Ada Sebab Kenapa Wanita Dilarang Angkat Berat, Ia Salah Satu Punca Peranakan Jatuh!

Ada Sebab Kenapa Wanita Dilarang Angkat Berat, Ia Salah Satu Punca Peranakan Jatuh!

Tombong, atau rahim jatuh sehingga keluar dari vagina merupakan satu keadaan yang paling ditakuti oleh wanita!

Istilah rahim jatuh atau peranakan jatuh kerap didengari, khususnya bagi wanita yang pernah bersalin. Apakah punca peranakan jatuh?

Pernahkah ibu anda menegur, "Jangan angkat barang berat!" atau "Jangan tolak barang berat macam tu, tolak guna belakang badan saja." kepada anda? Nasihat ini sememang ada betulnya, ini bagi mengelakkan peranakan jatuh yang bermaksud rahim keluar dari tempat asalnya!

organ peranakan wanita

Punca Peranakan Jatuh: 3 Peringkat Prolaps

Peranakan jatuh atau prolaps, boleh terjadi dalam pelbagai peringkat.

  1. Rahim hanya jatuh sedikit daripada kedudukan biasa (yang ni memang ramai tak perasan)
  2. Rahim jatuh sampai ke permukaan faraj (tahap ni akan ada rasa beberapa kesan sampingan dan tanda-tanda).
  3. Rahim terkeluar daripada vagina dan permukaan, atau dikenali sebagai tombong.

punca rahim jatuh

Keadaan ini boleh menjadi tidak selesa dan bahaya untuk wanita kerana kedudukan rahim yang berdekatan dan saling berhubung dengan organ lain seperti pundi kencing, rektum dan usus. Jika berlaku tekanan pada rahim, ia akan menarik turun kesemua organ yang terlibat.

Apakah Punca Rahim Jatuh?

Otot pelvis yang lemah merupakan faktor utama yang menyebabkan rahim atau peranakan jatuh. Keadaan ini boleh berlaku kepada semua wanita, malah kepada yang belum pernah bersalin.

Antara punca-punca peranakan jatuh adalah seperti berikut: 

  1. Keturunan Jika ibu atau kakak ada masalah rahim jatuh, anda berisiko untuk menjalani pembedahan membetulkan peranakan kerana dibimbangi boleh mengalami masalah yang sama. 
  2. Usia pesakit yang semakin tua juga berisiko tinggi untuk mengalami perakanan turun. 
  3. Penuaan Otot levator bertambah anjal seiiring usia yang meningkat.
  4. Menopaus selalu terjadi apabila seseorang wanita itu tidak lagi datang bulan seperti selalu. 
  5. Obesiti juga turut menjadi punca peranakan jatuh. Malah lagi obes seseorang itu, lagi mudah untuk rahim jatuh akibat tekanan dalam perut.
  6. Mengandung juga berisiko untuk mengalami keadaan ini. 
  7. Bersalin setiap tahun atau terlalu kerap juga boleh menyebabkan peranakan ibu turun. Jadi anda seharusnya bijak merancang keluarga. 
  8. Jarak kehamilan Hamil dalam masa yang terlalu rapat
  9. Bayi besar Saiz bayi yang besar semasa bersalin normal meninggikan peluang rahim jatuh.
  10. Proses bersalin Jangkamasa bersalin yang terlalu panjang
  11. Kaedah melahirkan anak Menggunakan kaedah vakum atau forsep
  12. Ketumbuhan Cyst dan fibroid
  13. Batuk yang teruk Tekanan abdomen boleh menyebabkan organ peranakan turun.
  14. Sembelit teruk yang dialami seseorang juga memerlukan individu kerap meneran.
  15. Kerap mengangkat berat
  16. Pembedahan pada bahagian pelvis, membetulkan pundi kencing dan kerosakan atau kecederaan pada saraf tunjang
  17. Jatuh terhentak Contohnya jatuh tangga, dan jatuh bahagian punggung dahulu.
  18. Koyakan akibat bersalin normal, sama ada sedikit atau melalui guntingan episiotomi.
  19. Tidak berpantang dengan baik selepas melahirkan anak atau keguguran
  20. Suka menolak barang menggunakan ibu jari kaki
  21. Terlalu lasak Melakukan aktiviti bersukan atau aktiviti outdoor yang memerlukan pergerakan besar.
  22. Merokok menyebabkan individu kerap batuk, dan ini boleh menyebabkan tekanan pada abdomen.

punca peranakan jatuh Contoh aktiviti lasak: Menunggang kuda

Cara Mencegah Rahim Jatuh

Anda boleh mencegah peranakan jatuh dengan cara:

  • Lakukan kegel untuk menguatkan otot lantai pelvis.
  • Bersenam dengan kerap.
  • Amalkan pemakanan yang seimbang untuk mengelakkan sembelit.
  • Jangan meneran terlalu kuat semasa membuang air besar.
  • Pakai bengkung.
  • Jangan merokok dan jauhkan diri daripada asap rokok.
  • Jarakkan kehamilan.
  • Jika anda mengalami masalah obesiti, ikhtiar turunkan berat badan.
  • Jangan terlalu kerap mengangkat benda  berat.
  • Jangan menolak barang dengan ibu jari kaki.
  • Jangan terlalu lasak.
  • Elakkan berdiri terlalu lama.

Jika anda mempunyai masalah peranakan jatuh, jumpa doktor dengan segera dan jangan abaikan kesihatan anda. Semoga bermanfaat.

Bolehkan tombong @ rahim jatuh berlaku semasa mengandung?

Untuk dapatkan lebih banyak informasi dari theAsianparent Malaysia, boleh terus ke Facebook page kami.

Untuk dapatkan lebih banyak informasi dari theAsianparent Malaysia, boleh terus download Aplikasi Keibubapaan #1 Di Asia Tenggara kami.

Ada Sebab Kenapa Wanita Dilarang Angkat Berat, Ia Salah Satu Punca Peranakan Jatuh!

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Sumber: bidadari

Baca juga:

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

app info
get app banner