bayi dari hari ke hari!

theAsianparent

Muat turun app percuma kami

Google PlayApp Store

Ibu di Seluruh Dunia

Singapore flag
Singapore
Thailand flag
Thailand
Indonesia flag
Indonesia
Philippines flag
Philippines
Malaysia flag
Malaysia
Vietnam flag
Vietnam

Partner Brands

Rumah123VIP ParentsMama's ChoiceTAP Awards

© Copyright theAsianparent 2026 . All rights reserved

  • Tentang Kami
  • Polisi Privasi
  • Terma dan Syarat
  • Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham