X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan ProdukKlik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Awards
    • Parents' Choice Awards 2023
  • Beriklan Dengan Kami

Elak Makan Banyak Semasa Hamil, Berat Berat Naik Mendadak Bahaya Untuk Ibu & Kandungan!

4 min bacaan
Elak Makan Banyak Semasa Hamil, Berat Berat Naik Mendadak Bahaya Untuk Ibu & Kandungan!

Menjaga berat badan ketika hamil bukan saja penting bagi ibu, tapi juga bagi bayi di kandungan. Simak bahaya kelebihan berat badan ketika hamil di sini.

Kehamilan mungkin satu-satunya masa di mana kita sebagai orang perempuan tidak bimbang sangat untuk makan banyak, yelah macam-macam mengidam kan. Namun apabila berat naik mendadak ketika hamil, memang doktor pun naik risau!

Perlu difahami bahawa kenaikan berat badan ketika hamil juga ada panduannya, tidak boleh main tambah sahaja berat badan dengan sesuka hati.

Ingat, anda makan untuk 2 orang itu adalah salah, sebenarnya lebih kepada anda perlu makan makanan berkhasiat untuk anda dan bayi. 

Kenaikan ideal berat badan ketika hamil

Para doktor menyarankan yang jumlah kenaikan berat badan ketika hamil yang ideal adalah 11kg–16kg.

Secara ringkasnya, panduan untuk kenaikan berat badan selama kehamilan adalah seperti berikut:

  • Kenaikan berat badan di trimester pertama bagi ibu hamil pada umumnya adalah 1-3 kg
  • Pada 6 bulan selanjutnya kenaikan berat rata-rata adalah 0.5kg setiap minggu
  • Ibu yang hamil bayi kembar perlu mendapatkan jumlah kenaikan berat badan sepanjang kehamilan antara 15kg hingga 20 kg.

Bahaya berat naik mendadak ketika hamil

berat naik mendadak ketika hamil, berat badan naik mendadak ketika hamil, berat naik mendadak trimester ketiga, berat badan naik ketika hamil

Berat badan yang naik lebih daripada 1.5kg setiap minggu pada trimester 2 dan trimester 3 semasa kehamilan adalah tanda-tanda yang tidak sihat.

Menurut satu laporan dari Amerika pada November 2015, 47% para ibu di Amerika yang mengalami kenaikan berat badan berlebihan ketika hamil memiliki risiko masalah kesihatan sepanjang kehamilan dan selepas bersalin!

Berat naik mendadak ketika hamil boleh mengakibatkan masalah tersebut:

  • Hasil USG yang kurang tepat. Jika anda berlebih berat badan dan memiliki terlalu banyak lemak dalam tubuh, doktor anda akan mengalami kesukaran untuk melihat keadaan bayi. Hal ini termasuklah kesukaran mengesan jika ada masalah pada janin selama kehamilan.
  • Meningkatkan risiko obesiti dan diabetes pada anak. Kenaikan berat badan yang drastik ketika hamil boleh mengubah genetik bayi yang sedang berkembang dalam mengendalikan nafsu makan, metabolisme tubuh dalam menghadam lemak dan karbohidrat, dan proses metabolisme insulin.
  • Cacat ketika lahir. Bayi yang lahir dari ibu yang obese akan berisiko tinggi untuk mengalami kecacatan ketika lahir, termasuk masalah jantung dan cacat sistem saraf.
  • Bersalin pramatang. Semakin tinggi kenaikan berat badan ibu, semakin besar pula kemungkinan bayi lahir pramatang.

Elak Makan Banyak Semasa Hamil, Berat Berat Naik Mendadak Bahaya Untuk Ibu & Kandungan!

  • Meningkatkan ketidakselesaan. Kelebihan berat badan akan menyebabkan segala ketidakselesaan ketika kehamilan, seperti sakit punggung, kebas kaki, terlalu penat untuk bersenam. Masalah lain termasuklah cram betis, pedih ulu hati, buasir dan sengal sendi.
  • Tekanan darah tinggi. Mengalami hipertensi gestasional, yang biasanya didiagnosis pada pertengahan kehamilan, boleh menyebabkan komplikasi ketika bersalin.
  • Preeklampsia. Preeklampsia boleh menyebabkan masalah pada hati dan ginjal, serta meningkatkan risiko masalah plasenta dan komplikasi lainnya.
  • Diabetes Gestasional. Kelebihan berat badan ketika hamil akan meningkatkan risiko diabetes gestasional, yang boleh berlanjutan menjadi diabetes jenis 2 di kemudian hari.
  • Bayi terlalu besar. Semakin banyak kenaikan berat badan anda, semakin tinggi kemungkinan bayi menjadi terlalu besar, atau makrosomia. Keadaan ini meningkatkan risiko bersalin dengan menggunakan forsep atau vakum. Juga meningkatkan risiko bersalin secara pembedahan caesarean.
  • Obesiti dan isu kesihatan ketika tua. Ibu yang terlalu banyak mengalami kenaikan berat badan selama hamil dan tidak dapat menurunkannya dalam masa 6 bulan selepas bersalin akan memiliki risiko obesiti pada 10 tahun mendatang. Seterusnya, obesiti boleh menyebabkan masalahan kesihatan seperti tekanan darah tinggi, diabetes dan sakit jantung.

berat naik mendadak ketika hamil, berat badan naik mendadak ketika hamil, berat naik mendadak trimester ketiga, berat badan naik ketika hamil

Selain itu, penyelidikan yang dilakukan oleh University of North Carolina terhadap 600 ibu mengandung menunjukkan yang kenaikan berat badan berlebihan ketika hamil akan mengakibatkan proses bersalinyang lebih menyakitkan dan lama!

Teorinya adalah, proses bersalin yang lama pada ibu hamil yang mengalami kegemukan adalah disebabkan oleh lemak tambahan pada bahagian pinggul, yang menyebabkan pintu rahim sempit.

Ia ditambah lagi dengan kemungkinan mendapat bayi besar.

berat naik mendadak ketika hamil, berat badan naik mendadak ketika hamil, berat naik mendadak trimester ketiga, berat badan naik ketika hamil

Maka, ibu tersebut perlu mengalami proses bersalin yang panjang dengan kontraksi yang lebih kuat agar bayi boleh keluar.

Jadi ibu-ibu sekalian, jaga berat badan anda ketika hamil agar ia tetap ideal sehingga hari bersalin ya.

Caranya adalah dengan mengambil diet yang berkhasiat dan sebaik mungkin, hindari dari memakan makanan dan minuman yang manis! Sesekali tak mengapa, tapi tak boleh selalu ya. 

Semoga bermanfaat.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The Asianparent Malaysia

Baca juga: Ibu Ada Diabetes (GDM) Ketika Hamil, Adakah Mengancam Nyawa Bayi?

Stories Rakan Kongsi
Parut Czer Buat Ramai Ibu Hilang Keyakinan, Ini Cara Mudah Untuk Mengatasinya
Parut Czer Buat Ramai Ibu Hilang Keyakinan, Ini Cara Mudah Untuk Mengatasinya
Pentingnya Ambil Susu Ibu Mengandung Sepanjang Tempoh Kehamilan, Baik Untuk Ibu & Janin
Pentingnya Ambil Susu Ibu Mengandung Sepanjang Tempoh Kehamilan, Baik Untuk Ibu & Janin
Why all pregnant mums need to know about gestational diabetes
Why all pregnant mums need to know about gestational diabetes
Mengapakah ibu-ibu mengandung dan menyusu memerlukan suplementasi DHA?
Mengapakah ibu-ibu mengandung dan menyusu memerlukan suplementasi DHA?

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

ddc-calendar
Bersedia untuk ketibaan bayi anda dengan menambah tarikh bersalin anda.
ATAU
Kira tarikh bersalin anda
img
Penulis

Putri Fitria

  • halaman rumah
  • /
  • Kehamilan
  • /
  • Elak Makan Banyak Semasa Hamil, Berat Berat Naik Mendadak Bahaya Untuk Ibu & Kandungan!
Kongsikan:
  • Ibu Hamil Kena Jaga Berat Badan & BMI Agar Tidak Membahayakan Kandungan

    Ibu Hamil Kena Jaga Berat Badan & BMI Agar Tidak Membahayakan Kandungan

  • Berat badan naik semasa hamil boleh beri impak pada bayi dalam kandungan!

    Berat badan naik semasa hamil boleh beri impak pada bayi dalam kandungan!

  • Selain Tambah Susu Badan, Ibu Juga Boleh Dapatkan Kulit Yang Cantik Dengan 16 Milk Booster Terbaik Di Malaysia Ini!

    Selain Tambah Susu Badan, Ibu Juga Boleh Dapatkan Kulit Yang Cantik Dengan 16 Milk Booster Terbaik Di Malaysia Ini!

  • Give Health A Shot Campaign: Bridging the Awareness With Vaccine Preventable Disease Education for Families

    Give Health A Shot Campaign: Bridging the Awareness With Vaccine Preventable Disease Education for Families

  • Ibu Hamil Kena Jaga Berat Badan & BMI Agar Tidak Membahayakan Kandungan

    Ibu Hamil Kena Jaga Berat Badan & BMI Agar Tidak Membahayakan Kandungan

  • Berat badan naik semasa hamil boleh beri impak pada bayi dalam kandungan!

    Berat badan naik semasa hamil boleh beri impak pada bayi dalam kandungan!

  • Selain Tambah Susu Badan, Ibu Juga Boleh Dapatkan Kulit Yang Cantik Dengan 16 Milk Booster Terbaik Di Malaysia Ini!

    Selain Tambah Susu Badan, Ibu Juga Boleh Dapatkan Kulit Yang Cantik Dengan 16 Milk Booster Terbaik Di Malaysia Ini!

  • Give Health A Shot Campaign: Bridging the Awareness With Vaccine Preventable Disease Education for Families

    Give Health A Shot Campaign: Bridging the Awareness With Vaccine Preventable Disease Education for Families

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
    • Anak angkat
    • Kehamilan
    • Sebelum & Proses Bersalin
    • Perkahwinan & Seks
  • Bayi
    • Nama bayi
    • Perkembangan & Anak
    • Tip keibubapaan
    • Penyusuan & Pemakanan
  • Kesihatan
    • Senaman
    • Alahan & Sindrom
    • Penyakit
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Rumah
    • Kewangan
    • Percutian
    • Pertandingan & promosi
  • Banyak Lagi
    • TAP Komuniti
    • Beriklan Dengan Kami
    • Hubungi Kami
    • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2023. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

theAsianparent heart icon
Kami ingin menghantar anda pemberitahuan untuk berita dan kemas kini terbaru mengenai kehamilan.