TAP top app download banner
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan Produk
Klik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beriklan Dengan Kami

Wanita Tanpa Rahim Adalah Insan Istimewa, Mampukah Mereka Bahagia Seperti Orang Lain?

4 min bacaan
Wanita Tanpa Rahim Adalah Insan Istimewa, Mampukah Mereka Bahagia Seperti Orang Lain?

Setiap orang pasti mengimpikan kehidupan sempurna dengan pasangan. Namun, takdir dilahirkan sebagai seorang wanita tanpa rahim bukanlah perkara yang mudah.

Menurut laporan yang dikeluarkan oleh Harian Metro baru-baru ini tentang isu wanita tanpa rahim menjadi mangsa lelaki miang untuk melepaskan nafsu.

Tiada seorang wanita pun meminta ujian hidup yang datang tanpa diri mampu untuk menghadapinya. Bukan itu sahaja, ada juga sejak lahir sudah telah diduga.

Cabaran wanita tanpa rahim

perempuan tanpa rahim

Tidak ada insan sempurna di atas muka bumi ini. Jika anda merasai ada kekurangan pada diri, percayalah akan ada kelebihan lain yang tidak dimiliki oleh sesiapa pun.

Dalam hal ini, letakkan sepenuhnya kepercayaan kepada Allah yang telah mengaturkan perkara terbaik untuk setiap hambaNya.

Adalah lebih baik anda tidak terus menerus menyalahkan diri sendiri dan mempunyai fikiran yang negatif.

Wanita tanpa rahim atau Sindrom Mayer Rokitansky Kuster Hauser (MRKH) dikatakan sering menjadi sasaran lelaki gila seks yang sering mengambil kesempatan kepada golongan ini sebagai ‘isteri’ untuk bermalam.

Oleh kerana golongan ini dilahirkan tanpa rahim, ia sekaligus pilihan terbaik untuk aktiviti seks tanpa perlindungan kerana lelaki yang tidak bertanggungjawab menyedari bahawa peluang untuk hamil adalah rendah.

Sindrom yang jarang terjadi

cabaran wanita tanpa rahim

foto: association MRKH

Sindrom Mayer Rokitansky Kuster Hauser (MRKH) diambil sempena dengan nama 4 orang doktor yang pertama kali menjumpai kes ini. Ia adalah sindrom yang jarang terjadi.

Tidak seperti kebanyakan wanita lain, anda yang mengalami sindrom ini dianggap sangat istimewa.

Ia adalah kongenital yang bermakna ia terjadi sebelum anda dilahirkan ke dunia melibatkan fungsi sistem peranakan.

Keadaan ini juga menyebabkan faraj dan rahim tidak mampu untuk berkembang atau sudah tiada walapun pandangan luarannya kelihatan seperti wanita normal.

Oleh kerana ketiadaan rahim, wanita yang mengalami sindrom MRKH ini biasanya tidak mengalami menstruasi atau datang haid.

Menurut pegawai Perubatan Obstetrik & Ginekologi Kementerian Kesihatan Malaysia, Dr. Muhammad Izzat Abdul Razak, melalui perkongsian dalam media sosialnya, wanita yang mengalami masalah ini akan berjumpa doktor sejurus mereka menyedari tidak datang haid untuk kali pertama walaupun berusia 16 tahun.

Manakala berdasarkan kajian perubatan yang dilakukan, satu daripada 5 000 wanita mengalami sindrom MRKH. Justeru, ia dianggap masalah terpencil dan jarang berlaku.

Jenis dan tanda-tanda MRKH

Terdapat dua kategori wanita tanpa rahim iaitu sistem peranakan terjejas dipanggil sebagai Sindrom MRKH jenis 1. Manakala, bagi perempuan yang mengalami masalah sistem badan yang tidak normal dirujuk sebagai MRKH jenis 2.

Dalam keadaan ini, buah pinggang terbentuk secara tidak normal, berada di luar dari sepatutnya atau salah satu buah pinggang tidak terbentuk.

Anda juga mungkin akan mengalami masalah pada rangka, tulang belakang, mempunyai masalah pendengaran dan jantung.

Peluang memperoleh cahaya mata

ujian wanita tanpa rahim

credit to sources

Lazimnya, anda yang mengalami masalah penyakit ini tidak berupaya untuk merasai kenikmatan menjadi seorang ibu.

Namun, kajian telah berjaya membuktikan sebilangan kecil daripadanya berjaya mendapat anak melalui kaedah yang dipanggil assisted reproduction.

Stories Rakan Kongsi
Nak Badan Sihat dan Kesejahteraan Mental? Segalanya Bermula dengan Usus Yang Sihat!
Nak Badan Sihat dan Kesejahteraan Mental? Segalanya Bermula dengan Usus Yang Sihat!
7 Brilliant Mom Hacks To Battle The Dreaded Annual Cold and Flu Season
7 Brilliant Mom Hacks To Battle The Dreaded Annual Cold and Flu Season
Walau Bagaimana Lain Pun Cara Parenting Kita & Ibu Bapa Kita Dulu, Mesti Ada Satu Yang Sama, Ini Dia!
Walau Bagaimana Lain Pun Cara Parenting Kita & Ibu Bapa Kita Dulu, Mesti Ada Satu Yang Sama, Ini Dia!
Have You Heard Of This Contagious Disease That Affects Many Children?
Have You Heard Of This Contagious Disease That Affects Many Children?

Kaedah ini biasanya dilakukan oleh pihak perubatan luar negara memandangkan Malaysia masih belum mempunyai kepakaran teknologi atau menemukan kaedah yang bersesuaian bagi proses pemindahan rahim.

Bukan itu sahaja, terdapat juga pesakit yang menggunakan perkhidmatan ibu tumpang bagi memiliki zuriat atau mengambil anak angkat.

Disebabkan oleh MRKH hanya dapat dikesan pada usia seorang gadis menginjak 15 atau 16 tahun, ia dikategorikan sebagai sindrom yang sukar dikesan memandangkan tubuh badan tidak menunjukkan ciri-ciri yang mencurigakan.

Bagi merawat masalah ini pula, terdapat beberapa fasa rawatan yang anda perlu lalui. Antaranya ialah ujian darah bagi memeriksa keadaan kromosom tubuh sama ada dalam keadaan normal atau sebaliknya.

Ia diikuti dengan rawatan pemeriksaan ultrasound (USG) atau MRI.

Pemeriksaan ini dilakukan adalah untuk mengesan kewujudan vagina, rahim dan pangkal rahim dalam tubuh seseorang wanita.

Sumber: Baituljannah

Kredit foto: Sumber

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Untuk dapatkan lebih banyak informasi dari theAsianparent Malaysia, boleh terus download Aplikasi Keibubapaan #1 Di Asia Tenggara kami.

Wanita Tanpa Rahim Adalah Insan Istimewa, Mampukah Mereka Bahagia Seperti Orang Lain?

Baca juga:

https://my.theasianparent.comrahim-terbalik

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Siti Nur Zuraikha Yaacob

  • halaman rumah
  • /
  • Tip perkahwinan
  • /
  • Wanita Tanpa Rahim Adalah Insan Istimewa, Mampukah Mereka Bahagia Seperti Orang Lain?
Kongsikan:
  • Tanda Air Mani Masuk Ke Rahim Selepas Hubungan Seks & Cara Meningkatkan Peluang Untuk Hamil

    Tanda Air Mani Masuk Ke Rahim Selepas Hubungan Seks & Cara Meningkatkan Peluang Untuk Hamil

  • Makanan Untuk Kesuburan Lelaki, 14 Jenis Ini Bagus Untuk Anda Amalkan Setiap Hari!

    Makanan Untuk Kesuburan Lelaki, 14 Jenis Ini Bagus Untuk Anda Amalkan Setiap Hari!

  • Pelincir Untuk Wanita Menopause, 4 Jenis Ini Paling Terbaik & Berkesan Untuk Anda Cuba!

    Pelincir Untuk Wanita Menopause, 4 Jenis Ini Paling Terbaik & Berkesan Untuk Anda Cuba!

  • Tanda Air Mani Masuk Ke Rahim Selepas Hubungan Seks & Cara Meningkatkan Peluang Untuk Hamil

    Tanda Air Mani Masuk Ke Rahim Selepas Hubungan Seks & Cara Meningkatkan Peluang Untuk Hamil

  • Makanan Untuk Kesuburan Lelaki, 14 Jenis Ini Bagus Untuk Anda Amalkan Setiap Hari!

    Makanan Untuk Kesuburan Lelaki, 14 Jenis Ini Bagus Untuk Anda Amalkan Setiap Hari!

  • Pelincir Untuk Wanita Menopause, 4 Jenis Ini Paling Terbaik & Berkesan Untuk Anda Cuba!

    Pelincir Untuk Wanita Menopause, 4 Jenis Ini Paling Terbaik & Berkesan Untuk Anda Cuba!

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
  • Bayi
  • Kesihatan
  • Pendidikan
  • Gaya Hidup
  • TAP Komuniti
  • Beriklan Dengan Kami
  • Hubungi Kami
  • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Vietnam flag Vietnam
© Copyright theAsianparent 2026. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham