X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan Produk
Klik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beriklan Dengan Kami

Mengapa Berat Badan Kanak-Kanak Memainkan Peranan Besar Dalam Hidup Mereka?

4 min bacaan
Mengapa Berat Badan Kanak-Kanak Memainkan Peranan Besar Dalam Hidup Mereka?

Kelebihan berat badan dan obesiti di kalangan kanak-kanak adalah masalah yang kian meningkat di Malaysia. Bacalah bagaimana ibu bapa boleh membantu menguruskan berat badan anak-anak mereka supaya mereka akan menjadi lebih sihat.

 

Berat badan kanak-kanak berlebihan masih lagi antara masalah pemakanan yang kian meningkat di sebilangan negara di dunia. Ia berkaitan perubahan cara hidup, kekurangan aktiviti fizikal di samping perubahan dalam tabiat pemakanan.

Kebelakangan ini, ‘body mass index’ (BMI: berat (kg)/tinggi(m)2) semakin diterima sebagai pengukur kelebihan berat badan dan obesiti. Ia mencerminkan jisim lemak badan dengan lebih tepat daripada ukuran berat. Agihan BMI di kalangan kanak-kanak dan dewasa berbeza mengikut umur dan jantina.

BMI meningkat selepas lahir hingga umur enam ke 12 bulan kemudian menurun ke tahap minimum pada umur empat ke enam tahun dan meningkat sehingga kanak-kanak itu mencapai umur dewasa. Kira-kira satu pertiga daripada obesiti di kalangan dewasa bermula dari usia kanak-kanak.

Faktor Yang Bantu Ibu Bapa Jaga Berat Badan Kanak-kanak

berat badan kanak-kanak

Kredit: Freepik

Mari kita lihat antara faktor-faktor yang mungkin dapat membantu ibu bapa untuk menjaga berat badan anak-anak.

1# Berat badan kanak-kanak: Kasih sayang biar bertempat

Kebanyakan ibu bapa selalu menggunakan makanan sebagai tanda kasih dan sayang. Tapi kalau anda betul-betul sayangkan anak anda, janganlah masak atau belikan mereka makanan yang menggemukkan sepanjang masa. Kasihanilah mereka kerana yang susah nanti mereka juga.

2#Berat badan kanak-kanak: Tauladan yang baik

Tunjukkan contoh serta tauladan yang baik kepada mereka. Kalau anda sendiri mengalami masalah berat badan, cubalah untuk kurangkan berat badan dan menjadi contoh yang baik kepada anak anda.

3# Berat badan kanak-kanak: Tetapkan peraturan pemakanan

berat badan kanak-kanak

Kredit: Freepik

Disiplin dalam pemakanan kanak-kanak itu penting. Anda perlu tetapkan waktu-waktu makan, contohnya sarapan, makan tengahari dan makan malam sebagai tiga waktu makan yang terpenting dan harus dipatuhi. Waktu ‘snack time’ adalah dimana makanan ringan dibenarkan pada waktu riadah. Pastikan anda sendiri mempraktikkan jadual makan ini dengan konsisten.

4# Berat badan kanak-kanak: Makanan ringan untuk hujung minggu

Pastikan makanan sepanjang hari Isnin hingga Jumaat adalah yang sihat dan seimbang. Ganjaran makanan ringan seperti ais krim, chip kentang, kek, kuih dan lain-lain sesuai untuk hujung minggu dan cuti sekolah.

5# Berat badan kanak-kanak: Masa riadah setiap hari

berat badan kanak-kanak

Kredit: Freepik

Di zaman cyber dan teknologi canggih ini, amatlah penting untuk ‘memaksa’ anak anak  anda untuk keluar rumah dan melibatkan diri dalam aktiviti-aktiviti fizikal di luar rumah seperti bersukan, bermain dengan jiran dan lain-lain lagi. Jangka masa yang sesuai adalah sekurang-kurangnya 60 minit setiap hari! Kawal masa untuk PS3, wii dan telefon bimbit. Pastikan anda mengawal waktu dan penggunaan alat permainan elektronik dan telefon bimbit kerana kedua-duanya penggalak sikap malas!

6# Sediakan snek yang sihat

Mengapa Berat Badan Kanak-Kanak Memainkan Peranan Besar Dalam Hidup Mereka?

Kredit: Freepik

Sarapan, makan tengah hari dan malam mungkin lebih mudah untuk dikawal, tetapi makanan di antara hidangan atau snek adalah pencetus kegemukkan kerana ia selalu tidak dikawal dan dipenuhi dengan makanan yang tidak sihat. Jadi pastikan anda sediakan snek yang mudah dan sihat untuk kanak-kanak anda. Contoh adalah sandwich tuna, cereal oat, buah-buahan.

7# Ketahuilah keperluan kalori anak anda

Setiap individu mempunyai keperluan kalori yang berbeza, termasuklah kanak-kanak. Kalau kita sendiri selalu mengira kalori makanan untuk menjaga berat badan kita, jangan lupakan anak-anak. Kira kalori dalam makanan mereka dan cuba galakkan diri mereka sendiri untuk mengira kalori. Tabiat baik ini akan memberi manfaat kepada mereka kelak.

8# Buang tabiat lama

berat badan kanak-kanak

Kredit: Freepik

Kalau anak anda mengalami masalah kegemukkan, cuba buang tabiat-tabiat yang kurang sihat untuk jangka masa panjang. Pastikan perubahan pemakanan dan gaya hidup adalah kekal supaya ia menjadi tabiat yng baru untuk sepanjang hayat.

9# Fahami tanggungjawab anda

Anak anda adalah tanggungjawab anda, bukan pihak ketiga seperti guru, pengasuh, mahupun orang gaji. Kalau lah anda betul-betul sayangkan anak anda, pastikan berat badannya pun dalam kawalan anda.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Anak selalu minta jajan atau makanan ringan, itu sebenarnya tanda mereka stress!

Stories Rakan Kongsi
Pentingnya Lampin Bayi Terbaik Yang Diluluskan Pakar Pediatrik Demi Menjaga Kulit Bayi Yang Sensitif
Pentingnya Lampin Bayi Terbaik Yang Diluluskan Pakar Pediatrik Demi Menjaga Kulit Bayi Yang Sensitif
Perlindungan Usus dan Perkembangan Holistik Kanak-kanak: Apa Kaitannya?
Perlindungan Usus dan Perkembangan Holistik Kanak-kanak: Apa Kaitannya?
Anak Sering Nampak Letih, Ada Kemungkinan Kerana Anemia, Ketahui Simptom & Cara Mengatasinya!
Anak Sering Nampak Letih, Ada Kemungkinan Kerana Anemia, Ketahui Simptom & Cara Mengatasinya!
Ini 8 Perkara Penting Yang Perlu Diberi Perhatian Dalam Perkembangan Anak -Pakar
Ini 8 Perkara Penting Yang Perlu Diberi Perhatian Dalam Perkembangan Anak -Pakar

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

amelia

  • halaman rumah
  • /
  • Perkembangan kanak-kanak
  • /
  • Mengapa Berat Badan Kanak-Kanak Memainkan Peranan Besar Dalam Hidup Mereka?
Kongsikan:
  • Perkembangan Kognitif Kanak-Kanak Mengikut Usia Dan Cara Ibu Ayah Ransang Minda Si Manja Di Rumah

    Perkembangan Kognitif Kanak-Kanak Mengikut Usia Dan Cara Ibu Ayah Ransang Minda Si Manja Di Rumah

  • Tanda-Tanda Sistem Imun Anak Lemah Dan Cara Mengatasinya

    Tanda-Tanda Sistem Imun Anak Lemah Dan Cara Mengatasinya

  • Pentingnya Lampin Bayi Terbaik Yang Diluluskan Pakar Pediatrik Demi Menjaga Kulit Bayi Yang Sensitif
    Stories Rakan Kongsi

    Pentingnya Lampin Bayi Terbaik Yang Diluluskan Pakar Pediatrik Demi Menjaga Kulit Bayi Yang Sensitif

  • Perkembangan Kognitif Kanak-Kanak Mengikut Usia Dan Cara Ibu Ayah Ransang Minda Si Manja Di Rumah

    Perkembangan Kognitif Kanak-Kanak Mengikut Usia Dan Cara Ibu Ayah Ransang Minda Si Manja Di Rumah

  • Tanda-Tanda Sistem Imun Anak Lemah Dan Cara Mengatasinya

    Tanda-Tanda Sistem Imun Anak Lemah Dan Cara Mengatasinya

  • Pentingnya Lampin Bayi Terbaik Yang Diluluskan Pakar Pediatrik Demi Menjaga Kulit Bayi Yang Sensitif
    Stories Rakan Kongsi

    Pentingnya Lampin Bayi Terbaik Yang Diluluskan Pakar Pediatrik Demi Menjaga Kulit Bayi Yang Sensitif

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
  • Bayi
  • Kesihatan
  • Pendidikan
  • Gaya Hidup
  • TAP Komuniti
  • Beriklan Dengan Kami
  • Hubungi Kami
  • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2025. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham