X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan ProdukKlik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Awards
    • Parents' Choice Awards 2023
  • Beriklan Dengan Kami

Macam Mana Boleh Terjadinya Rahim Kembang

7 min bacaan
Macam Mana Boleh Terjadinya Rahim Kembang

Mengikut kata pakar, pengambilan ais ketika berpantang bukanlah penyebab rahim kembang!

Ibu tidak digalakkan untuk mengambil ais semasa berpantang kerana ini dikatakan boleh menyebabkan rahim kembang ataupun rahim terjatuh/terkeluar. Namun penjelasan pakar telah membuktikan ais bukanlah punca rahim kembang.

Rahim kembang atau uterine proplapse terjadi apabila lantai otot pelvis mengembang, lemah dan tidak dapat menyokong rahim wanita. Pada ketika ini, rahim mungkin boleh menonjol keluar daripada faraj. Ia adalah antara masalah yang sering dialami oleh wanita yang bersalin sekurang-kurangnya sekali melalui faraj atau terjadi pada wanita yang sudah putus haid/menopause.

Walaupun rahim kembang seringkali terjadi selepas mengandung dan melahirkan bayi, tetapi ia bukanlah satu-satunya faktor yang menyumbang kepada masalah ini. Terdapat beberapa faktor lain yang menyebabkan otot rahim anda lemah contohnya seperti berikut:

-Berat badan yang berlebihan (ia memberi tekanan yang lebih kepada otot pelvis)

-Trauma selepas bersalin

-Melahirkan bayi yang bersaiz besar

-Kerap meneran semasa membuang air besar

-Tahap estrogen yang rendah selepas putus haid/menopaus

-Batuk yang teruk atau bronchitis

-Sering mengangkat berat

-Kelemahan tisu pelvic akibat daripada proses penuaan

-Sejarah keluarga yang mempunyai kelemahan yang berkaitan dengan tisu

rahim kembang

Tanda-tanda rahim kembang

  • Banyak keputihan keluar dari faraj
  • Faraj berair
  • Seluar dalam sentiasa dalam keadaan basah
  • Perut selalu terasa kejang
  • Period tidak menentu
  • Perut buncit
  • Sakit ketika melakukan seks dengan suami
  • Sakit tumit kaki
  • Kerap terkencing
  • Keluar air daripada kemaluan setiap kali terbatuk/bersin

Punca rahim kembang

  • Kerap minum air berais
  • Banyak mengambil makanan yang sejuk seperti sayur kangkung, kacang panjang, makanan bermalam
  • Wanita tidak berpantang dengan baik selepas keguguran
  • Wanita tidak berpantang dengan baik selepas bersalin

 

rahim kembang

Tips Untuk Kempiskan Rahim Kembali

Sejurus selepas kelahiran bayi, rahim anda akan kembali mengecut kepada saiz asalnya iaitu dari saiz sebesar buah tembikai semasa hamil kembali kepada saiz sebesar buah limau. Kebiasaannya jururawat akan memantau rahim anda selepas proses bersalin. Ia untuk memastikan rahim anda kembali ke bentuk asal.Berikut adalah tips untuk kembali mengecutkan rahim anda selepas bersalin:

1.Menyusukan bayi anda boleh membantu mengecutkan rahim

Menyusu merupakan cara paling alami untuk mengecutkan rahim selepas bersalin. Ia juga antara cara yang paling efektif untuk masalah ini. Apabila menyusukan bayi, hormon yang dipanggil oxytocin akan dibebaskan. Hormon ini bertindak melalui badan ibu untuk membantu ibu merasa tenang disamping membantu mengecutkan rahim. Ibu mungkin merasa seakan-akan kontraksi dan tidak selesa semasa proses ini tetapi ia membantu rahim anda mengecut kembali kepada saiz asalnya sebelum mengandung.

2.Gunakan bengkung bersalin/postpartum girde

Sementara kontraksi membantu rahim anda mengecut dari dalam, bengkung bersalin ini akan membantu mengecutkan rahim dari luar. Bengkung bersalin ini bertindak mengikat otot abdomen, rahim dan organ lain. Dengan menyokong dan menekan bahagian ini, ia membantu organ anda kembali kepada tempat dan saiz asal mereka. Ia juga baik untuk menyokong postur tubuh yang mana membantu anda untuk mengurangkan kesakitan dan bengkak.

3.Lakukukan senaman lantai otot pelvis

Anda boleh menguatkan otot pelvis anda dengan melakukan senaman di rumah. Ia dipanggil sebagai senaman kegel. Caranya seperti anda menahan kencing semasa anda sedang buang air kecil. Lakukan proses ini berulang-ulang. Semasa melakukan senaman ini anda akan merasa otot pelvis anda berasa tegang.

4.Sihatkan tubuh badan anda

Makan makanan yang sihat bukan sahaja penting semasa hamil tetapi juga selepas melahirkan. Anda disarankan memakan makanan seperti buah-buahan, sayuran, dan makanan berbijiran penuh yang mempunyai kandungan serat yang tinggi. Pemakanan yang sihat membekalkan segala keperluan nutrien yang baik untuk tubuh badan anda disamping membantu badan anda supaya cepat sembuh dan kekal sihat. Ia juga sangat baik untuk membantu memperbanyakkan susu badan dan mengekalkan mood yang tenang selepas proses kelahiran.

5.Melakukan urutan rahim

Pernahkah anda melakukan urutan selepas mengalami sakit otot? Fikirkan urutan rahim adalah benda yang sama seperti urutan tersebut. Rahim dan otot sekitarnya telah bekerja keras, jadi urutan rahim mungkin mampu mengurangkan masalah ini.

Lakukannya dengan meletakkan tangan anda dibahagain bawah abdomen dan secara pelahan tekan dan urut dikawasan sekitar rahim. Dengan menstimulasi rahim melalui urutan, anda akan mengalakkan proses kontraksi disamping menenangkan kawasan yang berasa tidak selesa. Biasanya semasa anda berjumpa jururawat semasa rutin pemeriksaan, mereka kadangkala akan melakukan urutan rahim ini kepada anda.

6.Kekal hidrasi

Kekal hidrasi sepanjang masa amat penting terutamanya semasa proses penyembuhan selepas bersalin. Minum air secukupnya membantu meningkatkan proses penyembuhan dan membuang toksin daripada badan anda dengan lebih cepat, seterusnya membantu organ anda sembuh dengan cepat. Kekal hidrasi juga memastikan badan ibu mampu menghasilkan susu badan yang cukup untuk keperluan bayi disamping dapat menyegarkan tubuh anda.

7. Gunakan tekanan panas

Gunakan tekanan panas atau batu tungku secara terus diatas abdomen akan membantu melegakan rasa tidak selesa daripada kontraksi rahim. Kepanasan itu boleh membantu rahim anda mengecut dan kembali kepada saiz asal sebelum bersalin. Selain itu mandi menggunakan air panas juga membantu melegakan masalah ini.

Ais punca rahim kembang – benar atau mitos?

Macam Mana Boleh Terjadinya Rahim Kembang

Stories Rakan Kongsi
Pencemaran Udara Di Dalam Rumah Lebih Berisiko Menyebabkan Kelahiran Bayi Pramatang, Ini Apa Yang Anda Patut Lakukan!
Pencemaran Udara Di Dalam Rumah Lebih Berisiko Menyebabkan Kelahiran Bayi Pramatang, Ini Apa Yang Anda Patut Lakukan!
Parut Czer Buat Ramai Ibu Hilang Keyakinan, Ini Cara Mudah Untuk Mengatasinya
Parut Czer Buat Ramai Ibu Hilang Keyakinan, Ini Cara Mudah Untuk Mengatasinya
Ibu-Ibu, Ini Cara Untuk Kembali Yakin Dengan Diri Sendiri Selepas Pembedahan C-Section! Tiada Lagi Parut Ketara
Ibu-Ibu, Ini Cara Untuk Kembali Yakin Dengan Diri Sendiri Selepas Pembedahan C-Section! Tiada Lagi Parut Ketara
Pentingnya Ambil Susu Ibu Mengandung Sepanjang Tempoh Kehamilan, Baik Untuk Ibu & Janin
Pentingnya Ambil Susu Ibu Mengandung Sepanjang Tempoh Kehamilan, Baik Untuk Ibu & Janin

Sebelum ini timbul perdebatan dan perbezaan pendapat di mana ada yang menyokong ais punca rahim kembang dan ada yang berpendapat sebaliknya.

Dari perkongsian yang ditulis oleh Dr. Rusyainie Ramli di Facebook telah menimbulkan rasa tidak puas hati antara kalangan ibu-ibu yang masih percaya dengan petua-petua semasa berpantang. 

Di dalam perkongsiannya itu, Dr. Rusyainie telah menerangkan bahawa salah faham ais sebagai punca rahim kembang, bukannya fakta yang disokong dari segi sains.

Malah, Dr Nur Amalina Che Bakri di Twitter turut menyatakan ais bukan punca menyebabkan rahim kembang. ketika berpantang.

“Saya nak tanya, siapa yang ajar urat jadi kembang, rahim jadi kembang lepas minum air sejuk ni. 

“Rahim tu macam span kah boleh serap air senang-senang? Berleluasa sangat dah ajaran ni… parah. Oh my biology!

“Apa yang anda makan dan minum akan masuk ke sistem pencernaan, bukan ke rahim. 

“Apa yang anda makan dan minum akan diproses di dalam sistem pencernaan sebelum diserap atau dibuang keluar sebagai air kencing atau najis.

“Suhu sejuk pula menyebabkan salur darah constrict bukan kembang.

“Itu sebab anda suka minum air manis. Makan dan minum banyak makanan manis, berboba-boba, lepas tu jadi “kembang”, hang salahkan ais?” kata Amalina.

Nasihat Dr Amalina sebaiknya ketika berpantang perlulah menjaga kesihatan diri dan bayi, apa-apa kepercayaan yang elok untuk kesihatan tidak salah untuk diikuti namun jika memudaratkan sebaiknya diabaikan.

“Apa-apa pun, buatlah yang terbaik untuk diri sendiri dan bayi. 

“Boleh buat pantang mana yangg sesuai, tinggalkan mana yang mudarat. 

“Tetapi, pemahaman mesti betul. Saya mahu membetulkan pemahaman sahaja supaya orang kita mengetahui fakta yang sebenar supaya tidak mudah ditipu dan dimanipulasi,” tambahnya.

Perkongsian dan penjelasan daripada Dr Amalina itu bagaimanapun mengundang kecaman ramai namun pada yang sama ada yang menyokong. Walau bagaimanapun apa yang dijelaskannya itu adalah berdasarkan fakta, manakala apa yang dipegang oleh wanita-wanita melayu di Malaysia ini adalah berdasarkan kepercayaan dan kata orang-orang tua dulu.

Ais TIDAK akan menyebabkan:

rahim kembang

  • Rahim kembang
  • Kemaluan yang sentiasa basah
  • Badan berangin
  • Perut buncit
  • Letih dan penat
  • Haid yang berketul-ketul
  • Senggugut
  • Faraj menjadi longgar
  • Cepat tua
  • Sakit badan

Rahim merupakan salah satu organ yang penting bagi wanita. Ia menjalankan pelbagai fungsi penting untuk sistem pembiakkan wanita, kesuburan dan juga sebagai melahirkan bayi (semasa proses mengandung dan bersalin).

Jadi amatlah penting untuk menjaga kesihatan rahim agar ia dapat menjalankan fungsinya dengan optimun. Mengamalkan cara hidup yang sihat serta berpantang dengan betul selepas bersalin amatlah digalakkan.

Luangkan masa untuk bersenam, kekalkan berat badan yang ideal, makan makanan yang sihat dan kurangkan pengambilan gula dan garam serta makanan proses. Sekiranya merasakan ada sesuatu yang tidak kena atau tidak normal pada badan anda cepat-cepat dapatkan pemeriksaan doktor.

 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Sumber: Dr. Rusyainie Ramli

https://www.lasvegasgynsurgery.com/blog/is-uterine-prolapse-common-after-giving-birth

https://www.gentlenursery.com/postpartum/help-uterus-shrink-after-birth/

https://medicalreview.co.za/uterine-prolapsetreatment/#:~:text=Treatment%20depends%20on%20how%20weak%20the%20supporting%20tissue,cases%20goes%20namely%20by%20itself.%20Pelvic%20floor%20exercises

 

Baca juga: Peranakan Jatuh Adalah Perkara Serius! Mengapa Ini Terjadi?

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

ddc-calendar
Bersedia untuk ketibaan bayi anda dengan menambah tarikh bersalin anda.
ATAU
Kira tarikh bersalin anda
img
Penulis

Rosanna Chio

  • halaman rumah
  • /
  • Menjadi ibu bapa
  • /
  • Macam Mana Boleh Terjadinya Rahim Kembang
Kongsikan:
  • Peranakan Jatuh Adalah Perkara Serius! Mengapa Ini Terjadi?

    Peranakan Jatuh Adalah Perkara Serius! Mengapa Ini Terjadi?

  • AWAS, 6 penyakit isteri dapat sebab suami, no #3 anda pasti rasa kecewa bila tahu!

    AWAS, 6 penyakit isteri dapat sebab suami, no #3 anda pasti rasa kecewa bila tahu!

  • Peranakan Jatuh Adalah Perkara Serius! Mengapa Ini Terjadi?

    Peranakan Jatuh Adalah Perkara Serius! Mengapa Ini Terjadi?

  • AWAS, 6 penyakit isteri dapat sebab suami, no #3 anda pasti rasa kecewa bila tahu!

    AWAS, 6 penyakit isteri dapat sebab suami, no #3 anda pasti rasa kecewa bila tahu!

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
    • Anak angkat
    • Kehamilan
    • Sebelum & Proses Bersalin
    • Perkahwinan & Seks
  • Bayi
    • Nama bayi
    • Perkembangan & Anak
    • Tip keibubapaan
    • Penyusuan & Pemakanan
  • Kesihatan
    • Senaman
    • Alahan & Sindrom
    • Penyakit
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Rumah
    • Kewangan
    • Percutian
    • Pertandingan & promosi
  • Banyak Lagi
    • TAP Komuniti
    • Beriklan Dengan Kami
    • Hubungi Kami
    • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2023. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

theAsianparent heart icon
Kami ingin menghantar anda pemberitahuan untuk berita dan kemas kini terbaru mengenai kehamilan.