X
TAP top app download banner
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan Produk
Klik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beriklan Dengan Kami

Pengalaman Ibu Hamil Yang Anda Akan Rindui Selepas Melahirkan Anak - Rasa Ingin Mengandung Lagi!

5 min bacaan
Pengalaman Ibu Hamil Yang Anda Akan Rindui Selepas Melahirkan Anak - Rasa Ingin Mengandung Lagi!

Saat-saat mengandung sememangnya satu pengalaman ibu hamil yang indah dan menyeronokkan. Ya, ia mencabar tetapi proses dan hasilnya amat menakjubkan. Jom kita tengok 8 perkara tentang mengandung yang akan anda rindui!

Fasa mengandung adalah satu fasa yang ditunggu-tunggu oleh setiap wanita. Ia merupakan keajaiban dan anugerah Tuhan yang tiada tolok bandingnya. Pengalaman ibu hamil pula tidak ternilai, walaupun hadir dengan beberapa cabaran yang kurang menyenangkan seperti rasa mual, loya, bengkak kaki, sakit pinggang, dan naik berat badan.

Sekiranya anda mempunyai rezeki untuk mengandung anak sendiri, kami nasihatkan untuk enjoy tempoh mengandung tersebut sebelum mulanya tempoh menjaga bayi kecil yang mencabar. 

Pengalaman Ibu Hamil – Hanya Anda Sahaja Tahu Perasaannya

pengalaman ibu hamil

Kredit: Freepik

1# Pengalaman Ibu Hamil: Layanan Istimewa Dari yang Tersayang

Mungkin ramai yang bersetuju dengan perkara ini. Sebaik sahaja menerima berita yang kita hamil, antara orang pertama yang akan melayan kita dengan penuh kasih sayang dan keistimewaan adalah suami kita – layanan bak permaisuri!

Malah, ahli keluarga yang lain turut bergembira. Kadang-kadang, ibu atau ibu mertua siap memasak makanan kegemaran kita dan menghantarnya dari jauh.

Baca juga: Ini Cara Nak Tahu Isteri Takut @ Taat Kepada Suami, Semuanya Bermula Dari Layanan Suami

2# Pengalaman Ibu Hamil: Rasa Bayi Bergerak dalam Rahim

pengalaman ibu hamil

Kredit: iStock

Antara perkara tentang mengandung yang akan anda rindui adalah rasa pergerakan bayi dalam rahim. Walaupun kita hanya boleh merasa tendangan dan ‘flip’ bayi dalam rahim antara 16 ke 25 minggu selepas mengandung, namun ia cukup membuatkan kita teruja.

Pada mulanya, mungkin kita merasakan ia angin dalam perut, namun selepas beberapa lama, barulah kita sedar yang bayi itu sedang bergembira dalam perut kita. Bahagian mana yang menendang perut kita pun, kita boleh tahu. Ia sememangnya sesuatu yang dirindui.

3# Pengalaman Ibu Hamil: Masa Tidur dan Rehat yang Mencukupi

Pengalaman Ibu Hamil Yang Anda Akan Rindui Selepas Melahirkan Anak - Rasa Ingin Mengandung Lagi!

Kredit: Unsplash

Hanya ketika kita mengandung sahaja kita dibenarkan untuk berehat dan tidur berjam-jam. Tiada siapa yang akan menyalahkan kita atau memanggil kita pemalas.

Kenapa? Kerana sememangnya keadaan perubahan pada badan kita membuatkan penat dan letih itu selalu berlaku.

Sebaik sahaja bayi dilahirkan dan kita mula meneruskan rutin harian seperti biasa, agak sukar untuk memperoleh waktu tidur dan rehat sebegini.

4# Mengidam dan Makan Tanpa Rasa Bersalah

Pengalaman Ibu Hamil Yang Anda Akan Rindui Selepas Melahirkan Anak - Rasa Ingin Mengandung Lagi!

Kredit: Unsplash

Selepas melahirkan anak dan ketika berada dalam pantang, pilihan makanan kita adalah sangat terhad. Selepas berpantang dan memulakan kerja, kita tidak boleh makan sebarangan (diet katanya).

Nah, ketika mengandung? Mintalah apa sahaja, pasti kita akan dapat. Suami akan berusaha untuk mencari daging rusa panggang atau jeruk manga asam boi, walaupun lewat malam!

Rasa mengidam juga sememangnya sinonim dengan pengalaman ibu hamil. Ia juga perangai baru si ibu yang memang tidak dapat dinafikan. Bahkan orang tua pula selalu ujar, jika tidak makan apa yang diidamkan nanti anak keluar banyak air liur!

Memang seronok rasanya dapat merasa pelbagai jenis makanan – tanpa rasa bersalah! Tidak perlu terlampau risau tentang isu berat badan.

5# Seri Ibu Mengandung

Pengalaman Ibu Hamil Yang Anda Akan Rindui Selepas Melahirkan Anak - Rasa Ingin Mengandung Lagi!

Kredit: iStock

Ini merupakan satu lagi perkara tentang mengandung yang akan anda rindui. Tidak semua orang berpeluang untuk mengalami pengalaman ini. Hanya sesetengah orang sahaja dapat merasainya iaitu seri ibu mengandung.

Menurut American Pregnancy Association, seri ibu mengandung adalah perubahan psikologikal yang disebabkan oleh peningkatan hormon ketika mengandung.

Malah seri mengandung juga disebabkan oleh penambahan penghasilan darah sehingga 50% ketika hamil. Sebab itulah wajah kita bukan sahaja berseri kerana gembira tetapi juga kerana perubahan psiologikal yang diterangkan di atas.

Stories Rakan Kongsi
Alami Kehamilan Berisiko? Inilah Sebabnya Anda Perlukan Pakar Perubatan Fetal Maternal (Maternal Fetal Medicine).
Alami Kehamilan Berisiko? Inilah Sebabnya Anda Perlukan Pakar Perubatan Fetal Maternal (Maternal Fetal Medicine).
Tanda-Tanda Kencing Manis Ketika Hamil
Tanda-Tanda Kencing Manis Ketika Hamil
Parut Czer Buat Ramai Ibu Hilang Keyakinan, Ini Cara Mudah Untuk Mengatasinya
Parut Czer Buat Ramai Ibu Hilang Keyakinan, Ini Cara Mudah Untuk Mengatasinya
Pentingnya Ambil Susu Ibu Mengandung Sepanjang Tempoh Kehamilan, Baik Untuk Ibu & Janin
Pentingnya Ambil Susu Ibu Mengandung Sepanjang Tempoh Kehamilan, Baik Untuk Ibu & Janin

6# Membeli-Belah Baju Mengandung

Pengalaman Ibu Hamil Yang Anda Akan Rindui Selepas Melahirkan Anak - Rasa Ingin Mengandung Lagi!

Kredit: Freepik

Kalau sudah namanya wanita, aktiviti membeli-belah pasti menjadi satu kerinduan. Sewaktu mengandung, kita cukup suka pergi ke pusat membeli-belah dan keluar masuk ke kedai baju ibu mengandung dan ruang baju dan barangan bayi.

Geram rasanya apabila melihat baju-baju bayi yang comel, barangan bayi yang paling terkini, serta baju ibu mengandung yang cantik dan stylo.

Selepas melahirkan anak dan apabila lalu di kedai-kedai begini, anda pasti teringin untuk masuk dan membelinya, kan?

7# Merasai Hubungan Istimewa Dengan Insan dalam Badan Kita

Pengalaman Ibu Hamil Yang Anda Akan Rindui Selepas Melahirkan Anak - Rasa Ingin Mengandung Lagi!

Kredit: Freepik

Ini lagi satu perkara tentang mengandung yang akan anda rindui – merasai hubungan istimewa dengan insan yang sedang membesar dalam badan kita.

Sewaktu mengandung, seronok rasanya apabila dapat mengusap perut kita dan berzikir atau menyanyi kepadanya. Malah, suami kita turut kerap memegang perut kita dan bercakap-cakap dengan bayi. Ia mencipta satu hubungan istimewa antara kita, ibu dan ayah, dengan anak dalam rahim.

Selepas mengandung? Pelik pula rasanya jika kita mengusap perut yang kosong atau kembung selepas makan….

8# Rindu Bau Bayi

pengalaman ibu hamil

Kadangkala, kita rindu hendak mengandung bukannya kerana 9 bulan tersebut, tetapi lebih kepada beberapa minggu selepas melahirkan anak. Kita rindu bau bayi!

Beberapa minggu selepas dilahirkan, bayi memang ada bau yang unik dan wangi. Orang kita menggelarkannya bau dari syurga.

Selepas beberapa tahun dan anak tersebut mula meningkat dewasa, sudah pasti kita akan teringat-ingat bau tersebut. Dan, datanglah rasa rindu untuk mengandung lagi!

Keindahan Pengalaman Ibu Hamil

Proses mengandung selama berbulan-bulan itu sememangnya datang dengan cabaran yang tersendiri. Namun, pasti anda dan ibu-ibu yang lain setuju bahawa kebaikan dan keseronokan mengandung melebihi segala cabaran tersebut.

Ia membuatkan kita sanggup untuk menempuhi segalanya sekali lagi – kita rindu untuk mengandung!

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

Baca juga: Hamil Anak Kedua? Ini Yang Anda Perlu Tahu, Tak Sama Tau Pengalamannya!

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

ddc-calendar
Bersedia untuk ketibaan bayi anda dengan menambah tarikh bersalin anda.
ATAU
Kira tarikh bersalin anda
img
Penulis

Noor

  • halaman rumah
  • /
  • Kehamilan
  • /
  • Pengalaman Ibu Hamil Yang Anda Akan Rindui Selepas Melahirkan Anak - Rasa Ingin Mengandung Lagi!
Kongsikan:
  • Himpunan Nama Bayi Lelaki Islam Dari Huruf A Hingga Z Yang Menarik, Miliki Maksud Baik

    Himpunan Nama Bayi Lelaki Islam Dari Huruf A Hingga Z Yang Menarik, Miliki Maksud Baik

  • Sistem Imun Ibu Hamil Rendah Punca Mudah Jatuh Sakit, Ini 10 Cara Kuatkan Imun Sepanjang Kehamilan

    Sistem Imun Ibu Hamil Rendah Punca Mudah Jatuh Sakit, Ini 10 Cara Kuatkan Imun Sepanjang Kehamilan

  • Bayi Lebih Sihat & Mudah Dijaga, Doktor Kongsi Kelebihan Bersalin Ketika Kandungan 39 & 40 Minggu (Full Term Pregnancy)

    Bayi Lebih Sihat & Mudah Dijaga, Doktor Kongsi Kelebihan Bersalin Ketika Kandungan 39 & 40 Minggu (Full Term Pregnancy)

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
  • Bayi
  • Kesihatan
  • Pendidikan
  • Gaya Hidup
  • TAP Komuniti
  • Beriklan Dengan Kami
  • Hubungi Kami
  • Jadi Penyumbang Kami

  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Vietnam flag Vietnam
© Copyright theAsianparent 2025. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham