TAP top app download banner
theAsianparent
theAsianparent
EnglishMalay
Panduan Produk
  • Menjadi ibu bapa
  • Anak
  • Keibubapaan
  • Kesihatan
  • Penyusuan & Pemakanan
  • Pendidikan
  • Gaya Hidup
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beriklan Dengan Kami
  • Komuniti
Log Masuk
  • EnglishMalay
    • Artikel
  • Menjadi ibu bapaMenjadi ibu bapa
  • AnakAnak
  • KeibubapaanKeibubapaan
  • KesihatanKesihatan
  • Penyusuan & PemakananPenyusuan & Pemakanan
  • PendidikanPendidikan
  • Gaya HidupGaya Hidup
  • TAP CadanganTAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan#PendidikanKewangan
  • Beli-BelahBeli-Belah
  • VIPVIP
  • Siaran MediaSiaran Media
  • Beriklan Dengan KamiBeriklan Dengan Kami
  • KomunitiKomuniti
    • Komuniti
  • Poll
  • Gambar
  • Makanan
  • Resipi
  • Topik
  • Baca Artikel
    • Tracker
  • Tracker Kehamilan
  • Tracker Bayi
    • Ganjaran
  • GanjaranGanjaran
  • Pertandingan
  • VIP ParentsVIP Parents
    • Lagi
  • Maklum Balas

Polisi PrivasiGaris Panduan KomunitiPeta Laman Web

Muat turun app percuma kami

google play store
app store

Ini Cara Nak Tahu Isteri Taat Kepada Suami, Semuanya Bermula Dari Layanan Suami

5 min bacaan
Ini Cara Nak Tahu Isteri Taat Kepada Suami, Semuanya Bermula Dari Layanan Suami

Layanan seorang suami itu boleh menentukan sama ada isteri taat atau takut. Baca perkongsian ini

Pernah saya melihat seorang isteri yang sangat taat kepada suami. Di mana dia sangat setia kepada suaminya walau apa saja yang telah dilakukan.

Bila dimarah di hadapan ramai orang, isteri hanya diam. Kadang-kadang nak pandang muka suami pun takut. Takut diherdik atau ditengking.

Sementara isteri pula takut kalau menjawab nanti, akan digelar isteri derhaka atau nusyuz hingga membuatkan isteri taat kepada suami.

Walaubagaimanapun, apakah beza di antara taat dan takut? Pun begitu, sikap ini akan terbentuk berdasarkan sikap suami yang merupakan ketua keluarga itu.

Ini adalah perkongsian daripada Firdaus Shakirin di mana beliau mengupaskan tentang takut dan taat seorang isteri berdasarkan tingkah laku suami kepada suri hatinya.

Takut atau taat kepada suami

taat kepada suami

Takut dan taat kepada suami merupakan dua perkara yang berbeza.

Namun, jika isteri itu mahu memasuki mana-mana pintu syurga, dia hendaklah mentaati kepada suaminya.

Namun, apakah perbezaan takut dengan taat itu?

Isteri yang takut dengan suaminya apabila lelaki itu mempunyai kuasa veto dalam rumahtangga mereka. Di mana suami dilihat tidak pernah mengambil pandangan atau pendapat isteri dalam apa jua keputusan yang dilakukan.

Malah, suami juga merupakan seorang yang mempunyai ego yang sangat tinggi, tak pernah mengaku salah walaupun ternyata kesalahan itu datang daripadanya. Bahkan, nak minta maaf pun susah nak dengar dari mulutnya sendiri.

Kalau isteri cuba untuk memperbetulkan kesalahan atau perbuatannya, dia akan menggunakan agama untuk menundukkan isterinya itu.

Secara tak langsung ia lahirlah isteri yang takut kepada suaminya tapi bukan taat.

Namun, isteri yang selalu bersikap positif seperti bertanyakan pendapat isteri, menurunkan egonya, selalu mengaku salah, senang memohon maaf, boleh dibawa berbincang, boleh mendangar nasihat dan sebagainya, sudah tentu dapat membentuk isteri yang taat kepada suami.

Ternyata suami yang baik dari segi akhlak, tingkah laku dan teladan dapat menjadi ketua keluarga yang dihormati buat seisi keluarga.

Sebagai suami, tanya pada diri anda sama ada mahukan isteri yang takut atau taat?

Hukum dan taat kepada suami dalam Islam

takut kepada suami

Dalam perkahwinan, pasangan suami isteri memiliki hak dan kewajipan di mana suami sebagai pemimpin yang bertanggungjawab memberi nafkah kepada anak dan isterinya.

Bahkan, posisi suami dalam keluarga adalah sebagai ketua supaya institusi kekeluargaan berjalan dengan baik maka pemimpin harus ditaati selagi tidak bercanggah dengan Islam.

Seterusnya, fungsi pemimpin itu sendiri sebagai pemimpin dan isteri perlu taat kepada pemimpinnya dalam mengharungi bahtera rumah tangga yang harmoni.

“Seandainya aku boleh menyuruh seorang sujud kepada seseorang, maka aku akan perintahkan seorang wanita sujud kepada suaminya”. (Hr. Turmudzi:1159)

Hadis ini menunjukkan betapa pentingnya seorang istri itu patuh dan taat kepada suaminya dalam membangun keluarga yang bahagia

Menjadi seorang istri yang sukses dunia akhirat itu mudah, tidak banyak amal yang harus dilaluinya, hanya ada 4 hal; (1) salat lima waktu, (2) puasa ramadhan, (3) menjaga kehormatannya, dan (4) taat kepada suaminya. Rasul
bersabda:

“Apabila seorang isteri mengerjakan shalat yang lima waktu, berpuasa di bulan Ramadhan, menjaga kemaluannya (menjaga kehormatannya), dan taat kepada suaminya, niscaya ia akan masuk Surga dari pintu mana saja yang dikehendakinya”. (Hr. Ibnu Hibban: 1296)

5 ketaatan isteri kepada suami

taat seorang isteri

Stories Rakan Kongsi
Anda Boleh Tampil Bergaya Dan Selesa Dalam Masa Yang Sama, Itulah Kelebihan MS. READ!
Anda Boleh Tampil Bergaya Dan Selesa Dalam Masa Yang Sama, Itulah Kelebihan MS. READ!
Lotus’s Baby Fair Kembali Lagi! Rebut Promosi Terhebat Barangan Keperluan Bayi Anda Di Sini!
Lotus’s Baby Fair Kembali Lagi! Rebut Promosi Terhebat Barangan Keperluan Bayi Anda Di Sini!
Kuatkan Sistem Imun Anak Dengan Laktoferin
Kuatkan Sistem Imun Anak Dengan Laktoferin
Champs & NASOM Bekerjasama Untuk Meningkatkan Kesedaran Tentang Autisme
Champs & NASOM Bekerjasama Untuk Meningkatkan Kesedaran Tentang Autisme

#1. Tinggikan kedudukan suami di mata isteri

“Seandainya aku memerintahkan seseorang untuk sujud pada yang lain, maka tentu aku akan memerintah para wanita untuk sujud kepada suaminya kerana Allah telah menjadikan begitu besarnya hak suami yang menjadi kewajiban isteri.” (riwayat Abi Daud, al-Tirmidzi, Ibnu Majah dan Ahmad)

Hak suami bagi seorang isteri berada di atas hak sesiapapun manusia termasuklah hak kedua orang tua.

Hak suami bahkan harus didahulukan oleh seorang isteri daripada ibadah yang bersifat sunnah.

#2. Dilarang berpuasa sunat dan membawa tetamu lain ke rumah melaikan izin suami

“Tidak halal bagi seorang perempuan berpuasa sementara suaminya ada di rumah kecuali dengan izinnya. Dan tidak boleh baginya meminta izin di rumahnya kecuali dengan izinnya.” (riwayat al-Bukhari dan Muslim)22

Tetamu yang tidak perlu izin daripada suami terdiri kaum kerabat suami atau isteri. Mereka boleh dipersilakan masuk, selama masih mahram dengan isteri. Tetapi untuk tetamu asing dan suaminya tidak ada di rumah maka isteri tidak boleh mengizinkan tetamu itu masuk sewenangnya.

#3. Dilarang asingkan tempat tidur suami

Dalam hak berhubungan badan, jika suami mengajak untuk melakukannya, maka isteri tidak boleh menolak di atas alasan yang tidak munasabah

#4. Berbakti dalam rumahtangga

Isteri perlu menjaga amanah suami di rumahnya,juga harta dan rahsia suaminya, begitu juga bersungguh-sungguh menguruskan hal rumahtangga suaminya

#5. Tidak keluar rumah melainkan izin suami

Isteri juga tidak boleh keluar rumah kecuali dengan izin suami. Kerana tempat asal wanita itu adalah di dalam rumah suaminya.

“Dan hendaklah kamu (wanita-wanita) tetap di rumahmu dan janganlah kamu berhias dan bertingkah laku seperti orang-orang Jahiliyah yang dahulu.” (surah al-Ahzab: 33)

Semoga bermanfaat.

Ini Cara Nak Tahu Isteri Taat Kepada Suami, Semuanya Bermula Dari Layanan Suami

Untuk dapatkan lebih banyak informasi dari theAsianparent Malaysia, boleh terus download Aplikasi Keibubapaan #1 Di Asia Tenggara kami.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: 7 tanda suami sayang isteri, no #4 kalau dia tak buat, faham-fahamlah…

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Nurul Halifah

  • halaman rumah
  • /
  • Tip perkahwinan
  • /
  • Ini Cara Nak Tahu Isteri Taat Kepada Suami, Semuanya Bermula Dari Layanan Suami
Kongsikan:
  • Tanda Air Mani Masuk Ke Rahim Selepas Hubungan Seks & Cara Meningkatkan Peluang Untuk Hamil

    Tanda Air Mani Masuk Ke Rahim Selepas Hubungan Seks & Cara Meningkatkan Peluang Untuk Hamil

  • Makanan Untuk Kesuburan Lelaki, 14 Jenis Ini Bagus Untuk Anda Amalkan Setiap Hari!

    Makanan Untuk Kesuburan Lelaki, 14 Jenis Ini Bagus Untuk Anda Amalkan Setiap Hari!

  • Pelincir Untuk Wanita Menopause, 4 Jenis Ini Paling Terbaik & Berkesan Untuk Anda Cuba!

    Pelincir Untuk Wanita Menopause, 4 Jenis Ini Paling Terbaik & Berkesan Untuk Anda Cuba!

  • Tanda Air Mani Masuk Ke Rahim Selepas Hubungan Seks & Cara Meningkatkan Peluang Untuk Hamil

    Tanda Air Mani Masuk Ke Rahim Selepas Hubungan Seks & Cara Meningkatkan Peluang Untuk Hamil

  • Makanan Untuk Kesuburan Lelaki, 14 Jenis Ini Bagus Untuk Anda Amalkan Setiap Hari!

    Makanan Untuk Kesuburan Lelaki, 14 Jenis Ini Bagus Untuk Anda Amalkan Setiap Hari!

  • Pelincir Untuk Wanita Menopause, 4 Jenis Ini Paling Terbaik & Berkesan Untuk Anda Cuba!

    Pelincir Untuk Wanita Menopause, 4 Jenis Ini Paling Terbaik & Berkesan Untuk Anda Cuba!

Feed

Feed

Dapatkan artikel yang bersesuaian tentang keibubapaan, gaya hidup, dan pendapat pakar, hanya di hujung jari anda!

Poll

Poll

Sertai poll yang menarik dan lihat apa ibu bapa lain fikir

Gambar

Gambar

Kongsi gambar insan tersayang anda secara selamat.

Topik

Topik

Sertai komuniti kami untuk lebih rapat dengan ibu atau ayah lain.

Tracker

Tracker

Pantau kehamilan anda, malah juga tumbesaran bayi dari hari ke hari!

theAsianparent

Muat turun app percuma kami

Google PlayApp Store

Ibu di Seluruh Dunia

Singapore flag
Singapore
Thailand flag
Thailand
Indonesia flag
Indonesia
Philippines flag
Philippines
Malaysia flag
Malaysia
Vietnam flag
Vietnam

Partner Brands

Rumah123VIP ParentsMama's ChoiceTAP Awards

© Copyright theAsianparent 2026 . All rights reserved

  • Tentang Kami
  • Polisi Privasi
  • Terma dan Syarat
  • Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham