Anak Cirit Birit, Muntah 40 Kali Selepas Makan Jajan Dalam Kotak Mainan!

Anak Cirit Birit, Muntah 40 Kali Selepas Makan Jajan Dalam Kotak Mainan!

'Jajan' merupakan makanan ringan yang biasanya dijual kepada kanak-kanak. Tetapi jajan mempunyai kesan buruk kepada emosi dan tingkahlaku anak.

Semasa kecil, pasti ibu ayah pernah dibelikan makanan ringan atau ‘jajan’ dari kedai runcit atau diberikan percuma semasa parti harijadi. Tetapi tahukah anda, makan jajan sebenarnya boleh memberikan impak kepada kesihatan kanak-kanak?

Selalunya jajan ini dijual dalam bungkusan dengan ilustrasi yang menarik, dan yang bestnya ada mainan pula diberikan secara percuma atau sebaliknya.

Si anak pula pasti meminta-minta bila nampak coklat dan gula-gula yang berwarna-warni membuatkan ibu ayah serba salah pula hendak belikan!

Cirit Birit, Muntah Selepas Makan Jajan Dalam Kotak Mainan

Walaupun umum kini sedia maklum yang makanan ringan atau jajan ini sememangnya tinggi gula, namun ada sesetengah parents yang tidak mengambil berat hal ini. Jika tidak pun, belikan untuk anak-anak sekali-sekala untuk melayan kehendak mereka.

Dalam satu kes, seorang kanak-kanak berusia 6 tahun mengalami keracunan makanan selepas makan jajan yang kotak mainan yang dibeli bapanya dari sebuah kedai runcit.

Menurut si bapa, dia tidak menjangkakan perkera tersebut terjadi kerana dia pernah membelikan produk yang sama namun tiada apa-apa yang berlaku.

makan jajan

Disebabkan itu, anak perempuannya dimasukkan ke hospital selama 4 hari akibat mengalami cirit-birit dan muntah berterusan selepas makan jajan yang dibeli. Katanya lagi, 

“Anak saya terkena keracunan makanan berpunca dari makanan dalam kotak mainan di gambar berikut. Dah empat hari anak saya muntah dan cirit-birit. Hari pertama saja anak saya muntah lebih 20 kali,” 

Selepas kejadian itu, si ayah kembali ke kedai runcit berkenaan untuk bertanyakan kepada tuan punya kedai, namun terkejut apabila mendengar penjelasannya.

“Selepas jumpa dia,saya tanya pasal barang yang dia jual dan dengan selamba dia boleh kata, “Boss, ini barang memang tak boleh makan. Itu mainan takpa. Sorry boss, lupa bagitahu.”
 
bahaya jajan
Sejurus selepas itu, laporan polis dan aduan kepada Kementerian Kesihatan juga telah dibuat untuk tindakan lanjut. Dia berharap pihak berkuasa bertindak segera dengan melakukan pemantauan berterusan dan mengambil tindakan sewajarnya supaya tiada lagi kanak-kanak lain menjadi mangsa. 
“Bagi ibu bapa pula, jadikanlah apa yang berlaku terhadap anak saya sebagai pengajaran untuk anda lebih berhati-hati,” katanya. 
6 Keburukan Makan Jajan Untuk Kanak-Kanak
jajan kepada kanak-kanak

Jajan ialah makanan ringan yang tak berkhasiat, banyak kandungan monosodium glutamat (MSG), pengawet dan pewarna yang membahayakan. 

Pengambilan jajan seperti gula-gula secara berkala boleh menyebabkan masalah kesihatan yang serius kepada si kecil.

Dalam keadaan tertentu seperti kes di atas, anak mengalami keracunan makanan serta merta. Namun kebiasaannya kesan makan jajan ini juga boleh memberi risiko negatif secara perlahan-lahan terhadap perkembangan si anak.

Berikut merupakan 6 kesan makan jajan terhadap kesihatan anak:

#1 Peningkatan Gula Dalam Darah

Salah satu kesan yang paling biasa dari pengambilan gula adalah perubahan segera dalam jumlah gula dalam aliran darah. Hal ini yang membawa kepada peningkatan kadar gula dalam darah,  dan akan turun secara mendadak menyebabkan ‘blood sugar crash

Blood sugar crash ini boleh menyebabkan masalah ketagihan, seperti menggeletar, keinginan untuk makan lebih banyak gula, kelaparan, sakit kepala dan dahaga.

#2 Masalah Gigi

makanan tinggi gula

Selepas menyentuh dengan gula-gula, bakteria Streptococcus akan mengunci gigi kita dan mendedahkannya dengan asid laktik yang perlahan-lahan memusnahkan gigi. Sebaiknya, bilas gigi anak selepas makan bagi melindungi diri dari kerosakan gigi ini.

#3 Manisan Berkualiti Rendah

Pelbagai jenis gula-gula popular yang kini dijual di pasaran mempunyai jumlah gula tinggi, aditif dan sebatian kimiayang tidak baik untuk metabolisme dan gigi jika digunakan dalam kuantiti yang banyak. Pertimbangkan untuk makan produk dengan pemanis semulajadi, teh hijau, atau buah-buahan.

#4 Obesiti obesiti kanak-kanak

Jajan biasanya mempunyai kandungan kalori dan tenaga tinggi walaupun kelihatan kecil. Pengambilan berlebihan boleh membawa ke obesiti kanak-kanak, atau menyimpan lebih banyak kalori yang tidak dapat dibakar atau dibuang. 

#5 Diabetes Type-2

Pengambilan jajan dan produk manis lain yang berlebihan boleh menyebabkan ketidakseimbangan gula dalam aliran darah kita dan keupayaan hati untuk memproses gula. 

#6 Bahan Tiruan

Produk jajan sering mengandungi bahan buatan yang banyak yang boleh memudaratkan malah boleh menyebabkan tindak balas alahan dan asma yang serius. Bahan-bahan ini didapati dari pelbagai agen pewarna, bahan bukan makanan, plumbum, dan banyak lagi yang boleh menyebabkan cirit-birit dan muntah.

Ibu ayah, elakkan membelikan anak-anak makanan ringan berbentuk jajan sebegini lagi ya. Seeloknya, beli alternatif makanan ringan lain seperti kekacang atau buah-buahan kering kepada si manja.

Semoga bermanfaat.

Untuk dapatkan lebih banyak informasi dari theAsianparent Malaysia, boleh terus download Aplikasi Keibubapaan #1 Di Asia Tenggara kami.Anak Cirit Birit, Muntah 40 Kali Selepas Makan Jajan Dalam Kotak Mainan!

Untuk dapatkan lebih banyak informasi dari theAsianparent Malaysia, boleh terus ke Facebook page kami.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Sumber: thereporter

Baca juga:

6 Makanan Menyebabkan Anak Bodoh dan Menyekat Perkembangan

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

app info
get app banner