Pernah tak anda dengar tentang istilah “peranakan jatuh” atau “rahim kembang”? Biasanya, mereka yang alami masalah ini akan berjumpa tukang urut sebagai salah satu cara menaikkan peranakan yang turun itu. Ramai wanita akan tertanya, apa punca peranakan jatuh? Bagaimana ia terjadi?
Sebelum itu, tanya diri anda terlebih dahulu. Mengapa anda berjumpa dengan tukang urut, bukan doktor? Hal ini sebenarnya boleh terjadi atas pelbagai faktor.
Ramai yang menderita peranakan jatuh atau peranakan turun ini enggan bertemu doktor atau bidan terlatih kerana malu atau takut dengan prosedur rawatan yang mungkin menyakitkan.
Apa itu peranakan jatuh dan apa punca peranakan jatuh?
Kredit: medicalnewstoday.com
Sebelum kita pergi dengan lebih mendalam tentang cara menaikkan peranakan yang turun, anda harus tahu, peranakan turun atau rahim jatuh ini biasa terjadi dalam kalangan wanita.
Bahkan, hampir separuh wanita yang pernah melahirkan anak mengalaminya atas pelbagai sebab!
Peranakan turun ini bukan terjadi pada ibu yang melahirkan anak sahaja, wanita yang belum berkahwin juga berisiko untuk mengalami masalah ini jika sering melakukan aktiviti lasak atau kerja berat.
Menurut Dr Asiah Abdullah, masalah itu berlaku apabila ligamen dan otot bahagian pelvis (pinggul) menjadi lemah atau rosak. Ia sekaligus tidak dapat menampung organ pada bahagian berkenaan.
“Apabila masalah ini muncul, ia boleh membuatkan rahim jatuh atau keluar faraj, pundi kencing menonjol ke bahagian dinding faraj dan usus besar menonjol ke arah belakang faraj.
“Memang ia tidak mengancam nyawa tapi pesakit akan rasa tidak selesa dan kemungkinan berlakunya sengsara emosi,” ujarnya.
Baca juga: Wanita WAJIB Jaga Rahim Dengan Baik, Ini 7 Makanan Mencegah Penyakit Rahim Anda!
3 jenis peranakan jatuh atau rahim jatuh
1# Bahagian atas/ bumbung faraj
Jika peranakan jatuh membabitkan bahagian atas, rahim akan jatuh pada bahagian faraj (uterine prolapsed)
- Ramai wanita tidak sedar keadaan ini. Biasanya, ia hanya diketahui apabila pemeriksaan doktor dilakukan seperti pap smear
- Jika jatuh lebih bawah dan hingga ke pangkal rahim, ia boleh dilihat pada muka pintu faraj.
- Keseluruhan rahim jatuh terkeluar daripada faraj
2# Bahagian hadapan
3# Bahagian belakang faraj
- Sebahagian usus kecil yang mengisi ruang antara rahim dan faraj boleh jatuh di kawasan antara faraj dan akhir usus besar (rectum).
- Jika rectum jatuh, ia akan membentuk satu benjolan di belakang faraj yang berhampiran dengan dubur yang dipanggil rektosele.
- Satu lagi keadaan ialah vault prolapse yang berlaku selepas pembedahan histerektomi atas apa saja masalah.
Menurutnya lagi, ia mungkin mengambil masa untuk berlaku selepas sokongan oleh otot keliling dan bekas jahitan pada faraj menjadi lemah lalu jatuh ke bawah.
Biasanya terjadi pada 15 peratus wanita yang menjalani pembedahan histerektomi disebabkan peranakan turun dan hanya satu peratus atas sebab lain seperti fibroid.
Punca peranakan jatuh: Apa faktor yang menyebabkan otot dan ligamen lemah?
- Kehamilan
- Bersalin ketika usia tua
- Menopaus
- Obesiti
- Ketumbuhan seperti fibroid besar
- Batuk
- Sembelit yang kronik
- Selalu angkat benda berat
- Keturunan
- Menjalani pembedahan pelvis seperti histerektomi, pembetulan pundi kencing
- Kerosakan atau kecederaan saraf tunjang
Simptom yang boleh dilihat jika rahim turun
Kredit: expatwoman.com
- Jika pundi kencing jatuh, ia mungkin akan mengakibatkan wanita sukar mengawal kencing, kerap kencing dan kencing tak puas.
- Ssus kecil atau besar yang jatuh boleh menyebabkan sembelit, rasa tak puas buang air besar hingga ada ketikanya perlu masukkan jari untuk keluarkan najis.
- Organ rahim jatuh, wanita akan merasakan ada sesuatu yang berat di celah alat sulit.
- Jika rahim jatuh keseluruhannya, boleh menyebabkan luka, berdarah dan jangkitan kuman
Cara menaikkan rahim sendiri
Kredit: dralexpolyakov.com.au
- Jangan berdiri dalam masa yang lama. Ambil masa untuk duduk seketika dan lunjurkan kaki atas bangku.
- Lakukan senaman pelvik. Ia menguatkan otot dalaman, membantu percepatkan proses pemulihan selepas pembedahan, dapat rasa mengawal kencing dan mengurangkan sakit belakang.
- Ambil makanan yang baik supaya elak sembelit kronik.
- Banyakkan makan sayur, buah-buahan dan bijirin.
- Elakkan meneran di bilik air lebih 15 minit.
- Pakai sut pelangsingan badan tapi bukan korset yang terlalu ketat.
- Jangan merokok dan jauh daripada perokok untuk hindari batuk kronik
- Elak hamil dalam jarak yang rapat.
Cara menaikkan peranakan yang turun – rawatan
Dr Asiah turut menambah, pesakit yang masih di peringkat awal juga boleh dirujuk kepada pakar fisioterapi untuk diajar teknik senaman pelvik.
“Selain menggunakan pesari faraj iaitu alat berupa gelang yang digunakan untuk mengekang rahim daripada jatuh. Ia sesuai digunakan oleh wanita dalam pelbagai peringkat usia reproduktif atau wanita menopaus yang tidak memilih pembedahan. Ia mungkin disebabkan wanita itu masih muda atau masih mahu hamil serta wanita lewat usia,”. Katanya.
Walau bagaimanapun, alat tersebut perlu diganti setiap tiga atau empat bulan dan pesakit perlu berjumpa pakar sakit puan untuk memasang dan menukarnya. Selain rawatan pembedahan adalah jalan terakhir.
Cara menaikkan peranakan yang turun – urutan
Urutan untuk menaikkan peranakan yang turun ini dikongsikan oleh Nur Qamarul Ahmad Rashidi dengan pengalaman lebih 10 tahun dalam bidnag perbidanan Melayu.
“Antara punca masalah ini adalah disebabkan mengangkat barang berat atau mendukung anak. Sedangkan penjagaan rahim amat penting kerana apabila ia tidak sihat boleh mempengaruhi emosi dirinya,” katanya.
Antara kaedah yang boleh dicuba untuk kembalikan keadaan rahim selepas mengetahui punca peranakan jatuh:
- Urutan dan bertangas
- Luangkan masa sekurang-kurangnya sekali sebulan bagi menjalani rawatan tradisional supaya rahim dalam keadaan baik.
- Jika masih di peringkat awal, teknik urutan yang betul mampu mengawalnya tapi kalau sudah teruk harus terus berjumpa doktor.
- Jalan terakhir adalah pembedahan dan buang rahim. Bahkan rahim adalah lebih penting daripada penjagaan wajah kerana memberi kesan pada seluruh tubuh wanita.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Sumber: HMetro
Baca juga: Apa Maksud ‘Rahim Lemah’? Incompetent Cervix, Punca Keguguran Pada Awal Kehamilan
Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!